Thursday, March 24, 2011

So Sweet...Bacalah Kalau Ada Masa Free.. :)



Aisyah benar-benar keliru dengan sikap kekasihnya. Siang, malam, mesejnya satu pun tidak berbalas. E-mailnya terus lengang seiring dengan waktu yg terus berlalu. Dia sangat tertekan waktu itu. Aisyah memerlukan seseorang untuk menjadi tempat luahan bicaranya, tempat mengadu segala keperitan, tempat berkongsi suka dan duka.
Masih segar lagi diingatannya sewaktu dia dan Tariq bersama,kemana sahaja tentu mereka akan berdua. Setiap kali hujung minggu, sudah tentu panggung wayang akan menjadi destinasi utama mereka. Duduk berdua-duaan menjadi perkara yg amat dinantikan olehnya. Namun kini, semua itu hanya tinggal kenangan. Tariq bukan kekasih yg dikenalinya dulu, dia kini tidak lagi bersamanya untuk berkongsi suka dan duka. Janji-janji manis Tariq untuk bersama-sama membina istana berlandaskan syariat seakan-akan terkubur kini. “Kau jantan penipu! Kau pendusta! Aku benci kau!” hari demi hari, hati Aisyah makin kuat menjerit melepaskan kebencian, namun yg berkunjung hanyalah kerinduan terhadap seorang mahluk yg bernama lelaki itu.

Sehinggalah pada suatu hari, Aisyah bertemu dengan seorang gadis di sebuah program motivasi. Pertemuan didalam sebuah majlis yg singkat itu tidak diduganya membuahkan sebuah persahabatan yg berkekalan. Gadis itu amat lembut pekertinya. Auratnya dijaga rapi dan tutur katanya diatur sempurna. Danisya, itulah nama yg diungkapkan gadis itu sewaktu Aisyah menghulur tangan tanda perkenalan. Mulanya Aisyah tidak tertarik untuk mendekati gadis itu, namun kepetahan dan kebijaksanaannya berbicara, akhirnya hati Aisyah tertarik untuk mengenalinya dengan lebih rapat.
Sejak mengenali Danisya, Aisyah mula mendekati Islam sebenar-benarnya. Itu tidaklah bermakna Aisyah yg dahulu jauh daripada agama, namun kini dirasakannya perjalanan kehidupannya lebih terpelihara. Jika dahulu dia memakai tudung gaya moden yg menonjolkan dadanya, kini tudung itu menjadi bertambah labuh. Jika dahulu, T-shirt dan jeans menjadi pilihan pemakaian hariannya, kini jubahlah pula yg menjadi pembalut tubuh agar tidak menjadi bahan tatapan lelaki-lelaki berhidung belang. Hari demi hari, Aisyah seakan-akan mampu melupakan Tariq. Kini Danisyalah dunianya, segala masalah dikongsikan bersama. Kehadiran Danisya mampu menggantikan tempat Tariq. Yang anehnya, Danisya seolah-olah seperti Tariq versi wanita baginya.

Saban hari, semakin ramai yg gemar untuk berdampingan dengan Aisyah. Dia amat bahagia kini kerana dikurniakan ramai sahabat yg ada untuknya meluahkan rasa suka dan duka. Ramai pemuda  cuba untuk mendekatinya, namun Aisyah segera menolaknya kerana dia sedar, cinta kepada seorang lelaki mampu membunuhnya. Apa yg dinantikannya kini hanyalah CINTA kepada ilahi dan bukannya cinta sementara rekaan syaitan bertunjangkan hawa nafsu. Cinta selepas kahwin menjadi idamannya kini. Bila dan siapa orangnya, biarlah Allah sahaja yg menentukannya.

Kini genaplah lima tahun pengajiannya di Institut Perguruan Kampus Gaya. Minggu hadapan, dia akan mula bercuti. Aisyah sudah mula sibuk mengemaskan barang-barang untuk pulang ke kampung halaman. Tiba-tiba Danisya datang mengirimkan sepucuk surat kepada Aisyah. Tanpa sebarang bicara, Danisya berlalu pergi. Perlahan-lahan, Aisyah membuka sampul surat berwarna biru itu. Hatinya berdebar-debar, kerana dia kenal benar dengan tulisan tangan disampul surat  itu. Tulisan insan yg pernah membuat hidupnya sengsara dahulu.

Assalamulaikum,

Kehadapan Aisyah binti Abdul Halim, gadis yg selalu kusayangi sejak dahulu, kini dan InsyaAllah, untuk selama-lamanya. Maafkan diriku kerana telah lama menghilang tanpa sebarang berita. Aku pergi bukan kerana ingin meninggalkanmu tapi aku pergi kerana aku mahu mencari CINTA dariNya.

Mungkin dahulu aku pernah membawamu kedunia penuh kelalaian. Atas desakan hawa nafsu, aku mengajakmu melanggar batas-batas syariat. Mujur, aku tersedar lalu kutinggalkan kamu sendirian merangkak dalam kepayahan. Aku turut berduka kerana kehilanganmu. Siang, malam, hari-hariku terasa perit tanpa adanya kamu. Mungkin kau tidak menyedari, aku sering memerhatikan kamu. Mesej-mesej pertanyaan khabar darimu sengaja kubiarkan tidak berbalas. Maafkan aku.

Kuhadiahkan kamu adikkku, Danisya sebagai penggantiku, teman sewaktu kamu senang dan susah. Segala perkembangan tentang kamu, selalu kutanyakan kepada adikku. Kadang-kadang ada juga kau mengeluh tentangku, saat itu, aku terasa berat untuk menjauh darimu. Namun, aku perlu berbuat begitu, kerana aku perlukan masa untuk mengambilmu sebagai isteri. Ilmu agama perlu kuperdalami, ilmu dunia perlu kutuntut agar aku mampu mencari rezeki buat kita berdua.

Kini sudah tiba masanya untuk ku sunting dirimu. Apa yg perlu kau tahu, saat kamu membaca surat ini, rombongan meminang telah pun kuhantar kerumahmu. Kuharap kau sudi untuk menerimaku sebagai suamimu.
Sekian, wasalam.

Yg Benar,
Tariq.

Aisyah terdiam seketika, hatinya berbunga. Dalam esakan tangisan dia tersenyum. Dia bahagia kini. Tidak disangka, insan yg dahulunya dianggap pengkhianat, penipu dan pembelot rupa-rupanya seorang kekasih yg sejati. Benarlah, begitu indahnya cinta andai ada CINTA kepada Allah Yang Maha Esa. Aisyah mula menyambung kembali tugasnya. Tidak sabar untuknya pulang menanti hari-hari bahagia apabila dia dan Tariq disatukan nanti. Indahnya hidup berlandaskan syariat, itulah kisah Tariq dan Aisyah, anda bagaimana?

Hasil Nukilan : Jazulfadli Jamaludin

credit to salsabila shahidah cz emel kat saya :P

Sunday, March 20, 2011

umi ku

Assalamualaikum :))



hari ini saya rasa terpanggil utk mendedikasikan entry ni utk umi yang tercinta. 

pada ketika waktu malam yang hening, sekitar pukul 3 pagi, baru aku teringat tentang tarikh keramat seseorg yang terlalu istimewa,
  
" UMI "
  
aku fikirkan mungkin umi sedang diulit mimpi yang enak, namun ku teruskan jua niat.. kata2 ucapan ku hantar.
 
umi.... selamat hari lahir! :)

----------------message delivered-------------------
 
aku mempersiapkan diri untuk tidur.. tiba2....

are u afraid??? --- message ringtone :P
 
dlm fikiranku, "eh, umi ni xtidur lagi ke?"

ku buka peti inbox dan ku baca,
 
" tq. doakan umi berjaya dlm setiap yg umi cita2kan termsuklah memiliki anak2 yang soleh dan solehah".

______________________________________________________________

aku rasa amat tersentuh. Ya Allah, aku rasa sedih sgt! salah satu cita2 umi xterlaksana lagi adalah disebabkan AKU! AKU!! aku yang berjauhan hmpir lapan tahun. untuk bertemu umi, dua kali dlm setahun. masih lagi mencari di manakah akhirnya perubahan diriku nanti?

air mataku mula menitis. Ya Allah, aku sungguh berterima kasih pada Engkau kerana mengurniakan aku seorang umi yang begitu tabah, sabar dalam menghadapi dugaan dan cabaran yang Kau berikan. Itulah tandanya Kau mengasihi umi ku. teruskanlah Ya Allah. Jika boleh, berilah sedikit bebanan nya padaku, :"((

dan bukakanlah hatiku utk terus menerima hidayah dariMU. teguhkanlah pendirianku, agamaku, keimananku. moga aku tidak hanyut dibawa arus dunia yang terlalu banyak cabarannya. :)

p/s: slmt hari lahir juga kepada adik2 ku yg jauh. faiz dan awa. :)) moga kamu juga dpt melaksanakan cita2 umi. balas jasa umi.

Monday, March 7, 2011

Sife UMP training (-_-)

hehe. continue for the second entry. hujung2 minggu ni aku tidak menghabiskan masa di dalam bilik seperti minggu2 yang lepas. bermula pada petang jumaat sehingga lah ahad pagi, i had been trained you know! :D






mula2 tue mmg tak tau apa tu SIFE? What Sife has been doing before? apa sbnanya sumbangan Sife pada pljar2?


ok. mula2 nak masuk perstuan ni sbb ingat it was related to the bussiness. tapi bila dah 3 hari ikut training ni... ohhhhh.. baru ku tau dehhh!!! Sife ni besar tau. hampir 40 countries ada Sife ni.. Sife ni kita buat satu projek besar yang melibatkan community dan laksanakan sehingga mencapai objektifnya. dan.. dengan effort kita tu, kita boleh present di hadapan orang yang berpengaruh besar samaada dari syarikat dalam negara atau luar negara. if we participate in national competition. dan banyak lagi sebenarnya... dan juga, apa yang Sife ni dapat membantu pelajar2 universiti ialah, kita dapat improve skill from that project yang kita buat. daripada alumni Ump sendiri, he said that Sife has changed him a lot. So, kalau nak tahu kebenaran nya kita kenalah mencuba sendiri kan? jadi bagi sesiapa yang berminat, boleh lah join Sife ni dan tengok2 laman web Sife. Sife ni akan membantu kita dalam pasaran kerja nanti lagi2 bila nak interbiu. ia akan memberi impak yang besar. Percayalah!! hampir semua universiti tak kira IPTA dan IPTS dah pun terlibat dan mempunyai Sife  team masing2. and i think uitm are the one an active Sife team in Malaysia. tepuk tgn2!! hehe


selesai sudah sesi memperkenalkan Sife. :)

start with our training.. :)))

kat bilik banquet


saja2 test ;)


my group partner 



inilah surau yang kami singgah utk solat selama 3 hari. hehe. tapi ada hr sbtu kami xbalik pun bilik. solat maghrib kat surau je dan smbung utk malam nya.


itu pun nak tgkp. ye idok?
sesi bergambar dgn adik comel :)))












adik ni memang pandai berposing. tengok dia terbayang miasara. hehe.

esoknya.... last day.


bergambar dengan trainer dan juga member2 yang ikut training ni skali..
dan byk je lagi nak crite tntg aktiviti2 training ni, tapi malam makin larut :'(

so, end here la.. 
see u olls soon. 

tengteng :)





   

Sunday, March 6, 2011

selamat hari lahir abah ~

assalamualaikum...

ok! ni the first entry utk hr ni. today is my father's birthday. ngee~ mgrb tadi baru kol abah dan wish, 


SELAMAT HARI LAHIR ABAH!

ingat anak dia tak ingat ke?? ingat tau. semua memori dalam kepala otak ni hanya menyimpan tarikh besday orang je. haha. nmpak sgt menipu. lepas tu, bnyak pulak abah ni bagi nasihat. macam2. pastu tanya, "bila nak balik sini? nanti senang nak tempah tiket awal2." dan aku, " nanti bila2 anis nak balik anis gtau la.. takut ada program pulak nanti.. hehe" tak tipu eh. lama jugak tak balik ni.. hampir setahun dah.. :P  


apela... pic pun letak la pic real.. ni pic yang snap dari card mcm matrix card tuuuu... takpela, asalkan namanya pic. :P

apepun. moga abah terus success berperanan sebagai ketua keluarga. tunjuklah contoh yang baik. moga sentiasa berada di bawah naungan Nya dan dipanjangkan umur. akhir kata,

 "saya syg abah saya!!!!!!"



Thursday, March 3, 2011

Si Pelupa~

Assalamualaikum..

pelik la.sejak akhir-akhir ini,  seringkali aku terlupa. adakah aku bakal menjadi nyanyuk dlm usia yg muda? mohon lah dijauhkan. eh tapi serius la. xmain2 taw. hari tu, wallet tertinggal kat ina shop pd wktu ptg, tp sdar bila dah menghampiri waktu pagi. kiranya dalam pukul 2 pagi la. pastu tadi jam tangan pula yg tertinggal kat masjid. terpaksalah patah balik nak pegi ambil. adoi! ada sorg kawan tue kata, 

"eh, anis ni ada something wrong la dgn tgn dia. msti antara tgn kanan atau kiri yang pelupa ni"

ada ke camtu??
kwn lagi sorg pula,

" ada tak kena tu antara otak kanan atau kiri"



ha??? betul ke??


cuba kita siasat jap. @_@

-------------------------------------loading-----------------------------------------

ok! setelah dikaji, dari banyak-banyak faktor-faktor yg ada,

Problem statement :
  1. Selalu bersedih dan runsing 
  2. suka memakan makanan ringan
  3. suka memakan benda2 masam
  4. makan organ dalaman sepert hati, jantung, limpa,perut dan seumpamanya
  5. makan makanan yang tercemar sengan semut
  6. artikel ni ada sebut...
  • kadar gula dlm darah tinggi 
  • kurang rehat 
  • berdengkur 
  • metabolisme menurun
  • mengalami tekanan
  • menggunakan ubat alergi atau pil tidur (aish! paling tak suka ubat melainkan sakit je)
  • terlalu byk menggunakan ubat ?_?
 emmm prob da ade. cane nak atasi ni??

Apparatus :


Diantara jenis makanan yang boleh meningkatkan fungsi ingatan adalah: -
- Buah anggur hitam
- Madu lebah
- Halia
- Buah badam
- Susu
- Air zam zam
- Kismis
- Jus karot & madu
- Epal
- Kurma
- Ikan tuna
- Tempe
- Air soya
Methodology :
Ini petua ulama untuk mengubati pelupa atau mengelakkan jadi pelupa: (Harian Metro 1 November 2006)

1. Kismis hitam 21 biji setiap pagi. Kunyah sebutir-sebutir dan bukan sekali rap. baca selawat dulu.
2. Madu sesudu dalam air panas segelas. Minum bila suam, setiap pagi.
3. Tidur awal bangun awal
5. Kurangkan makan dan kurangkan makan benda masam
6. Banyak makan ikan, sayur, tempeh, ubi, kekacang dan kurangkan makan daging
7. Tarik nafas dalam2 ikut hidung dan tahan 4 saat dan lepaskan perlahan-lahan ikut mulut. Buat 10 kali setiap pagi.
8. Buat stretching bila bangun dari tidur
9. Masa buang air besar, tutup kepala dan jangan buka mulut 
10. Elakkan lihat kemaluan dan najis
11. Baca Quran dan cuba menghafal setiap hari
12. Bakar kemenyan nasrani, wangian ros, sandal atau gaharu setiap minggu ( orang moden kata aromatherapy )
13. Pakai minyak wangi setiap hari bila keluar rumah ( wanita ketika dalam rumah).
14. Mandi pagi, petang dan selepas buang air besar
15. Belajar bersabar dengan bersolat atau berdoa bila ada masalah.
16. Sayang ahli keluarga, ibubapa dan kanak-kanak.
17. Tidak bercampur bukan muhrim kecuali bila ada keperluan

Selain dari kuat ingatan, badan menjadi sihat, akal tenang dan umurpun panjang.

ada lagi ni... bersenam boleh meningkatkan kecerdasan minda :)


Kesan positif 


Kajian sejak lebih 50 tahun lalu juga membuktikan senaman memberi kesan positif terhadap sistem saraf kerana ia mampu: 


> Mengurangkan kesakitan. 
> Menguatkan ingatan. 
> Merawat kemurungan. 
> Menurun dan mengawal tekanan darah. 
> Meningkatkan daya ketahanan badan. 
> Merangsang aliran darah. 
> Mengekalkan keanjalan dan kekuatan otot. 

Rujukan : Harian Metro 1 Nov 2006

Conclusion :

oh.. patotlah... dah lama rupanya aku tak bersenam. paling last rasa sebulan lepas kot. hehe. apa nak jadi ni? nak kata makan kismis, insyaallah tiap pagi makan. amalkan membaca al-quran insyaallah tiap hari. tidur selalu lambat. bangun pun lambat tapi berusaha utk tidak terlalu lambat. adalah makan benda masam sikit2. sayur hidangan wajib ok! tarik nafas tu semestinya cuma bukan dlm teknik yang betul la..*tau pun* pakai minyak wangi tapi tak terlalu menusuk hidung. dan................. banyak lagi kena perbaiki...

Recommendation : 

semoga dapat mengambil langkah2 yang perlu bagi menguatkan kembali ingatan kamu ye! :)))
mengasah daya ingatan dan hafalan. dan insyaallah cubalah utk menghafaz ayat2 al quran. cuba aktifkan pemikiran kamu dengan mempelajari sesuatu yang baru. bila tension, mainlah permainan yang boleh meransang minda. banyakkan membaca dan ambil tahu info2 terkini. amalan berpuasa sunat juga dapat menajamkan minda. latihkan diri berzikir: Ya Rahman (Maha Pemurah) 100x selepas solat fardhu dan Ya Hakim (Maha Bijaksana) 300x setiap hari. yang paling penting ingat Allah SWT selalu. daya ingatan akan bertambah kukuh jika sesaat pun kita tak lupa akan Nya.


Reference :

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Barangsiapa yang semakin bertambah ilmunya tetapi tidak bertambah hidayahnya, maka dia semakin jauh dari Allah" (Petikan Kitab Imam Ghazali). Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Yang paling berat menerima seksaan di hari kiamat ialah orang alim yang ilmunya tiada bermanfaat" (Petikan Kitab Imam Ghazali).

---------------------------------------unloading-------------------------------------

Alhamdulillah selesai sudah report aku siapkan hari ini.. akhirnya aku berjaya menyelesaikan kemelut2 atau lebih tepat lagi kekusutan yang melanda akibat tanggapan kawan2 aku tadi. hehe begini rupanya, insyaallah akanku praktikkan dlm kehidupan :)))


semoga berjaya!!
tengteng :)

HB akhsan kamil azizi!!~

Assalamualaikum.

sebelum aku lupa, hari ini adalah hari ulangtahun ke-17 adik bawah aku..form5 skrg.
selamat hari lahir dik :)
agak2 dia terharu tak kalu baca post aku ni?? *perasan* :P

segak berbaju melayu ungu

alahai.muka poyo jek..


pic2 ni aku curi dari fb je.hehe xdapat nak wish face to face. sbb jauh. by mouth pun xboleh sbb dia dok hostel. tapi xpasti dia bawak hanset ke x. hoho! apapun, selmat hari lahir ye! tahun ni buat la spm betul2.. bangga kan lagi umi dan abah dgan keputusan mcm pmr dulu. lawan kakak ok! buat penat je g tuisyen jauh2, bayar mahal2 kalau keputusan tak se'gempak' mana!! ni satu cabaran buat kamu... i challenge you bro!!
dgn ucapan semoga sentiasa dibawah lindungan rahmatNya. kakak hnya dapat mendoakan dari jauh. teruslah berjuang dan sentiasa teguh dalam menghadapi cabaran dan dugaan. krana Allah xkan menguji hmba-hmbanya tnpa alasan. setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya. terimalah keadaan dirimu seadanya ok.. :)

stop here.... :)))