Assalamualaikum. ^^
Cinta adalah satu fitrah manusia. tiada sesiapa pun boleh sangkal dan menidakkan fitrah yang satu ini. dan cinta pula terlalu subjektif untuk didefinisikan. kita ada cinta pada ALLAH, cinta pada Rasulullah, cinta pada saudara seislam, cinta pada sahabat-sahabat, cinta pada keluarga, cinta pada ibu bapa, dan cinta kepada diri sendiri.
Namun, apa yang ingin saya sentuh di sini ialah tentang cinta sesama manusia berlainan jantina. Bila mana saya melihat orang disekeliling saya yang masih asyik dengan cinta yang bukan halal ini, saya merasa sungguh kasihan dan sedih. mereka tidak salah sebenarnya, malah mereka masih mampu diajak ke arah kebenaran. Kerana mencari kebenaran itu juga adalah salah satu fitrah manusia sejak azali lagi. cuma bersungguh-sungguh ataupun tidak sahaja. Antara sedar atau tidak, kita lebih didedahkan dengan cinta-cinta manusia atau 'couple' sejak kecil lagi, dan selalu bila fikir tentang cinta, kita akan lebih merujuk kepada filem-filem cinta daripada merujuk ijtihad daripada ulama-ulama. Filem-filem cinta yang biasanya dipilih adalah cerita bollywood, hollywood dan yang paling parah sekarang ini, muslimah-muslimah kita terlalu mengikut rentak perjalanan drama-drama korea yang kisah cintanya sangat meyayat hati dan romantik. Saya tak nafikan yang dahulunya saya pun feelingg sangattt bileee tengok cerita korea ini. hehe. tapi bila saya fikir-fikir balik, benda ini tak lebih dari sekadar hiburan sahaja dan saya sudah pun mengambil masa yang begitu panjang hanya untuk menghabiskan satu drama korea. oh! sayangnya masa yang terbuang itu! Tak salah mencari hiburan tetapi biarlah ianya mengikut syariat dan dalam masa yang sama hiburan itu turut memberi pahala ibadah pada kita, niat kerana ALLAH s.w.t :)
Ok, berbalik pada cerita cinta kita. ececeh. nak tau tak? saya rasa amat bersyukur sgt2 sebab ALLAH menjaga, dan melindungi saya. betapa saya benci diri saya yang dahulu. terlalu mengikut nafsu dunia. namun ALLAH itu Maha Penyayang, Dia tarik saya perlahan-lahan dan sirami hati saya dengan kasih sayangNya. saat saya yang jahil dahulu, mendambakan cinta manusia bernama lelaki, saat itu juga Allah telah jauhkan saya darinya. bila saya mulai hampiri kembali cinta itu, Dia menasihati saya. dan sekarang, kefahaman saya semakin jelas. cinta seorang lelaki tidak perlu dicari jika hanya ingin merasai perhatian dan tumpuan sementara tapi carilah seorang suami yang mampu membimbing kita ke arah jalan yang hakiki. Alhamdulillah, cinta saya masih suci dan belum dinodai untuk mana-mana lelaki lagi. dan ALLAH yang pelihara cinta saya itu. Dia menyuruh saya untuk meletakkan segalanya dilandasanNya dan mencintai hanya keranaNya. serius! saya amattt terharu di atas perhatian yang diberikan. Terima kasih yaALLAH kerana saya salah seorang insan yang terpilih. Saya tekad cinta yang saya bawa ini hanya untuk suami tercinta hanya keranaNya. ameeen. permudahkan segalanya untukku :')
Awak sedar atau x? bila cinta kita dah dinodai sebelum bernikah, ia juga akan memberi kesan kepada generasi kita. saya dah perhati dan membuat kajian sendirian berhad, hehehe bahawa mereka yang dahulunya bercinta selepas kahwin InsyaALLAH akan melahirkan generasi yang lahir-lahirnya mempunyai asas akidah yang kukuh. Believe me! Kalau tak percaya, sila cuba dan buat kajian ke atas diri sendiri. ;)
Jadi, saya menyeru pada kawan-kawan saya yang sudah terjebak ke arah 'couple' ni, saya tahu susah untuk kita mulakan mujahadah tinggalkan kejahilan. tapi mulalah perlahan-lahan. Bak kata Ustazah Fatimah Syarha semalam, (Forum Kafe Cinta di IIUM Kuantan), 'kuarantin' perhubungan yang tidak halal itu. Beri masa pada diri masing-masing untuk mantapkan lagi agama di dalam diri. Kerana Allah itu Maha Mengetahui yang terbaik buat diri kita, seandainya ada jodoh terpisahlah berapa lama pun akhirnya akan bertemu jua :) Seandainya tiada jodoh lupakanlah segala kenangan dan mulai hidup baru dan cipta kenangan baru :) Pegang dengan kata-kata Allah yang ini;
"......perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik....." (Surah An-Nur : ayat 26)
---------------------------Bergerak ke arah syariat ALLAH------------------------------------

















