Assalamualaikum.
Dah dua hari aku 'MERDEKA' dari final exam. Dan dah satu hari setengah aku bersendiri. Yelah, semua dah balik. Sahabat-sahabat semua dah balik. Rakan-rakan sekelas kebanyakkannya balik semalam, petang tadi dan in sha Allah malam ni. AKU? Aku balik minggu depan. lalala. Sanggup stay demi program hujung minggu ini dan minggu depan. Alahai cik anis, kenapa lahhh rajin sangat nak pergi program time cuti2 cenggini? Orang semua dah release tension kat rumah. Kau? hehe, (sengih2). Aku memang sukaa! =.=
Blog aku, mmg banyak cerita pasal program. kekadang itu ada yg xsempat pun nak selit sebab ada yg dah terlampau basi so malas nak ungkit2, ada yang xperlu diceritakan dan ada yang bergantung pada mood ketika itu. kalau rajin habis semua nak update, kalu tak memang tak dann dan takkan update lah kan? hewhew.
Ok, let we talk about the definition of 'Programme' from my perspective and what I gain from there? Sebenarnya tujuan utama aku melibatkan diri dalam sesebuah program adalah untuk membentuk peribadi diri, sekaligus cuba melihat sesuatu dari sudut perspektif yang berbeza serta mencungkil bakat-bakat terpendam bagi persediaan masa hadapan. Mungkin ada sesetengah program yang pernah aku libatkan diri, tidak langsung memberi sebarang benefit ataupun perubahan ke arah kebaikan malahan menjerumuskan aku ke arah sesuatu yang kurang baik. Contoh? Pergaulan. But nevermind, i take it as a challenges. Muhasabah diri kembali. Kekadang sesuatu yang kita lakukan dan kita sesali, kemudian kita perbaiki lebih berkesan daripada sesuatu yang kita hanya kenali melalui teori.
Sometimes, orang lebih rela utk ambil terus program yang berimpak tinggi, so kesannya lebih terimpak pada diri. And sometimes, orang like me pula suka ambil program yang ala ala santai so kesannya pada diri tak sebesar impaknya dibandingkan dengan program high impact tadi. Bergantung pada diri masing-masing. Setiap org ada cara mereka tersendiri, dan setiap orang melalui cara yang berbeza untuk mencapai kematangan diri. Seiring dengan dunia yang Allah cipta untuk kita terokai dan cuba melihat intipati yang berada didalamnya. subhanAllah. And one more, satu perkara yang saya pegang, kesibukan bermanfaat akan menghindarkan kita daripada sesuatu yang melalaikan. Tapi jangan lupa untuk memberi diri rehat secukupnya. Kita pelajar ditugaskan untuk belajar demi ummah. Yang lain hanya sampingan yang dapat memberi bekalan suatu hari nanti in sha Allah :)
So a few programs before final exam aritu, saya rasa nak selit gak dalam ini. Haha. Tak kira! Tiga minggu berturut-turut, hujung minggu saya disajikan dengan kem-kem in sha Allah bermanfaat. ngehngeh.
1-2 Dis 2012
"MyCamp Sister: Empowering Identity", oleh Pembina UIA
Peserta: Muslimah sahaja. Terdiri daripada pelajar UMP & pelajar KKM, dan ada dua org pelajar Maktab Perguruan cawangan Terengganu (dah tak ingat mana)
Fokus: Menekankan tentang 10 Muwassafat Tarbiyah.
1) Ibadah yang sahih
2) Akidah yang sejahtera
3) Sihat tubuh badan
4) Berdikari
5) Melawan hawa nafsu
6) Tersusun dalam urusan
7) Bermanfaat pada orang lain
8) Akhlak yang mantap
9) Menepati masa
10) Ilmu pengetahuan yang luas
Aktiviti: Semua aktiviti mesti ada yang melibatkan beberapa muwassafat tarbiyah ini. Sebab dekat setiap last activity, dia mesti tnya, "Ok, siapa yang dpt bgthu elemen muwassafat tarbiyah apa yg ada dalam aktiviti ini?" Aktiviti yang paling xboleh lupa tu adalah aktiviti kena jungle trekking and dapat MANDI LUMPUR. Memang habis satu badan berlumpur, dari atas smpai ke bawah. sampai tertelan-telan air lumpur lagi, yerk! Haha. manisnya di pertengahan kami diperingatkan tentang Palestin. sejarah HAMAS. sejarah PALESTIN. aku tersentak dengan ayat akak ni, "Korg kata korg alert tentang Palestin, tapi sejauhmana korg ikuti sejarah dia. sejarah perjuangan, penentangan, dan penindasan PALESTIN. marilah kita bermuhasabah." ya Allah, aku rasa ilmu itu tak smpai 10% pun ada dekat kepala otak ni. Astaghfirullah. Dan akak tu teruskan, "Bayangkan sekrg ini situasi kita berada di Palestin. Jangan mengeluh tetapi teruskan." Wah, memberi semangat gitteww untuk terus bermandi lumpur. Bagi aku, bila lagi nak merasa pengalaman macam ni kan? Kalau nak suruh pergi untuk sesuka je, mestilah taknak! Selagi kita ada peluang, ambil sebaik mungkin ;)

sorg ber'tai chi', sorg lagi bersilat
UMP srikandi in sha Allah ;D
with adik KKM
Actually, minggu tu agak busy jugak la sebab MPP UMP telah melancarkan satu kempen untuk 'Palestin'. Buat demo, ceramah, kutipan derma dan sebagainya. So as CHEST adalah salah sebuah organisasi fakulti, kami ambil bahagian di dalam pementasan teater. Selepas latihan untuk beberapa malam sebelumnya, malam 2hb adalah malam kemuncak iaitu malam penutup di mana kami akan membuat satu persembahan teater. Alhamdulillah everything going smoothly and excellent. Allah permudahkan ;')
hasil kain rentang kami buat smpai pkul 2am =.=
malam pementasan teater
7-9 Dis 2012
"Kem Pemantapan CHEST sesi 2012/13"
Peserta: Mantan CHEST 11/12 dan MT & exco terbaru sesi 2011/12
Fokus: Membincangkan tentang program yang akan dijalankan sepanjang tahun 2013 serta membaikpulih kelemahan-kelemahan program yang lepas.
Aktiviti: Pembentangan oleh pensyarah, mantan dan sesi sekarang ;)
us :)
#Gambar lain kena download dari sharing. Namun apakan daya, tuan punya sharing tu dah balik so xdapat la nak download.
14-15 Dis 2012
Program ini xda nama khusus sebab dia ala-ala santai je. Kiranya kami panggil mad'u2 yang tak sempat nak habiskan pembentangan dan go through je pembentangan sekaligus.
Peserta: Adik-adik
Fokus: Memahamkan tujuan dan fikrah berada di dalam jemaah ini.
Saya selaku AJK pengangkutan dan membantu AJK makanan. Mengangkut adik-adik guna kereta sewa dari UMP ke homestay sekitar Kuantan juga. pastu tukar dengan kereta Kak Mar hehe. Mula-mula tu mereka ingat nak order je makanan tapi memandangkan dapat homestay dan ada dapur semua bagai so kami decided, OK better masak sendiri lah kan hewhew. Petang tu terus busy beli bahan-bahan dekat 'Tunas Manja' untuk sarapan dan makan tengahari :) Menjadi penolong kepada AJK makanan ni mmbuatkan saya tak dapat nak take part sangat dalam aktiviti mereka. But nvm, saya harap Allah mengira ini sebagai salah satu usaha saya menanam sesuatu bagi tuaian di akhirat sana in sha Allah ;')
Cak cakk cakk!
ha! menu tomyam dan telur goreng. 1st time masak kt sini u'olls :D
kak Mar & afaf comey :)
mereka :)
End of the story