Wednesday, August 29, 2012

makna solat ?

Assalamualaikum.

hari ini saya nak share something yg important insyaALLAH dlm mningkatkn prestasi ibadah kita ^^ insyaAllah sedikit sebyk akan mmbantu untuk kekhusyukan solat. khusyuk dalam menghadap Tuhan yang Esa.  Korg pernah dgr tak salah satu yg mbawa kpada kekhusyukan solat adalah memahami setiap makna dalam solat? jika ya, alhamdulillah & jika blm, inilah caranya. Tapi..brp ramai yang betul2 mengamalkn cara ini bahkan mengambil berat tentang kekhusyukan solat? Believe me my fellow friends, this is the way you can increase your relationship with our Lord, Allah. 

Kekadang saya terfikir, Allah adalah raja dunia. Allah merajai seluruh dunia ini, menyaksikan yang sudah ditakdirkan olehNya, memegang setiap inci dunia dan setiap apa yg berlalu adalah ketentuanNya. Kun fayakun. Tiada siapa yang boleh menolak takdir. tetapi apa yg kita lakukan? kita seolah-olah tidak menghormatiNya, tidak mempersembahkan yang terbaik untukNya dan tidak langsung merasa takut akanNya. Nauzubillah min zalik. awak bayangkan. tak payah bayangkan lah, lihat keadaan sekeliling pun takpe. macammana orang yang berpangkat rendah begitu hormat dan akur dengan orang yang berpangkat tinggi. Bagaimana pemimpin-pemimpin menundukkan dirinya tatkala menghadap Yang di-Pertuan Agong. mengawasi dirinya agar tidak tersilap langkah. Jadi apakah sama dengan ketika kita menghadap Illahi? Muhasabah. Fikir. Cuba renung. Saya juga begitu.

So this is the easiest formula. Utk kita fokus dgn solat kita. Mari berusaha utk menguasai setiap bacaan makna dalam solat. Tak susah pun, senang je nak hafal. Time sekolah rendah dulu boleh, takkan sekarang tak boleh nak hafal & praktikkan kn? Jom lihat video nih :)



I like this video very much. dengan gambar & audio yg menarik, mmg sesuai untuk menarik perhatian orang utk mengamalkannya. and this video make it. make me more concentrated in my shalah. But importantly, not because this video, but Allah gives me that 'huda' for seeing, downloading and practicing, alhamdulillah. 

So maybe for the first step, you can start from Al-Fatihah. Understand for each meaning of ayat. Oh ya, saya ada lg satu video nak tunjuk. senang sikit mungkin utk memahami dan menghafal al-Fatihah ^^ comel je budak2 tu hehe moga usaha mereka membuahkan hasil.


Ketika membaca al-Fatihah, sebaik-baiknya hati yang mendahului lidah, ataupun hati mengingati maknanya sesudah lidah membacanya. :) Ok, yang ini adalah step by step utk adab-adab batin ketika mbaca al-fatihah. InsyaAllah boleh diamalkan.

  1. Membaca 'Alhamdulillahi rabbil alamin' - ingat dalam hati bhw kepujian adalah hak kepunyaan ALLAH. kerna ALLAH menjadikan seluruh alam & mengatur serta menguasainya. Maka tiada siapa yg berhak melainkanNya. Kemudian kita bhenti sejenak utk menanti reaksi kpd pujian kita, seolah-olah kita akan mdgar Allah menjwb, "Aku telah disanjung oleh hambaKu". 
  2. Membaca 'Ar-Rahmanir Rahim' -  tekan dalam hati bhw fungsi Allah sbg Penguasa & Pengatur alam berlaku krn sifat Pengasih & PenyayangNya. Maka sgl yg ada di dalam dunia ini adalah kurniaanNya & rahmatNya semata-mata.
  3. Membaca 'Maliki Yaumid-Din' - ingat bhw Allah adalah Penguasa & Hakim yg Maha Agung di akhirat nanti. Hanya Dia yang mbuat perhitungan & mberi gnjaran kpd setiap amalan kita di dunia.
  4. Membaca 'Iyyaka Na'budu wa Iyyaka Nasta'in' - ikrar bhw tiada sesuatu pun yg disembah melainkanMu ya ALLAH. Smoga ikrar ini akan memperteguhkan i'tikad di dada bhw walaupn bntuan dr makhluk diperlukan namun ALLAH jua penggerak & Penolong yang sebenar di sebalik usaha & ikhtiar makhlukNya.
  5. Membaca 'Ihdinas-Siratal-Mustaqim' - doa & permintaan kita agar diberi petunjuk kpd jalan yg benar, baik dr segi amalan atau ilmu yg kita perlukan sbg hambaNya yg taat. 
  6. Membaca 'Shiratal-lazina An'amta Alaihim' - semat dalam diri jalan lurus yang kita pohon adalah jalan yg pernah dinikmati oleh hamba2Nya dengan pemberianNya. Bersyukr dgn nikmat yg diberi lantas memperteguhkan keimanan.
  7. Membaca ' Ghairil Maghdubi Alaihim Waladh-Dhaal-Liiin' - pohon pd Allah agar dijauhkan kita dr jalan, pbuatan, sifat manusia yg dibenci & dimurkai oleh Allah krn kcenderungan mrk mlakukn kebatilan & kemungkaran. Kemudian berhenti sejenak utk menanti jawapan dr Allah, "Aku beri kpd hambaKu, dan bagi hambaKu ini apa yg ia minta".
credit to: buku 'Rahsia Khusyu' dalam sembahyang' susunan by Mustaffa Suhaimi

Kekhusyukan solat & kelalaian solat banyak disebut di dalam Al-Quran. antaranya :

Dalam firmanNya: 
Sesungguhnya berjayalah org2 yg beriman [1] Iaitu mereka yang khusyuk dlm sembahyangnya [2] ... Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya [9] Mereka itulah org2 yg berhak mewarisi [10] Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya. [11]  {Al Mu'minun}
Dalam firmanNya yang lain:




Scr ringkasnya, alangkah bahagianya mereka yg menjaga solatnya & celakalah bg mereka yg lalai. Dan sy pasti, awak2 pun pasti akan pilih golongan yg pertama td kan? siapa tak nak berjaya? siapa tak nak jadi org yg beriman? siapa tak nak masuk syurga Firdausi? syurga yang berada di tingkat paling atas? kan kan? so usaha lah ! Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Mungkin dulu kita malas, suka lengah-lengah dalam bab2 cmni ini tapi sekarang cuba kita tukar angin pula. Jadi rajin dan mempercepatkan sesuatu yg lebih penting. Kan OK begitu? hehe Jom sama-sama kita perbaiki solat kita. insyaAllah scr automatiknya akhlak, perwatakan dan sifat akan berubah kepada yg lebih baik :) Mudah-mudahan, amin ya rabbal alamin ^^

Sunday, August 26, 2012

After 9 years, we got a chance..

Assalamualaikum.

ini cepat cepat je aku nak hupdate. buat kenangan utk dibaca pd masa akan dtg. wee ^^. so maybe short story nak habaq mai. Ianya berkisar tentang empat perawan yakni anak dara yang pergi menziarahi ustazah-ustazah mereka yg bnyk menabur budi 9 tahun yg lepas. 9 tahun ??! Lama sgt dah tuu. baru pandai nak ingat ustazah. erk? maaf, baru berkesempatan. hehe

hurmm story nye cenggini, ehem3...

after my open house haritu, kami baru planning betul-betul nak pegi beraya sama-sama. org jawa omong 'Baraan', tp kami sebut konvoi jak la. ^^ tapi konvoi xkonvoi, satu keta jak dpt pegi memandgkan yg lain ada hal masing2. so teruskn jak la plan sbb nak juga jenguk ustzah2 tu semua. hee.

(25/08/2012)
me, my sister (Aisyah), bibie, & mai bertolak dr Taman Mawar ambil c ezah dulu di Sri Taman. cubit2 sikit kueh raya, minum air steguk (metafora sikit) kemudian bertolak ke rumah (1st-USTAZAH ANDI MASNA) di batu 1 1/2. Sesampainya d sana, bg salam dulu. ASSALAMUALAIKUM! terus masuk rumahnya. hahax. Ustazah, "wala wala besar panjang sudah perawan2 kita nih, yaAllah lama sudah nda jmpa sama kamu ni". "Ya la bha ustazah, 9 tahun sudah kita ni nda berjumpa". Terimbau la sudah kenangan dahulukala ketika bersekolah di SUIS (Sekolah Ugama Islam Sandakan) yakni sekolah petang. Album2 smua dikeluarkan. hihi. tu yg best tu :) Pssst, Ustazah saya ni masih cantik lg. tak berubah dari dulu ;)

Hidangan: Mee goreng, Tapai beras, kuih raya, air sirap

ustazah dikepit c anak dara ^^

(2nd-USTAZAH NAIMAH) 
Di sini pun bercerita pnjg. tp dulu kami xrapat sgt dgn ustz ni, hehe so sembang biasa2 jak tak berapa kencang. 

Hidangan: kuih raya (plg ingat kacang gajus goreng. hee), air gas, kek lapis, kek cheese, kek coklat
Dapat DUIT RAYA, muahaha ;D (bak kata ustz, "xpa, xkisah kamu ni dah besar ke kecik ke amek jak duit raya ni. mmg dah disediakn oleh pokcik kamu pun". Mekaceh ustz !)

(3rd-USTAZAH FATIMAH SYAMSUDDIN)
wah wah.ustz nih kecik molek jak orgnya. hehe. ustzh ni dulu guru kelas kami, sempat lg buat suprise birthday party last darjah 6 dulu. ^^ ustz masih kelakar, & asyk buat kami tergelak. haha. ustzh mcm xpcaya jak kami masih ingat dan masih mahu ziarah dia. ingat kami masih tu, siap nama penuh lg, hehe. tu lah kan, cikgu2 yg masih ingat kita ni buat aku terharu habis. Thanks a lot :') Ustz, " batch kamu lah yg paling aktif, ceria & bising" ngeh3 ^^

Hidangan: Nasi Impit kuah kacang, agar-agar marie, air guava (khas utk kami nih :P)

masing-masing xmenahan nak posing dgn 'bonda' tercinta. ;D





mmg suka mengepit yg lg tua. hihik ^^

(4th-USTAZAH SA'ADIAH)
Ustz ni pula saat2 akhir baru kami plan nak pegi rumahnya tapi alhamdulillah ustz ada di rumah dan mengalu-alukan kedatangan kami, heheh. Ustz makin tembam tp xpa, still ustz kami yg baik hati & caring mcm dulu :) Ustz pun nampk excited & mcm xprcaya kami dtg untuk ziarah. masih ingat nama penuh kami smua :")

HIDANGAN: Nasi, tomyam, ikan goreng, kerabu mangga, sayur dll. air sirap, kuih raya

dikepit lagi ^^

nmpk pendek ku d situ. huhuk

(5th-AISYAH HARTO)
haa, ni rumah bekas penolong kelas kami tyme darjah 6 dulu, hehe. pusing punya pusing, akhirnya smpai juga ke kampung tinusa 2. rumah kaler biru ada dua tangki tau. senang sikit nak ingat bila pegi lain kali :P 

HIDANGAN: kuih raya, air gas

tu dia bekas pen. kelas

syuhhttt, kami dulu semua pengawas2 nih. bajet garang mengarah org tp hati lembut. erk? Ok, end of our konvoi konon. ngeh3. Konklusi, insyaAllah setiap kali raya, aku akn pastikn yg aku xkan 'miss' utk buat konvoi or join baraan or something else yg sama waktu dgnnya sebab bila lagi nak amik peluang ziarah-menziarahi, bermaaf-maafan sesama kita kalau bukan waktu2 camni. Besar juga hikmah Allah jadikan Hari Raya Aidilfitri buat kita, SubhanAllah :) Bukan sahaja untuk meraikan setelah sebulan berpuasa menahan diri dari makan, minum serta nafsu-nafsu lain bahkan peluang emas seperti ini harus di GRAB secepat mungkin, ngappp ! 

Jom jom. masih sempat lg nak ziarah org ni.
merapatkan silaturrahim.
lagi buat mereka yg lama sudah xketemu. ngee.

P/s: hidangan tu saja nak suruh korg teka bape berat dlm kilogram kami naik untuk satu hari jak ^^



Wednesday, August 22, 2012

Salam Aidilfitri~


Assalamualaikum ^^

Alhamdulillah selesai juga open house di rumah kami hari ini. oh no. dah kepenatan ni pun smpat lagi nak berblog. setelah ditinggalkn hmpir sebulan, rasa rindu pula mau mencoretkan sesuatu. hehe. Blog ini terbiar ketika Ramadhn dengan niat mahu menjadi graduan Ramadhan yg imtiyaz. Alhamdulillah Ramadhan dpt dihabiskan dgn baik dan kita bertemu juga dengan bulan Syawal. Semoga kita dapat berjumpa lg dengan Ramadhan akan datang, InsyaAllah :) OK, ingin saja ku bilang... salam aidilfitri semua !!! Maaf zahir & batin. ^^

Zahir - spt tindakan & perbuatan, Batin - yg melibatkn hati & perasaan.

If ada yang tak puas hati, tersentuh, terguna, tercakap, terlebih, terkurang dan adik beradik ter ter sekalian, saya mohon ampun & maaf beribu ampun hehe. 


"Kalau senyum, awak akan menang, kalau nangis awak akan buat org lain susah hati". 


Sorry, selit jap ayat dalam cerita RA ONE tv3 nih. mcm sedap pula ayat nya dan agak-agak sesuai utk pujuk org yg xnk maafkan kite. erk? hee.

Hurmmm, ceritera raya ku kali ini tidak jauh beza dgn ceritera thun lepas. Raya kali ini adalah kali kedua aku beraya di Sabah setelah berumur 17 tahun. selepas raya kali pertama ku pd tahun lepas juga di Sabah. dan raya ku kali ini tidak sebosan tahun lepas. Maaf, aku bilang bosan kerna sedara-sedara ku rmai di Selangor, kmpungku. maka kami di sini hanya ziarah menziarahi sesama jiran, dan juga teman-teman parent ku. lagaknya seperti berada di 'oversea' yg hanya beraya dgn kenalan shj. Ceh konon ! :D Namun begitu, aku tetap bersyukur kerna juga aku masih di beri kesempatan utk beraya bersama keluarga tercinta. :') 

Jadi pada thun ini bilangan rumah yg aku pergi beraya di Sabah ni, boleh lah tahan walau tak sebanyak di kampung. Kalau di kampung tu, memg tak payah cakap la, sehari boleh mencecah 10-20 buah rumah aku ikut baraan kampung. Huh, penat & kenyang sgt.. Tp kat sini 2-3 buah rumah pun dah penat sbb jarak antara sebuah sebuah rumah tak begitu dekat spt di kampung. Lagi pula, kalau di kmpg kan, tetamu tak pernah putus untuk datang berziarah. Itu yg bgus nyee bila duk kampg cuma kekadang kalau salah timing tu, mmg kacau org la tp xpa, kita trime & layan jak tetamu dgn sebaik mgkin. :P Erm kalau di tempatku ini, di bandar Sandakan, kalau tak buat 'open house' memg xkan ada org dtg punya. lg2 kwsn perumahan mcm kami ini. hee. so konklusinya, kat sini penat menunggu, kat sane penat melayan. hehe. apepun dua dua punyai pengalaman yang berbeda, sekaligus membiasakan aku utk hidup di kmpg & juga di bandar :)

mencipta kenangan

your daughter please !


Erm kebetulan, raya kali ini kami ada jemputan kenduri kawin di Pulau Nuluyan. Jadi, this is first experience aku naik bot pergi ke pulau. Perjalanan kami hanya mengambil masa 5 min ++ sebab naik bot 1Azam, hehe. rumah-rumah di sana kebanyakkannya di atas air. lembu-lembu bersepah ke sana ke mari. Tak caya tengok nih.


rilek je lembu minum air laut yg ada byk smph tu 


di atas bot nih

buat muka comel naim tu

tema nya turqoise. cantik !

hidangan lunch free. Hehe !

si bapak & si dik su.


Mengimbau kenangan pertanyaan member2 di sekolah menengah berkenaan Sabah. Kadang2 kelakar bila ingat balik. :P


"Eh, nis dulu kau pergi sekolah naik bot kah?"

"Macam mana lah tu, jauh kah sekolah kau dgn rumah. naik bot?"

"Pakai cawat kah di sana?"

dan banyak lagi...

Hello hello rakan-rakanku. Jom lah datang rumah saya di sini. Secara tidak langsung persepsi kamu akan berubah itu. aduyai, masa di tanya tu kan, rasa tergeletek hati ini. Nak marah fikir diorang nda tahu bah itu, sebab selalu media mmg tnjuk macam tu. sbb tu diorang fikir gitu. Biar lah, Haha. Asalkan mereka bahagia ^^ 

OK OK until here,
saya akhiri dengan pantun:

Kita berada di alam maya,
Selamat berhari Raya !

Have a nice day !
Jangan lupa org yg jauh lebih susah dr kita.
Doakan jga buat saudara2 kita di Palestin, Rohingya, & Syria.