Showing posts with label pengalaman. Show all posts
Showing posts with label pengalaman. Show all posts

Saturday, March 3, 2012

Pre-meeting for SMBA project

Assalamualaikum.

Hye semua!! sihat tak hari ini? hope sihat2 jela hendaknya. :) Ok, post kali ini memang tak bertangguh sebab saya tak sabar nak cerita dengan anda semua tentang apa yang saya lihat hari ini. Kami bertolak pukul 10.30 pagi tadi dan alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Before that, saya nak terangkan dulu serba sedikit apa dia SMBA project ini, supaya anda semua dapat melihat dengan jelas apa yang kami cuba lakukan. ^^

SMBA is a project name that i created which is 'Single Mother Business Association'. This project will be related more on the single mother. Dah nama pun single mother kann? -_-" Heheheheh. What we do is, we want to train these single mother to be an entrepreneur and we will guide them through the several modules. so for the first step of our project, we will arrange some motivation program for these single mother. In progress, we meet Pn. Zaidah act as motivation planner for D'Nasti ( a Non-government organization that cooperate with us) especially for single mother. We discuss about several things included interviewing about single mother that lived in that areas. so they will be the picture of us to do some program that suitable for single mother actually.   





Pn. Zaidah :)
  
And then, Pn. Zaidah asked us whether we want to go to the house whom owned by one of the single mother. So the answer is YES ! Peluang sudah berada di depan mata, takkan nak tolak pulak kan? Hihihi. When I arrived there, I can feel something that I will experienced new things today. yah, this is actually I imagine before I can come to this place, but in my deep heart I hope it will not as I imagined in my mind. But if I can say is, it is really really worst compared to one that I being imagined before. How come a person like me do not know how they were feeling to live like that? Of course, I felt very sad to see someone like my mother being lived like that. :'(







atap bocor :'(

menghidap penyakit diabetes.

This person we called her as Mak Su. So Mak su ini menghidap penyakit diabetes yang menyukarkan beliau untuk bekerja kuat. Dengan hanya mengharapkan duit RM100 dari bantuan pihak JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) dan juga gaji dari anak sulung beliau yang bekerja di KFC Giant yang berdekatan. Makanan seperti beras, ikan dan barang-barang dapur juga hanya meminta belas ihsan dari orang lain. Jadi apa yang kami cuba hendak lakukan adalah untuk menaikkan taraf hidup Mak Su ini. Saya akan cuba bantu apa yang mampu. Please, doakan projek kami berjaya. :') Biarlah segala kebaikan hanya dibalas oleh ALLAH dan biarlah juga sejauhmana keikhlasan kami diukur oleh ALLAH S.W.T. 

Walaupun projek seperti ini akan kami bentangkan untuk dipertandingkan di pertengahan tahun ini, kami cuma berharap biarlah tujuannya bukan hanya untuk dipertandingkan, tapi untuk menjadi amal kebajikan di akhirat nanti. Dan yang paling utama, segala-galanya kerana ALLAH Taala. :) Moga niat ini sentiasa berada di lorong betul dan tidak terpesong. Cuma lumrah kekadang kita alpa dan mudah lupa diri menyebabkan rasa riak itu timbul. Moga dijauhkan, aminnn. :')

So, wait for second story of my project k ! wait for our another step, program and event, insyaALLAH. and the important is, please dear friends, pray for us to continue this project until we will graduate one day, insyaallah. doakan eh sayang. THANK YOU ! ^^

AS: Sorry for any grammatical error on my Bahasa Inggeris. Saya budak baru mau belajar speaking walaupun sudah hampir 16 tahun belajar Bahasa Inggeris :P



Monday, February 27, 2012

MESRA DESA'12.



Assalamualaikum korg !!


Seperti apa yang korang nampak pada di gambar di atas, i really meant it ok ! Hehe. What i can say is, it was soo awesome ! maybe pada hari pertama, kami smua agak frust sedikit kerana segala perancangan tidak berjalan seperti apa yang dirancang. Namun pengakhirannya alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Akhirnya satu impian aku yang dah lama terpendam akhirnya tercapai. Iaitu nak berjumpa dengan orang asli. :) ok, so tujuan aku menulis ini untuk menceritakan serba sedikit pengalaman berharga yang aku boleh dapat dari program ini. At least, ada sesuatu yang akan aku simpan sebagai memori. ^^

Program ini adalah satu program cakna komuniti yang menunjukkan kami mahasiswa yang cakna terhadap apa yang berlaku di sekeliling, :) Program ini adalah program yang tertunda  selepas final exam sem lepas, ada dalam entry yang berkaitan sebelum ini. [Entry 1][Entry 2]. Ianya berlangsung pada 24-26 Februari baru-baru ini.

HARI PERTAMA:
Sesampainya kami di sekolah SK Sg Mas Sg Lembing, agenda pertama kami adalah mengemas surau sekolah untuk dijadikan tempat penginapan kami sepanjang berada di sekolah tersebut. Kemudian sesi briefing telah diberikan oleh Am, AJK Aktiviti Program. 



fasi-fasi yang terlibat

Tapi untuk pengetahuan korang, anak2 org asli ini lain sikit 'peel' nya. Mereka sgt suka bila ada org luar datang untuk buat program khas untuk mereka. Sebagai contoh, program kami ini khas untuk tahap 2 sahaja: darjah4-darjah6. tapi apa yang berlaku, bukan tahap 1 je yang datang, malah pra sekolah sekali. ada sekali itu, dibawanya baby2 sekali. pening juga kami dibuatnya. But somehow kami dapat tanganinya, so sweet memoryyy kan? ;)

HARI KEDUA:
Bermulalah hari yang agak memenatkan, hari yang mencabar juga buat kami. ok, sebelum itu, the solution for our problem like I have stated above is, kami asingkan tahap 1 dan tahap 2. so tahap 2 sahaja yang mengikuti aktiviti2 yang kami jalankan manakala tahap 1, kami hantar pada ajk2 lain untuk comfort mereka seperti tengok boboiboy, upinipin dan main game budak2. Haha. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Sesi Motivasi-Mari Belajar, Jelajah Minda, Adaptasi Budaya, Sukaneka, dan Malam Kebudayaan.



fasi2 bagi sesi motivasi


buat match level ini- Jelajah Minda

ini dia org2 kuat ;)

Adaptasi Budaya

Haha, abg dan kakak penyayang. budak2 asyik melekat ja. :D

time sukaneka bersama abg 'batek', Haha :P

Kami bersama 28 pigeon hole. utk solito monito ^^

HARI KETIGA:
Aktiviti terakhir adalah Jom Jadi Jurutera. Setiap group kena invent satu roket dari tujuh helai suratkhabar dan dinilai dari sejauh mana ia mampu terbang. :) so aku pun ada juga buat bagi mengaplikasikan apa yg telah dipelajari pada program YBR yang lepas. tapi nampaknya aku kena buat banyak latihan lagi, hehe. And lastly, persiapan bagi majlis penutup. Teringat tepuk-tepuk sayang tetiba -_-'. Anyway, sangat2 suka program macam ini. walaupun penat tapi akhirnya ia dibalas dengan satu pengalaman yang berharga. :)


At the end, these experiences will be my precious moments together with you all !

At the other side,

Aku melihat satu lagi kelompok kehidupan yang berbeza dari kelompok lain. Ternyata kelompok ini telah menyedarkan aku betapa nilai KESYUKURAN itu sgt tinggi. Kalau org kaya raya xreti lagi bersyukur dgn apa yg ada, aku taktau la -_-. Kehidupan mereka sgt sempoi. Tak kisah berjalan tanpa kasut, dengan jarak yang jauh, penampilan yang tak seberapa, hidup dengan ala kadar, mak ayah pun tak berapa kisah. kau pergilah mane kau nak pergi asalkan balik ke rumah. mula-mula kami pun pelik tapi itulah realitinya. 

Bersembang dengan pelajar sekolah menengah (mereka ini suka dtg malam2), membuka minda aku. Mereka minat belajar cuma mereka rasa peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lbih tinggi tak terbuka luas untuk mereka. Mereka rasa mereka tak mampu nk score dalam exam. Macam ada sorang budak ini, dia kata after pmr nak masuk sekolah teknik, tapi boleh ke hanya berbekalkan 3A? dan aku, "adik, insyaallah 3A boleh dapat tapi cubalah target 8A. orang lain boleh, takkan adik tak boleh?".

Dari segi agama pulak, mereka ini terbahagi kepada dua. Islam dan bukan Islam. Pernah terdetik di dalam hati aku, tiada ke yang nak mengajak org2 asli ini untuk menganut agama Islam bagi yang bukan Islam dan meningkatkan pemahaman tentang Islam pada yang Islam? Mungkin ada tapi tak ramai yang sanggup termasuk aku. Huhu. aku mengaku belum ke arah itu. :') dari segi kaum, mereka ini terbhagi kepada dua juga, smoke brek ( xtau la ejaan betul ke tak) dan jakun. hehe. dapat jugalah belajar bahasa mereka sikit2.

yen sayangg jah ! = saya sayang awak !

LOLOK LOLO OLLO AWAK??

Gambar yang di atas ini aku tak tahu apa maksud dia. ada budak itu aku suruh lukis sesuatu, so inilah hasil dia.


ok lah, ini jela hasil coretanku buat masa ini. Sehingga kita berjumpa lagi, dadaaa!


Friday, February 10, 2012

Long journey

Assalamualaikum. :)

Hye semua. feel dah lama tak update kan? yes, for 4 weeks cuti ni, mmg telah ku gunakan dengan perancangan yang tak begitu rapi, malah lompat-lompat. :D eh, apa maksudnya? korang pernah dgr tak, org lama2 kate planning awal selalu tak kesampaian, so better plan dan terus laksanakan. Bak kata pepatah, jgn tunggu lelama, nanti diambil org. Haha. Tak sesuai langsung. -_-" So, lets me summarized all past weeks I've gone through ok! 

#Week 1: 
Minggu pertama ini, aku tumpang sebentar di rumah cousin aku kat Pantai Dalam. I have to.. Because i must settle several things about the scholarship and cancel out of my PTPTN. Alhamdulillah, everything settled down. Walaupun aku terpaksa berdikari, turun naik bas, LRT, monorel dan teksi, senang cerita semua public transport aku try. Hehe. Yah, naik teksi pergi Damansara untuk cancel that PTPTN and tunggu untuk pengesahan pembatalan. serta naik monorel untuk pergi ke bangunan PERKIM dan face-to-face sendiri dengan cik Izati (Eksekutif Yayasan Bank Rakyat) untuk uruskan segala borang-borang yang terbengkalai. So Alhamdulillah Allah Maha Besar, mempermudahkan segalanya. walaupun dalam takut, berdebar sebab takut borang-borang yang pelbagai itu xsampai ke tangan. sebab nak settlekan bab2 penjamin dan saksi aku terpaksa pos ke sabah dan my parents fill it out and complete half of that borang. Thanks to them :') And alang-alang dah jadi orang KL jap, so aku pun jejalan dengan housemate cousin, Kak Sarah and my lovely cousin, Fatin pusing-pusing KL. Hehe. 

Three of us ^^,

#Week 2: Minggu berehat sementara!
Jeng.jeng. rest for a while. tapi biasalah kannn, cuti camni ada ja kenduri nak kena attend. For the third day in the second week, there was engagement day of mine. ceh! berangan jek, ko lambat lagi la! ok. yang engage itu hanya sedara belah Pak Long saya je eh. Jadi kami pun nolongin mereka sekeluarga smpai petang. My cousin, Fatin memang dok sibuk konon jadi photographer and movier (eh betul ke?) :D untuk engagement itu. nak tau sebab pe? sebab aku dah tercakap nak try2 buat video pertunangan yang awesowe! Haha. But until now, tak terlaksana lagi, so soryyy k. nak buat tak terbuat-buat la..

sweet kan? bagai pinang dibelah dua. hope ikatan berkekalan :)

And then, ini cerita sama itu keluarga nenek belah umi pulak ya! ceritanya cenggini, dua pupu aku merangkap sepupu dengan my mom and anak sedara kepada nenek aku, nak sanding. Haha. Dah lama dah nikah, kire bukan pengantin baru lagi laa.. tapi ala-ala baru konon. :P kami mengiringi pengantin ke rumah pengantin perempuan. tema die tak silap aku emas-emas gitteww. Doaku, moga perkahwinan yang dibina bertahan sehingga ke akhir hayat. aminnn :)  

with my loving auntie, weee ;D

dan seterusnya, teman mak Jah (also my auntie belah ayah) pergi kenduri kawe dio.


#Week 3 and 4: 
Starting for the program Pembangunan Modal Insan that I MUST or 'WAJIB' to attend for 5 days 4 night because of the scholarship. But I really really double power tau having fun kat sana. nak tau tak, sebelum attend itu aku dah dok terbayang kena duduk dalam satu dorm, pastu bilik air+tandas kat luar, aktiviti yang ekstrem and bla bla bla lahhh. Tapi sebaliknya yang berlaku. Thanks to Pn. Rafidah (Pengurus Operasi YBR), acik (Pengurus aktiviti), Ust muhsin, Ust Sobri, and our consultant, Uncle Ed serta fasi-fasi yang sweet. Hihi. They were awesome people you know! Lagi-lagi Ust Sobri, slotnya sangat menyentuh hati dan dekat dengan jiwa. Thanks a lot! :) Hari-hari kena nyanyi kelab nuri Bank Rakyat. Haha. Sgt enjoy! Nak tengok lebih, tekan PLAY kat video bawah ni k ^^ So the conclusion is, I choose to. not I have to. :D and more is, antara empat personaliti yang wujud di kalangan manusia, ternyata aku phlegmatic-sanguine. Nak tau lebih... boleh search google atau tnya kat uncle Ed sendiri. LOL. or Insyaallah aku akan kupas satu hari nanti k.



ok, balik ja dari program itu aku terus kumpul dgn akhwat Ex-KMNS utk pergi ke walimah senior akhwat KMNS kat Felda Jengka, Pahang. actually, aku tak kenal pun akhwat-akhwat ini semua, melainkan dayah dan izati je. tapi aku follow ada dua sebab. Sebab pertama, aku nak cuba mengenali mereka yang dipanggil 'akhwat'. hendak merasai ukhuwah yang hadir antara mereka. that because seriously aku cakap, aku tak pernah merasai suasana itu semua. Dan ternyata, ukhuwah mereka mmg sgt kuat. mereka mmmg baik. sentiasa solat berjemaah tak kira waktu. saling nasihat menasihati. kadang-kadang rasa rendah diri itu muncul. aku tak seperti mereka. bertudung labuh dan berpakaian seperti muslimah sejati. :') jauh sudut hati, mungkin satu hari bila hati aku terbuka seluasnya, aku juga kan begitu. aku masih dalam proses mencari dan mencari dan takmao taklid semata, insyaallah. sebab kedua, nak ronda-ronda satu Malaysia, Hehe. saja nak jejak Jengka. jangan ingt u aku kat pahang, satu pahang aku dah pergi. Cameron pun tak smpai lagi tau.

walimah kak Min. kira cinta lepas kahwin jugak. ^^

ok, mari kita teruskan cuti-cuti satu Malaysia kita. The last activity in my short plan is, me and Izati were going to melaka. yahhh! enjoying our holiday as 'practice for coming honeymoon'. Haha. ntah zaman bila lah kannnn. hmm. tumpang umah kawan coursemate zati, Kak Cah. Before that, thanks a lot to Kak Cah and her family. sgt sporting and baik hati tau. Moga Allah saja yang membalas kebaikan mereka dan moga dimurahkan rezeki buat mereka juga. aminnn :) 2nd day, kami dibawa jejalan kat Pulau Besar. First experience woo naik bot dan pergi pulau. Seronok! Kesian kau kan, Haha. Sebab kebetulan family Kak Cah memang berniaga kat Pulau Besar itu smpai kekadang tak balik rumah pon kalau ramai sgt visitor dtg pulau itu. Aku kira Pulau Besar boleh dikatakan sebagai Pulau Bersejarah juga. Macam-macam sejarah kau boleh dapat kat sana. Nak tau lebih lanjut? Search sendiri, :D malas nak crite. Kang jadi lg panjang. huahaua. Tiga benda kami buat kat sana: Mandi Pantai, Lawat tempat bersejarah, dan ambik angin kat tepi kawasan pantai. Subhanalllah! sangat cantik tau. Lagi-lagi pantai belakang pulau, memang laut sangat jernih dan tidak lagi dicemari dengan sampah sarap. Sangat indah ciptaan ALLAH kan? :)
Jom enjoy picture tak seberapa ini, tapi ini baru sikit... Kalau nak enjoy lagi, pergi sendiri :P






pokok sula

batu tengkorak

batu belah batu bertangkup




 







dan banyak lagi sebenarnya. So, hang pergi lah sendiri. tak best dengar citer org kalau tak merasainya sendiri. ngehngeh. Lastly, malam sebelum kami balik itu, kami dibawa jejalan pulak dekat sekitar bandaraya melaka. Seriously i tell you, bandar melaka memang penuh dengan building yang besau gedabau :0 and this is 1st time kami jejak melaka. kesian sekali lagi kat kau. itulah aku kate, ini mmg cuti-cuti malaysia. :D 

menara taming sari. best! mcm naik flight selama 7 min. :P

eye on Melaka. kehkeh :D

cantik kan? jambatan hang tuah namanya.

view from atas jambatan. sygnyee xdapat naik rivercross, wuwu~


The conclusion is, aku jumpa ramai org, kenal ramai org. dalam masa yg sama, melihat cara khidupan org lain, melihat kebaikan org lain, membuat network antara satu sama lain and melihat keindahan ciptaan ALLAH S.W.T. that's all from this story mory of my holiday, how I used my holiday. If u want to share with me, please tell me. I glad to hear from you guys :) Salam ukhuwahfillah ^_^

AS: menunggu detik utk pulang ke UMP. I am coming!