Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Monday, January 9, 2012

Sihat apabila bersarapan pagi

Assalamualaikum dan selamat pagi! ^^,

Alhamdulillah, bersyukur sebab masih diberi peluang untuk menghirup oksigen kurniaan Allah S.W.T di pagi yang segar bugar ini. Burung-burung berkicauan menandakan burung pun pagi-pagi lagi dah pegi cari makanan. Hehe. Rabu yang dua minggu yang lepas, saya ada menghadirkan diri ke bengkel pertolongan cemas untuk persediaan Program Cakna Komuniti after final exam nanti. :) Teringat bila pengajar itu mention tentang orang yang menghidap penyakit asthma. Kalau seseorang yang dipatuk ular contohnya, tanya dulu samaada dia ada asthma atau tak. Sebab kalau orang yang menghidap penyakit asthma ini, kita kena cepat kejarkan ke hospital untuk dapatkan rawatan selanjutnya sebab takut bisa ular akan 'block' kan saluran pernafasan dia. Penyakit asthma ini ialah mereka yang menghadapi kekurangan oksigen dalam keadaan-keadaan tertentu. Bukan kekurangan oksigen je yang bahaya tau, ada juga golongan yang terlebih oksigen pun dapat membahayakan diri sendiri juga. Untuk merawat mereka yang terlebih oksigen ini, beri dia satu beg plastik untuk dia keluarkan oksigen yang terlebih itu. Jadi, apa yang saya nak simpulkan.. bersyukurlah dengan apa adanya. Oksigen itu adalah satu contoh nikmat ALLAH kepada kita, tanpa oksigen mungkin saja kita sudah tiada di atas muka bumi Allah ini.

OK, back to the point, hehe. Saya rasa mesti semua sudah tahu dan sebenarnya memang tahu pun yang SARAPAN PAGI itu sangat penting. Malangnya, ramai yang meninggalkan sarapan dengan alasan tiada selera makan pada waktu pagi atau tidak sempat kerana bangun lambat. Sebenarnya, sarapan pagi tidak perlu terlalu berat, cukup sekadar segelas susu, sekeping roti atau sedikit bijirin. Kat bawah ini antara sarapan saya,
   




OAT + COKLAT

Tapi hari ini hanya biskut kering dengan teh hijau ja. Jadilah untuk isi perut kan. 

Kenapa bila bangun tidur secara automatik kita akan berasa lapar? Apabila kita bangun daripada tidur, paras gula dalam darah adalah rendah kerana kita 'berpuasa' semalaman. Jadi, dengan pengambilan sarapan pagi yang penuh khasiat dan seimbang, ia akan membantu menyumbangkan tenaga yang cukup untuk memulakan hari anda. Sarapan pagi ibarat mengisi 'bahan bakar' bagi keperluan melakukan aktiviti sepanjang hari yang baru. Hadis yang menceritakan keutamaan bersahur secara tidak langsung menjelaskan kepentingan hal ini, " Bersahurlah kerana terdapat keberkatan dalam makanan sepanjang masa sahur". Dipetik dari buku MENGAPA RASULULLAH TIDAK PERNAH SAKIT. Puasa pun ada waktu sahurnya apatah lagi hari-hari biasa ada waktu sarapannya. :)

Banyak kelebihannya kalau kita berSARAPAN:

  1. Dapat mengurangkan berat badan ^____^
Hasil kajian yang dilakukan Amerika Syarikat mendapati wanita yang bersarapan pagi mengambil jumlah 100 kalori lebih rendah berbanding mereka yang tidak mengambil sarapan pagi. LDL iaitu kolestrol merbahaya yang lebih rendah pada saat mereka mengambil sarapan pagi. Risiko menderita Diabetes pun juga boleh menurun.


Kajian yang dijalankan Food Facts Asia dengan kerjasama empat universiti di Asia ke atas remaja berusia 10 hingga 12 tahun yang mengamalkan sarapan rata-rata jauh lebih langsing dan kurang berhadapan dengan masalah berat badan berlebihan.

    2.  Dapat menajamkan otak dan mencergaskan minda.

Ada saintis yang menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak. Kajian menunjukkan sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental. Secara ringkasnya, sarapan dikatakan memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak – lebih cergas, peka dan fokus.Ini secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk melaksanakan tugasnya, sama ada di sekolah atau di tempat kerja; walaupun hanya mengambil sarapan sekeping roti dan secawan kopi.

Kesan lebih ketara dalam kalangan kanak-kanak dan remaja yang mengambil sarapan yang kaya dengan karbohidrat kompleks ialah mereka boleh menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan menyelesaikan masalah dengan baik. Justeru, tidak hairan jika pengusaha roti dan bijirin berlumba-lumba menghasilkan produk yang diperkaya dengan pelbagai khasiat dan vitamin.

Kesimpulannya, bangun awal tak menolak rezeki, bersarapan bahkan dapat faedahnya. Hebat bukan?? Mari kita bersama aja aja fighting untuk bangun awal di pagi hari. Bila lagi nak praktikkan?? :)



[sumber]


Sunday, June 26, 2011

Jalan jalan mengeluarkan 'peluh'

Assalamualaikum.

Agak lama aku tidak mencoretkan kata kata di blog yang mana mungkin bisa aku lupakan. eh aku sudah nampak itu, tikus-tikusnya berkeliaran. yah! biarkan aja. mereka juga mahu jalan-jalan mencari makan. oh ya! tadi nya aku baru aja kembali dari dolan dolan bersama kawan-kawan. sayangnya sesen gambar pun tak bisa aku coretkan. jadi tiada pemanis mata mau teruskan membaca apa yang aku coretkan. maaf ya semua :)

tapi tak apa...

jikalau kamu bisa membaca sehingga habis bermakna kamu bijak banget! ;)

hehe. tadi memang bes sangat. jalan shopping tak ingat dunia. duit xyah kate la. pergi cucuk sampai dua kali. haha :D sungguh terkesan! kenapa eh? kenapa perempuan penuh naluri untuk bershopping? nafsu banyak?? 

the first thing, aku pegi anta kawan aku pi klinik dulu. ala ciannya dia sakit. muntah muntah dan cirit birit. pastu pusing pusing cari tempat parking. pusing banyak banyakkkkk kali sampai........ hampir berlaku insiden tak diingini. kesian giler pakcik tu.. maafkan saya pakcik, saya xsengaja. :'( pakcik yang kurus menunggang motor terpaksa menari-nari di atas motor demi mengelakkan aku yang agak menonong. huhu maklumlah tengahari yang menginjak ke akhirnya membuatkan perut kami berkeroncong meminta sesuap nasi. :) pusing pusing xde lagi ni.. aish! dugaan dugaan. sabar dear!~

so we decide nak masuk mall. parking pun xde ni. pegi r parking kat aras atas sekali. aras yang terbuka, rasa macam di atas bangunan pencakar langit. hehe memang main parking jela, bukan di tempat parking. haha saya jahat hari ini *,* buat buat muka xkesah! after lunch, ekspo menanti di aras bawah. perghh pusing pusing memang rajin gler ah.. beli biskut, test mata, tengok cincin, belek sabun, rasa kek itu, susu ini, biskut sana, dan yang palinggg bes sekali pemeriksaan kesihatan sini. yang besnya berat turun (dalam 3kg je) tapi ada ke umur biologi aku 31 tahun... agak dah tua larh kat situ kan.. huhu sedih weyh! pastu kadar denyutan aku amat rendahh sangat. paras bahaya jugakla.. kalsium kurang..lemak terlebih *sensitif di situ*. 

memang aku kena ubah gaya hidup aku yang xteratur sekarang ni. demi kesihatan abadi yang xboleh dijual beli... 0_0 mambulat mata aku! ingatkan anything xde pape cz aku jarang dapat sakit. tapi sekali dah sakit memang sakitt sangat.. well sekarang, pemakanan xteratur, tidur lagi ah xteratur, jarang bersenam, kadang kadang makan terlalu banyak, dan kadang kadang xmakan langsung, dan agak tertekan dengan tugasan sekarang. so yah wake up dear! time's to change babe!!! :))) aku akan bersenam at least tiga kali seminggu, memperbanyakkan zikir kepada Yang Maha Esa dan Rasulullah. moga dengan izinNya kadar denyutan jantung aku menjadi normal. :) pemakanan bagi teratur. makan tepat pada masanya dalam kuantiti sedikit. dan minumlah minyak kelapa dara cop orang kampung buatan pak long aku.. hehe kalau berjaya aku bagi testimoni ok! ;) rasa rasa kalau korg ada cadangan lain habaq mai la kat ceq. bantu ceq yang tersepit kebuntuan ini.. ;") 

lets continue :) pastu kami pegi kamdar. shoppingshopping xyah cite larh. so dinner time! pegi TC (TelukCempedak) kat pantai makan makan angin+kuey teow sambil perut pun kenyang melagukan rindu. haha tapi serius giler, ramai orang suka jalan jalan malam minggu macam ni, macam kami juga. jam sana sini. hon hon pun bersahut sahutan. ok aku tipu! sorri heehe lama dah xkuar rasanya. 

dan balik...........sampai bilik coretkan apa yang patut buat tatapan pembaca yang dihormati sekalian.

ok, terima kasih kerana membaca :))))
anda amat bertuah sekali!~
selamat malam.

P/s : wah! bes gile kawan aku ada orang datang merisik. terus terang je kat mak dia nakkan dia. so sweet! bila sampai tibanya waktu untuk aku? insyaallah lima tahun lagi. haha :D masin gak ye mulut aku kate dia bakal kawin dalam waktu yang terdekat. anda bagaimana pula? ;)