Assalamualaikum.
Saat ini saya sedang menghitung hari untuk sesi 'viva' tiga hari lagi. Apa 'viva' itu? Entah, mungkin kekadang orang lebih senang panggil 'viva' tapi saya lebih selesa panggil sesi 'presentation psm' kot (baca psm: projek akhir sem @ fyp: final year presentation). InshaaAllah doakan saya untuk buat yang terbaik dalam psm ini sekaligus menamatkan semester kali ini dengan baik. Ameenn :')
Baru-baru ini saya buka facebook, terlihat seorang kawan saya post gambar kahwin Oki Setiana Dewi (OSD). Saya dah lama mengenali beliau tetapi tidak pernah sekali terdetik untuk melihat biografi beliau. Ya Allah pada usia beliau 20 tahun sahaja beliau sudah menjadi seorang 'speaker' dan bicaranya yang tersusun membuat saya lebih tambah kagum. Hijrahnya pada usia 16 tahun benar-benar telah mengubah hidupnya. Benar sekali hadis yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Allah Taala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari. (Shahih Muslim No.4832)
Beliau telah menjadi inspirasi saya. idola saya. dari segi perwatakan, imej diri dan juga pembawakan diri dalam bidang penulisan dan pengucapan. Nak turut terinspirasi? Boleh baca blog beliau http://blogosd.wordpress.com/, official website http://www.okisetianadewi.co.id/index.php dan banyak link youtube beliau menjadi seorang penceramah. Pada usia yang muda sahaja, beliau sudah menjadi hebat! MashaAllah. Tahniah kepada beliau kerana baru sahaja menamatkan zaman bujangnya dengan jodoh pilihan keluarga. Moga ikatan suci itu kekal hingga ke jannahNya. Allahumma ameen.
Dan setakat ini, wanita-wanita yang telah menjadi inspirasi saya dalam bidang penulisan dan pengucapan adalah Prof. Dr. Muhaya Mohammad dan Ustz. Fatimah Syarha Mohd. Noordin. Bicara mereka yang tersusun dan mudah difahami buat diri ini sentiasa takjub dan sentiasa dahagakan ilmu daripada mereka. Ternyata, mereka adalah orang yang berilmu dan sentiasa mencari ilmu, jika tida masakan boleh hebat dalam bidang penulisan dan pengucapan, kan? Alhamdulillah SubhanaAllah. Wanita-wanita seperti inilah yang kita perlukan untuk terus memberi inspirasi kepada wanita-wanita lainnya untuk terus memartabatkan diri sebagai seorang wanita yang hebat. Moga Allah terus kurniakan wanita-wanita seperti ini di kalangan kita, agar kita dapat belajar sesuatu daripada mereka. Bukankah kita percaya bahawa besarnya impak wanita pada kehidupan kekeluargaan, organisasi malah seantero dunia? Ya, wanita punya aura mereka. Wanita yang punya ilmu lagi besar aura mereka.
Jangan kata saya tidak mempunyai inspirasi terdekat. Ummi saya adalah wanita inspirasi saya yang paling terdekat. Jika ditanya pada saya, mengapa? Ya, kalau ditanya pada ramai-ramai orang, kebanyakan mereka akan menjadikan ibu mereka sebagai inspirasi. Bahkan bukan itu sahaja, ibu menjadi idola. Inspirasi = idola. Lebih kurang beginilah equationnya. Ummi juga seorang wanita hebat. Bagaimana beliau mendidik anak-anaknya, mengajar erti ketabahan, erti berdikari, tanggunjawab, agama dsb. Sungguh, saya ingin sekali menjadi seorang ummi sepertinya. Kalaulah ku boleh nukilkan segala-galanya, mungkin tidak cukup hanya satu lembaran. Namun cukup buatku untuk terus mengaguminya sepanjang hidupku.
Yang penting, keseluruhan hidup mereka menjadi inspirasiku. Inspirasi masa kini. Inspirasi yang dapat dilihat ketika ini. Moga lebih ramai wanita yang lahir persis Aisyah r.a, Fatimah, Ainul Mardhiah, Sumaiyyah dan lain-lain wanita yang boleh dijadikan tokoh inspirasi. Ameen ya rabbal alamin.
Blog Prof Dr Muhaya - http://drmuhaya.blogspot.com/
Blog Ustz. Fatimah Syarha - http://sebarkanbahagia.blogspot.com/
Semoga bermanfaat!