Tuesday, May 10, 2016

Coretan Pendek

Assalamualaikum

Ya Alllahhhhh lamanya tak menulis. Rindu. Ya..sangat cepat masa berlalu pergi, seolah-olah ia akan terus meninggalkan kita tanpa jejak malah tidak akan berpaling untuk menunggu kita. Hampir setahun lebih blog ni tiada pembuka ceritanya dan sepanjang itulah banyak perkara yang berlaku dalam hidupku.

Pertama sekali, aku ingin memanjatkan sepenuh kesyukuranku kepada Allah kerana mengizinkan aku untuk terus berada dalam tarbiahNya walau dalam keadaan masih merangkak-rangkak memberi ruang pada diri untuk terus bergerak. 

Kini aku berada di UMS. Dah hampir setahun aku menyambung perjalanan hidupku sebagai peneroka ilmu dalam bidang Pentadbiran Perniagaan (MBA). Alhamdulillah3x. Banyak perkara yang dilalui sepanjang aku ingin menyambung pengajian sehinggalah sekarang. Untuk ku coret satu persatu, memang perlu masa yang agak panjang...

Tapi ada satu perkara PENTING yang boleh aku simpulkan,

Jika kau sudah mengenali jalan TARBIAH
jangan sesekali terfikir untuk berpatah kembali
Kerna KAU yang akan rugi

Kerna jujur AKU katakan
Hati KAU tidak akan tenang 
Kerna KAU sudah melanggar janji
Untuk berkhidmat padaNya
Rujuk Al-Baqarah ayat 30
Rujuk surah Adz-Zariyaat ayat 56

Sedangkan ALLAH mampu untuk menggantikan orang yang jauh lebih baik daripada KAU
Malah KAU sendiri memilih untuk tidak menjadi antara golongan IBRAR dan IBADULLAH 
Rujuk surah Al-Insaan ayat 6-7

Aku pinta terus doakan AKU
Untuk terus berjuang di jalan ini

Wallahua'alam