Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum :)
If a few days ago, i am turn to be the most person who bermuram durjana, but now i think i should think positively. ok, since now i do that word 'POSITIVE' as my inspirational word and i cannot untuk bermuram durjana lagi. haha. come on la anis, kesibukan dunia tidak memberi apa-apa makna melainkan ujian untuk terus bertahan di atas muka bumi ini. Akhirat itu yang akan dikejarr. Thanks ALLAH because bagi aku kesedaran untuk positif dengan semua yang berlaku. yepp! Thank to her also because i can felt her strength through her writing :)
so actually aku nak cerita semuaaa yang berlaku untuk seminggu dua ini. i am lil busy for my assignment, project, project, project and project. huh. what i can do? i start, i must end it for no reason, right? eh eh, nak mulakan dari mana ek? aku kena buat timeline ni, ala-ala mukabuku yang famous ituu!! sebenarnya tak suka timeline, timeline sgt men'serabut'kan. huhu. takpa2, em dari mana aku nak start ek? ok ok. aku dah tau ;)
past two weeks ago, aku dan my pengarah program untuk 'Kursus Keusahawanan Ibu Tunggal' merangkap my sahabah also, naik turun mahkamah (Pusat Keusahawanan) untuk mendapatkan kelulusan untuk membuat program. ternyata perjalanan kami amat payah. adoi. aku rasa macam nak putus asa pun ada, adui bhaa tapi ujian itu baru sedikit tau. my sahabah can, takkan aku tak boleh. sampai satu tahap i need her advice, she said," anis, lihat Muhammad S.A.W. perjalanan dakwah baginda sangat panjang dan berliku, tapi Baginda tidak mudah putus asa, jadikan Baginda sebagai tokoh inspirasi." Thanks to you Syaza. i really appreciate peringatan itu. and also video Sultan Muhammad Al-Fateh yang menjadikan semangat lagi membara! :) so finally this wednesday we got that license for doing our program. Yeay! Alhamdulillah. walaupun ada syarat di sebaliknya, aku akan ambil positively. so now we have 2 project.. since we need to take another project to run this program. Ikhlas. Ikhlas. Semua aku sandarkan pada ALLAH. biarlah orang buat kita macammana pun, ALLAH akan tolong kita. just believe in Him ok! Hehehe
ok, bosan =.= asyik cakap pasal projek, projek dan projek. dah nak dekat akhir sem ni pun, mulalah assignment dan projek berlambak-lambak. lab report, quiz, test.. omaigod! hari cuti seperti tidak cuti. hari tidak cuti apatah lagi, ayoyo! betapa aku merindui saat-saat masa yang free dahulu -.-
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati." (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).
haa! korang nak tahu tak? aku kan pernah crite dahulunya aku berpulun-pulun menyelesaikan dokumen pinjaman yayasan bank rakyat, pastu pergi program pembangunan insan pula (kalau lupa atau tak tahu, sila refer post sebelum ini, if you want to know la, :P) now setelah aku tunggu hampir 4 bulan di universiti, barulah duit itu masuk. imagine macammana aku boleh survive kat uni for 4 months without any payment? huhu. ALLAH Maha Pemurah tau, just mohon rezeki padaNya, insyaALLAH you will survive. amalkan solat dhuha setiap hari. ALLAH kan suka amalan yang kecil dan konsisten (istiqamah) dari buat yang besar tapi sekali-sekala. You know what i mean, right? If you niatkan amalan ini kerana ALLAH dan semata-mata mengikut sunnah Rasulullah, you can imagine right betapa besar ganjaran yang ALLAH janjikan? :") How I feel thankful to be your servant, ALLAH. ok, hanya peringatan bersama. Hehehe. amount yang masuk takyah cakaplah, rahsia rahsia. kawan-kawan pun tumpang gembira. haha but bila mereka tanya masuk berapa? aku akan bilang sama mereka ohhh it's going to be secret!! muahaha. Heaven gilo rasa dapat duit. tapi aku takkan lupa bagi sesiapa yang memberi hutang kepada aku, moga ALLAH jua yang membalas jasa kalian :') tapi aku taknak gelojoh dalam membelanjakan duit ni, since kiteorg budak2 tajaan ni dah diberi amaran awal oleh pihak Bank Rakyat, bahawa mereka takkan redha kalau duit ini diguna pada tempat yang salah. ohh takutnya!! so awal2 lagi aku dah listkan hutang siapa yang aku patut bayar dulu, apa yang perlu aku buat, berapa yang aku perlu simpan untuk masa depan (chewah!), and d most important bayar yuran pengajian dulu. hhuhu. surat amaran dah sampai rumah dah.
nampak x senarai kat atas ni? huhu. banyak gilaa. yang tanda right2 kaler merah itu, mksudnya aku dah settlekan. aku pun ada simpan duit kat MAA Takaful. dengan harapan, satu hari niat aku nak menunaikan haji tercapai. YaALLAH kau izinkanlah hambaMu ini menjejakkan kaki ke tanah suci itu. with my family yang terchenta! seriously, siapa yang tak pernah teringin! aku dah dapat bayangkan macammana respon aku bila smpai ke sana. tinggi x imaginasi aku. huhu. teringat time sekolah menengah dulu, ada ustazah itu kata, baik awak doa dari sekarang agar awak boleh naik haji bila awak masih muda, kudrat pun ada lagi. since that, aku tidak putus-putus berdoa agar ALLAH menjemput aku. aminn :')
em apalagi ek? oh ya, sabtu lepas aku ada ikut satu program ni, program ASAC (Anak Soleh Anak Cemerlang). under ISMA dan pembina. since aku jadi AJK Pendaftaran, terkocoh-kocoh juga la disebabkan sampai lambat ke kawasan pendaftaran di Kolej Shahputra, Kuantan. akhirnya, program tersebut berjaya juga dilaksanakan. Ya ALLAH lega sgt. :) bagus tau program ni lagi-lagi bagi yang dah berkeluarga kerana apa yang dibincangkan adalah tentang bagaimana nak mendidik anak-anak menjadi soleh dan solehah melalui didikan dari rumah, pemakanan dan sebagainya. tapi aku tak dapat na join sepenuhnya slot-slot yang dibincangkan kerana tetiba tak semena-mena kena jadi pengasuh kanak-kanak pula kat nursery =,= haha tapi xkisahlah sebab aku suka tengok budak-budak comeeyy2 :P
comey gila rufaidah ini. geram!! pipi tembam sgt!
shida kata aku macam tengah pantang. huheue. jadilah~
balik dari program itu ja, malamnya ada sahabah minta tolong untuk hantarkan dia ke tanjung malim. kerana ada urgent case. so dengan penat yang tak hilang lagi aku pun temankan la ke tanjung malim naik kereta sewa dari UMP ni. bertolak pukul 10 malam hari sabtu, sampai ke tanjung malim dalam pukul 3 pagi. esoknya kami bertolak kembali ke UMP pukul 8 pagi dan sampai di UMP pukul 1 tengahari. hah, jauhnya perjalanan..luas pemandangan. hihi. mari kita sama-sama doakan moga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.. amin (housemate sahabah mendapat kecelakaan, mari sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau).
minggu ini juga adalah minggu paling busyyy sekali. setiap malam aku kena attend meeting dan discussion. 2 in 1 you know? until i dun know how are the feeling of being tired? hoho. aku bukanlah orang yang begitu penting kerana aku hanya menjadi pelengkap kepada yang terpenting. bagaimanalah agaknya hidup orang yang terpenting tu ek? so belajarlah bagaimana nak membahagikan masa dengan baik :) pula bila minggu ni result utk lab kami kena amik 24 hours sekali smpai seminggu. adoi. hari2 kena menghadap mikrob buka tutup inkubator tu. bau xyah cakap la, busuk!! huehue. nak tengok tak result dy?
hahaha. menyelit jap 2 mikrob terbesar kat atas ni. hai maklumlah semalam dan arini tugas kami utk amik result. bosan-bosan snap la gambar satu dua buat kenangan. ececeh. tapi yang ni baru result part c tau, belum part a dan b. =,= hidup lab! hidup lab! -..-
ala rasa-rasanya aku xmampu kot nak crite semua. this actually dah jadi a very very a long story kan?? mmg sesuai sgt la title post ni. :DD cuma lagi satu ja mau crita, aku dah 5 hari xmakan nasi. yeay, berjaya juga! ni smua gara-gara roomate aku ajak na diet konon, alih-alih dia bertahan only for a day ja..hihi. so for my menu for dinner today.. jeng-jeng!
SPAGHETTI BOLOGNAISE
omaigod. omaigod. sedapnya!! hehehe. ok la, that's for all from me in my two weeks of my life. malam ni aku ada aktiviti lain pula. MABIT. pernah dengar x? takut. takut. aku kena bagi pengisian tentang tokoh inspirasi. em Rasulullah o Rabiatul Adawiyah? mohonlah ALLAH permudahkan dan memberi kefahaman pada semua yang mendengar. petuanya sebelum memulakan sesuatu ceramah o pengisian o presentation, sebutlah Ya Samii'... Yang Maha Mendengar, Insyaallah ianya berkesan. aku pun baru tahu dan mula untuk apply kan. :) esok pula, aku akan terlibat dengan jualan sempena ARABIAN NIGHT Kolej Kediaman 3 since aku EXCO Ekonomi Pembina UMP. ahad pula akan ada discussion utk podcasting TITAS. wahh aku tak sangka jadual aku sangat penuh sekrg. huhu. tapi penuh dengan aktiviti yang berfaedah xpa. jangan sia-sia. kan kan?
AS: YaALLAH, aku mohon janganlah kesibukan ini menjejaskan hubungan aku denganMu. :') mari mari muhasabah diri orang yang sibuk! selawatlah banyak2 di hari jumaat yang mulia ini ^^













































