Monday, May 27, 2013

It has something to be learned.

Assalamualaikum.

Semenjak beberapa bulan ini, hidup bertambah semakin HECTIC. buat hadek-hadek, ni akak nak cakap sikit nih. jange la hang pa semua pi dok mohon jadi engineer, lagi-lagi chemical. memang sangat tough. sangat ok! kalau nak juga, sila prepare dari segi fizikal, mental, jasmani, rohani dan intelektual. Bukan apa hadek-hadek, akak tak nak laa awak semua jadi macam panda, mata lebam, kurus tak cukup makan, gemuk terlampau banyak makan, kadang-kadang cakap sengsorang, kadang-kadang suka sangat gelak bukan main, kadang-kadang tak tidur langsung, kadang-kadang muram, kadang-kadang solat xjaga semua dan lain-lain. Belum lagi awak kena aktif program-program di universiti, jawat jawatan yg pelbagai, jumpa orang sana sini, seriously akak cakap ini bukan main-main. Baik awak nikmati betul-betul zaman sekolah menengah sekarang (nasihat dari akak universiti, ceh!). Kalau nasihat dari akak yang dah bekerja, "Baik awak nikmati benar-benar zaman universiti awak sekarang. Sebab dah bekerja nanti boleh jadi hidup awak lebih hectic, tak terurus dan sebagainya." Wow. memang hakak dah kerja. memang saya sangat nikmatinya sekarang. Huhuhaha. (Tak tahu nak gelak atau nak sedih).

Tapi saya percaya, dan sentiasa percaya. Semua usaha kita taburkan sekarang, in shaa Allah akan ada hasil di kemudian hari. Yang penting bersungguh! Niat kerna betul. Selalu perbetulkan niat bahawa satu hari nanti segala ilmu yang aku pelajari kini, akan aku bawa untuk memberi manfaat pada orang lain. Teringat pesan ummi, "Contohi Rasulullah, bila melakukan sesuatu pekerjaan biarlah dengan bersungguh-sungguh." Yeap!
Mama wina saya juga ada bagitahu, "Everyhting that you have to go through today, actually will turn you into somebody one day." Yeap! Dua-dua saya setuju. Terima kasih atas peringatan itu ummi dan mama wina. 

Siapa mama wina ini? Actually she's my supervisor for doing PSM (undergraduate research project). Sukahati je kan aku nak panggil mama wina. HAHA. Tapi aku memang dah anggap dia sekarang as orang yang agak rapat jugalah. Sebab mama wina banyak bagi nasihat, tunjuk ajar dan pengajaran walaupun kami tak sampai satu sem lagi buat research sesama. Sangat respect dengan mama saya sorang ini :)

Atas kerjasama saya dan mama wina, maka wujudlah makhluk hidup yang saya panggil is 'baby'. Orang semua dok dapat baby tahun ini kan, saya pun nak juga ada baby. HEHE. *jangan muntah*. Ehem. Nak tengok tak kecomelan baby ini? Ini diaa..




Comel tak?

Kehkeh. Comel sangattt kan? Ini lah baby yang saya kena visit setiap hari, check pH setiap hari (macam doktor check suhu badan pesakit), saya kena cakap dengan dia setiap hari (ini lah simptom adek-adek kena cakap sengsorang), walaupun hakikatnya dia sentiasa busuk walaupun takda buat proses perkumuhan. Terpaksa tahan bau setiap hari, kesian dengan orang yang kongsi satu lab buat experiment. Maaf la ye awak-awak semua. Baby saya tak salah pun. Memang dia dilahirkan sudah dalam keadaan busuk. Harap faham. Jangan nak kutuk-kutuk dia, saya sangat marah ok!

Nama saintifik baby saya ini adalah Palm Oil Mill Effluent (POME). Apa yang saya kena buat dengan baby saya ini? Hurm, actually saya kena treat dia supaya satu hari bila saya lepaskan dia, dia takkan menjadi harmful bagi manusia lain. sebab apa? pH dia sangat acidic sewaktu dilahirkan dulu. So saya kena kaji faktor apa yang boleh increase pH dia so bila dilepaskan nanti dalam pH alkaline yang takkan dah jadi harmful pada org lain. Haa, faham? Kalu tak faham meh boleh datang sini sekali experience sekali buat dan tahan bau busuk tue.

Kenapa kena selalu cakap dengan baby? Mestilah kena cakap. Sebab dia kan makluk hidup juga. Dalam tue banyak gilaa microb yang boleh bantu awak jayakan eksperimen ini. So awak kena lah bebaik dengan dia k, *cakap dengan diri sendiri*. Bak kata mama wina, "selalu lah motivate baby tu, belai-belai sikit kee. pastu suruh buat yang terbaik". Macam apa dah kan? HAHA. Tapi jangan tak tahu, berkesan beb. Sebab setakat ini dah 3 kali kena repeat then sekarang alhamdulillah proses acclimatization dah berjaya walaupun mengambil masa yang lebih lama daripada expected :)

Hidup ini kalau awak tengok dari sudut positif kan, banyak sangat benda kita boleh belajar dari sekecil-kecil benda yang kita lakukan. Antaranya SABAR. Nak berjaya kena sabar. Dalam proses pembelajaran, kesabaran itu amat penting. Untuk bekerja dengan manusia kena bersabar sebab tak semua manusia seperti yang kita impikan. Malah bekerja dengan mikrob pun kena bersabar. Nampak tak kat situ? Walaupun kekadang kesabaran kita tak dapat diduga boleh bertahan sampai ke tahap mana, tapi awak ingat satu benda jaa. 

Kita banyak buat salah & dosa. Tapi Allah masih SABAR. Masih bagi peluang. Rasulullah selalu di caci dan di keji sewaktu dalam kerja-kerja dakwah. Tapi Baginda mampu berSABAR. Jadi siapalah kita ini? Kenapa pula dengan sekecil ujian ini tak mampu nak hadapi dengan SABAR, betul tak?

Yang lain, kita MAIN DENGAN MASA. Masa tak pernah menunggu kita, betul tak? Walaupun kadangkala rasa nak give up sangat sebab terlampau banyak benda nak kena buat, kena fikir, bukan fikir untuk diri sendiri tapi kena fikir juga untuk orang lain. Tapi inilah hidup. ada kitaran. dan kitaran ini sentiasa bermain dengan MASA. Kalau kita tak dapat mengawal masa, masa yang akan mengawal kita. Saya selalu jealous tengok mereka yang boleh keluar enjoy sana sini, pergi bergelak ketawa, having fun, seolah-olah tiada masalah. Tapi saya selalu ingatkan diri sendiri. Orang sebegitu mereka takda challenge dalam kehidupan. Satu hari nanti, mereka akan bosan dan sentiasa mencari sesuatu untuk dilakukan bagi memenuhi kepuasan nafsu enjoy mereka. Tapi anis awak kena ingat, hidup kita ada misi. Misi kita sangat berat. Bukan hanya belajar, tapi juga berdakwah. Berdakwah tak memerlukan awak untuk pergi ke sana ke mari bercakap perihal agama, namun menunjukkan akhlak yang baik, menolong orang lain, memperbaiki kualiti hubungan sesama manusia pun sudah dikira berdakwah. Biar kita susah sekarang. susah di dunia, tapi senang di akhirat. :')

SO, awak awak sekalian. JOM belajar Lillahi Ta'ala. Jangan mengeluh. Jangan sekalipun biar diri rasa tertekan. Kerana memang itulah kemampuan kita yang Allah dah tentukan. dan percayalah, segalanyaa ada hikmah. Saya berdoa, semoga orang-orang yang saya kenal, adik-adik saya semua berjaya dunia dan akhirat. Ameenn ^_______^


credit to tumblr

And finally, Gudlak EXAM untuk beberapa minggu je lagi. 
BITTAUFIQ WANNAJAH.

P/s: Lepas ini kalau dengar saya mengeluh, tampar je. tapi tampar bahu je tau. muka taknak! *geleng-geleng*