Showing posts with label pandangan. Show all posts
Showing posts with label pandangan. Show all posts

Saturday, March 3, 2012

Pre-meeting for SMBA project

Assalamualaikum.

Hye semua!! sihat tak hari ini? hope sihat2 jela hendaknya. :) Ok, post kali ini memang tak bertangguh sebab saya tak sabar nak cerita dengan anda semua tentang apa yang saya lihat hari ini. Kami bertolak pukul 10.30 pagi tadi dan alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Before that, saya nak terangkan dulu serba sedikit apa dia SMBA project ini, supaya anda semua dapat melihat dengan jelas apa yang kami cuba lakukan. ^^

SMBA is a project name that i created which is 'Single Mother Business Association'. This project will be related more on the single mother. Dah nama pun single mother kann? -_-" Heheheheh. What we do is, we want to train these single mother to be an entrepreneur and we will guide them through the several modules. so for the first step of our project, we will arrange some motivation program for these single mother. In progress, we meet Pn. Zaidah act as motivation planner for D'Nasti ( a Non-government organization that cooperate with us) especially for single mother. We discuss about several things included interviewing about single mother that lived in that areas. so they will be the picture of us to do some program that suitable for single mother actually.   





Pn. Zaidah :)
  
And then, Pn. Zaidah asked us whether we want to go to the house whom owned by one of the single mother. So the answer is YES ! Peluang sudah berada di depan mata, takkan nak tolak pulak kan? Hihihi. When I arrived there, I can feel something that I will experienced new things today. yah, this is actually I imagine before I can come to this place, but in my deep heart I hope it will not as I imagined in my mind. But if I can say is, it is really really worst compared to one that I being imagined before. How come a person like me do not know how they were feeling to live like that? Of course, I felt very sad to see someone like my mother being lived like that. :'(







atap bocor :'(

menghidap penyakit diabetes.

This person we called her as Mak Su. So Mak su ini menghidap penyakit diabetes yang menyukarkan beliau untuk bekerja kuat. Dengan hanya mengharapkan duit RM100 dari bantuan pihak JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) dan juga gaji dari anak sulung beliau yang bekerja di KFC Giant yang berdekatan. Makanan seperti beras, ikan dan barang-barang dapur juga hanya meminta belas ihsan dari orang lain. Jadi apa yang kami cuba hendak lakukan adalah untuk menaikkan taraf hidup Mak Su ini. Saya akan cuba bantu apa yang mampu. Please, doakan projek kami berjaya. :') Biarlah segala kebaikan hanya dibalas oleh ALLAH dan biarlah juga sejauhmana keikhlasan kami diukur oleh ALLAH S.W.T. 

Walaupun projek seperti ini akan kami bentangkan untuk dipertandingkan di pertengahan tahun ini, kami cuma berharap biarlah tujuannya bukan hanya untuk dipertandingkan, tapi untuk menjadi amal kebajikan di akhirat nanti. Dan yang paling utama, segala-galanya kerana ALLAH Taala. :) Moga niat ini sentiasa berada di lorong betul dan tidak terpesong. Cuma lumrah kekadang kita alpa dan mudah lupa diri menyebabkan rasa riak itu timbul. Moga dijauhkan, aminnn. :')

So, wait for second story of my project k ! wait for our another step, program and event, insyaALLAH. and the important is, please dear friends, pray for us to continue this project until we will graduate one day, insyaallah. doakan eh sayang. THANK YOU ! ^^

AS: Sorry for any grammatical error on my Bahasa Inggeris. Saya budak baru mau belajar speaking walaupun sudah hampir 16 tahun belajar Bahasa Inggeris :P



Monday, February 13, 2012

Mengadu pada....



Assalamualaikum.

sumber : facebook


malas nak tunggu Wordless Wednesday, baik post skrg sementara freee lagi :)

Bagaimana cara mengadu dan pada siapa?

#1: ALLAH
Yes, ALLAH yang utama. tempat kita mengadu, tempat kita meluahkan perasaan, tempat kita mengucapkan syukur, tempat kita menumpang kasih dan tempat kita untuk segala-galanya kerana Dia adalah Tuhan kita. Allah Yang Maha Mendengar, Allah Yang Maha Penyayang, Allah Yang Maha Pengasih, Allah Yang Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu, ALLAH Yang Maha ESA. Segala apa yang berlaku hanya Allah yang mengetahui kerana Allah yang meciptakanku, Allah jua yang mengetahui apa yang bergelodak di jiwaku, apa yang bermain difikiranku dan sudah tentu Allah yang lebih mengenali diriku berbanding diriku sendiri. Kerana itulah Allah tahu apa yang terbaik buatku lantas Dia yang mengatur hidupku dari aku dilahirkan sehingga aku dikebumikan. :')

#2: BLOG
Di sini lah medan untukku kongsikan apa jua yang ku rasakan, apa jua yang ku lalui. walaupun tidak semua tapi at least ada untuk ku bercerita sedikit sebyk melepaskan rasa yang hadir dan juga untuk menjadi kenangan atau moment yang terindah dan akan sentiasa diingati. Pernah tak kalau korg buat diary, bila baca balik dalam hati mesti terdetik, ' oh, rupanya mcm ni aku dulu ' atau ' oh adakah aku macam ni dulu? ' atau ' ohh aku sgt comel la dulu '. muahaha. :P 

#3: SAHABAT / KAWAN-KAWAN
Emm, sahabat dunia akhirat itu yang ku mahukan. mahu bersama-sama melangkahi ke syurga abadi. aminn, hehe. lepas berblog, baru aku akan bercerita sama itu kawan-kawan atau yang lebih tepat lagi, sahabat. Kekadang sahabat dulu, baru berblog. yelaaa, excited punya pasal nak bercerita kannn, sampai tak sempat menghadap laptop. Lagipun, berblog ni kena nak fikir dulu, apa yang kena taip, nak arrange ayat lagi, nak bagi cantik sama itu ayat kann.. pasal itu lah kadang2 itu blog turun sama stage 3, :D 

#4: PARENT / SEDARA-MARA
Mesti korg pelik kan? kenapa parent turun stage 4? bukan selalu parents kena stage 2 ke? ko ni anak tak kenang budi ke haa? no no dont be emosional k. i am not saying that parent aren't important but somehow, we are spend a lot of time with our friends. Thats why kalau kita tanya kat sesapa pun laaa, contohnya, " pelajar-pelajar sekalian, sila nyatakan faktor2 yang menyebabkan gejala sosial? ". so what are you thinking in your mind? surely, i cakap mesti akan ada yang sebut, " yahh! definitely because of influenced by friends laa prof ". dan thats why jugalah, di atas kesedaran ini, kita digalakkan berhati-hati memilih kawan. pilihlah yang boleh membawa kita ke jalan yang lurus. ihdina sirotul mustaqimmm. :) jadi, anis mohon maaf sgt kalau umi baca post ini, bukan sebab taknak share sebarang mslh atau kegembiraan. anis share tapi kekadang anis lewat ja nak share. lagipun anis tahu banyak lg benda yang umi nak kena fikirkan so that why anis kekadang taknak share. (Jgn salah faham, bukan nak buat ayat tacing pon. that's truly i told you.)

So, kalau korg perasan, bagaimana kita berhubung pon sebenarnya mempengaruhi kita. 

#1: ALLAH
Sesungguhnya ALLAH berada sangat dekat dengan kita. Allah berfirman di dalam al-Quran:

"...Dan Kami lebih dekat dengannya daripada urat lehernya sendiri."
[Qaf, 50:16]

Jadi, amat mudah sebenarnya, tiada kos tiada perantaraan, tiada medium. SubhanaALLAH, betapa Allah sangat menyayangi kita. memberi kita sumber kekuatan untuk terus menjalani kehidupan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.

#2: BLOG
Dah nama pon blog, kenalah menaip, ye idok? menggunakan medium alam maya sebagai perantaraan. nak update selalu, kenalah ada internet. itu yang kekadang payah sikit.

#3: SAHABAT / KAWAN-KAWAN
Sahabat ini sentiasa berada di sisi. Ada juga yang jauh itu, kena jugalah guna medium seperti hantar surat ke, guna burung merpati ke, :D takyah la kuno sgt kannn. gunakanlah kemudahan yang ada skrg ni sebaiknya. sekarang ini mudah je, semuanya depan mata. kau nak guna apa? handset boleh call, msg, kalau yang canggih itu, boleh tweet2, chat kat fb, buat video call.. sudah banyak sgt kemudahan yang ada..

#4: PARENT / SEDARA MARA
Kalau parent atau sedara mara pulak, semua di atas boleh diaplikasikan. tapi aku lebih senang memilih untuk call sahaja. sepupu sepapat pon kekadang msg banyak dari call laa. hehe. why i just choose calling rather than others? Because call je mudah bagi aku, tekan2 num pastu call jela. :P But lagi satu benda aku nak habaq mai, kita selalunya lebih cenderung untuk rapat dengan mak berbanding ayah. why eh? mungkin sbb ayah tegas kot, :D

ok, hanya sedikit perkongsian yang begitu tak seberapa. selamat malam! ^^, 
assalamualaikum.

AS: hari ini tak dapat task pape lagi, so that's why macam free ja and boleh buat entry hari2. hahha



Sunday, February 12, 2012

kita semakin tua.

Assalamualaikum.

kita berjumpa lagi di arena blog. selamat datang kepada para bloggers dan pembaca yang dikasihi sekalian! :) Terima kasih kerana sudi singgah dan baca setiap post yang saya tulis. actually, taip. heehe. dan diingatkan di sini bahawa setiap post saya hanya berkenaan diri saya, apa yang saya lalui, apa yang saya rasai, dan apa sahaja yang ingin saya kongsikan. Jika anda rasa apa yang anda hendak tahu tiada di sini, silakan cari di blog lain. ^^ 

Alhamdulillah, semalam saya selamat sampai di UMP. begitu juga kawan-kawan yang saya kasihi. Allah memelihara kita kan? perjalanan yang memakan hampir saja lapan jam dapat dilepasi. syukur! :) dan hari ini je kami dah outing, hahaha. but tak dapat nak beli ape-ape sebab.... well, pengajian saya ditanggung so duit itu tak masuk lagi lah... ohh YBR! bilakah duitku akan masuk??? Haha. Then, saya jadi drebar jelah jawabnya kan.... memang sinonim sgt drebar dengan saya.... boleh lah apply jadi drebar lepas grad ni... hahaha. 

ok, tahu tak awak-awak semua hari ini berapa haribulan dalam bulan Islam? boleh tengok belah kanan awak-awak semua k! hari ini 19 rabiulawal selagi tak masuk waktu maghrib. rupanya dah 7 hari kita meninggalkan maulud nabi, Rasulullah S.A.W kekasih ALLAH. jadi apa yang saya nak kongsikan hari ini ialah bagaimana awak-awak semua nak tahu hari kelahiran dalam bulan Islam bagi yang masih tak mengetahuinya. 

Boleh tekan dekat link ini k :)


kalau ikut bulan Islam sebenarnya umur kita tua setahun dari umur kita dalam tahun Masihi. correct me if I'm wrong ya! so tahun ini umurku sudah mencecah 22 tahun. tua sudah bha kau kannn? hehe. Selamat Hari lahir to me! yah, 18 Rabiulawal 1412 is when i am being born to see the greatest world. You grow up such in the beautiful way dear. menjadi manusia yang masih waras dan masih dapat membezakan yang mana baik dan buruk. I am being thankful Ya ALLAH :)

yah, aku juga semakin tua dalam dunia universiti ini. Esok bermulalah perjuanganku yang seterusnya dalam menimba ilmu ALLAH yang sgt luas. dan bermula jugalah aku sebagai senior tahun dua sem 4. cehh! :D akhir tahun ini tahun 3, pastu praktikal pastu naik tahun 4 pastu grad pastu keja dan pastu... Hanya ALLAH jua yang menentukan dan mentakdirkan di mana jua aku berada ketika itu. InsyaALLAH jika masih diberi nafas dan dipanjangkan umur kan? insyaallah. :) 

sumber: pakcik Google

oh ya! hari itu, saya ada baca satu buku ini, tajuknya 'FITNAH 2012: KONSPIRASI GALAKTIK'. buku itu sgt bagus, ia merungkai konspirasi yang dibuat oleh pihak Yahudi-Zionis untuk memesongkan akidah kita dengan mempercayai bahawa 21 Disember 2012 adalah tarikh kiamat. Hanya dengan berpandukan kalendar mayan yang berhenti pada tarikh tersebut. Huh! Allah itu Maha Berkuasa kawan-kawan. Sudah diberitahu awal lagi bahawa semua perkara-perkara ghaib adalah urusan ALLAH. berbalik kepada rukun iman, kita mengimani bahawa percaya kepada Qada' dan Qadar. maka, percayalah semua ini urusan ALLAH. salutelah dengan penulis, berjaya untuk merungkaikan persoalan-persoalan di minda. ngehngeh. cuma satu ja perasaan saya bila baca buku ini, iaitu TAKUT. takut dengan apa yang bakal dibentangkan di hadapan. takut kerana Allah memilih saya untuk hidup sebagai manusia akhir zaman. Zaman yang dipenuhi dengan pelbagai fitnah dunia lagi-lagi FITNAH DAJJAL. mari kita sama-sama berdoa supaya kita dihindarkan dari segala fitnah-fitnah yang boleh memesongkan akidah dan menghilangkan rasa keimanan kita yang tipis ini. :') aminn


AS: moga esok menjadi permulaan baru untuk aku yang semakin TUA :D 


Friday, February 10, 2012

Long journey

Assalamualaikum. :)

Hye semua. feel dah lama tak update kan? yes, for 4 weeks cuti ni, mmg telah ku gunakan dengan perancangan yang tak begitu rapi, malah lompat-lompat. :D eh, apa maksudnya? korang pernah dgr tak, org lama2 kate planning awal selalu tak kesampaian, so better plan dan terus laksanakan. Bak kata pepatah, jgn tunggu lelama, nanti diambil org. Haha. Tak sesuai langsung. -_-" So, lets me summarized all past weeks I've gone through ok! 

#Week 1: 
Minggu pertama ini, aku tumpang sebentar di rumah cousin aku kat Pantai Dalam. I have to.. Because i must settle several things about the scholarship and cancel out of my PTPTN. Alhamdulillah, everything settled down. Walaupun aku terpaksa berdikari, turun naik bas, LRT, monorel dan teksi, senang cerita semua public transport aku try. Hehe. Yah, naik teksi pergi Damansara untuk cancel that PTPTN and tunggu untuk pengesahan pembatalan. serta naik monorel untuk pergi ke bangunan PERKIM dan face-to-face sendiri dengan cik Izati (Eksekutif Yayasan Bank Rakyat) untuk uruskan segala borang-borang yang terbengkalai. So Alhamdulillah Allah Maha Besar, mempermudahkan segalanya. walaupun dalam takut, berdebar sebab takut borang-borang yang pelbagai itu xsampai ke tangan. sebab nak settlekan bab2 penjamin dan saksi aku terpaksa pos ke sabah dan my parents fill it out and complete half of that borang. Thanks to them :') And alang-alang dah jadi orang KL jap, so aku pun jejalan dengan housemate cousin, Kak Sarah and my lovely cousin, Fatin pusing-pusing KL. Hehe. 

Three of us ^^,

#Week 2: Minggu berehat sementara!
Jeng.jeng. rest for a while. tapi biasalah kannn, cuti camni ada ja kenduri nak kena attend. For the third day in the second week, there was engagement day of mine. ceh! berangan jek, ko lambat lagi la! ok. yang engage itu hanya sedara belah Pak Long saya je eh. Jadi kami pun nolongin mereka sekeluarga smpai petang. My cousin, Fatin memang dok sibuk konon jadi photographer and movier (eh betul ke?) :D untuk engagement itu. nak tau sebab pe? sebab aku dah tercakap nak try2 buat video pertunangan yang awesowe! Haha. But until now, tak terlaksana lagi, so soryyy k. nak buat tak terbuat-buat la..

sweet kan? bagai pinang dibelah dua. hope ikatan berkekalan :)

And then, ini cerita sama itu keluarga nenek belah umi pulak ya! ceritanya cenggini, dua pupu aku merangkap sepupu dengan my mom and anak sedara kepada nenek aku, nak sanding. Haha. Dah lama dah nikah, kire bukan pengantin baru lagi laa.. tapi ala-ala baru konon. :P kami mengiringi pengantin ke rumah pengantin perempuan. tema die tak silap aku emas-emas gitteww. Doaku, moga perkahwinan yang dibina bertahan sehingga ke akhir hayat. aminnn :)  

with my loving auntie, weee ;D

dan seterusnya, teman mak Jah (also my auntie belah ayah) pergi kenduri kawe dio.


#Week 3 and 4: 
Starting for the program Pembangunan Modal Insan that I MUST or 'WAJIB' to attend for 5 days 4 night because of the scholarship. But I really really double power tau having fun kat sana. nak tau tak, sebelum attend itu aku dah dok terbayang kena duduk dalam satu dorm, pastu bilik air+tandas kat luar, aktiviti yang ekstrem and bla bla bla lahhh. Tapi sebaliknya yang berlaku. Thanks to Pn. Rafidah (Pengurus Operasi YBR), acik (Pengurus aktiviti), Ust muhsin, Ust Sobri, and our consultant, Uncle Ed serta fasi-fasi yang sweet. Hihi. They were awesome people you know! Lagi-lagi Ust Sobri, slotnya sangat menyentuh hati dan dekat dengan jiwa. Thanks a lot! :) Hari-hari kena nyanyi kelab nuri Bank Rakyat. Haha. Sgt enjoy! Nak tengok lebih, tekan PLAY kat video bawah ni k ^^ So the conclusion is, I choose to. not I have to. :D and more is, antara empat personaliti yang wujud di kalangan manusia, ternyata aku phlegmatic-sanguine. Nak tau lebih... boleh search google atau tnya kat uncle Ed sendiri. LOL. or Insyaallah aku akan kupas satu hari nanti k.



ok, balik ja dari program itu aku terus kumpul dgn akhwat Ex-KMNS utk pergi ke walimah senior akhwat KMNS kat Felda Jengka, Pahang. actually, aku tak kenal pun akhwat-akhwat ini semua, melainkan dayah dan izati je. tapi aku follow ada dua sebab. Sebab pertama, aku nak cuba mengenali mereka yang dipanggil 'akhwat'. hendak merasai ukhuwah yang hadir antara mereka. that because seriously aku cakap, aku tak pernah merasai suasana itu semua. Dan ternyata, ukhuwah mereka mmg sgt kuat. mereka mmmg baik. sentiasa solat berjemaah tak kira waktu. saling nasihat menasihati. kadang-kadang rasa rendah diri itu muncul. aku tak seperti mereka. bertudung labuh dan berpakaian seperti muslimah sejati. :') jauh sudut hati, mungkin satu hari bila hati aku terbuka seluasnya, aku juga kan begitu. aku masih dalam proses mencari dan mencari dan takmao taklid semata, insyaallah. sebab kedua, nak ronda-ronda satu Malaysia, Hehe. saja nak jejak Jengka. jangan ingt u aku kat pahang, satu pahang aku dah pergi. Cameron pun tak smpai lagi tau.

walimah kak Min. kira cinta lepas kahwin jugak. ^^

ok, mari kita teruskan cuti-cuti satu Malaysia kita. The last activity in my short plan is, me and Izati were going to melaka. yahhh! enjoying our holiday as 'practice for coming honeymoon'. Haha. ntah zaman bila lah kannnn. hmm. tumpang umah kawan coursemate zati, Kak Cah. Before that, thanks a lot to Kak Cah and her family. sgt sporting and baik hati tau. Moga Allah saja yang membalas kebaikan mereka dan moga dimurahkan rezeki buat mereka juga. aminnn :) 2nd day, kami dibawa jejalan kat Pulau Besar. First experience woo naik bot dan pergi pulau. Seronok! Kesian kau kan, Haha. Sebab kebetulan family Kak Cah memang berniaga kat Pulau Besar itu smpai kekadang tak balik rumah pon kalau ramai sgt visitor dtg pulau itu. Aku kira Pulau Besar boleh dikatakan sebagai Pulau Bersejarah juga. Macam-macam sejarah kau boleh dapat kat sana. Nak tau lebih lanjut? Search sendiri, :D malas nak crite. Kang jadi lg panjang. huahaua. Tiga benda kami buat kat sana: Mandi Pantai, Lawat tempat bersejarah, dan ambik angin kat tepi kawasan pantai. Subhanalllah! sangat cantik tau. Lagi-lagi pantai belakang pulau, memang laut sangat jernih dan tidak lagi dicemari dengan sampah sarap. Sangat indah ciptaan ALLAH kan? :)
Jom enjoy picture tak seberapa ini, tapi ini baru sikit... Kalau nak enjoy lagi, pergi sendiri :P






pokok sula

batu tengkorak

batu belah batu bertangkup




 







dan banyak lagi sebenarnya. So, hang pergi lah sendiri. tak best dengar citer org kalau tak merasainya sendiri. ngehngeh. Lastly, malam sebelum kami balik itu, kami dibawa jejalan pulak dekat sekitar bandaraya melaka. Seriously i tell you, bandar melaka memang penuh dengan building yang besau gedabau :0 and this is 1st time kami jejak melaka. kesian sekali lagi kat kau. itulah aku kate, ini mmg cuti-cuti malaysia. :D 

menara taming sari. best! mcm naik flight selama 7 min. :P

eye on Melaka. kehkeh :D

cantik kan? jambatan hang tuah namanya.

view from atas jambatan. sygnyee xdapat naik rivercross, wuwu~


The conclusion is, aku jumpa ramai org, kenal ramai org. dalam masa yg sama, melihat cara khidupan org lain, melihat kebaikan org lain, membuat network antara satu sama lain and melihat keindahan ciptaan ALLAH S.W.T. that's all from this story mory of my holiday, how I used my holiday. If u want to share with me, please tell me. I glad to hear from you guys :) Salam ukhuwahfillah ^_^

AS: menunggu detik utk pulang ke UMP. I am coming!



Saturday, December 24, 2011

Isu ADAM ADLI

Assalamualaikum.

Tentang isu Adam Adli yang sangat berani mengambil tindakan menurunkan bendera Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib dan menggantikan dengan banting Kebebasan Akademik. Bagi saya, itu adalah satu tindakan yang sungguh berani dari seorang mahasiswa. Mahasiswa yang memperjuangkan hak bagi mahasiswa-mahasiswa yang lain. Memang sebelum ni, saya memang tak kisah langsung tentang isu-isu yang dibangkitkan mahasiswa kita terhadap kerajaan, tapi saya masih tahu, mahasiswa mempunyai hak. Hak yang disekat oleh kerajaan. 

u know? i am very impressive with his action. Dan sebagai orang yang tak berapa nak ambil tahu tentang isu-isu politik ini, saya sendiri dapat rasa satu kemenangan bagi mahasiswa bila Adam Adli katakan bendera itu dinaikkan untuk mahasiswa tahu perjuangan mereka.

malas nak tengok? baca ini je

Kenapa orang perlu sibuk nak ugut, bunuh, ancam keselamatan dia dan keluarga dia, sedangkan kesalahan yang dilakukan tak setimpal dengan semua itupun. ok lah, saya tak nak kata dengan HANYA menurunkan bendera Perdana Menteri kita, dia sudah dikecam hebat. HANYA itu mungkin boleh menyebabkan orang akan argue, bahawa beginikah nilai-nilai murni yang diterapkan pada mahasiswa untuk menghormati pemimpin kita? Beginikah mahasiswa masa kini yang hendak dibenarkan untuk bebas berpolitik. Kalau beginilah caranya, bila dibebaskan mungkin sahaja mahasiswa ini akan naik kepala sekaligus memijak dan menghentam kerajaan pulak.

See? Got what i try to say? Kerajaan TAKUT mahasiswa naik kepala dan menghentam mereka? MASAKAN POKOK BERGOYANG KALAU TIADA ANGIN. Bermakna, mahasiswa beginilah yang cakna. Mahasiswa beginilah yang sentiasa mengambil tahu perkembangan positif dan negatif yang berlaku di arena politik dan kepimpinan. Mahasiswa beginilah yang bakal menggantikan Perdana Menteri kita akan datang, sebagai generasi masa hadapan. 

Tidak mungkin kerajaan mahu melahirkan generasi yang lemau, lembik, dan terlalu mengikut arus kemodenan. Menjadi hamba dunia, dilekakan dengan hiburan, budaya hedonisme yang semakin menular, jenayah berleluasa,  kes buang anak dan sebagainya. Ini adalah contoh serta berupa kesan bilamana mahasiswa itu sendiri tidak didedahkan dengan kepentingan menjadi salah satu generasi negara yang bakal memimpin negara. Ataupun setidaknya generasi yang dapat mengharumkan nama negara. Saya kesal dan saya bimbang satu hari nanti kita semua tiada kekuatan khusus sekaligus ditindas negara luar. Apakah ketika itu, baru suatu bentuk penyesalan akan muncul? Bahkan NASI SUDAH MENJADI BUBUR.

I am sorry if what i say akan menimbulkan pelbagai persepsi but ini adalah pandangan peribadi dan jujur dari saya bagi mengupas isu ini. Mungkin politik bukanlah main dalam diri saya tapi saya masih mahasiswa peduli. Mahasiswa yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa mungkin lebih arif. 

Setiap orang ada pandangan tersendiri. Jangan pendam, tapi luahkan.

Maka, kembalilah dengan aturan ALLAH s.w.t. Bila kita ikut segala peraturan yang telah diterangkan satu persatu di dalam Al-Quran, maka dunia ini akan silent dengan aman. Masyarakat hidup dalam keadaan tenang dan harmoni. Rakyat akan saling lengkap melengkapi. Syaitan akan mula berputus asa, mungkin :D. Tapi sebab syaitan tak pernah putus asa lah, jadi seperti keadaan sekarang. doa saya moga kita sentiasa berada di bawah naunganNya. Teruskanlah perjuangan seandainya ia membawa impak yang baik satu hari nanti.

Sekian. terima kasih.