alhamdulillah masih diberi peluang lagi untuk menulis sesuatu dan semoga 'sesuatu' itu akan membawa suatu makna di dalam kehidupan. hari ini, sudah masuk hari ke-enam bagi permulaan semester ke-enam saya, dan selama enam hari ini juga, banyak benda yang berlaku. saya mempelajari 'sesuatu'. Allah beri saya peluang untuk mempraktikkan 'SMART HEART' di dalam kehidupan dan in sha Allah saya akan membincangkan kesemuanya di dalam entry ini. semoga bermanfaat :)
Saya sangat suka beli buku. Beli dan buat koleksi. Kadang-kadang setiap buku yang saya beli itu, hanya dibaca separuh atau part-part yang saya rasa ada kena mengena dengan diri dan keadaan saya masa itu. Di saat diri rasa 'down' atau perlukan sesuatu ilmu bagi mempertingkatkan diri, saya akan menyelak kembali koleksi-koleksi buku yang berkenaan dan secara tidak langsung, memberi suatu motivasi buat diri saya. In sha Allah, ini adalah salah satu langkah yang boleh dilakukan agar aura positif dalam diri kita akan terserlah sehingga mampu memberi aura kepada orang disekeliling. Namun pada awal cuti semester yang lalu, saya dapat rasakan HATI ketika itu sedang parah. SAKIT lantaran terlampau memikirkan kelemahan dan kekurangan diri serta takut akan kemungkinan penyakit HATI yang hadir. Pada ketika itu, saya sentiasa memperingatkan pada diri, kembali pada ALLAH, perbaiki hubungan dengan Allah, dengan manusia dan bersyukur dengan setiap kurniaanNya. Mencari jawapan bagi 'sesuatu'. Alhamdulillah Allah tidak pernah mengecewakan permintaan hambaNya, dengan memberi satu detikan di hati untuk memiliki buku ini, 'SMART HEART' oleh Rusdin S. Rauf.
Hebatnya buku ini apabila penulis membincangkan langkah-langkah bagi melembutkan hati dari segala ASPEK. Tapi sebelum itu, mari kita lihat dulu klasifikasi Hati oleh Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah di dalam bukunya yang berjudul Thibb al-Qulub. Menurut beliau, ada tiga keadaan hati manusia iaitu;
Hati yang Sihat@Lembut
- Bebas daripada seluruh keinginan melanggar larangan Allah
- Bebas daripada perbuatan menghukum dgn hukuman yang tidak berasal drpd Nabi Muhamad
- Cinta kepada Allah
- Tidak menduakan perasaan takut, harapan, tawakkal kepada Allah
- Bebas daripada syirik, menjaga perasaan kehambaannya kpd Allah
- optimis menjalani kehidupan, selalu merasa keindahan, tidak pernah mengeluh dan bersyukur pada Allah
Hati yang Mati@Keras
- Tidak mengenal Tuhannya, tidak meyembah Tuhannya seperti yang diperintahkan
- Selalu menurut hawa nafsu dan kesenangannnya
- Hawa nafsunya lebih dicintai daripada Tuhannya
P/s: Hati yang mati akan semakin mengeras jika tidak dilembutkan bahkan lebih keras daripada batu.
Hati yang Sakit
- ada dua sisi; yang pertama, memiliki perasaan cinta dan percaya kepada Allah, menyandarkan segala urusan hanya kepadaNya dan mengharapkan pertolonganNya. Yang kedua, ada juga perasaan cinta mendalam kepada hawa nafsunya.
- sering terumbang-ambing
- Kesimpulan Ibnu Qayyim, "...antara kedua-duanya, hati akan memenuhi ajakan yang pintunya lebih dekat kepada Allah, iaitu bergantung kepada tahap kesedaran manusia itu."
Jadi, bagaimana? Sudah tahu dimanakah letaknya Hati anda? Alangkah baiknya jika kita tergolong diantara Hati yang Sihat@Lembut, tapi jika sebaliknya bagaimana? Seharusnya kita sedar dan ambil LANGKAH seterusnya bagi melembutkan kembali Hati yang semakin mengeras atau semakin jauh daripadaNya.
Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa perlu kita MELEMBUTKAN HATI?
- Memahami kekuasaan Allah
- Mudah bersyukur
- Menjemput hidayah
- Menuju kebahagiaan
- Magnet kebahagiaan untuk orang lain
"Hati dapat diibaratkan sebagai rumah itu sendiri. Ia dikelilingi tembok dan dilindungi dgn gerbang atau pintu yang terkunci. Hanya ahli keluarga atau tetamu undangan yang boleh memasukinya. Hati yang lebih dalam adalah kamar terkunci yang menyimpan harta pusaka yang berharga milik keluarga. Hanya segelintir orang yg memiliki kuncinya." -Muhammad Wahyuni Nafis
P/s: 'kunci' itu yang memberi kebahagiaan dalam hidup anda :)
OK, proses melembutkan Hati melalui beberapa ASPEK Multiple Intelligence, antaranya:
- Kecerdasan Emosi
- Kecerdasan Spiritual
- Kecerdasan Sosial
- Kecerdasan Linguistik
- Kecerdasan Visual
- Kecerdasan Muzikal
- Kecerdasan Fizikal
- Kecerdasan Logik-Matematik
Saya cuba meringkaskannya dalam bentuk 'mind map' agar senang dilihat dan difahami. Tapi ada tiga jenis kecerdasan yang tercicir iaitu Kecerdasan Visual, Muzikal dan Logik-Matematik. Usah khuatir, saya akan cuba menerangkan sedikit tentang kecerdasan-kecerdasan yang tercicir itu.
Kecerdasan Visual
-melihat ayat-ayat Allah (Al-Quran) dengan mata hati.
Kecerdasan ini dapat ditingkatkan dengan melihat serta membayangkan janji-janji Allah terhadap orang-orang yang beriman, seperti dalam firmanNya;
"(Iaitu) pada hari semasa kamu melihat orang mukmin lelaki dan perempuan, sedang cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, (dikatakan kepada mereka), 'Pada hari ini ada berita gembira untukmu, (iaitu) syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, yang kamu kekal di dalamnya. Itulah keuntungan yang besar." [Al-Hadid, ayat12]-menjaga mata & hati
Rujuk Surah Al-A'raf ayat 179. Indera penglihatan haruslah dimanfaatkan dengan melihat bukti-bukti kekuasaan Allah, memperbanyakkan bacaan ayat Al-Quran, melihat sesuatu buat menambah ilmu dan iman, menonton kisah-kisah penuh keimanan, membaca buku-buku pembangkit iman, motivasi dan perkembangan diri.
Kecerdasan Muzikal
-pilihlah muzik pelembut hati
Di dalam buku '40 Seni Hidup Bahagia' oleh Prof. Nasruddin Umar, M.A, beberapa jenis muzik yg dapat dipertimbangkan adalah;
- Muzik @ bunyi-bunyi yang diperkenankan ketika peperangan. Ini adalah untuk memberikan semangat juang, semangat bekerja dll.
- Nyanyian sendu. Nyanyian syahdu yang dibenarkan adalah nyanyian yg menggugah pendengarnya sehingga tergerak untuk bertaubat atas dosa-dosa yang lalu
- Nyanyian gembira. Cth: semasa penghijrahan Rasulullah ke Madinah, baginda disambut dengan nyanyian-nyanyian dan muzik yang menyanjung kedatangannya.
-Lakukan Ingatan fonografik: dapat meningkatkan kemampuan daya ingatan
Caranya:
Duduk di kerusi yang selesa sambil memejamkan mata.
Bernafas perlahan selama satu @ dua minit
Bersihkan fikiran daripada fikiran kacau
Timbulkan gambaran-gambaran ini dalam fikiran & telinga anda.
- Bunyi hujan jatuh di atas atap
- Bunyi cengkerik
- Bunyi loceng angin
- Bunyi air terjun
- Kicauan burung kesukaan anda
-Membaca Al-Quran dengan suara & alunan yang indah. namun haruslah dibaca dengan memperhatikan hukum-hukum bacaan, panjang atau pendeknya, pengucapan huruf yang betul dan dengan tajwid yang betul. Dalam firmanNya,
"Bacalah al-Quran dengan perlahan-lahan (dengan tartil)" [Al-Muzammil, ayat4]
-Hayati laungan azan & menjawabnya.
-Atur kelantangan suara
Kecerdasan Logik-Matematik
lebih kepada mencari sebab, akibat dan jalan penyelesaiannya.
-Diagram Ishikawa: Letakkan masalah di bahagian kepala dan letakkan faktor-faktor di bahagian tulang-tulangnya.
P/s: proses memperbaiki diri dan melembutkan hati menjadi lebih mudah apabila mengetahui penyebab hati menjadi keras.
-Analisis SWOT: mengenal pasti masalah dan mencari jalan penyelesaian.
Contoh:
Kekuatan: Sabar, tawakkal, bersyukur, dan tawaduk
Kelemahan: Riak, Sombong
Peluang: Menyedari hati yang mati, bertaubat sungguh-sungguh, berzikir, amalan sunat
Ancaman:
Kata Ibnu Qayyim, ada 5 perkara yang merosakkan hati.
- Pergaulan yang tidak manfaat
- Angan-angan yang berpanjangan
- Bergantung pada selain Allah
- Perut yang kenyang
- Banyak tidur
Penyelesaian bagi menyembuhkan Hati:
-Penilaian diri sendiri
-Meninggalkan perbuatan sia-sia
-Hidupkan inovasi jiwa: sesekali cuba ubah kegiatan hidup. Cth, jika selama ini solat di rumah, cubalah solat di masjid
-Menjaga keharmonian persekitaran
Alhamdulillah selesailah sudah perkongsian saya. Saya sudahi dengan penyelesaian bagi merangkumi segalanya melalui lagu 'Obat Hati' by Opick ;)
"Sesungguhnya di dalam tubuh ini ada segumpal daging. Apabila ia baik, baik jugalah seluruh tubuh. Dan apabila ia rosak, seluruh tubuh juga rosak. Ketahuilah, segumpal daging itu adalah hati."





