Monday, February 21, 2011

Yesterday, Today and Dis Week :)

Assalamualaikum :) dan selamat sjahtera!

Firstly, bahang PRK masih lg belum reda selagi belum smpainya hari mengundi iaitu pada esok hari! :) sape la ye aku nak undi agaknya? em budak surau? hehe ape ape pun biarlah ianya diakhiri dgn tenang..ameen. actually dah xnk la story pasal ni lagi.. sbb da confius nak sokong mana. lagipun dah nak habis waktu tempoh. so,biarkanlah bnda ni berjln dgn lancar tnpa perlu mengomen2 dan memburukkan org lain. :)

for today, aku baru je habis menyelesaikan kerja aku di makmal dengan extraction experiment. aduhai lab report experiment minggu lepas kena rejek lagi. sbbbnya........... tak sama piawai dengan apa yang miss tu nak. kena pulak ikut sebijik contoh macam report luar negara. apalah nasib kan! so dengan muka kesiannya ambil la balik report tu dan adjust balik. nasib baik buat report dalam group. 

muka kesian xboleh blah! haha~
tambah tambah lagi ada dua test minggu ni. biasalah pelajar u kan, tak pernah lepas dari test, quiz dan assignment. anyway, anis! kamu BOLEH ok! buktikan! semangat macam ni kita perlukan :) hehe~

dan semalam... genaplah umur aku 20 tahun dalam bulan Islam. bersamaan dengan 17 Rabiulawal 1412 Tahun Hijrah. :) kalau ikutkan tahun Masihi lambat lagi, dalam bulan september. andaikan jela aku ni dah semakin tua ye anak-anak sekalian. hehe. tapi tak ramai yang tahu tarikh lahir dalam bulan Islam dan lebih menyambutnya dalam Tahun Masihi.. rasa-rasa kenapa agaknya? fikirkan..... @_@



Then now, i wanna going to eat 'rojak'. 
and i will end my entry here ok.
That's all from me for Yesterday, Today and Dis Week.
 Have a Good Day!
tengteng :)
assalamualaikum.

Sunday, February 20, 2011

Kempen memilih calon MPM panas!!!!~

assalamualaikum..



Di sini pada malam ini, aku nak bercerita tentang manifesto calon2 MPM yang bertanding di UMP ni. tak sangka aku bole mendengar pelbagai isu yang mereka bangkit kan dan tak kurang juga yang membawa penyokong masing-masing. tapi apa yang aku nak tekankan kat sini, kalau setakat bawak isu atas angin, orang takkan melihat isu itu sebagai isu yang betul-betul kita nak bangkitkan. tak tau betul ke tidak dia nak buat, ke sekadar janji-janji kosong yang ditaburkan ketika bertanding dan akhirnya tidak dilaksanakan. maka kesimpulannya, pengundi2 wajib mengundi pemimpin yang betul. sebab pemimpin inilah yang akan menyuarakan hak kita kepada pihak atasan. tapi seriously, respek betul pada calon sorg ni, beliau tidak menekankan nama beliau untuk diundi sebaliknya membentangkan isu-isu yang dialami oleh mahasiswa mahasiswi ump berdasarkan respondan dari pelajar2. siap bukukan setebal buku organic chemistry aku yang tebal tu. hebat tul? mmg hebat. sedangkan beliau tak ada penyokong yang beliau bawa melainkan bertanding secara 'gentle'. tetapi agaknya beliau tidak sedar dalam diam-diam beliau sudah dapat memenangi hati para mahasiswa mahasiswi yang datang menonton manifesto itu. lepas je abis manifesto beliau, sume berduyun-duyun balik. nmpk sgt semua tertunggu-tunggu beliau nak berucap kan. tapi kesian dekat calon2 slps tu, xramai yang tgk manifesto dorg termasuk aku. sebab dah pukul 12 lebih menghampiri pukul satu kot. badan pun dah lenguh2. cukuplah untuk hari ini selama tiga hari calon2 MPM ni berkempen..

'SAZWAN SAHAR'
bukan di atas angin.
pemimpin begini yang kita mahukan...
pilihlah pemimpin yang anda rasa bole memimpin dan memikul tanggungjawab yang berat ni
bukan semata-mata mencari populariti
kita mahasiswa cakna yang prihatin terhadap isu di universiti----bak kata k.yaya :)


dan ramai lagi calon2 MPM yang layak naik takhta
antaranya MOHD ZULWAFI BAHAUDIN, FAZLI HALIM, HAMIZATUN FAZI
dan ramai lagiiii....
drpada 22calon bertanding hanya untuk 8 kerusi..
bayangkan....

dan selebihnya 30org lagi bertanding untuk bawah fakulti
gudlak pada semua..!!!!!!
semoga anda semua berjaya!!!!!~
i am the one of yr supporter!!
ok sekian dari saya, terima kasih :)

p/s : pandai ye anda berpolitik skrg? sjak bile??~

Thursday, February 17, 2011

Bakat bermula......

assalamualaikum :)

hari ini adalah hari untuk mengasah bakat! mari mari semua follow aku buat ni! hehe.. 


ini adalah hasil pertama aku :)


ok seperti yg dijnjikan dlm entry sblm ni, aku nk show kalau dah jadi kan?
tadaaaa... da siap hasilnya dengan bantuan romate tersayang. hanya satu jam shj boleh siap.
tak sangka kami bole minat benda yang sama. benda2 comel cenggini. comel tak?
cuma tak berapa nak kemas la, sebab baru je nak berjinak-jinak mengasah bakat
bak kata org-belum cuba belum tahu kan...


plannya konon nak mahirkan dulu buat benda ni
baru boleh terima tempahan..hehe
wow, ekspress ye! setiap sesuatu kena ada tujuan tau! :)
boleh lah kita bergandingan bahu ye. tak gitu cik kukumalu?


yang atas bahagian hadapan,
dan yang bawah ni bahagian belakang..


dan sekarang da tergantung kat hanset aku! :)
hanset ni murah je. (bersyukurlah ada hanset hehe)


ok :) ini sebahagian drpd perjalanan hidup aku.
tak salah untuk mencuba asalkan ada keyakinan dan kesungguhan.
asahlah bakat selagi mampu ok..

tengteng :)
salam sejahtera semua!

aku mencintai Rasulullah?

assalamualaikum :)
ni berkaitan dengan entry lepas

pagi ini, aku membaca artikel tentang kisah sebelum wafatnya kekasih Allah. sambil mendengar nasyid yang mendayu-dayu-muhasabah cinta--by edcoustic. mungkin pembaca-pembaca pernah membaca kisah ini dan begitu juga dengan aku. tapi entah kenapa, hati aku kali ini terkesan sungguh bila membaca bagaimana Rasulullah begitu kisah tentang umatnya walaupun baginda hampir wafat. 

berilah masa anda untuk membaca kisah ini :


bertanyalah pada diri anda? sejauh mana kita mencintai Rasulullah? adakah melebihi cinta Rasulullah terhadap kita? jika Rasulullah boleh mencintai umatnya umat akhir zaman, kenapa kita tidak boleh membalas cinta itu walaupun kita tidak pernah bersua dengan baginda? Renung-renungkan.. cinta itu boleh dipupuk. mula lah mencintai baginda. 


BERADAB DENGAN RASULULLAH SAW

Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan rasul-Nya dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Surah a-Hujuraat: ayat 1).

Firman Allah Taala bermaksud: Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan rasul (Rasulullah SAW) di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu. (Surah an-Nur: ayat 63).

MENTAATI RASULULLAH SAW

Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada rasul (Rasulullah SAW) dan jaganlah kamu batalkan amal-amal kamu. (Surah Muhammad: Ayat 33).

Firman Allah Taala bermaksud: Dan apa jua perintah yang dibawa oleh rasul (Rasulullah SAW) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya. (Surah al-Hasyr: ayat 7).

Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): Taatilah kamu kepada Allah dan rasul-Nya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka) maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir. (Surah ali-Imran: ayat 32).

MENGASIHI RASULULLAH SAW

Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi. (Surah ali-Imran: ayat 31).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Demi jiwaku berada di bawah kekuasaan Allah, seseorang kamu tidak beriman sehinggalah dia mencintaiku (Rasulullah S.A.W) lebih daripada kecintaannya kepada anaknya, ayahnya dan manusia keseluruhannya. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Tiga perkara sesiapa yang memiliki tiga perkara tersebut maka ia memiliki kemanisan iman: Mencintai Allah dan rasul-Nya lebih daripada cinta kepada perkara lain... (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

MENGIKUTI SUNNAH RASULULLAH SAW

Firman Allah Taala bermaksud: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingat Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (Surah al-Ahzab: ayat 21).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan sunnah daripada sunnahku yang telah ditinggalkan selepas aku maka sesungguhnya baginya pahala seumpama pahala orang yang melakukannya tanpa sedikitpun berkurangan sementara sesiapa yang mengadakan bidaah yang sesat yang tidak diredhai Allah dan rasul-Nya baginya dosa seumpama dosa-dosa yang dilakukan mereka di mana tidak sedikitpun berkurangan. (Riwayat al-Tarmizi dan Ibnu Majah).


BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH SAW



Firman Allah Taala bermaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikkan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W), wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Surah al-Ahzab: ayat 56).



Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Orang yang bakhil ialah mereka yang disebut namaku akan tetapi ia tidak berselawat kepadaku. (Riwayat al-Baihaqi).



Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali maka Allah akan selawat kepadanya sepuluh kali. (Riwayat Muslim).





renungkan kembali

p/s : akhir kata, janganlah hanya mengingati Rasulullah ketika maulidur rasul. mencuba lah utk mengetahui sirah baginda utk kita terus mencintai baginda. 

aku memerlukan sahabat sejati :)


SAHABATSEJATI

bila melihat sahabatku berjaya, aku gembira
melihat mereka gembira, hatiku menjadi senang
melihat mereka senang, aku tertawa.


bagiku,
mereka adalah sahabat sejati
sahabat dunia akhirat
sahabat ketawa dan sedih


tetapi....
jauh di sudut hatiku
andai mereka tahu
aku berharap mereka kekal dengan ku
menjadi seorang sahabat
selamanya....

andai mereka tahu
aku amat memerlukan mereka
memberiku bimbingan
memberiku tunjuk ajar
mengajarku erti sebuah kehidupan
kadangkala aku tersasar
aku alpa
aku lalai
serta lupa
dan kemudiannya aku tersedar



bersyukurlah..
bersyukurlah dilahirkan sebagai aku..
yang punya kelebihan tersendiri
juga punya kelemahan yang tersembunyi
kerana Allah itu Maha Adil
setiap ciptaanNya punya tujuan
sesuai dengan kelemahan serta kelebihan yang dimiliki

aku kuat
punya semangat
punya tekad
usaha yang gigih
marilah sahabat
kita bersama mencapai matlamat kita
andai kita bayangkan
matlamat itu bakal digapai
alangkah bahagianya..

"hidup punya matlamat"
bersama sahabat di sisi

nukilan ikhlas dari dalam hati,