Assalamualaikum. :)
Ouh! sungguh penat, sungguh! akhirnya smpai juga ku ke destinasi. ALHAMDULILLAH. pulak tu, naik tingkat 4 memang membakar kalori la kan. hehe. anyway, balik raya hari tu mmg seronok! Mendengar takbir raya tiga hari berturut-turut, memang rasa sejuk je hati ni. Selamat Hari Raya Aidiladha korg!! sori sgt sbb lambat wish.. huhu. mmg xsempat nak hupdate blog ni. My aunt asyik ajak buat kek jew... :( *alasan je tuww, huhuk* nak tau tak? aritu aku buat kek pisang lagi sekali, ternyata xmenjadi.. waa! cousin aku pon kata, ni bukan kek ni, mcm kuih je rasa. *terSENTAP weyh, tepuk dada jap!*
Berbalik pada tujuan utama, PERNAH tak korg rasa kasih nenek tuuu sebijik mcm kasih ibu? Maklumlah, aku ni cam kurang kasih syg jee, terpaksa menumpang kasih nenek jap.. hehe. jangan salah faham ya, kurang kasih sayang bukan xdapat kasih sayang, cuma jauh dari ibubapa+adikadik :) Bila dah duduk lama dgn nenek aku ni, baru terasa macam, "eh, nenek ni, macam umi je!" dah duduk nak dekat enam taon baru kau nak perasan kan! adoi.
Mane nak tumpah nasi kalau tak ke kuah? Betul tak? hee..
Khas for my NANNY...
nenek belah umi, wif my cousin kicik
tyme ni tgh jenguk adik aku kat hostel. wee~
nenek belah abah :) tgh control ayu tuu. hehe
nenek, THANKS a lot much many more coz take care of me! :) syg n love kat nenek.*depan2 tak berani cakap.* huhu. HAPPY GRANDMOTHERS DAY nenek!! :DD
rasa terpanggil utk menghargai dan mengingati kasih seorang nenek. Kalau nak citer apa yg nenek dah lakukan utk aku, mmg sehari xhabis. nenek lah yang selalu bebel itu, bebel ini, nasihat itu, nasihat ini, bla bla bla.. sampai aku jd seperti aku skrg :')) Paling xleh lupa tu, pernah gak dia bg nasihat ceni,
nenek: "anis nanti, jgn cari org jao2. mcm umi, dapat yg dekat pon, stil duk jao jugak, di perantauan. lagi satu, cari yang hensem2, biar anak pun lawa2." punya semangat nasihat ni bagai aku dah nak cari calon kan.. hmm
me: omg! tersentap bab cari yg hensem tu. "nek, insyaallah, jodoh ni kita xtau dekat ke jao. tapi kalau boleh xnk la yg dekat sgt kan, huhu. dan nek, rupa tak penting, biar hati terjaga". mendalam mksud tu kot. hehe :P
bila fikirfikir balik, aku jd amat terharu. dulu time dok ostel, hampir tiap minggu jenguk aku naik motor dengan membawa bekal makanan. Kadang-kadang dtg naik keta dgn my aunt. Until skrg aku dah ada kat U, dia stil concern dengan aku. Pagi td, berbekalkan ayam goreng berempah, daging goreng, nasi, puding triffle, kek lapis masam manis, aku mengangkutnya naik bus. Betapa sayangnya nenek kat aku. :P Macammana lah nanti aku nk balas jasa nenek aku yg menggunung ni? aku cuma berharap satu hari nanti aku boleh buat dia rasa terharu dengan aku pulak. opps! hehe.
skrg, dia sering jenguk adik aku kat ostel pulak. kakak pada adik aku ni, xdpat nk jenguk selalu, sebab jao kat pahang :"( semalam sblm balik sini, aku pegi la jenguk adik aku, belikan kalkulator and kismis. maklumlah, dia nak SPM lusa ni. hok kelakar nya tu, muka adik aku tu cam nak nanges, terharu bab kakak dia ni baik sgt kot!! :D
As a conclusion, aku adalah antara cucu2 nya yang bertuah kerana dapat menumpang kasih seorang NENEK. :D syukursyukur sgt :)
selamat tinggal :)
AS: pada adikadikku yg amik SPM stat lusa ni, GDLAK ok! baca doa byk2, buat solat hajat mohon dipermudahkan segalanya. Insyaallah akak akan doakan yg terbaik utk korg smua.. Ingat, SPM lah permulaan lgkh sblm anda semua pergi jauh menimba ilmu yg lbih mendalam. masuk langkah ke dewan peperiksaan dengan CONFIDENT ya! :DD


