Saturday, March 31, 2012

Bless me :)

ASSALAMUALAIKUM.

izinkan aku
membuka pintu hatiku
seluasnya untuk menerima sebuah cinta
drMu Ya ALLAH

aku bertuah
kerana sentiasa dilindungi
namun kekadang lemah
untuk diberi peringatan
betapa aku hambaNya
yang masih alpa dan lalai

namun aku akur
dengan segala ketentuanNya
kerana aku tahu
disebalik segalanya
mempunyai hikmah yang tersembunyi

aku dikurniakan sepasang mata
yang sentiasa memerhati
apa yang disekelilingnya
melahirkan titisan-titisan air
setiap kali merasa dosanya yang bertimbun
malah ketika merasa amat lemah di hadapanNya
dan mengharap sebuah kekuatan drNya

juga mempunyai sebuah hati
yang sentiasa berkata-kata
tatkala mempunyai peluang
melahirkan rasa yang pelbagai
namun apa yang aku dambakan
hanyalah cinta dariNya.
agar aku tahu betapa 
aku tidak pernah keseorangan. :')

Nukilan: Anis Sa

No comments: