Assalamualaikum :))
hari ini saya rasa terpanggil utk mendedikasikan entry ni utk umi yang tercinta.
pada ketika waktu malam yang hening, sekitar pukul 3 pagi, baru aku teringat tentang tarikh keramat seseorg yang terlalu istimewa,
" UMI "
aku fikirkan mungkin umi sedang diulit mimpi yang enak, namun ku teruskan jua niat.. kata2 ucapan ku hantar.
umi.... selamat hari lahir! :)
----------------message delivered-------------------
aku mempersiapkan diri untuk tidur.. tiba2....
are u afraid??? --- message ringtone :P
dlm fikiranku, "eh, umi ni xtidur lagi ke?"
ku buka peti inbox dan ku baca,
" tq. doakan umi berjaya dlm setiap yg umi cita2kan termsuklah memiliki anak2 yang soleh dan solehah".
______________________________________________________________
aku rasa amat tersentuh. Ya Allah, aku rasa sedih sgt! salah satu cita2 umi xterlaksana lagi adalah disebabkan AKU! AKU!! aku yang berjauhan hmpir lapan tahun. untuk bertemu umi, dua kali dlm setahun. masih lagi mencari di manakah akhirnya perubahan diriku nanti?
air mataku mula menitis. Ya Allah, aku sungguh berterima kasih pada Engkau kerana mengurniakan aku seorang umi yang begitu tabah, sabar dalam menghadapi dugaan dan cabaran yang Kau berikan. Itulah tandanya Kau mengasihi umi ku. teruskanlah Ya Allah. Jika boleh, berilah sedikit bebanan nya padaku, :"((
dan bukakanlah hatiku utk terus menerima hidayah dariMU. teguhkanlah pendirianku, agamaku, keimananku. moga aku tidak hanyut dibawa arus dunia yang terlalu banyak cabarannya. :)
p/s: slmt hari lahir juga kepada adik2 ku yg jauh. faiz dan awa. :)) moga kamu juga dpt melaksanakan cita2 umi. balas jasa umi.
2 comments:
releks n good luck anis (^^)
malu je ngn ain :P
Post a Comment