Showing posts with label luahan hati. Show all posts
Showing posts with label luahan hati. Show all posts

Saturday, March 31, 2012

Bless me :)

ASSALAMUALAIKUM.

izinkan aku
membuka pintu hatiku
seluasnya untuk menerima sebuah cinta
drMu Ya ALLAH

aku bertuah
kerana sentiasa dilindungi
namun kekadang lemah
untuk diberi peringatan
betapa aku hambaNya
yang masih alpa dan lalai

namun aku akur
dengan segala ketentuanNya
kerana aku tahu
disebalik segalanya
mempunyai hikmah yang tersembunyi

aku dikurniakan sepasang mata
yang sentiasa memerhati
apa yang disekelilingnya
melahirkan titisan-titisan air
setiap kali merasa dosanya yang bertimbun
malah ketika merasa amat lemah di hadapanNya
dan mengharap sebuah kekuatan drNya

juga mempunyai sebuah hati
yang sentiasa berkata-kata
tatkala mempunyai peluang
melahirkan rasa yang pelbagai
namun apa yang aku dambakan
hanyalah cinta dariNya.
agar aku tahu betapa 
aku tidak pernah keseorangan. :')

Nukilan: Anis Sa

Friday, January 13, 2012

A month w/out plan?

Assalamualaikum :)

" Pain is unavoidable, but suffering is optional"


Sejak akhir-akhir ini, hujan tak berhenti walau seminit. Menyebabkan banjir di beberapa tempat termasuklah Sg. Lembing, iaitu lokasi untuk program kami hari ini sehinggalah ahad nanti. Tapi nak buat macam mana ^^, kita merancang, Allah jua yang menentukan. Program ini terpaksa ditunda ke sem depan (24-26/2). Gambar dekat atas itu korang tengoklah! Habis tenggelam jambatan yang menghubungkan jalan besar dengan jambatan perkampungan orang asli itu. Kesian mereka! Kita doakan semoga banjir cepat surut di kawasan-kawasan yang terlibat. (Jangan taktau, Kuantan pun banjir sekarang).
And

Today, this morning, last paper berjaya juga ku habisin. Hehe. Rasa macam tak sabar nak cium bau rumah. Nak lepak-lepak sebentar tanpa buku yang tercinta. Tapi kadang-kadang kita akan rasa bosan juak, bila mana dah selalu dikelilingi dengan buku, ditemani buku setiap masa, dan tak pernah pisah dengan buku. Bak ibarat nya, buku adalah segalanya-galanya bila di IPT. Tapi anda sedar atau tidak, bila kita gantikan 'buku' dengan sebuah 'ILMU', ternyata ilmu itu lebih berharga dari harga sebuah buku. Jadi hargailah masa kita berlegar-legar dengan ilmu. :) Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China". Di mana-mana pun, tak kisah la di dalam pusat ilmu atau di luar pusat ilmu, kita sebenarnya sentiasa mempelajari sesuatu yang baru. Hari ini, aku mempelajari tentang bagaimana nak deal atau nak bertanya menggunakan bahasa baku dengan pihak atasan. see! i take it as a learning too. :D Tapi ilmu yang tidak diamalkan sama juga kan? ibarat pokok yang tidak berbuah. 


Dalam surah As-Saff ayat 2-3 ada menyebut,

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tiak melakukannya! (2) Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya (3)"


So, muhasabah-muhasabah la sentiasa. Amalkan mana yang dapat, dan sebarkan mana yang diamalkan :) Kerana menyebarkan sesuatu yang tidak diamalkan adalah perkara yang tidak disukai oleh Allah.


Hemm, let's me think wisely before talk anything... Oh ya, apa plan cuti sebulan ini? Sebulan je pun kan.... makan tido makan tido tak terasa masa berjalan. Tapi akan terasa kebosanan melanda diri. Setuju tak dengan saya? muahaha :D Setakat ini takde sebarang plan lagi, cuma akan ada.. Just wait and see! InsyaALLAH akan ku cuba penuhi cuti ini dengan aktiviti yang 'agak' bermanfaat. :P Next week saya akan busy menguruskan pembatalan PTPTN dan sekaligus pembiayaan pinjaman Bank Rakyat. Doakan saya semoga semua dipermudahkan :)

P/s: Semua dah balik. saya meme suke ditinggalkan sengsorg kat bilik. T__T

Tuesday, January 10, 2012

soal hati dan perasaan



Kadangkala kita salah dalam mentafsir soal hati dan perasaan. Soal hati dan perasaan adalah suatu benda yang subjektif malah untuk memahaminya....memerlukan penelitian. Lihat sahaja orang seperti aku yang perlu meneliti serta memahami justeru aku tak ingin melihat orang lain turut terluka. Malah membuat satu pengorbanan yang sia-sia bila ianya melibatkan soal hati dan perasaan. Jauh di sudut hati ini, kini aku pasrah dalam mencari cintaNya. Tiada apa lagi yang tinggal untuk sekeping hati ini yang mudah untuk merasa dan mudah sekali untuk jatuh dikecewakan. Apa yang aku mohon, moga ALLAH terus membimbing sekeping hati ini agar terus mencintaiNya tanpa berbelah bahagi. dan terus mencari keredhaan di atas jalanNya yang diredhai. Aku hanya mampu tersenyum dalam menyembunyikan suatu duka yang tidak diketahui. :) Kerana itulah diriku yang sentiasa menyimpan seribu satu macam rasa di dalam sekeping hati kurniaan Ilahi.


Thursday, December 22, 2011

welcome dear, my STUDY WEEK!

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Test already ended :) Tinggal interbiu esok pagi dan juga esaimen thermo kk yg baru jek dapat, and also submit mindmap biochem + mcb. em, whatever it is, welcome STUDY WEEK. welcome welcome! Hehe. Ntah la, nape mood malam ni tak seperti yang dijangka. nak melompat-lompat sebab habis test, tapi sebaliknya tak seperti itupun. 


Perasaan seakan sukar dijangka kan. malam ni seperti nak muhasabah dan selak kembali apa yang pernah berlaku kat hidup aku. ha, macm tu pulak. haha. apa la kau ni nis. tadi call umi, seakan dapat rasa keriangan mereka kat sana. if u want to know, umi abah dan adikadik smua dah pulang. mereka dah balik sabah pagi semalam meninggalkan aku keseorangan kat sini ;"( padehal aku jumpa sekali je aritu. kerja berlambak menyebabkan aku tak dapat nak balik. maklumlah sejak cuti kita tak sama dengan cuti budak sekolah kan. and EXACTLY WHAT I FEEL NOW, I WANT GO BACK! so welcome STUDY WEEK, i akan duduk sini menemani u je. huhuk. 





kadang-kadang aku sangat teringin seperti orang lain. MakAyah dekat di sisi, berada tak jauh. aku sangka aku kuat tapi sometimes i still have that feeling. Seronok la balik ada rumah tetap, setiap kali balik jumpa MakAyah, share everything and there are NO words to say.... sukar untuk diterjemahkan. but, i still syukur because i still have them. yah, thanks ALLAH. :') Moga ALLAH sentiasa melindungi mereka. moga mereka sentiasa sihat and happy. 


Aku akan terus berada disini untuk berjuang.


#sila ignorekan LUAHAN HATI ini#

Wednesday, December 21, 2011

#WW3: Otw becoming SAHABAT, hopefully :)

Firstly, Assalamualaikum >.<




Be honestly, i am very lucky to have them. Guide me yang kepala gila-gila ni. Suka buat benda terburu-buru. yah, that's reality of ME :')

To Be Continued.....

Friday, August 19, 2011

Rasa Suka Datang dan Pergi.


Ok. malam malam cenggini merapu pulak. "-_-. Tapi i really take serious wif my statement. Kadang-kadang pelik kan, rasa suka, sayang, cinta akan hadir dalam hidup setiap insan. Rasa yang hadir sesama manusia yang berlainan jantina. Tapi kenapa dihadirkan andainya satu hari nanti salah seorang mereka akan kecewa? Yah! Allah itu jua yang Maha Mengetahui. tak semua akan dapat apa yang mereka suka, dan tak semua yang mereka tak suka mereka takkan dapat. Tapi percayalah! Setiap sesuatu ada reason disebaliknya, hanya Allah jua yang mengetahui. Mungkin shj akan datang yang lebh baik untuk kita? Siapa tahu kan... :) Dan aku berpegang pada kata-kata ni, "Bila kehendak kita untuk berubah menjadi lebih baik, Insyaallah akan didatangkan orang yang baik-baik untuk berdamping dengan kita". :)
Aku mohon, aku pinta agar rasa ini semakin hilang dan pergi jauh. Moga dia bahagia disamping yang tersayang. :) Full stop! Mungkin rasa ni takkan ku biar lagi mendekati. HAHA *gelak amat jahat disitu* 

P/S: Janganlah Kau biarkan aku dilekakan dengan keseronokan dunia. Jauhkanlah aku dari fitnah dunia Ya Allah. ^^

Monday, August 1, 2011

Day 1 # Ramadhan : My Wishlist

ASSALAMUALAIKUM dan selamat menjalani ibadah puasa yang pertama pada hari ini. :)

Memang seronok kan bila kita puasa, kita menikmati betul-betul puasa tu. Puasa tahun ni pun aku nak cuba menikmatinya sebaik mungkin disamping amalan-amalan yang boleh menambahkan pahala dan ganjaran di bulan Ramadhan ni. and also, i'm doing my wishlist, insyaAllah i will try my best ever to do it.

MY WISHLIST RAMADHAN 2011

  1. puasa penuh mana yang termampu :p
  2. khatam Al-Quran (30 juzuk)
  3. Qiamullail (terutama malam Lailatul Qadar)
  4. Berzikir, beristighfar 
  5. Solat maghrib, isyak, tarawih berjemaah
  6. Bersedekah dari segi wang mahupun tenaga
  7. Jadi anak yang baik (mendengar kata)
  8. Belajar untuk sentiasa bersabar dlm apa jua keadaan
Bila tibanya bulan Ramadhan, kita saling ingat mengingati, nasihat menasihati supaya mempertingkatkan lagi amalan kita di bulan barakah ini. Teringat lagi kata-kata ustaz jemputan di MHI hari tu,
Sesungguhnya amalan sunat di bulan Ramadhan menyamai amalan wajib, dan amalan wajib akan dikurniakan pahala 70 kali ganda. Masya Allah!
Amat rugi kalau kita lepaskan tawaran ni. Ianya umpama sale-sale hebat yang ada di kedai2 kain baju bila nak menghampiri HariRaya Aidilfitri, cuma terpulang pada kita2 je samaada nak rebut peluang ataupun lepaskan. Marilah kita cuba untuk melunaskan kata-kata yang kita ucapkan, insyaAllah kita lakukan. Berdoalah agar usia kita dipanjangkan agar Ramadhan kali ini kita lalui dengan penuh kenikmatan yang tak terhingga. InsyaAllah :) Moga jua hajatku ini tercapai dengan segala kehendakNya. ameen :)

AS: menu hari ni, nasi hujan panas. yumm2! selamat maju jaya semua! jgn ponteng puasa tau, nanti Allah murka..


Tuesday, July 19, 2011

Hackers..!

Assalamualaikum w.b.t dan selamat mlm :)

I dun know why lah orang nih rajin sangat nak hacker2 orang nih. hadoi! -_-" xde koje lain agaknya! gaya aku, macam terkena je kan. HAHA padahal takpon, orang lain yang terkena. Kat FB tu, orang dok sibuk post benda nih, bagus depa ni :)

 VIRUS BARU KAT FACEBOOK !
1. virus tersebut tersebar melaluiIM dimana dia bermula denganchat......"hi. how are you?"
2. kemudian korang reply pd chattersebut , dia akan hantar "Wanna laugh? :)"
3. selepas korang reply , dia akan menghantar kan "It is you on the video ? want to see?)"
4. then lepas tu , dia akan hantar satu LINK & link tu laa VIRUS . so HATI-HATI , jgn layan im yg cm2

memang lah, makin menjadi-jadi. yelah, dunia kan makin hebat. teknologi pon makin 
canggih. manusia pon makin cerdik bab-bab komputer nih. Kalau fb mesti HACKERS tu akan sapa kita 'hi how are you'. aku pernah dapat an agak weirdo lah kat situ, nape kawan aku tetiba nih? nampak sangat tak pernah tanya khabar aku kan? HAHA takdelah, memain je :)
Kalu ym pulak, tak silap aku HACKERS tu akan sapa 'are you there, its important'. huhu menda lah..... 


bukti sangkaan aku :P

M_______M : Are you there? Its important.
Me : Hack ke ape? Hadoi!
M_______M : I have a science project due tomorrow for summer school :(
Me : so?
M_______M : will you pleaseee take this iq quiz, I need 10 friends to take it and tell me their results for this project.http://iqtest1598.com/?id=3283dff3e8c2480e
Me : dun wanna help u!
M_______M : I will owe you big time -- Ill even take you out to dinner or something.
Me : i know u are the hackers. huh!
M_______M : im not hacked!
Me : liar!
M_______M : please and thank you!!!
Me : .........
M_______M : BRB someone just rang my doorbell
Me : huhu. prove to me!

M_____M signed out.

Berikut adalah perbualan singkat aku dengan beliau. HAHA ok lah. itu je nak gtau.

AS: Mood taktau nak buat apa. walhal nya banyak bnda nak buat.. hoho

Tuesday, July 12, 2011

Jauh di sudut hati.

Assalamualaikum.

As elder sister, seharusnya aku amat risau dengan keadaan adik aku. adik yang aku panggil 'adik' berbanding adik-adik kecik yang lain :D hati kakak mana xsedih wei, bila org lain habaq mai yang adik kita sakit.. :'( baru lepas tepon umi, umi pun dgr macam sedih. yela, kami masing2 jauh.... xdapat nak berada disisi dia, xdapat nak bg sokongan kat dia.. tapi mmg seyes aku kata, aku mmg suka cari gaduh dengan dia, cari pasal xyah cakap la... akhirnya dia gak yang mengalah :') sejahat-jahat aku pun, dalam hati ada taman tau. masih risau akan keadaan dia. ^^ nama dia Akhsan Kamil Azizi. Taun ni form 5, bakal amik SPM hujung tahun ni.... dan sakit dia ni amat merisaukan aku tentang masa depan dia............


muka poyo jek!


(Flashback, 4 years ago)

Hari Raya Aidiladha. Ya, pagi itu semua orang sibuk untuk pergi menyembelih lembu untuk dijadikan korban. Tapi pagi itu lah tragedi ni smuanya berlaku. Adik aku excident gara-gara nak ngelak keta. Dan memang smua kecoh tyme tu, termasuk parents aku yg ketika itu ada di kampung. Nak dijadikan cite, umi aku memang panik gile, terus je buat keputusan bawak p Hospital Klang. Kat sana adik aku dikuarantin. Memang cian gile dia :'( aku pulak jaat, pentingkan diri sendiri. 1st time suruh jaga dia kat hospital aku nanges sampai tersedu-sedan kau tahu. uhuk3.. xpernah jaga orang kat tempat sakit. nampak sgt aku xmatang, xlayak lagi nak digelar kakak. :( jaga dia pun acuh xacuh je. jaat kan aku? tapi hati aku masih berperikemanusiaan, xdelah aku nak menghentak2 kaki kat situ... esoknya aku minta tolong afiq (cousin) gantikan aku. sebab aku nak ikut hantar parents aku ke airport. Umi dan abah pun macam berat je nak tinggalkan dia. masa tu aku xfaham lagi apa yang dia rasa.....

aku rasa mcm nak tembak je doktor-doktor kat situ :P kaki adik aku ni dimain dibelah2 je. ingat ape?? -_-" mula-mula operate nak buang darah beku. then, dibiarkan lama tanpa berjahit. bila ditanya sebab tekanan angin yang tinggi. taulah aku xamik jurusan kedoktoran tapi..... explainlah betul2. pastu dah jahit, seminggu kemudian operate lagi sebab nak keluarkan nanah akibat dibiar terlalu lama tanpa berjahit hari tu. bengang xbengang.. kesian adik aku hari-hari bila luka dibasuh. Bayangkan luka kalau tergeser dgn kain kasa, macam tu la rasa. nak nanges dgr bila dia menjerit 'Kakakkkk!' :"(( Ingat lagi, aku sambut tahun baru kat hospital tyme tu sebelum digantikan dgn nenek aku. mati-mati dia xnk nenek aku jaga cz nenek aku kuat bebel. Tapi nak buat cmna, aku dah nak daftar asrama masa tu..

Until now, kaki dia masih sama. Dan dia asyik sakit semua berpunca dari kaki dia. Tolong lah korg2 yang mulut busuk nak kata dia tempang ke ape, cermin dulu diri korang.. Ni semua ujian Allah bagi untuk mengurangkan dosa hamba-hambaNya yang terpilih. Jgnlah kau berputus asa dik.. InsyaAllah kami semua membantu untuk meringankan beban yang ade. :)


asan : gedik ke tetiba die ni. ngeh3
kakak : saje je. dtg mood.. :)

major cakap muka kiteorg same :")


P/S: Setiap kesakitan itu pasti ada hikmahnya. Aku percaya dan amat yakin bhwa setiap ujian atau rintangan itu, menandakan Allah masih mengambil berat dengan kita. Masih menyayangi kita. Dan hanya Allah jua yang berhak menyembuhkan sebarang penyakit dengan izinNya. Cuma jangan putus harap untuk terus memohon dan berdoa padaNya. Kau sembuhkanlah kaki adikku Ya Allah dan kuatkanlah keazaman dia :) Amin....

AS: Tetiba rasa sedih :'( rindu ke hape aku ni?~



Wednesday, July 6, 2011

Update condition..

Assalamualaikum.

Sedikit risau sekarang ni dengan status expoconvo'11 sebab baru habis meeting tadi. Dalam pukul 12.10am selesai meeting yang aku agak lama jugak. Memang banyak yang aku dengar dari setiap exco2 yang ada. Termasuk unit aku sendiri, exponiaga ada masalah. Aku hanya mohon dari Allah agar dipermudahkan segalanya bagi expoconvo kami tahun ini. Kalau boleh, biarlah ianya ada dalam sejarah UMP. Aku percaya, dan aku rasa semua pun berkehendak untuk menyimpan expoconvo tahun ini sebagai memori UMP dan juga orang luar. 

Berbalik pada cerita, sekarang konflik bagi unit aku adalah dari segi layout sendiri. Layout tak kompem padahal aku dah send layout tu kat ramai peniaga... Seandainya ianya tak seperti dirancang, aku tak taulah.... Besok nak jumpa peniaga yang nak ambil 5 khemah terus.. mohonlah dipermudahkan. :) Itu je yang aku harapkan buat masa ini.. 

Target aku minggu ini hanyalah 10 khemah. Andai lebih lagi bagus, bermakna Allah menolong aku. :')) Aku akan cuba insyaAllah dapatkan atau habiskan khemah untuk dijual secepat mungkin selagi aku berada di UMP nih. Itu azam aku! Kerana aku nak cuti tanpa stress dan gangguan! Boleh ke? :P 

Kesimpulannya, aku kena buat plan. Buat masa ni aku dh dapatkan dalam 30 khemah. Dan baki ada dalam 41 khemah. u ol rasa dapat ke? Insyaallah boleh.... Aku akan cuba push anak buah aku.. Permudahkan aku Ya Allah serta yang lain juge. :)


Jadi, moh2 aku bagi ilmu sikit malam ni,


Memohon Kekuatan Dalam Hidup
Berzikir Yaa Qawiyy - 116x setiap hari


Mengatasi kesukaran
Berzikir Yaa Qaadir - 41x sblm melakukan tugas yg susah, maka kesusahan itu akan hilang


Memudahkan urusan
Berzikir Yaa Fattaah - 70x
Berzikir Yaa Muqtadir scr terus menerus - 744x stlh bgn tidur


Menyelesaikan tugas
Berzikir Yaa Mutakabbir sblm melakukan apa shj tugas, maka akan memperolehi kmdhn menyelesaikan mslh..


InsyaAllah... :)


P/s : Segalanya kita sandarkan pada Tuhan yg mencipta dan mengurus sgl perjlnn hidup kita.
Semoga sedikit perkongsian ni mbawa kebaikan pada diri kita. Sambil berzikir dapat menambah pahala, serta jalan mempersiapkan diri ke bulan Ramadhan ;)

AS : Mood agak serius. Berhati-hati untuk menempuh hari esok..


Saturday, July 2, 2011

New experience makes me more matured!~

Assalamualaikum.


Today, aku nak cerite serba sedikit tentang hidup aku kat UMP ni. Memang seyes aku kata, orang lain sibuk dok layan cuti panjang 4 bulan ni (Mei-Sep), aku pulak sanggup duduk menghabiskan masa, tenaga dan duit kat sini.. Well......... sebenarnya aku nak cari pengalaman sebyk mungkin selagi ada kesempatan.. Mula dari sebelum aku cuti sem lagi, aku dah dok pikiaq......'erm, nak join ke tak? join ke tak?'...' tapi aku nak balik rumah, lami gile xbalik.... nak dekat setahun :"( ' pastu aku amik keputusan tak nak join memandangkan aku rasa cuti ini lebih bermakna kalau aku habiskan waktu dengan family yang dah lama tak ku ketemu... cuma entah kenapa satu hari ni, aku ubah fikiran. Maybe Allah dah gerakkan naluri aku untuk join agaknya, dengan drastiknya aku isi borang permohonan saat mereka masih membuka kaunter untuk kesekian kalinya..

Alhamdulillah, saat ini tak sia-sia aku masuk. Syukur pada Allah kerana memberi aku sebuah pengalaman yang tak mungkin aku dapat kalau aku tak join.. Aku diberi tanggungjawab untuk memegang jawatan Ketua Eksekutif Exponiaga bagi Expoconvo'11 yang bakal diadakan pada 21-24 Sept nanti... hampir dengan besday aku!!!! hehe nak menyelit gak tu ;) Walaupun aku takde sebarang pengalaman, terima kasih kerana memberi kepercayaan ini.. Sungguh! aku akan cuba buat sebaik mungkin :)) tapi kekadang hati aku pasti terdetik, rindunyaaaaa rumah! :'(( seakan mudah untuk aku mengalirkan air mata.. sehingga pada malam itu, saat itu, entah kenapa aku tak dapat nak menahan air mata.. emosi tak stabil dan jasad yang penat agaknya.. ni lah perempuan, aku tak deny perempuan mudah terusik dengan emosi.. hehe aku terus keluar dari bilik meeting, diorang agak terpinga2 jugak lah.. heheh apa2 kan aku ni, macam budak2 betul! tapi serius lah, susah tau orang nak nampak aku nanges depan2.. tapi nak buat mcm mana, air mata xboleh nak tahan... ;') tatkala tue, aku bersembunyi dan nangis keseorangan. memohon kekuatan dari Allah S.W.T. memohon kemaafan dariNya andai aku lalai dengan kerja2 semua ni... tapi thanks a lot pada kawan aku ni, Afifah sebab dia back up aku. mencari di mana aku bersembunyi... hehe serius! aku malu sebab macam budak kecik je aku ni kan? di luar nampak tabah, tapi bila di usik aku mudah untuk melatah.. hati aku mudah terusik. tapi takpelah, aku maafkan jela mereka berdua yang telah menggores hati aku ni, mungkin mereka xsedar dan tak berniat! Think Positive is better right?? heheh :) thanks also to chua :))




nampak x? terharu beb! hehe

dan aku akan meneruskan keja ini sampai waktunya aku nak BALIK! 23hb Julai ni aku nak fly balik Sabah! yeay! xsabar rasanya.... puasa sebulan bersama umi, abah dan adik2.. dah lama xrasa perasaan ni.... ^-^ asan jgn nanges sorang2 kat sini oke! haha~

P/s : aku ponteng tak pegi Bengkel Protokol hari ini. sori mam! Isnin meeting, Selasa meeting, kena jumpa Head Of Programme pasal buku2 yang budak kimia ni nak pakai buka sem nanti, adoi!, rabu ada appointment dengan peniaga, khamis meeting update dgn orng bawah, jumaat& sabtu ade BASF programme dengan Petronas... full meh schedule.. haha OK! from now, just try control yr emotion k anis! :)))

Sunday, March 20, 2011

umi ku

Assalamualaikum :))



hari ini saya rasa terpanggil utk mendedikasikan entry ni utk umi yang tercinta. 

pada ketika waktu malam yang hening, sekitar pukul 3 pagi, baru aku teringat tentang tarikh keramat seseorg yang terlalu istimewa,
  
" UMI "
  
aku fikirkan mungkin umi sedang diulit mimpi yang enak, namun ku teruskan jua niat.. kata2 ucapan ku hantar.
 
umi.... selamat hari lahir! :)

----------------message delivered-------------------
 
aku mempersiapkan diri untuk tidur.. tiba2....

are u afraid??? --- message ringtone :P
 
dlm fikiranku, "eh, umi ni xtidur lagi ke?"

ku buka peti inbox dan ku baca,
 
" tq. doakan umi berjaya dlm setiap yg umi cita2kan termsuklah memiliki anak2 yang soleh dan solehah".

______________________________________________________________

aku rasa amat tersentuh. Ya Allah, aku rasa sedih sgt! salah satu cita2 umi xterlaksana lagi adalah disebabkan AKU! AKU!! aku yang berjauhan hmpir lapan tahun. untuk bertemu umi, dua kali dlm setahun. masih lagi mencari di manakah akhirnya perubahan diriku nanti?

air mataku mula menitis. Ya Allah, aku sungguh berterima kasih pada Engkau kerana mengurniakan aku seorang umi yang begitu tabah, sabar dalam menghadapi dugaan dan cabaran yang Kau berikan. Itulah tandanya Kau mengasihi umi ku. teruskanlah Ya Allah. Jika boleh, berilah sedikit bebanan nya padaku, :"((

dan bukakanlah hatiku utk terus menerima hidayah dariMU. teguhkanlah pendirianku, agamaku, keimananku. moga aku tidak hanyut dibawa arus dunia yang terlalu banyak cabarannya. :)

p/s: slmt hari lahir juga kepada adik2 ku yg jauh. faiz dan awa. :)) moga kamu juga dpt melaksanakan cita2 umi. balas jasa umi.

Sunday, March 6, 2011

selamat hari lahir abah ~

assalamualaikum...

ok! ni the first entry utk hr ni. today is my father's birthday. ngee~ mgrb tadi baru kol abah dan wish, 


SELAMAT HARI LAHIR ABAH!

ingat anak dia tak ingat ke?? ingat tau. semua memori dalam kepala otak ni hanya menyimpan tarikh besday orang je. haha. nmpak sgt menipu. lepas tu, bnyak pulak abah ni bagi nasihat. macam2. pastu tanya, "bila nak balik sini? nanti senang nak tempah tiket awal2." dan aku, " nanti bila2 anis nak balik anis gtau la.. takut ada program pulak nanti.. hehe" tak tipu eh. lama jugak tak balik ni.. hampir setahun dah.. :P  


apela... pic pun letak la pic real.. ni pic yang snap dari card mcm matrix card tuuuu... takpela, asalkan namanya pic. :P

apepun. moga abah terus success berperanan sebagai ketua keluarga. tunjuklah contoh yang baik. moga sentiasa berada di bawah naungan Nya dan dipanjangkan umur. akhir kata,

 "saya syg abah saya!!!!!!"



Thursday, March 3, 2011

HB akhsan kamil azizi!!~

Assalamualaikum.

sebelum aku lupa, hari ini adalah hari ulangtahun ke-17 adik bawah aku..form5 skrg.
selamat hari lahir dik :)
agak2 dia terharu tak kalu baca post aku ni?? *perasan* :P

segak berbaju melayu ungu

alahai.muka poyo jek..


pic2 ni aku curi dari fb je.hehe xdapat nak wish face to face. sbb jauh. by mouth pun xboleh sbb dia dok hostel. tapi xpasti dia bawak hanset ke x. hoho! apapun, selmat hari lahir ye! tahun ni buat la spm betul2.. bangga kan lagi umi dan abah dgan keputusan mcm pmr dulu. lawan kakak ok! buat penat je g tuisyen jauh2, bayar mahal2 kalau keputusan tak se'gempak' mana!! ni satu cabaran buat kamu... i challenge you bro!!
dgn ucapan semoga sentiasa dibawah lindungan rahmatNya. kakak hnya dapat mendoakan dari jauh. teruslah berjuang dan sentiasa teguh dalam menghadapi cabaran dan dugaan. krana Allah xkan menguji hmba-hmbanya tnpa alasan. setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya. terimalah keadaan dirimu seadanya ok.. :)

stop here.... :)))

Monday, February 21, 2011

Yesterday, Today and Dis Week :)

Assalamualaikum :) dan selamat sjahtera!

Firstly, bahang PRK masih lg belum reda selagi belum smpainya hari mengundi iaitu pada esok hari! :) sape la ye aku nak undi agaknya? em budak surau? hehe ape ape pun biarlah ianya diakhiri dgn tenang..ameen. actually dah xnk la story pasal ni lagi.. sbb da confius nak sokong mana. lagipun dah nak habis waktu tempoh. so,biarkanlah bnda ni berjln dgn lancar tnpa perlu mengomen2 dan memburukkan org lain. :)

for today, aku baru je habis menyelesaikan kerja aku di makmal dengan extraction experiment. aduhai lab report experiment minggu lepas kena rejek lagi. sbbbnya........... tak sama piawai dengan apa yang miss tu nak. kena pulak ikut sebijik contoh macam report luar negara. apalah nasib kan! so dengan muka kesiannya ambil la balik report tu dan adjust balik. nasib baik buat report dalam group. 

muka kesian xboleh blah! haha~
tambah tambah lagi ada dua test minggu ni. biasalah pelajar u kan, tak pernah lepas dari test, quiz dan assignment. anyway, anis! kamu BOLEH ok! buktikan! semangat macam ni kita perlukan :) hehe~

dan semalam... genaplah umur aku 20 tahun dalam bulan Islam. bersamaan dengan 17 Rabiulawal 1412 Tahun Hijrah. :) kalau ikutkan tahun Masihi lambat lagi, dalam bulan september. andaikan jela aku ni dah semakin tua ye anak-anak sekalian. hehe. tapi tak ramai yang tahu tarikh lahir dalam bulan Islam dan lebih menyambutnya dalam Tahun Masihi.. rasa-rasa kenapa agaknya? fikirkan..... @_@



Then now, i wanna going to eat 'rojak'. 
and i will end my entry here ok.
That's all from me for Yesterday, Today and Dis Week.
 Have a Good Day!
tengteng :)
assalamualaikum.