Wednesday, July 6, 2011

Update condition..

Assalamualaikum.

Sedikit risau sekarang ni dengan status expoconvo'11 sebab baru habis meeting tadi. Dalam pukul 12.10am selesai meeting yang aku agak lama jugak. Memang banyak yang aku dengar dari setiap exco2 yang ada. Termasuk unit aku sendiri, exponiaga ada masalah. Aku hanya mohon dari Allah agar dipermudahkan segalanya bagi expoconvo kami tahun ini. Kalau boleh, biarlah ianya ada dalam sejarah UMP. Aku percaya, dan aku rasa semua pun berkehendak untuk menyimpan expoconvo tahun ini sebagai memori UMP dan juga orang luar. 

Berbalik pada cerita, sekarang konflik bagi unit aku adalah dari segi layout sendiri. Layout tak kompem padahal aku dah send layout tu kat ramai peniaga... Seandainya ianya tak seperti dirancang, aku tak taulah.... Besok nak jumpa peniaga yang nak ambil 5 khemah terus.. mohonlah dipermudahkan. :) Itu je yang aku harapkan buat masa ini.. 

Target aku minggu ini hanyalah 10 khemah. Andai lebih lagi bagus, bermakna Allah menolong aku. :')) Aku akan cuba insyaAllah dapatkan atau habiskan khemah untuk dijual secepat mungkin selagi aku berada di UMP nih. Itu azam aku! Kerana aku nak cuti tanpa stress dan gangguan! Boleh ke? :P 

Kesimpulannya, aku kena buat plan. Buat masa ni aku dh dapatkan dalam 30 khemah. Dan baki ada dalam 41 khemah. u ol rasa dapat ke? Insyaallah boleh.... Aku akan cuba push anak buah aku.. Permudahkan aku Ya Allah serta yang lain juge. :)


Jadi, moh2 aku bagi ilmu sikit malam ni,


Memohon Kekuatan Dalam Hidup
Berzikir Yaa Qawiyy - 116x setiap hari


Mengatasi kesukaran
Berzikir Yaa Qaadir - 41x sblm melakukan tugas yg susah, maka kesusahan itu akan hilang


Memudahkan urusan
Berzikir Yaa Fattaah - 70x
Berzikir Yaa Muqtadir scr terus menerus - 744x stlh bgn tidur


Menyelesaikan tugas
Berzikir Yaa Mutakabbir sblm melakukan apa shj tugas, maka akan memperolehi kmdhn menyelesaikan mslh..


InsyaAllah... :)


P/s : Segalanya kita sandarkan pada Tuhan yg mencipta dan mengurus sgl perjlnn hidup kita.
Semoga sedikit perkongsian ni mbawa kebaikan pada diri kita. Sambil berzikir dapat menambah pahala, serta jalan mempersiapkan diri ke bulan Ramadhan ;)

AS : Mood agak serius. Berhati-hati untuk menempuh hari esok..


No comments: