Assalamualaikum.
kita berjumpa lagi di arena blog. selamat datang kepada para bloggers dan pembaca yang dikasihi sekalian! :) Terima kasih kerana sudi singgah dan baca setiap post yang saya tulis. actually, taip. heehe. dan diingatkan di sini bahawa setiap post saya hanya berkenaan diri saya, apa yang saya lalui, apa yang saya rasai, dan apa sahaja yang ingin saya kongsikan. Jika anda rasa apa yang anda hendak tahu tiada di sini, silakan cari di blog lain. ^^
Alhamdulillah, semalam saya selamat sampai di UMP. begitu juga kawan-kawan yang saya kasihi. Allah memelihara kita kan? perjalanan yang memakan hampir saja lapan jam dapat dilepasi. syukur! :) dan hari ini je kami dah outing, hahaha. but tak dapat nak beli ape-ape sebab.... well, pengajian saya ditanggung so duit itu tak masuk lagi lah... ohh YBR! bilakah duitku akan masuk??? Haha. Then, saya jadi drebar jelah jawabnya kan.... memang sinonim sgt drebar dengan saya.... boleh lah apply jadi drebar lepas grad ni... hahaha.
ok, tahu tak awak-awak semua hari ini berapa haribulan dalam bulan Islam? boleh tengok belah kanan awak-awak semua k! hari ini 19 rabiulawal selagi tak masuk waktu maghrib. rupanya dah 7 hari kita meninggalkan maulud nabi, Rasulullah S.A.W kekasih ALLAH. jadi apa yang saya nak kongsikan hari ini ialah bagaimana awak-awak semua nak tahu hari kelahiran dalam bulan Islam bagi yang masih tak mengetahuinya.
Boleh tekan dekat link ini k :)
kalau ikut bulan Islam sebenarnya umur kita tua setahun dari umur kita dalam tahun Masihi. correct me if I'm wrong ya! so tahun ini umurku sudah mencecah 22 tahun. tua sudah bha kau kannn? hehe. Selamat Hari lahir to me! yah, 18 Rabiulawal 1412 is when i am being born to see the greatest world. You grow up such in the beautiful way dear. menjadi manusia yang masih waras dan masih dapat membezakan yang mana baik dan buruk. I am being thankful Ya ALLAH :)
yah, aku juga semakin tua dalam dunia universiti ini. Esok bermulalah perjuanganku yang seterusnya dalam menimba ilmu ALLAH yang sgt luas. dan bermula jugalah aku sebagai senior tahun dua sem 4. cehh! :D akhir tahun ini tahun 3, pastu praktikal pastu naik tahun 4 pastu grad pastu keja dan pastu... Hanya ALLAH jua yang menentukan dan mentakdirkan di mana jua aku berada ketika itu. InsyaALLAH jika masih diberi nafas dan dipanjangkan umur kan? insyaallah. :)
sumber: pakcik Google
oh ya! hari itu, saya ada baca satu buku ini, tajuknya 'FITNAH 2012: KONSPIRASI GALAKTIK'. buku itu sgt bagus, ia merungkai konspirasi yang dibuat oleh pihak Yahudi-Zionis untuk memesongkan akidah kita dengan mempercayai bahawa 21 Disember 2012 adalah tarikh kiamat. Hanya dengan berpandukan kalendar mayan yang berhenti pada tarikh tersebut. Huh! Allah itu Maha Berkuasa kawan-kawan. Sudah diberitahu awal lagi bahawa semua perkara-perkara ghaib adalah urusan ALLAH. berbalik kepada rukun iman, kita mengimani bahawa percaya kepada Qada' dan Qadar. maka, percayalah semua ini urusan ALLAH. salutelah dengan penulis, berjaya untuk merungkaikan persoalan-persoalan di minda. ngehngeh. cuma satu ja perasaan saya bila baca buku ini, iaitu TAKUT. takut dengan apa yang bakal dibentangkan di hadapan. takut kerana Allah memilih saya untuk hidup sebagai manusia akhir zaman. Zaman yang dipenuhi dengan pelbagai fitnah dunia lagi-lagi FITNAH DAJJAL. mari kita sama-sama berdoa supaya kita dihindarkan dari segala fitnah-fitnah yang boleh memesongkan akidah dan menghilangkan rasa keimanan kita yang tipis ini. :') aminn
AS: moga esok menjadi permulaan baru untuk aku yang semakin TUA :D
