Tuesday, January 10, 2012

soal hati dan perasaan



Kadangkala kita salah dalam mentafsir soal hati dan perasaan. Soal hati dan perasaan adalah suatu benda yang subjektif malah untuk memahaminya....memerlukan penelitian. Lihat sahaja orang seperti aku yang perlu meneliti serta memahami justeru aku tak ingin melihat orang lain turut terluka. Malah membuat satu pengorbanan yang sia-sia bila ianya melibatkan soal hati dan perasaan. Jauh di sudut hati ini, kini aku pasrah dalam mencari cintaNya. Tiada apa lagi yang tinggal untuk sekeping hati ini yang mudah untuk merasa dan mudah sekali untuk jatuh dikecewakan. Apa yang aku mohon, moga ALLAH terus membimbing sekeping hati ini agar terus mencintaiNya tanpa berbelah bahagi. dan terus mencari keredhaan di atas jalanNya yang diredhai. Aku hanya mampu tersenyum dalam menyembunyikan suatu duka yang tidak diketahui. :) Kerana itulah diriku yang sentiasa menyimpan seribu satu macam rasa di dalam sekeping hati kurniaan Ilahi.


2 comments:

cik hidayah said...

hati n perasaan mmg paling rumit n susah nak paham..rindu anis..:')

Anis Sakinah said...

betul dayah. miss to share with u lagi. :')