Assalamualaikum korg :)
Oh yea! 2011 telah melabuhkan tirainya, dan kini 2012 telah tiba untuk kita menanam azam baru bagi tahun Masihi. Azam baru, semangat baru dan yang pasti agenda utama di awal bulan Januari adalah untuk membuat yang terbaik dalam Final Exam. So, gudlak utk student-student yang bakal melalui Final Exam dalam waktu terdekat ini :) Moga kita sama-sama dapat melaluinya dengan baik dan jayanya. Allah knows the best. Setelah berusaha, kita bertawakal. Selagi ada masa yang terluang ini, cuba revise sebanyak mungkin dan yang semampunya. Tapi jaga kesihatan ok! Jangan terlalu asyik belajar sampai kesihatan tak terjaga. Kesihatan pun satu nikmat, bukan? Hehe
Azam? Azam baru saya untuk tahun ini,
- Menjadi lebih baik dari yang sebelumnya
- Save money for owning a car and dslr camera
- Berniaga secara part time
- Hafal dan fahami Al-Quran secara beransur-ansur
Mungkin itu sahaja. Nampak tak banyak kan? tapi nak laksanakan memerlukan pengorbanan dari semua segi. Moga dipermudahkan dan dilapangkan dada :)
Haha. jap nak tergelak. Jom layan dialog kami,
IKA (Bukan nama sebenar): Ah, bencilah nak masuk tahun baru ini, umur aku pun makin tua.
Aku: Takkan lah makin muda kot :D
IKA: Kan bagus kalau umur kita tak menua, tapi makin muda. Best je dulu jadi budak-budak sekolah rendah. Takyah fikir langsung apa-apa. Kita ini sibuk nak fikir tentang macammana nak habiskan degree la, keluar esok nak jadi apa, pastu kerja lagi, kawin dan bla...bla....
Aku: Kalau macam itu, takde lah dinamakan cabaran hidup. Hehe
IKA: Sudah... Habislah kalau dia ini berkata-kata.....
Aku: Eh, betul kan? Salah ke apa aku cakap? Tak bermakna la hidup kalau macam itu. Takde nikmat.... (Betul ke apa aku cakap ini. whateva! :p) Haha...
Bila umur makin menua, faham-fahamlah ajal pun semakin dekat. Sebab ajal ini rahsia Allah kan. Kita semua tak tahu bila ajal kita, macammana cara kita mati... semua dah ditentukan di Luh Mahfuz. Jadi, sentiasalah ingat mati. Tambahkan amalan, tingkatkan keimanan dan kepercayaan kepada Allah S.W.T dan Rasullulah, kekasihNya. Peringatan buat diri ini juga yang serba kekurangan. Em, semalam dapat berita ada budak tahun satu FIST meninggal dunia akibat kemalangan di Perak. Dan hari ini, ustazah Jemaah, guru kelas aku time Tingkatan 1 dulu meninggal dunia akibat sakit tua. Innalillahiwainnailaihirojiun. Mari kita sedekahkan Al-Fatihah pada mereka. :'( Moga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. ameen..
Ok, bebelan pun mungkin dah nak panjang, so entry ini berhenti setakat ini jela. Nak sambung study. Banyak lagi tak cover ini..Huhuk . Sebelum itu, aku nak jugak share dengan korang jadual peperiksaan aku. muahahaha. Sebagai kesimpulan... tarraaa
04/01/2011 APPLIED STATISTICS (02.30-05.30 PM)
10/01/2011 MOLECULAR & CELL BIOLOGY (09.00-11.00 PM)
BIOCHEMISTRY (02.30-05.30 PM)
11/01/2011 CHEMICAL ENGINEERING THERMODYNAMICS (09.00-12.00 PM)
13/01/2011 HEAT TRANSFER (09.00-11.30 PM)
Itulah dia. Total ada 5 paper sahaja. Hehe. Kooun wo inorimasu (Goodluck) ya kawan-kawan! Moga kejayaan milik kita bersama..
Tatata. Continuing studyyyyyyyy..... >,<




