Assalamualaikum.
Pagi tadi baru je start 1st paper iaitu "Pharmaceutical Technology", dan alhamdulillah walaupun tak berapa nak memuaskan tetapi at least usaha itu ada untuk menghafal-hafal dan jawap je semampunya. Yep, sesudah berusaha, kita bertawakal, ye dak? HEHE. Actually malam ini mood sangat random. sebab itu ambil keputusan untuk update blog walaupun sekejap cuma. Rehat sebentar sebelum bermulanya study untuk paper kedua esok, :)
Mari malam ini, saya bawa anda kita berbicara secara santai. Maybe randomly I think. Entah. Mood random lah katakan. Yeke? HOHO. Lately, ku merenung. setiap masa setiap saat kita, kita habiskan dengan apa? sejak mula kita sedar kita siapa di atas muka bumi ini. Agak-agak berapa peratus kita mengingati Dia yang kita kasihi? Selain dalam solat, adakah di luar solat juga begitu? Di masa lapang kita? Contohnya berzikir. SUBHANALLAH. ALHAMDULILLAH. ALLAHUAKBAR. LAILAHAILALLAH. Sungguh kawan, sekuat mana pun diri ini mengingatkan syaitan itu lagi kuat menggoda. Di kala kita mencuba, di kala kita mengucapkan secara lisan atau di dalam hati, tak sampai beberapa minit kita akan alpa. Langsung hilang apa yang kita ucapkan sebentar tadi lantas fikiran kita telah menerawang ke perkara lain. Pernah tak merasa keadaan seperti ini? ALLAH. Malu aku untuk mengaku menjadi seorang hamba yang mencintaiNya :'(
Beberapa hari yang lepas, amat kena aku membaca beberapa artikel yang menyentuh tentang zikir amalan kehidupan seharian di Majalah Anis. Yes, I am surely know and you too, artikel seperti ini sudah banyak disentuh dan kita pun sudah lali membacanya berulang kali. Namun, di mana segala praktikal yang kita baca? Part yang paling aku terkesan, tak berapa ingat penulis artikelnya, hehe namun aku ingat ayatnya. "Jika ingin mencari ketenangan dan jauh daripada resah gelisah, berzikirlah. Islam ini mudah dan tak menyusahkan. Di mana sahaja, ke mana sahaja, apa sahaja yang kita sedang/akan lakukan, kita masih boleh berzikir. Sangat fleksibel. Lagi dimudahkan, zikir bukan hanya anda melafazkan ayat-ayat memujiNya, malah dengan mentadabbur apa yang disekeliling anda yang membawa anda mengingati Allah pun sudah dipanggil zikir." Nampak senang kan? Tapi kenapa ramai daripada kita masih jarang untuk melakukannya? Hurm, betul. Senang dengan kemahuan tetapi susah dengan pelbagai alasan. Alasan-alasan seperti,
"Eh, kejap lagilah zikir. Nak siapkan ini sikit jeee."
"Eh, kejap lagilah zikir. Nak dengar lagu best ini dulu."
"Nantilah......"
Aku pernah teringat satu ayat ini.
"Bila kita melakukan sesuatu disulami dengan zikir, sebenarnya kita sudah melatih diri menjadi HEBAT. Sebab apa. Sebab kita boleh buat dua kerja bermanfaat dalam satu masa. Ganjaran lagi berlipat ganda." ^__^
Tapi.....
Sampai sekarang kenapa masih tidak mampu? Walaupun wanita is a multitasker?
Rasanya.....sebab?
Bukan tak mampu. Tapi kita tak pernah push diri kita untuk buat macam tu kan?
Kan, kan? Kan, kan?
*Angguk-angguk*
Samalah macam kau nak study untuk exam. Kalau xda exam, agak-agak ada tak diri sendiri nak push study sampai lewat malam. Macam itulah ibaratnya. Resultnya, kita push diri untuk dapat pointer tinggi akhirnya berjaya. Ganjaran berbaloi. Sama juga macam zikir, push diri untuk dapat pahala dan keredhaanNya akhirnya amalan diterima. Ganjaran berbaloi, In shaa Allah.
Berkali-kali aku melihat ayat ini. Dalam surah Ar-Rad ayat 28. Allah berfirman, "(Iaitu) org-org yang beriman & tenang tenteram hati mereka dgn zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia." Allah sendiri dah meyakinkan kita formula ketenangan itu. Ya ALLAH betapa Allah dah sediakan segala formula yang kita perlukan. Agaknya begitulah saudara-saudara kita yang ditindas di Palestin, Afghanistan, dan Syria di sana. Tiada kekeruhan di wajah mereka, sentiasa bersemangat melawan musuh-musuh Islam durjana. Juga sentiasa tampak tenang. Walaupun sebenarnya mereka bila-bila masa sahaja boleh dihapuskan oleh pihak Israel Laknatullah. Formula inilah. Formula dihati mereka. Kekuatan itu. Kekuatan itu segalanya milik Al-Qawiyy. SubhanAllah.
Teringat satu kisah ini. Di zaman pemerintahan khalifah Saidina Umar bin Al-Khattab. Di mana kerajaan Rom dapat menawan beberapa tentera Islam. Dan salah seorang sahabat nabi antara yang menjadi tawanannya, telah dipanggil untuk menghadap pemerintah kerajaan Rom, Kaisar. Sahabat nabi yang terpilih itu adalah salah seorang yang kuat agamanya, dan semangat juangnya terhadap Islam tak mudah goyah. Namanya ialah Abdullah ibn Hudzafah As-Sahmy. Apabila ditawarkan kekayaan, harta dan wanita untuk menukarkan agamanya kepada agama Nasrani, dia tidak mahu. Raja Rom tidak berputus asa. Beliau menawarkan pula kepada Abdullah jawatan tinggi. Kerana Abdullah seorang yang hebat dan kuat di medan perang, dia telah ditawarkan untuk menjadi seorang pembesar dan diberi kekuasaan padanya.
Namun Abdullah menjawab, " jika engkau memberiku seluruh kerajaanmu, dan juga seluruh kerajaan arab untukku menukarkan agamaku dengan agamamu, nescaya aku tidak sekali-kali melakukannya."
Kata Kaisar, "jika begitu, aku akan bunuh engkau."
Abdullah, " silakan, lakukan sesuka hatimu."
Diikat di tiang salib, dipanah pertama kali di betis, kemudian di lengan. Namun masih juga degil untuk menukar agamanya. Lantas Kaisar sedar bahawa cara ini tidak akan berkesan kepada orang seperti Abdullah. Kemudian Kaisar memerintahkan untuk dibawakan sebuah kuali, diletakkan minyak dan dipanaskan di atas tungku berapi. DIberi amaran untuk mencampakkan dua tawanan muslim ke dalam kuali, namun Abdullah tetap bertegas. Sehingga saat Abdullah yang harus dicampakkan, Abdullah menangis. Fikir Kaisar misinya sudah berjaya lantas meminta Abdullah dihadapkan di hadapannya.
Namun apa kata Abdullah, " Aku menangis kerna sebelum ini aku berdoa untuk mati syahid di medan perang tapi kini aku bakal mati di dalam kuali."
SubhanAllah. Iman itu. Betul, sekuat itu pengharapan dan penyerahan jiwanya pada Allah.
Jadi. Tiada tujuan lain yang ku harapkan. Aku tulis untuk sentiasa memperingatkan diri aku sendiri dan sama-sama kita memperingatkan diri masing-masing. 26 Days to go for Ramadhan! How about our preparation? Oopas, I think kita kena ada azam untuk Syaa'ban dulu kot. Biar time Ramadhan nanti dah biasa dengan azam tersebut. HEHE. Kan? Soo apakah? Jom buat checklist....(Buat yang anda rasa mampu);
- Berzikir (setiap kali selepas solat, sebelum tidur, SubhanAllah 33x, Alhamdulillah 33x, Allahuakbar33x), setiap kali minum, (tegukan pertama sebut Bismillahirrahmanirrahin, tegukan kedua, Asyhaduallahilahailallah, tegukan ketiga, waasyhaduannamuhammadarasulullah, tegukan keempat, alhamdulillah), perbanyakkan menyebut nama-nama Allah, baca mathurat setiap pagi & petang dan akhir sekali....(sila lihat gambar di bawah),
- Puasa sunat Isnin & Khamis
- Membaca Al-Quran setiap selepas waktu solat, Surah Al-Kahf setiap hari Jumaat, Surah Al-Mulk sebelum tidur
- Membuat hafalan surah (In the process, Surah As-Sajadah)
- Solat di awal waktu
- Perbanyakkan solat sunat (Solat sunat Rawatib, Isyraq, Dhuha)
- Qiyamullail (Ikut sunnah 11 rakaat)
DONE! In shaa Allah. In shaa Allah.
Moga diberi kekuatan untuk istiqamah. Moga kita menjadi hari ini lebih baik dari semalam. dan esok lebih baik dari hari ini. Bila iman turun naik, itu perkara biasa. Kerna kita bukan malaikat. Kita bukan Nabi. Ma'sum. Kita manusia biasa. Itulah buktinya. Tapi apabila kita sedar, sejauhmana kita bertindak. Itulah gambaran Muslim bagaimana kita.
Moga segalanyaa LillahiTaala. Sentiasa tajdid niat.
Akhir kata....YEAH, I have others TWO paper to cover up. weewewit. Bagaimana saya menyayangi fakta, harap fakta itu membalas kasih sayang yang saya berikan. aww ;)