Assalamualaikum wbt.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Kita ditarbiah dengan pelbagai cara. Kita ditegur olehNya dengan pelbagai kaedah. Kita dibangunkan dengan sikap alpa, lalai dan leka dari keseronokan dunia. Kita dibalas di atas segala perbuatan serong kita di dunia. Semua ini berada di bawah kekuasaanNya. Tiada yang terkecuali. Bila Allah kata Kun Fayakan, maka terjadilah ia. 'Segala yang berlaku ada hikmahnya'. Itu yang abah bagitahu tadi. Betul, bila sesuatu benda dah berlaku, kita dah tak boleh menyesalinya kembali. Mungkin di dalam benak fikiran kita, "Kalaulah aku berhati-hati tadi, mesti semua takkan jadi camni". "Kalaulah....". Perkataan 'Kalaulah' tidak akan mengubah apa-apa andai kita tak pernah sedar sampai bila-bila. Kekadang rasa nak putar kembali masa untuk memperbaiki keadaan. Namun, segalanya terlambat. Umpama nasi menjadi bubur, tidak mungkin kan menjadi nasi melainkan kita lakukan sesuatu. Begitu jugalah kehidupan. Seandainya sesuatu sudah berlaku, maka kita terpaksa terima dan redha serta terus lakukan sesuatu untuk pulihkan keadaan.
Bukan niat dihati untuk meluahkan rasa kekecewaan terhadap diri ini, tetapi aku ingin sekali mencoretkan sesuatu buat peringatan pada diri. Pagi tadi umi berkata padaku, "Duit boleh dicari, tetapi sejauhmana nilai duit yang kita laburkan, kita hargai?". Yah, duit masih boleh digunapakai untuk memulihkan sesuatu keadaan yang boleh dipulihkan, tetapi seberapa banyak harus kita gunakan duit itu seandainya kesalahan-kesalahan yang sama asyik berulang? Tanya pada diri. SEOLAH TIDAK PERNAH MENYESALI DAN MENGAMBIL PELAJARAN DI ATAS YANG BERLAKU. mungkin itu aku. mungkin itu kelemahan aku yang harus aku terima dan perbaiki.
Muhasabah diri ZONE (ambil sesuatu dari apa yang berlaku)
Salam Maal Hijrah 1434.
Got learned.
Do something for new hijrah's resolution. Don't do it again and repeat the mistakes.
Awal Muharam tahun ini menyaksikan peristiwa berdarah apabila tentera Israel ternyata telah membuat serangan kembali ke atas Gaza, Palestin. Dan beribu-ribu nyawa telah terkorban dalam serangan tersebut di dalam beberapa hari ini. Adakah benar peristiwa itu akan mengulang kembali peristiwa ketika serangan pada tahun 2008/2009? Israel melancarkan serangan biadap ke atas Gaza pada penghujung bulan Disember 2008 dan berakhir pada 23 Januari 2009. Gaza yang dikepung dan dikenakan sekatan ekonomi komprehensif bertukar menjadi lapangan sasar untuk membunuh rakyat awam yang tidak bersenjata. Dan kini, peristiwa seperti itu berulang kembali. Ya Allah, begitu besar dugaan yang Kau beri pada mereka. Begitu besar juga ganjaran yang akan Kau berikan pada mereka yang terus berada di atas jalanMu. Kita di Malaysia? apa yang harus kita lakukan untuk membantu saudara seislam kita di sana?
5 'Terus' akan cuba memberitahu anda apa yang harus dilakukan.
- Terus 'SHARE' atau 'UPDATE' tentang apa yang berlaku di sana
- Terus berdoa untuk kesejahteraan mereka. "Ya Allah Kau peliharalah mereka, lindungilah mereka, cukupkanlah keperluan buat mereka, kuatkanlah hati2 mereka"
- Terus boikot barangan2 israel sampai bila2
- Terus Infaqkan sedikit harta untuk membantu mereka
- Terus menjadi seorang pencari ILMU. mantapkan diri, agar suatu hari nanti kita boleh bangkit menjadi seorang muslim yang boleh menyambung perjuangan mereka
Boleh MENYUMBANG terus ke akaun tersebut.
AMAN PALESTIN
Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
Bank Muamalat: 12070005133717
RHB Islamic Bank: 21245760004907
Bank Rakyat: 22-080-619592-2
Tabung Wanita & Kanak-Kanak Palestin | Bank Islam (M) Berhad: 1202-9010-0598-95
(Boleh rujuk Laman Web Aman Palestin)
AQSA SYARIF
Boleh UPDATE sebarang berita tentang Syria dan terus MENYUMBANG di sini:
Doa Qunut Nazilah by UNIC
Berbalik pada situasi di atas dan menyesuaikan dengan keadaan di Gaza, kesimpulan yang dapat dibuat:
1) Ikhlaskan hati dalam meng'infaq' semampunya. dan lebih baik cara menghargai 'infaq' itu sendiri, dengan memboikot barangan Israel.
2) Tingkatkan kesedaran dan bantu saudara2 kita semampunya. Kerana tidak mustahil satu hari nanti, kita juga diuji dengan peperangan seumpama itu (Nauzubillahminzalik). Kehendak Allah tiada siapa yang tahu.
Ameenn ya Rabbal alamin.
Segala puji bagi Allah.
P/s: Umi pesan, memulakan sesuatu dengan 'Bismillah' dan akhiri dengan 'Alhamdulillah'. Benda ini nampak remeh tapi tak semua dari kita lakukannya kan? Jom, practice makes perfect ^^










