Showing posts with label perkongsian. Show all posts
Showing posts with label perkongsian. Show all posts

Wednesday, July 4, 2012

Please LIKE: Serunding Warisan Mek


Assalamualaikum :)

Hai dan hope sihat walafiat insyaAllah. ok, since i busy sebelum ni dgn dunia sbg pelajar you know but now i have my free time starting cuti semester sejak 3 minggu yang lepas. Boleh lah kn update entry selalu lepas ni, Hehe. Love writing, yeppi ! FYI, kini aku selamat mendarat di Sandakan, my SWEET HOME sejak jumaat yang lepas, Alhamdulillah :) Tahun ini balik awal sikit ke rumah tidak seperti tahun lepas. Kalau tak mesti dah terperuk di UMP, melakukan sesuatu yang boleh dilakukan, Hahah. Tahun ini pula banyak gilaa program kat uni tu, tapi dalam hati takpa la, pleasee abaikan anis ko kena balik awal juga tahun ini. Btw, I still have another project to be settled sepanjang July ini tapi aku tinggalkan. I have my own reasons why I came back earlier :) Maaf korang, aku cuba tolong semampunya dari jauh k :') Sampai sini then my Umi bagi tazkirah, 

Umi: Lain kali bila nak melibatkan diri dalam suatu projek, sembahyang istikharah dulu minta petunjuk. Mohon agar sekiranya ia baik, dipermudahkan, sekiranya tak, dijauhkan. Nanti orang dah tak percaya dengan kita. 

Aku: Diam. angguk dalam diam. Benarkan dalam hati. 

Monolog dalaman (My fault, terburu-buru, but still aku telah diajar dari kecil utk tidak melepaskan tanggungjawab so aku cuba yang terbaik selagi boleh. Aku dah pernah minta untuk keluar dr projek itu disebabkan aku rasa tak mampu untuk beri yang terbaik but then mereka tak bagi :') So, i decided ok lah, aku teruskan)

I just give you support boleh? Hahaha. Just joking k. Semalam tnya elvira, 'How the preparation for the presentation?' And then she said, that there are too many works included, 3 video, report, pamphlet, booth design, and website for Mek Warisan Jual Serunding. Oh kesian dan penuh rasa bersalah. Confirm you guys fikir apo ko bondo budak ini buat? Serunding? Mek Warisan? Ko jual serunding kee? What? What !!!!? 



Ok ok i will explain a little bit further about our project. This project actually under 1M-YEC (1 Malaysian Youth Entrepreneur Club) and it is officially organized by SIFE Malaysia Foundation (SMF), our government and also several sponsors included Ministry of International Trade and Industry Malaysia (MITI). More news here and here. So for UMPians group, kami memilih pengusaha serunding dari Kuantan. Why serunding? Sebab kami dapat rasakan serunding mempunyai potensi untuk dipasarkan selain daripada merupakan salah satu makanan orang melayu. Orang cina dan India pun boleh makan, sebab ianya ada pelbagai jenis serta halal dan bersih :) Memandangkan kami baru berjinak dengan projek ini, so setakat ini kami cuba untuk mempromosikan produk ini secara meluas. Kami menerima tempahan but no online purchasing, hanya melalui rumah dan juga bengkel. Alamat boleh dilihat di FB page seperti yang tertera di bawah. Hal ini disebabkan masih mempunyai kekangan seperti pengusaha kurang pengetahuan tentang perniagaan internet, tiada kemudahan internet dan sebagainya. InsyaALLAH jika tiada aral melintang, mungkin pada masa akan datang boleh buat tempahan melalui online. Ok, tujuan projek ini seperti yang korang tahu, ianya umum. Untuk melahirkan usahawan muda disamping dapat membantu pengusaha-pengusaha kecil untuk mengembangkan perniagaan mereka dengan bantuan pelajar-pelajar yang berkebolehan seperti kita. OHYEAH! Hehehe. Hope usaha sekecil ini mampu memberi impak yang besar pada semuaa dan orang disekeliling. ameen :)


So for the first step, by introducing the product on the FB.

Please support us by clicking this page and 'LIKE',

Jasa anda semuaaa amat saya hargai!! ThankYouSoMuch! :)

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Siapa menghulurkan kepadamu suatu kebaktian maka balaslah dia, jika kamu tiada apa-apa balasan, maka hendaklah kamu doakan kepadanya" (Riwayat Al-Tabrani)

So,
May ALLAH bless, protect and guide you all !
=)


UPDATE (18/7): Sorry because the FB page is soo empty. We still in progress for putting more information regarding our product (serunding). Manelah tau nak dekat2 raya ni, bolehlah order serunding banyak2. Website also in progress. TQ



Friday, April 27, 2012

it's going to be long long entry! seriously!


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum :)

If a few days ago, i am turn to be the most person who bermuram durjana, but now i think i should think positively. ok, since now i do that word 'POSITIVE' as my inspirational word and i cannot untuk bermuram durjana lagi. haha. come on la anis, kesibukan dunia tidak memberi apa-apa makna melainkan ujian untuk terus bertahan di atas muka bumi ini. Akhirat itu yang akan dikejarr. Thanks ALLAH because bagi aku kesedaran untuk positif dengan semua yang berlaku. yepp! Thank to her also because i can felt her strength  through her writing :) 

so actually aku nak cerita semuaaa yang berlaku untuk seminggu dua ini. i am lil busy for my assignment, project, project, project and project. huh. what i can do? i start, i must end it for no reason, right? eh eh, nak mulakan dari mana ek? aku kena buat timeline ni, ala-ala mukabuku yang famous ituu!! sebenarnya tak suka timeline, timeline sgt men'serabut'kan. huhu. takpa2, em dari mana aku nak start ek? ok ok. aku dah tau ;)

past two weeks ago, aku dan my pengarah program untuk 'Kursus Keusahawanan Ibu Tunggal' merangkap my sahabah also, naik turun mahkamah (Pusat Keusahawanan) untuk mendapatkan kelulusan untuk membuat program. ternyata perjalanan kami amat payah. adoi. aku rasa macam nak putus asa pun ada, adui bhaa tapi ujian itu baru sedikit tau. my sahabah can, takkan aku tak boleh. sampai satu tahap i need her advice, she said," anis, lihat Muhammad S.A.W. perjalanan dakwah baginda sangat panjang dan berliku, tapi Baginda tidak mudah putus asa, jadikan Baginda sebagai tokoh inspirasi." Thanks to you Syaza. i really appreciate peringatan itu. and also video Sultan Muhammad Al-Fateh yang menjadikan semangat lagi membara! :) so finally this wednesday we got that license for doing our program. Yeay! Alhamdulillah. walaupun ada syarat di sebaliknya, aku akan ambil positively. so now we have 2 project.. since we need to take another project to run this program. Ikhlas. Ikhlas. Semua aku sandarkan pada ALLAH. biarlah orang buat kita macammana pun, ALLAH akan tolong kita. just believe in Him ok! Hehehe

ok, bosan =.= asyik cakap pasal projek, projek dan projek. dah nak dekat akhir sem ni pun, mulalah assignment dan projek berlambak-lambak. lab report, quiz, test.. omaigod! hari cuti seperti tidak cuti. hari tidak cuti apatah lagi, ayoyo! betapa aku merindui saat-saat masa yang free dahulu -.- 

 Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati." (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

haa! korang nak tahu tak? aku kan pernah crite dahulunya aku berpulun-pulun menyelesaikan dokumen pinjaman yayasan bank rakyat, pastu pergi program pembangunan insan pula (kalau lupa atau tak tahu, sila refer post sebelum ini, if you want to know la, :P) now setelah aku tunggu hampir 4 bulan di universiti, barulah duit itu masuk. imagine macammana aku boleh survive kat uni for 4 months without any payment? huhu. ALLAH Maha Pemurah tau, just mohon rezeki padaNya, insyaALLAH you will survive. amalkan solat dhuha setiap hari. ALLAH kan suka amalan yang kecil dan konsisten (istiqamah) dari buat yang besar tapi sekali-sekala. You know what i mean, right? If you niatkan amalan ini kerana ALLAH dan semata-mata mengikut sunnah Rasulullah, you can imagine right betapa besar ganjaran yang ALLAH janjikan? :") How I feel thankful to be your servant, ALLAH. ok, hanya peringatan bersama. Hehehe. amount yang masuk takyah cakaplah, rahsia rahsia. kawan-kawan pun tumpang gembira. haha but bila mereka tanya masuk berapa? aku akan bilang sama mereka ohhh it's going to be secret!! muahaha. Heaven gilo rasa dapat duit. tapi aku takkan lupa bagi sesiapa yang memberi hutang kepada aku, moga ALLAH jua yang membalas jasa kalian :') tapi aku taknak gelojoh dalam membelanjakan duit ni, since kiteorg budak2 tajaan ni dah diberi amaran awal oleh pihak Bank Rakyat, bahawa mereka takkan redha kalau duit ini diguna pada tempat yang salah. ohh takutnya!! so awal2 lagi aku dah listkan hutang siapa yang aku patut bayar dulu, apa yang perlu aku buat, berapa yang aku perlu simpan untuk masa depan (chewah!), and d most important bayar yuran pengajian dulu. hhuhu. surat amaran dah sampai rumah dah. 


nampak x senarai kat atas ni? huhu. banyak gilaa. yang tanda right2 kaler merah itu, mksudnya aku dah settlekan. aku pun ada simpan duit kat MAA Takaful. dengan harapan, satu hari niat aku nak menunaikan haji tercapai. YaALLAH kau izinkanlah hambaMu ini menjejakkan kaki ke tanah suci itu. with my family yang terchenta! seriously, siapa yang tak pernah teringin! aku dah dapat bayangkan macammana respon aku bila smpai ke sana. tinggi x imaginasi aku. huhu. teringat time sekolah menengah dulu, ada ustazah itu kata, baik awak doa dari sekarang agar awak boleh naik haji bila awak masih muda, kudrat pun ada lagi. since that, aku tidak putus-putus berdoa agar ALLAH menjemput aku. aminn :') 

em apalagi ek? oh ya, sabtu lepas aku ada ikut satu program ni, program ASAC (Anak Soleh Anak Cemerlang). under ISMA dan pembina. since aku jadi AJK Pendaftaran, terkocoh-kocoh juga la disebabkan sampai lambat ke kawasan pendaftaran di Kolej Shahputra, Kuantan. akhirnya, program tersebut berjaya juga dilaksanakan. Ya ALLAH lega sgt. :) bagus tau program ni lagi-lagi bagi yang dah berkeluarga kerana apa yang dibincangkan adalah tentang bagaimana nak mendidik anak-anak menjadi soleh dan solehah melalui didikan dari rumah, pemakanan dan sebagainya. tapi aku tak dapat na join sepenuhnya slot-slot yang dibincangkan kerana tetiba tak semena-mena kena jadi pengasuh kanak-kanak pula kat nursery =,= haha tapi xkisahlah sebab aku suka tengok budak-budak comeeyy2 :P

comey gila rufaidah ini. geram!! pipi tembam sgt!

shida kata aku macam tengah pantang. huheue. jadilah~

balik dari program itu ja, malamnya ada sahabah minta tolong untuk hantarkan dia ke tanjung malim. kerana ada urgent case. so dengan penat yang tak hilang lagi aku pun temankan la ke tanjung malim naik kereta sewa dari UMP ni. bertolak pukul 10 malam hari sabtu, sampai ke tanjung malim dalam pukul 3 pagi. esoknya kami bertolak kembali ke UMP pukul 8 pagi dan sampai di UMP pukul 1 tengahari. hah, jauhnya perjalanan..luas pemandangan. hihi. mari kita sama-sama doakan moga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.. amin (housemate sahabah mendapat kecelakaan, mari sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau).

minggu ini juga adalah minggu paling busyyy sekali. setiap malam aku kena attend meeting dan discussion. 2 in 1 you know? until i dun know how are the feeling of being tired? hoho. aku bukanlah orang yang begitu penting kerana aku hanya menjadi pelengkap kepada yang terpenting. bagaimanalah agaknya hidup orang yang terpenting tu ek? so belajarlah bagaimana nak membahagikan masa dengan baik :) pula bila minggu ni result utk lab kami kena amik 24 hours sekali smpai seminggu. adoi. hari2 kena menghadap mikrob buka tutup inkubator tu. bau xyah cakap la, busuk!! huehue. nak tengok tak result dy?






hahaha. menyelit jap 2 mikrob terbesar kat atas ni. hai maklumlah semalam dan arini tugas kami utk amik result. bosan-bosan snap la gambar satu dua buat kenangan. ececeh. tapi yang ni baru result part c tau, belum part a dan b. =,= hidup lab! hidup lab! -..-

ala rasa-rasanya aku xmampu kot nak crite semua. this actually dah jadi a very very a long story kan?? mmg sesuai sgt la title post ni. :DD cuma lagi satu ja mau crita, aku dah 5 hari xmakan nasi. yeay, berjaya juga! ni smua gara-gara roomate aku ajak na diet konon, alih-alih dia bertahan only for a day ja..hihi. so for my menu for dinner today.. jeng-jeng!

SPAGHETTI BOLOGNAISE

omaigod. omaigod. sedapnya!! hehehe. ok la, that's for all from me in my two weeks of my life. malam ni aku ada aktiviti lain pula. MABIT. pernah dengar x? takut. takut. aku kena bagi pengisian tentang tokoh inspirasi. em Rasulullah o Rabiatul Adawiyah? mohonlah ALLAH permudahkan dan memberi kefahaman pada semua yang mendengar. petuanya sebelum memulakan sesuatu ceramah o pengisian o presentation, sebutlah Ya Samii'... Yang Maha Mendengar, Insyaallah ianya berkesan. aku pun baru tahu dan mula untuk apply kan. :) esok pula, aku akan terlibat dengan jualan sempena ARABIAN NIGHT Kolej Kediaman 3 since aku EXCO Ekonomi Pembina UMP. ahad pula akan ada discussion utk podcasting TITAS. wahh aku tak sangka jadual aku sangat penuh sekrg. huhu. tapi penuh dengan aktiviti yang berfaedah xpa. jangan sia-sia. kan kan? 

AS: YaALLAH, aku mohon janganlah kesibukan ini menjejaskan hubungan aku denganMu. :') mari mari muhasabah diri orang yang sibuk! selawatlah banyak2 di hari jumaat yang mulia ini ^^



Wednesday, April 18, 2012

Wordless Wednesday 3#: Sahabat yang awesome :')




"Jika engkau menjumpai orang, yang ia sudah tahu dirimu, kenal dirimu, faham aibmu, dan engkau pernah tiga kali membuatnya kecewa atau marah, tapi ia tidak pernah menyebut dirimu di depan orang lain selain kebaikanmu, jadikan ia sahabat sejati"
— Ja’far As Shadiq.


Terima kasih SAHABAT
kerana
sentiasa memberi peringatan
jua madah
untuk 
memuhasabah diri
kerana 
aku tahu
kau dikurniakan untukku
untuk 
ALLAH beri peringatan
untukku melaluimu
^_______^

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH. ITU YANG PASTI.


Saturday, April 14, 2012

1st prog: Motivasi

Assalamualaikum korang!

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, aku memulakan entry ini. Hehe. actually apa yang aku nak bagi tau ni adalah sambungan dari entry ini. nama projek kami sudahpun ditukar dengan nama yang lebih simple tapi bermakna :) 'Generasi Ibu Tunggal Unggul (G-2)'. Since kami dah dipilih oleh ALLAH untuk melakukan kerja amal ini, we all must continue it until the end. right? Walaupun kadang-kadang aku rasa sangat lemah, tak kuat nak buat semua kerja ini, tapi bila aku fikir dalam-dalam..apa lagi sumbangan yang dpt aku bagi bila menghabiskan hidup di dunia yang sementara ini? yahhh! i need to be strong enough to make my team also feel strong with me! aku perlu kuat! kuat kerana aku tahu ALLAH ada disisi aku selamanya :')

Ok readers, let we go for my story k. ikhlaskan hati dulu kalau nak baca, hehehe. sebenarnya program ni dah basi, dah lama dijalankan. sekarang baru ada peluang nak share, disebabkan kekangan masa yanggg tak menentu.:P anyway, biarlah satu hari nanti aku akan baca balik dengan rasa terharu ^^. 

PROGRAM MOTIVASI BERSAMA IBU TUNGGAL D'NASTI

Program motivasi ini berlangsung pada 16 Mac 2012, hari jumaat hari segala penghulu hari. alhamdulillah. program ini dapat dijalankan dengan lancar walaupun pada mulanya ada beberapa masalah yang timbul akibat ketidakprihatinan dan kecuaian kami sendiri.  

dalam program ini, aku merangkap ajk bawah logistik pun bersusah payah bersiap pagi-pagi pukul 7 pagi demi menjemput tetamu yang dikasihi a.k.a ibu tunggal. hehehe. tapi yang sedihnya, target ibu tunggal seramai 150 orang tak dapat, hanya 40 orang sahaja yang dapat hadir. itupun bukan semua golongan ibu tunggal, tapi kebanyakan fakir miskin. tapi xpala, moga sama2 la mereka mendapat manfaat dari motivasi ini. :) 

crowd dari ibu tunggal tak dapat, so mengharapkan dari student ja la. alih2 student yang datang pun 34 daripada 50 orang. xpala, think positive.. ini semua dugaan dari ALLAH. so program still running macam biasa.  





Program dimulakan bila sudah mendapat keberkatannya. :) Then, Dr. Omar merangkap Pengarah Pusat Keusahawanan dijemput memberi sepatah dua kata sekaligus merasmikan program ini. Terima kasih Dr. for your support :')





Started with the first slot, "Bermulanya disini....Dirimu amat berharga" by Puan Faridah merangkap kaunselor di UMP. tekun ibu-ibu tunggal mendengar dan mencatit nota. 





Kemudian bagi slot 2, kami ada perubahan sedikit kerana Dr. Omar tak dapat nak bagi talk. so untuk mengisi masa lapang, kami pun bawa ibu-ibu tunggal ni jalan-jalan sekitar UMP. (tempat yang terdekat. takut ibu-ibu itu penat pula).




Bila mereka (lelaki) pergi untuk solat jumaat, kami (perempuan) masih berada di sini (astaka UMP) untuk menemani ibu-ibu tunggal. hehe. waktu ini kami isi dengan Friday Wisdom. Penceramahnya ialah Dr. Fatmawati bt Latada merangkap pensyarah dari Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan UMP. 


and the last part of our program is, "sesi bicara hati". slot terakhir ini adalah tugas daripada pihak kami dan juga fasilitator yang terpilih untuk menemu duga ibu-ibu tunggal tersebut. bukan temuduga la, ia lebih kepada beramah mesra serta mengetahui bagaimana cara kehidupan ibu tunggal tersebut. :) 

Akhirnya, berakhir program ini dengan jayanya. YaALLAH, Kau lancarkan segalanya untuk kami ^^ Walaupun ianya kecil tapi cukup bermakna buat kami yang masih belajar menimba pengalaman. umpama budak kecil yang masih belajar untuk merangkak. dan akan terus belajar sehingga ia mampu berjalan dengan stabil. :) begitulah ibaratnya kami. Mohon ALLAH terus merestui dan mempermudahkan jalan buat kami. now waiting for the second prog ^^. teruskan doa untuk kami. amin..

O Allah, permudahkannya buat kami :')


Saturday, March 31, 2012

Bless me :)

ASSALAMUALAIKUM.

izinkan aku
membuka pintu hatiku
seluasnya untuk menerima sebuah cinta
drMu Ya ALLAH

aku bertuah
kerana sentiasa dilindungi
namun kekadang lemah
untuk diberi peringatan
betapa aku hambaNya
yang masih alpa dan lalai

namun aku akur
dengan segala ketentuanNya
kerana aku tahu
disebalik segalanya
mempunyai hikmah yang tersembunyi

aku dikurniakan sepasang mata
yang sentiasa memerhati
apa yang disekelilingnya
melahirkan titisan-titisan air
setiap kali merasa dosanya yang bertimbun
malah ketika merasa amat lemah di hadapanNya
dan mengharap sebuah kekuatan drNya

juga mempunyai sebuah hati
yang sentiasa berkata-kata
tatkala mempunyai peluang
melahirkan rasa yang pelbagai
namun apa yang aku dambakan
hanyalah cinta dariNya.
agar aku tahu betapa 
aku tidak pernah keseorangan. :')

Nukilan: Anis Sa

Saturday, March 3, 2012

Pre-meeting for SMBA project

Assalamualaikum.

Hye semua!! sihat tak hari ini? hope sihat2 jela hendaknya. :) Ok, post kali ini memang tak bertangguh sebab saya tak sabar nak cerita dengan anda semua tentang apa yang saya lihat hari ini. Kami bertolak pukul 10.30 pagi tadi dan alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Before that, saya nak terangkan dulu serba sedikit apa dia SMBA project ini, supaya anda semua dapat melihat dengan jelas apa yang kami cuba lakukan. ^^

SMBA is a project name that i created which is 'Single Mother Business Association'. This project will be related more on the single mother. Dah nama pun single mother kann? -_-" Heheheheh. What we do is, we want to train these single mother to be an entrepreneur and we will guide them through the several modules. so for the first step of our project, we will arrange some motivation program for these single mother. In progress, we meet Pn. Zaidah act as motivation planner for D'Nasti ( a Non-government organization that cooperate with us) especially for single mother. We discuss about several things included interviewing about single mother that lived in that areas. so they will be the picture of us to do some program that suitable for single mother actually.   





Pn. Zaidah :)
  
And then, Pn. Zaidah asked us whether we want to go to the house whom owned by one of the single mother. So the answer is YES ! Peluang sudah berada di depan mata, takkan nak tolak pulak kan? Hihihi. When I arrived there, I can feel something that I will experienced new things today. yah, this is actually I imagine before I can come to this place, but in my deep heart I hope it will not as I imagined in my mind. But if I can say is, it is really really worst compared to one that I being imagined before. How come a person like me do not know how they were feeling to live like that? Of course, I felt very sad to see someone like my mother being lived like that. :'(







atap bocor :'(

menghidap penyakit diabetes.

This person we called her as Mak Su. So Mak su ini menghidap penyakit diabetes yang menyukarkan beliau untuk bekerja kuat. Dengan hanya mengharapkan duit RM100 dari bantuan pihak JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) dan juga gaji dari anak sulung beliau yang bekerja di KFC Giant yang berdekatan. Makanan seperti beras, ikan dan barang-barang dapur juga hanya meminta belas ihsan dari orang lain. Jadi apa yang kami cuba hendak lakukan adalah untuk menaikkan taraf hidup Mak Su ini. Saya akan cuba bantu apa yang mampu. Please, doakan projek kami berjaya. :') Biarlah segala kebaikan hanya dibalas oleh ALLAH dan biarlah juga sejauhmana keikhlasan kami diukur oleh ALLAH S.W.T. 

Walaupun projek seperti ini akan kami bentangkan untuk dipertandingkan di pertengahan tahun ini, kami cuma berharap biarlah tujuannya bukan hanya untuk dipertandingkan, tapi untuk menjadi amal kebajikan di akhirat nanti. Dan yang paling utama, segala-galanya kerana ALLAH Taala. :) Moga niat ini sentiasa berada di lorong betul dan tidak terpesong. Cuma lumrah kekadang kita alpa dan mudah lupa diri menyebabkan rasa riak itu timbul. Moga dijauhkan, aminnn. :')

So, wait for second story of my project k ! wait for our another step, program and event, insyaALLAH. and the important is, please dear friends, pray for us to continue this project until we will graduate one day, insyaallah. doakan eh sayang. THANK YOU ! ^^

AS: Sorry for any grammatical error on my Bahasa Inggeris. Saya budak baru mau belajar speaking walaupun sudah hampir 16 tahun belajar Bahasa Inggeris :P



Monday, February 27, 2012

MESRA DESA'12.



Assalamualaikum korg !!


Seperti apa yang korang nampak pada di gambar di atas, i really meant it ok ! Hehe. What i can say is, it was soo awesome ! maybe pada hari pertama, kami smua agak frust sedikit kerana segala perancangan tidak berjalan seperti apa yang dirancang. Namun pengakhirannya alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Akhirnya satu impian aku yang dah lama terpendam akhirnya tercapai. Iaitu nak berjumpa dengan orang asli. :) ok, so tujuan aku menulis ini untuk menceritakan serba sedikit pengalaman berharga yang aku boleh dapat dari program ini. At least, ada sesuatu yang akan aku simpan sebagai memori. ^^

Program ini adalah satu program cakna komuniti yang menunjukkan kami mahasiswa yang cakna terhadap apa yang berlaku di sekeliling, :) Program ini adalah program yang tertunda  selepas final exam sem lepas, ada dalam entry yang berkaitan sebelum ini. [Entry 1][Entry 2]. Ianya berlangsung pada 24-26 Februari baru-baru ini.

HARI PERTAMA:
Sesampainya kami di sekolah SK Sg Mas Sg Lembing, agenda pertama kami adalah mengemas surau sekolah untuk dijadikan tempat penginapan kami sepanjang berada di sekolah tersebut. Kemudian sesi briefing telah diberikan oleh Am, AJK Aktiviti Program. 



fasi-fasi yang terlibat

Tapi untuk pengetahuan korang, anak2 org asli ini lain sikit 'peel' nya. Mereka sgt suka bila ada org luar datang untuk buat program khas untuk mereka. Sebagai contoh, program kami ini khas untuk tahap 2 sahaja: darjah4-darjah6. tapi apa yang berlaku, bukan tahap 1 je yang datang, malah pra sekolah sekali. ada sekali itu, dibawanya baby2 sekali. pening juga kami dibuatnya. But somehow kami dapat tanganinya, so sweet memoryyy kan? ;)

HARI KEDUA:
Bermulalah hari yang agak memenatkan, hari yang mencabar juga buat kami. ok, sebelum itu, the solution for our problem like I have stated above is, kami asingkan tahap 1 dan tahap 2. so tahap 2 sahaja yang mengikuti aktiviti2 yang kami jalankan manakala tahap 1, kami hantar pada ajk2 lain untuk comfort mereka seperti tengok boboiboy, upinipin dan main game budak2. Haha. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Sesi Motivasi-Mari Belajar, Jelajah Minda, Adaptasi Budaya, Sukaneka, dan Malam Kebudayaan.



fasi2 bagi sesi motivasi


buat match level ini- Jelajah Minda

ini dia org2 kuat ;)

Adaptasi Budaya

Haha, abg dan kakak penyayang. budak2 asyik melekat ja. :D

time sukaneka bersama abg 'batek', Haha :P

Kami bersama 28 pigeon hole. utk solito monito ^^

HARI KETIGA:
Aktiviti terakhir adalah Jom Jadi Jurutera. Setiap group kena invent satu roket dari tujuh helai suratkhabar dan dinilai dari sejauh mana ia mampu terbang. :) so aku pun ada juga buat bagi mengaplikasikan apa yg telah dipelajari pada program YBR yang lepas. tapi nampaknya aku kena buat banyak latihan lagi, hehe. And lastly, persiapan bagi majlis penutup. Teringat tepuk-tepuk sayang tetiba -_-'. Anyway, sangat2 suka program macam ini. walaupun penat tapi akhirnya ia dibalas dengan satu pengalaman yang berharga. :)


At the end, these experiences will be my precious moments together with you all !

At the other side,

Aku melihat satu lagi kelompok kehidupan yang berbeza dari kelompok lain. Ternyata kelompok ini telah menyedarkan aku betapa nilai KESYUKURAN itu sgt tinggi. Kalau org kaya raya xreti lagi bersyukur dgn apa yg ada, aku taktau la -_-. Kehidupan mereka sgt sempoi. Tak kisah berjalan tanpa kasut, dengan jarak yang jauh, penampilan yang tak seberapa, hidup dengan ala kadar, mak ayah pun tak berapa kisah. kau pergilah mane kau nak pergi asalkan balik ke rumah. mula-mula kami pun pelik tapi itulah realitinya. 

Bersembang dengan pelajar sekolah menengah (mereka ini suka dtg malam2), membuka minda aku. Mereka minat belajar cuma mereka rasa peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lbih tinggi tak terbuka luas untuk mereka. Mereka rasa mereka tak mampu nk score dalam exam. Macam ada sorang budak ini, dia kata after pmr nak masuk sekolah teknik, tapi boleh ke hanya berbekalkan 3A? dan aku, "adik, insyaallah 3A boleh dapat tapi cubalah target 8A. orang lain boleh, takkan adik tak boleh?".

Dari segi agama pulak, mereka ini terbahagi kepada dua. Islam dan bukan Islam. Pernah terdetik di dalam hati aku, tiada ke yang nak mengajak org2 asli ini untuk menganut agama Islam bagi yang bukan Islam dan meningkatkan pemahaman tentang Islam pada yang Islam? Mungkin ada tapi tak ramai yang sanggup termasuk aku. Huhu. aku mengaku belum ke arah itu. :') dari segi kaum, mereka ini terbhagi kepada dua juga, smoke brek ( xtau la ejaan betul ke tak) dan jakun. hehe. dapat jugalah belajar bahasa mereka sikit2.

yen sayangg jah ! = saya sayang awak !

LOLOK LOLO OLLO AWAK??

Gambar yang di atas ini aku tak tahu apa maksud dia. ada budak itu aku suruh lukis sesuatu, so inilah hasil dia.


ok lah, ini jela hasil coretanku buat masa ini. Sehingga kita berjumpa lagi, dadaaa!


Monday, February 13, 2012

Mengadu pada....



Assalamualaikum.

sumber : facebook


malas nak tunggu Wordless Wednesday, baik post skrg sementara freee lagi :)

Bagaimana cara mengadu dan pada siapa?

#1: ALLAH
Yes, ALLAH yang utama. tempat kita mengadu, tempat kita meluahkan perasaan, tempat kita mengucapkan syukur, tempat kita menumpang kasih dan tempat kita untuk segala-galanya kerana Dia adalah Tuhan kita. Allah Yang Maha Mendengar, Allah Yang Maha Penyayang, Allah Yang Maha Pengasih, Allah Yang Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu, ALLAH Yang Maha ESA. Segala apa yang berlaku hanya Allah yang mengetahui kerana Allah yang meciptakanku, Allah jua yang mengetahui apa yang bergelodak di jiwaku, apa yang bermain difikiranku dan sudah tentu Allah yang lebih mengenali diriku berbanding diriku sendiri. Kerana itulah Allah tahu apa yang terbaik buatku lantas Dia yang mengatur hidupku dari aku dilahirkan sehingga aku dikebumikan. :')

#2: BLOG
Di sini lah medan untukku kongsikan apa jua yang ku rasakan, apa jua yang ku lalui. walaupun tidak semua tapi at least ada untuk ku bercerita sedikit sebyk melepaskan rasa yang hadir dan juga untuk menjadi kenangan atau moment yang terindah dan akan sentiasa diingati. Pernah tak kalau korg buat diary, bila baca balik dalam hati mesti terdetik, ' oh, rupanya mcm ni aku dulu ' atau ' oh adakah aku macam ni dulu? ' atau ' ohh aku sgt comel la dulu '. muahaha. :P 

#3: SAHABAT / KAWAN-KAWAN
Emm, sahabat dunia akhirat itu yang ku mahukan. mahu bersama-sama melangkahi ke syurga abadi. aminn, hehe. lepas berblog, baru aku akan bercerita sama itu kawan-kawan atau yang lebih tepat lagi, sahabat. Kekadang sahabat dulu, baru berblog. yelaaa, excited punya pasal nak bercerita kannn, sampai tak sempat menghadap laptop. Lagipun, berblog ni kena nak fikir dulu, apa yang kena taip, nak arrange ayat lagi, nak bagi cantik sama itu ayat kann.. pasal itu lah kadang2 itu blog turun sama stage 3, :D 

#4: PARENT / SEDARA-MARA
Mesti korg pelik kan? kenapa parent turun stage 4? bukan selalu parents kena stage 2 ke? ko ni anak tak kenang budi ke haa? no no dont be emosional k. i am not saying that parent aren't important but somehow, we are spend a lot of time with our friends. Thats why kalau kita tanya kat sesapa pun laaa, contohnya, " pelajar-pelajar sekalian, sila nyatakan faktor2 yang menyebabkan gejala sosial? ". so what are you thinking in your mind? surely, i cakap mesti akan ada yang sebut, " yahh! definitely because of influenced by friends laa prof ". dan thats why jugalah, di atas kesedaran ini, kita digalakkan berhati-hati memilih kawan. pilihlah yang boleh membawa kita ke jalan yang lurus. ihdina sirotul mustaqimmm. :) jadi, anis mohon maaf sgt kalau umi baca post ini, bukan sebab taknak share sebarang mslh atau kegembiraan. anis share tapi kekadang anis lewat ja nak share. lagipun anis tahu banyak lg benda yang umi nak kena fikirkan so that why anis kekadang taknak share. (Jgn salah faham, bukan nak buat ayat tacing pon. that's truly i told you.)

So, kalau korg perasan, bagaimana kita berhubung pon sebenarnya mempengaruhi kita. 

#1: ALLAH
Sesungguhnya ALLAH berada sangat dekat dengan kita. Allah berfirman di dalam al-Quran:

"...Dan Kami lebih dekat dengannya daripada urat lehernya sendiri."
[Qaf, 50:16]

Jadi, amat mudah sebenarnya, tiada kos tiada perantaraan, tiada medium. SubhanaALLAH, betapa Allah sangat menyayangi kita. memberi kita sumber kekuatan untuk terus menjalani kehidupan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.

#2: BLOG
Dah nama pon blog, kenalah menaip, ye idok? menggunakan medium alam maya sebagai perantaraan. nak update selalu, kenalah ada internet. itu yang kekadang payah sikit.

#3: SAHABAT / KAWAN-KAWAN
Sahabat ini sentiasa berada di sisi. Ada juga yang jauh itu, kena jugalah guna medium seperti hantar surat ke, guna burung merpati ke, :D takyah la kuno sgt kannn. gunakanlah kemudahan yang ada skrg ni sebaiknya. sekarang ini mudah je, semuanya depan mata. kau nak guna apa? handset boleh call, msg, kalau yang canggih itu, boleh tweet2, chat kat fb, buat video call.. sudah banyak sgt kemudahan yang ada..

#4: PARENT / SEDARA MARA
Kalau parent atau sedara mara pulak, semua di atas boleh diaplikasikan. tapi aku lebih senang memilih untuk call sahaja. sepupu sepapat pon kekadang msg banyak dari call laa. hehe. why i just choose calling rather than others? Because call je mudah bagi aku, tekan2 num pastu call jela. :P But lagi satu benda aku nak habaq mai, kita selalunya lebih cenderung untuk rapat dengan mak berbanding ayah. why eh? mungkin sbb ayah tegas kot, :D

ok, hanya sedikit perkongsian yang begitu tak seberapa. selamat malam! ^^, 
assalamualaikum.

AS: hari ini tak dapat task pape lagi, so that's why macam free ja and boleh buat entry hari2. hahha