Saturday, July 23, 2011

I am going back HOME! :)

Assalamualaikum semua :)

Seperti yang tertera di atas, aku bakal balik. hee~ now at KLIA, sampai lebih awal daripada yang dijangkakan.. memg awal kau tahu! sekarang jam menunjukkan 1.47 petang, tapi aku bakal departure at 3.20pm. tengah menunggu lah ni utk masuk. Dan aku xkisah langsung asalkan aku dapat BALIK! heee~ YaAllah, Kau permudahkanlah perjalananku. ameen... dah bosan2 tuh, nilah kejenya! :P


alien yang terlalu excited!~

test test! tembak kepala sndiri.

alamak! malu2 deh :P alien bertngn empat..

saiz dan kaler tangan tak sama! kantoi je! ahhaha.. xleh nak tangkap gmbr byk2, orang dah tengok pelik je ni. :P berbalik pada cerita, aku sgt berterima kasih pada kawan aku, Qurratu Ain Roslan. panggil ain je sebab bagi aku tumpang rumah dia selama dua hari ni. thanks to her parent also :) sgt baik tau! jaga mkn minum aku. siap bekalkan kurma sekotak lagi tuh. tapi aku xdapat nak bagi apa2. huhu. tunggu aku kumpul bnyk duit dulu, insyaallah aku balas balik. hehehe 

P/s: hingga kini aku sedar, ramai yang banyak membantu aku. aku terlalu banyak berhutang budi dengan semua org. Moga Allah membalas segala kebaikan mereka. :) 

AS: Salam Ramadhan buat semua. Ramadhan semakin menghampiri, marilah kita mempersiapkan diri ~

Tuesday, July 19, 2011

Hackers..!

Assalamualaikum w.b.t dan selamat mlm :)

I dun know why lah orang nih rajin sangat nak hacker2 orang nih. hadoi! -_-" xde koje lain agaknya! gaya aku, macam terkena je kan. HAHA padahal takpon, orang lain yang terkena. Kat FB tu, orang dok sibuk post benda nih, bagus depa ni :)

 VIRUS BARU KAT FACEBOOK !
1. virus tersebut tersebar melaluiIM dimana dia bermula denganchat......"hi. how are you?"
2. kemudian korang reply pd chattersebut , dia akan hantar "Wanna laugh? :)"
3. selepas korang reply , dia akan menghantar kan "It is you on the video ? want to see?)"
4. then lepas tu , dia akan hantar satu LINK & link tu laa VIRUS . so HATI-HATI , jgn layan im yg cm2

memang lah, makin menjadi-jadi. yelah, dunia kan makin hebat. teknologi pon makin 
canggih. manusia pon makin cerdik bab-bab komputer nih. Kalau fb mesti HACKERS tu akan sapa kita 'hi how are you'. aku pernah dapat an agak weirdo lah kat situ, nape kawan aku tetiba nih? nampak sangat tak pernah tanya khabar aku kan? HAHA takdelah, memain je :)
Kalu ym pulak, tak silap aku HACKERS tu akan sapa 'are you there, its important'. huhu menda lah..... 


bukti sangkaan aku :P

M_______M : Are you there? Its important.
Me : Hack ke ape? Hadoi!
M_______M : I have a science project due tomorrow for summer school :(
Me : so?
M_______M : will you pleaseee take this iq quiz, I need 10 friends to take it and tell me their results for this project.http://iqtest1598.com/?id=3283dff3e8c2480e
Me : dun wanna help u!
M_______M : I will owe you big time -- Ill even take you out to dinner or something.
Me : i know u are the hackers. huh!
M_______M : im not hacked!
Me : liar!
M_______M : please and thank you!!!
Me : .........
M_______M : BRB someone just rang my doorbell
Me : huhu. prove to me!

M_____M signed out.

Berikut adalah perbualan singkat aku dengan beliau. HAHA ok lah. itu je nak gtau.

AS: Mood taktau nak buat apa. walhal nya banyak bnda nak buat.. hoho

Benda yang senang je. Lebih senang dari BLOGSPOT. :)

Assalamualaikum korg :)

Perut pun dah kenyang nih. malam-malam pi makan burger.. HAHA memang nak gemok kan? ptg tadi mkn roti canai. plus plus lahh kalori menggunung dalam badan. Harap breakfast je makan nasi ayer.. :D okeh, bukan nak cite menu sehari-harian tapi nak cite..wahhh KENYANG perut oh... walaupun terpaksa budget RM5 sehari.. huhu. Budget doesn't mean kena ikat perut tau. Perut perlu makanan juga. NO! Fizikal perlu makanan fizikal. :P tapi ianya akan berakhir sabtu nih. time to makan kat rumah plak. Kan senang, xyah nak budget2.. hehe

Bila cerita tentang budget ni pulak, pernah dengar tak statement nih,

' Hek eleh, budget giler minah nih, perasan cantik ow '

Pernah tak? Sebab aku pernah lah nak habaq mai kat hangpa sume. So perkataan budget tu banyak kegunaan rupanya. :P Tapi bila nak kata budget nih, aku pernah gak terfikir.... hmm cane ye aku nak budget perkataan dalam blog aku nih. maksudnya, malaslah nak tulis panjang berjela, orang xbaca sangat punnn.. bila pikir2 balik... asalkan hati aku puas nak luah suma. Tapi kekadang bile nak baca balik hasil penulisan sndiri pun malas gak.. Memang hang nih pemalas lah. HAHA :P tapi... bapa banyak tapi daaa... ceq dah jumpa jalan penyelesaian tau.. jeng jeng!

banyak gler tab atas tuh :P
TUMBLR. Hangpa suma pernah dengar tak? Kompom pernah dengar kan? Sebab ceq rasa ceq ja yang ketinggalan sekarang. Macam-macamlah ada. Hadoi! benda ni, depa main re-blog2 je. Ada gak antara depa melahirkan rasa emosi dengan video dan gambar. Tak kurang dengan satu atau kurang daripada 5 ayat ja.. Kadang-kadang ada tau yang kreatif, gambar depa upload lawa2. Itu pun dah cukup menggambarkan kreativiti depa, cara pemikiran dan juga emosi depa. Apa ceq bole kata naa, credit to orang yang pandai bab2 photography lar.. Sebab ramai yang re blog2 jer.. Kalau BLOGSPOT, lebih kepada penulisan. Sapa yang hebat betui dalam karangan tuh memang ceq salut gila lah, sesuai beno ada blog2 nak mengarang kisah hidup atau ilmu sebagai perkongsian. 


Hehe. Kalau rajin, polow2 lah ceq. Ceq ni tak pandai mengarang, kalau masuk bidang photography tu bidang terjun la namanya. Tapi i will try my best among the best! Bakat perlu diasah dan digilap, bukan untuk diperam sampai masak. HAHA :D Setiap apa kurniaan Allah itu bagi setiap hamba-hambaNya...tiada tandingan! :)

AS: Tetiba mood slang KEDAH mari.. sebab dapat romate pelat KEDAH yang sangat jelas :D 
Korang ade x TUMBLR ni? jumm kita semarakkan emosi melalui gmbar ;))



Friday, July 15, 2011

Nisfu Syaaban.

Assalamualaikum :)


Seperti yang anda boleh lihat di atas, itulah kelebihan Nisfu Syaaban. Bulan Syaaban boleh tengok di entry ini. Malam Nisfu Syaaban pada esok hari ---> 16/7/2011. Tapi ada amalan-amalan yang menjadi pertikaian, samaada bida'ah ataupun sunnah... boleh rujuk di link ini. 
Ada juga beberapa Pendapat ulama tentang sambutan Nisfu Syaaban yang boleh kita jadikan panduan dalam beribadah di bulan Syaaban. Insyaallah.

P/s: Moga sedikit perkongsian ni dapat memberi manfaat buat kita smua :)

AS: Ilmu kalau tak dicari, selama-lamanya takkan pernah tau ^_^ 


Tuesday, July 12, 2011

Jauh di sudut hati.

Assalamualaikum.

As elder sister, seharusnya aku amat risau dengan keadaan adik aku. adik yang aku panggil 'adik' berbanding adik-adik kecik yang lain :D hati kakak mana xsedih wei, bila org lain habaq mai yang adik kita sakit.. :'( baru lepas tepon umi, umi pun dgr macam sedih. yela, kami masing2 jauh.... xdapat nak berada disisi dia, xdapat nak bg sokongan kat dia.. tapi mmg seyes aku kata, aku mmg suka cari gaduh dengan dia, cari pasal xyah cakap la... akhirnya dia gak yang mengalah :') sejahat-jahat aku pun, dalam hati ada taman tau. masih risau akan keadaan dia. ^^ nama dia Akhsan Kamil Azizi. Taun ni form 5, bakal amik SPM hujung tahun ni.... dan sakit dia ni amat merisaukan aku tentang masa depan dia............


muka poyo jek!


(Flashback, 4 years ago)

Hari Raya Aidiladha. Ya, pagi itu semua orang sibuk untuk pergi menyembelih lembu untuk dijadikan korban. Tapi pagi itu lah tragedi ni smuanya berlaku. Adik aku excident gara-gara nak ngelak keta. Dan memang smua kecoh tyme tu, termasuk parents aku yg ketika itu ada di kampung. Nak dijadikan cite, umi aku memang panik gile, terus je buat keputusan bawak p Hospital Klang. Kat sana adik aku dikuarantin. Memang cian gile dia :'( aku pulak jaat, pentingkan diri sendiri. 1st time suruh jaga dia kat hospital aku nanges sampai tersedu-sedan kau tahu. uhuk3.. xpernah jaga orang kat tempat sakit. nampak sgt aku xmatang, xlayak lagi nak digelar kakak. :( jaga dia pun acuh xacuh je. jaat kan aku? tapi hati aku masih berperikemanusiaan, xdelah aku nak menghentak2 kaki kat situ... esoknya aku minta tolong afiq (cousin) gantikan aku. sebab aku nak ikut hantar parents aku ke airport. Umi dan abah pun macam berat je nak tinggalkan dia. masa tu aku xfaham lagi apa yang dia rasa.....

aku rasa mcm nak tembak je doktor-doktor kat situ :P kaki adik aku ni dimain dibelah2 je. ingat ape?? -_-" mula-mula operate nak buang darah beku. then, dibiarkan lama tanpa berjahit. bila ditanya sebab tekanan angin yang tinggi. taulah aku xamik jurusan kedoktoran tapi..... explainlah betul2. pastu dah jahit, seminggu kemudian operate lagi sebab nak keluarkan nanah akibat dibiar terlalu lama tanpa berjahit hari tu. bengang xbengang.. kesian adik aku hari-hari bila luka dibasuh. Bayangkan luka kalau tergeser dgn kain kasa, macam tu la rasa. nak nanges dgr bila dia menjerit 'Kakakkkk!' :"(( Ingat lagi, aku sambut tahun baru kat hospital tyme tu sebelum digantikan dgn nenek aku. mati-mati dia xnk nenek aku jaga cz nenek aku kuat bebel. Tapi nak buat cmna, aku dah nak daftar asrama masa tu..

Until now, kaki dia masih sama. Dan dia asyik sakit semua berpunca dari kaki dia. Tolong lah korg2 yang mulut busuk nak kata dia tempang ke ape, cermin dulu diri korang.. Ni semua ujian Allah bagi untuk mengurangkan dosa hamba-hambaNya yang terpilih. Jgnlah kau berputus asa dik.. InsyaAllah kami semua membantu untuk meringankan beban yang ade. :)


asan : gedik ke tetiba die ni. ngeh3
kakak : saje je. dtg mood.. :)

major cakap muka kiteorg same :")


P/S: Setiap kesakitan itu pasti ada hikmahnya. Aku percaya dan amat yakin bhwa setiap ujian atau rintangan itu, menandakan Allah masih mengambil berat dengan kita. Masih menyayangi kita. Dan hanya Allah jua yang berhak menyembuhkan sebarang penyakit dengan izinNya. Cuma jangan putus harap untuk terus memohon dan berdoa padaNya. Kau sembuhkanlah kaki adikku Ya Allah dan kuatkanlah keazaman dia :) Amin....

AS: Tetiba rasa sedih :'( rindu ke hape aku ni?~



Sunday, July 10, 2011

EMAS Fest'11~

Assalamualaikum u olls ;)

Today adalah utk aku berehat sepuas-puasnya! yeah! haha *gelak jaat* sebab kita xtau apa akan berlaku esok dan seterusnya kan?? :) tapi bes gle program smlm. E-Mas anjuran BASF Petronas dan dikendalikan oleh fakulti aku, CHEST (Chem Engginerg Society). E-Mas stand for English, Maths n Science. mula2 tu rasa xdpt nak buat dgn baik cz dpt partner foreigner tapi alhmdulillh aku dpt lakukan dgn baik. dan partner aku pn baik jerrrrr cuma aku jer yg fikir bukan2.. :D manyak sori r Haitham :)


Math booth

aku team ni :) nmpk aku x? tu tu tu.... nmpk x?~

English booth

ni English Team...

ni pulak org2 kuat Petronas..

ni la team aku. :D aku tersepit kat blkg :( huhu

tapi gambar Math team xdela pulak. ntahla nape... aku cilok gmbr2 smua ni dekat CHEST grup. thanks to Ammar for these pictures. hehe penat xyah cakap la.. penat ohhh walaupun layan budak2 jer.. budak2 sekolah tu pun sibuk dok nak penuh kan kertas dorg dgn stamp, harapan untuk mdptkan sijil. kdg2 rase nak gelak pon ade... yela, org sanggup buat ape smata2 nak dptkan sijil. macam aku jgak... tapi yang paling penting PENGALAMAN tu. aku amat suka nak timba sebuah pengalaman. sebab pengalaman kan mematangkan kita... tapi aku xcukup matang lagi ker??? xyah perasan ok! :D plus ++ dapat mengeratkan silaturahim :) dapat masuk prog ni barulh dpt memperluaskan lagi kenalan aku. tuh yg aku suka derrr...! :P kali terakhir aku ikut progrm CHEST pun ialah Symbion's taun lepas, so agk ketinggalan r kan..... nak buat cmne, bg nama je kna rejek.. ;"(  sedey gle!~ thanks again to Pengarah Prog cz bagi peluang kat aku :P

Apepun, aku hepi :) lagi2 mengenangkan 2minggu lagi ketika ini mesti aku sedang bersenang lenang kat umah sendiri. yeay! gile dh xsabar ni.... tunggu kepulangan anakmu ini Umi n Abah :')) 

AS: gudlak kat kengkawan yg nak exam sok, lusa n tulat... doa byk2 ok! ;)

Wednesday, July 6, 2011

Wordless Wednesday #1 : Kehadiran rasa RINDU umpama satu anugerah :)


Umpama satu sinar
Ianya satu rasa yang subjektif untuk digambarkan 
Tanpa rasa itu, maka tak bermakna lah hidup.
Moga tak pergi rasa itu dari hidup ini. :')


AS : Realiti yang harus diterima ^_^


Update condition..

Assalamualaikum.

Sedikit risau sekarang ni dengan status expoconvo'11 sebab baru habis meeting tadi. Dalam pukul 12.10am selesai meeting yang aku agak lama jugak. Memang banyak yang aku dengar dari setiap exco2 yang ada. Termasuk unit aku sendiri, exponiaga ada masalah. Aku hanya mohon dari Allah agar dipermudahkan segalanya bagi expoconvo kami tahun ini. Kalau boleh, biarlah ianya ada dalam sejarah UMP. Aku percaya, dan aku rasa semua pun berkehendak untuk menyimpan expoconvo tahun ini sebagai memori UMP dan juga orang luar. 

Berbalik pada cerita, sekarang konflik bagi unit aku adalah dari segi layout sendiri. Layout tak kompem padahal aku dah send layout tu kat ramai peniaga... Seandainya ianya tak seperti dirancang, aku tak taulah.... Besok nak jumpa peniaga yang nak ambil 5 khemah terus.. mohonlah dipermudahkan. :) Itu je yang aku harapkan buat masa ini.. 

Target aku minggu ini hanyalah 10 khemah. Andai lebih lagi bagus, bermakna Allah menolong aku. :')) Aku akan cuba insyaAllah dapatkan atau habiskan khemah untuk dijual secepat mungkin selagi aku berada di UMP nih. Itu azam aku! Kerana aku nak cuti tanpa stress dan gangguan! Boleh ke? :P 

Kesimpulannya, aku kena buat plan. Buat masa ni aku dh dapatkan dalam 30 khemah. Dan baki ada dalam 41 khemah. u ol rasa dapat ke? Insyaallah boleh.... Aku akan cuba push anak buah aku.. Permudahkan aku Ya Allah serta yang lain juge. :)


Jadi, moh2 aku bagi ilmu sikit malam ni,


Memohon Kekuatan Dalam Hidup
Berzikir Yaa Qawiyy - 116x setiap hari


Mengatasi kesukaran
Berzikir Yaa Qaadir - 41x sblm melakukan tugas yg susah, maka kesusahan itu akan hilang


Memudahkan urusan
Berzikir Yaa Fattaah - 70x
Berzikir Yaa Muqtadir scr terus menerus - 744x stlh bgn tidur


Menyelesaikan tugas
Berzikir Yaa Mutakabbir sblm melakukan apa shj tugas, maka akan memperolehi kmdhn menyelesaikan mslh..


InsyaAllah... :)


P/s : Segalanya kita sandarkan pada Tuhan yg mencipta dan mengurus sgl perjlnn hidup kita.
Semoga sedikit perkongsian ni mbawa kebaikan pada diri kita. Sambil berzikir dapat menambah pahala, serta jalan mempersiapkan diri ke bulan Ramadhan ;)

AS : Mood agak serius. Berhati-hati untuk menempuh hari esok..


Monday, July 4, 2011

Bulan Perantara R & R

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, umur kita masih dipanjangkan lagi bagi menyambut bulan perantara R & R. Bulan Syaaban di antara Rejab dan Ramadhan. Syukur pada Allah. Tak sangka kan kurang sebulan lagi kita akan menyambut bulan yang penuh barakah, iaitu bulan Ramadhan. Walaupun hari ini dah masuk 3 Syaaban, rasanya tak terlambat kiranya aku nak menulis tentang fadhilat Bulan Syaaban :) mengingatkan diri aku dan juga rakan-rakan sekalian. :))

Definisi Syaaban

Syaaban bererti berpecah-pecah atau berpuak-puak. Ada yang berpendapat, ini kerana pada ketika itu, bangsa Quraisy terpaksa berpecah-pecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari air di padang pasir. Ada pula yang berpendapat ia membawa maksud pemisah kerana Syaaban adalah pemisah antara bulan Rejab dan Ramadhan.

Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya,
“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).
Fadhilat Syaaban

  1. Memperbanyakkan puasa sunat. Contohilah Rasulullah S.A.W yang lebih banyak berpuasa sunat di bulan Syaaban. 

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: 

"Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

    2. Memperbanyakkan doa, zikir serta berselawat atas Rasulullah S.A.W. 

Sabda Rasulullah S.A.W.:
 "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

    3. Sentiasa bertaubat dan beristighfar. 

Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: 
"Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

Nisfu Syaaban

Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. 

Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu sya'aban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu sya'aban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”

Hari Nisfu Sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib).

Dari Abu Hurairah r.a : Nabi S.A.W bersabda : “Telah datang kepadaku Jibrail pada malam Nisfu Sya'aban dan dia berkata : “Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintulah rahmat dibuka. Maka berdirilah dan kerjakan solat lalu angkatlah kedua tanganmu ke langit”. Kataku : Hai Jibrail, apakah erti malam ini?” Dia menjawab : “Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah S.W.T mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatupun, kecuali para ahli sihir, dukun, orang yang suka bermusuhan, peminum khamar, orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni sehingga mereka bertaubat dan tidak mengulangi.” (Zubdathul Wa’izhin)

Hadis juga ada menyebut,
Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).” [Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain].



P/s : Semoga kita sama2 mengambil manfaat dari bulan ini. :) InsyaAllah~


AS : Jom pose ramai2 sok! :)

Sunday, July 3, 2011

Let Know Your True Color !

Assalamualaikum semua. ^_^

Tetiba datang idea nak tulis pasal entry ni. yelah mood rajin menjelma kan? hehe update entry sambil mendengar record Dr Fadzilah Kamsah. Tika ini, beliau kata ada 15 faktor yang boleh dijadikan panduan untuk mengenal peribadi kita. nak tau apa? Let's we explore :

  1. Nama dan maknanya
Panggil lah nama penuh. Kerana nama itu satu doa. Analoginya, dewasa kena makan panadol 2 biji sekali makan. Kalau makan separuh, xde kesan kan? macam itu juga, kalau nama aku anis janganlah panggil nis. lebih kuranglah kan....haha nanti aku tak boleh nak jadi kawan setia :)



    2.   Perawakan Fizikal

Mengikut kajian, dari sudut bentuk badan, badan kurus ni.... badan sederhana ni..... berat badan mudah naik, mudah turun... banyak makan.. tak pikir panjang.. sensitif.. stamina sederhana... kuat semangat.. suara lantang.. kurang sabar.. badan gemuk ni......... kalau nak explain sehari pun tak cukup kan... haha
Kat sini banyak yang depa describe....1001 punya rahsia diri. Korg nak baca smua sehari pun xsempat tau.

   3.   Tarikh Lahir

Hah, yang ini lagi banyak kajiannya! Pernah dengar tak tentang Dr. Azizan Osman? Fames sebab Review tentang 'Potensi Berdasarkan Tarikh Lahir'..... memang bagus sangat kalau dapat tahu potensi diri kita kan? So memang mostly cara paling senang sekali nak tau peribadi ialah melalui tarikh lahir.

   4.   Tulisan

Kita boleh mengenal peribadi kita melalui tulisan. dipanggil kaedah Grafology. meh2 kita selidik tulisan kita... jenis tulisan seperti menekan, bentuk tulisan, kecondongan tulisan, jarak tulisan, cara tulisan ekor JGYZ, dan palang T. Kita boleh mengubah cara tulisan kita untuk mengubah peribadi kita. :) boleh lah usha2 kat sini

   5. Warna kegemaran

Sudah lumrah manusia akan menyukai warna-warna tertentu. Rasulullah S.A.W sendiri menggemari warna hijau, hitam, putih dan merah jambu.. macam aku, kecik-kecik dulu suka kaler biru, dah besar sikit suka hijau, sekarang nih macam minat pink dan oren pulak. hehe tapi sekarang kaler kuning penuh kontroversi ohh.... taknak komen yang itu! jom kita ambik tau.....Kenali watak melalui warna. Yang ini pun sebijik jer. 

   6. Urutan Dalam Keluarga

Aku anak sulung.. hehe cakap serupa bikin, cemerlang, badan besar, lebih bijak, kuat, sensitif, dominan, suka memimpin, pandai memujuk, pandai merangsang orang lain. Mengikut kajian, 21 daripada 23 angkasawan yang menjejaki bulan adalah anak sulung. Semua pelakon James Bond ni pun anak sulung. manja, mengada-ngada sikit, mudah perasan... Kerjaya sesuai bidang politik, CEO, doktor, lawyer, arkitek... wow! mane lah satu aku ye.. huhu nak tau lebih lanjut, tengok sini.....

   7. Latar Belakang Keluarga

Depend pada parents kita. Bila mak lebih tegas, anak2 lebih berdisplin. Pastu persekitaran tempat tinggal kita. Samaada di kampung atau di tengah2 bandar. Kita sendiri boleh nampak perbezaannya. Sapa pandai cubalah teka :P

   8. Ilmu dan Amal Ibadat

Cuba fikir, takkan sama kan perangai orang yang jaga solat dgn yang xjaga? Jadi nak membentuk peribadi yang baik ni sebenarnya tak lah susah mana. Andainya hangpa semua jaga solat, amalkan amal maaruf nahi mungkar, insyaAllah peribadi kita secara tidak langsung mudah terjaga. banyakkanlah berdoa pada Allah.

  9. Peribadi Pasangan

Opps! buat masa ni aku takde lagi pasangan. :D ni lebih pada perangai suami isteri yang lengkap melengkapi. kiranya mesti ada perbezaan diantara mereka, barulah serasi bersama.. hehe ;DD

  10. Peribadi Kawan Rapat

Nabi S.A.W pernah menyebut, Allah menilai kita berdasarkan siapa kawan kita. Kekadang ada gak aku pernah dengar, nak tau macammana seseorang tu, kita boleh menilai dengan siapa atau jenis kawan apa dia berkawan. Tapi janganlah terlampau cepat melatah. Kau nampak dia kawan dengan bohsia, kau pun panggil dia bohsia. Padahal dia cuba untuk mbawa kawan dia ke arah jalan yang lurus. Selidik terlebih dahulu is better la :)

   11. Nilai dan Pegangan Hidup


Seumpama kepercayaan yang kita pegang. Jika kita percaya orang yang berusaha akan mendapat ganjaran, insyaAllah kita akan berusaha. Tapi seandainya kita berfikir bahawa usaha je keja, hasil pun haprak takguna jugak. Maka dengan itu, kita akan ambil sambil lewa jerr.. Ini contoh jela.. 

   12. Peta Hidup @ Matlamat Hidup

Senang cite kita tengok cita-cita kita. Orang nak jadi businessman, dia akan selalu fikir mcmmana nak jana duit. Orang nak jadi pendidik, dia pula akan fikir mcmmana nak didik anak bangsa dan orang yang nak jadi doktor, dia mesti akan fikir mcmmana nak menyalamatkan beribu-ribu nyawa... ce fikir-fikirkan.....

  13. Perlakuan & Tindakan

Cara bertindak seperti bawa kenderaan lambat @ cepat, cara berpakaian, cara makan dan sebagainya. Sumber contoh : http://1001rahsiadiri.blogspot.com/search/label/Rahsia%20cara%20si%20dia%20makan

   14. Tutur Kata dan Cara Berkomunikasi

Kata Imam Ghazali : Lidah itu cerminan hati. Bila hati bersih, segala percakapan mesti elok dan sentiasa positif. Tapi lain pula dengan mereka yang suka cakap lucah atau mencarut tak tentu pasal. Nauzubillah~

   15.  Gelombang

Getaran yang terpancar dari tubuh badan. Pernah dengar x? Gelombang warna yang dipancarkan dari warna yang kita pakai seharian. Fakta ni saja aku nak selit2  kan sebab dia ada kaitan dengan gelombang. :) Benda ni kekadang jer aku ikut tapi bes lah bila dah ade guide nak pakai kaler ape utk hari tertentu... bukan kemaen lagi die.. haha


Isnin : Putih
Selasa : Pink/Ungu
Rabu : Biru
Khamis : Jingga/Coklat
Jumaat : Hijau
Sabtu : Merah
Ahad : Hitam 


Nak tau lebih lanjut, bacalah artikel ni. 

P/s : Semua ni hanya kajian je. Terpulang nak percaya atau tak. Bak kata Dr. Fadzilah Kamsah, semua ni hanya dijadikan panduan untuk membentuk peribadi kita. sebab kita berhak atas diri kita sendiri. Selebihnya, hanya berserah pada Allah S.W.T kerana Dia yang menciptakan kita, maka Dia lebih tau siapa kita berbanding diri kita sendiri :) Jadi, anda mcmmana?? dah bersedia.......? :PP


Aku menulis sambil mendengar. Kalau hangpa dengar, mesti rasa sebijik sebulat je aku copy.. hehe :)) Nak lebih detail, p lah cari kat google search. Kompem jumpa....

Saturday, July 2, 2011

New experience makes me more matured!~

Assalamualaikum.


Today, aku nak cerite serba sedikit tentang hidup aku kat UMP ni. Memang seyes aku kata, orang lain sibuk dok layan cuti panjang 4 bulan ni (Mei-Sep), aku pulak sanggup duduk menghabiskan masa, tenaga dan duit kat sini.. Well......... sebenarnya aku nak cari pengalaman sebyk mungkin selagi ada kesempatan.. Mula dari sebelum aku cuti sem lagi, aku dah dok pikiaq......'erm, nak join ke tak? join ke tak?'...' tapi aku nak balik rumah, lami gile xbalik.... nak dekat setahun :"( ' pastu aku amik keputusan tak nak join memandangkan aku rasa cuti ini lebih bermakna kalau aku habiskan waktu dengan family yang dah lama tak ku ketemu... cuma entah kenapa satu hari ni, aku ubah fikiran. Maybe Allah dah gerakkan naluri aku untuk join agaknya, dengan drastiknya aku isi borang permohonan saat mereka masih membuka kaunter untuk kesekian kalinya..

Alhamdulillah, saat ini tak sia-sia aku masuk. Syukur pada Allah kerana memberi aku sebuah pengalaman yang tak mungkin aku dapat kalau aku tak join.. Aku diberi tanggungjawab untuk memegang jawatan Ketua Eksekutif Exponiaga bagi Expoconvo'11 yang bakal diadakan pada 21-24 Sept nanti... hampir dengan besday aku!!!! hehe nak menyelit gak tu ;) Walaupun aku takde sebarang pengalaman, terima kasih kerana memberi kepercayaan ini.. Sungguh! aku akan cuba buat sebaik mungkin :)) tapi kekadang hati aku pasti terdetik, rindunyaaaaa rumah! :'(( seakan mudah untuk aku mengalirkan air mata.. sehingga pada malam itu, saat itu, entah kenapa aku tak dapat nak menahan air mata.. emosi tak stabil dan jasad yang penat agaknya.. ni lah perempuan, aku tak deny perempuan mudah terusik dengan emosi.. hehe aku terus keluar dari bilik meeting, diorang agak terpinga2 jugak lah.. heheh apa2 kan aku ni, macam budak2 betul! tapi serius lah, susah tau orang nak nampak aku nanges depan2.. tapi nak buat mcm mana, air mata xboleh nak tahan... ;') tatkala tue, aku bersembunyi dan nangis keseorangan. memohon kekuatan dari Allah S.W.T. memohon kemaafan dariNya andai aku lalai dengan kerja2 semua ni... tapi thanks a lot pada kawan aku ni, Afifah sebab dia back up aku. mencari di mana aku bersembunyi... hehe serius! aku malu sebab macam budak kecik je aku ni kan? di luar nampak tabah, tapi bila di usik aku mudah untuk melatah.. hati aku mudah terusik. tapi takpelah, aku maafkan jela mereka berdua yang telah menggores hati aku ni, mungkin mereka xsedar dan tak berniat! Think Positive is better right?? heheh :) thanks also to chua :))




nampak x? terharu beb! hehe

dan aku akan meneruskan keja ini sampai waktunya aku nak BALIK! 23hb Julai ni aku nak fly balik Sabah! yeay! xsabar rasanya.... puasa sebulan bersama umi, abah dan adik2.. dah lama xrasa perasaan ni.... ^-^ asan jgn nanges sorang2 kat sini oke! haha~

P/s : aku ponteng tak pegi Bengkel Protokol hari ini. sori mam! Isnin meeting, Selasa meeting, kena jumpa Head Of Programme pasal buku2 yang budak kimia ni nak pakai buka sem nanti, adoi!, rabu ada appointment dengan peniaga, khamis meeting update dgn orng bawah, jumaat& sabtu ade BASF programme dengan Petronas... full meh schedule.. haha OK! from now, just try control yr emotion k anis! :)))