Assalamualaikum.
Today, aku nak cerite serba sedikit tentang hidup aku kat UMP ni. Memang seyes aku kata, orang lain sibuk dok layan cuti panjang 4 bulan ni (Mei-Sep), aku pulak sanggup duduk menghabiskan masa, tenaga dan duit kat sini.. Well......... sebenarnya aku nak cari pengalaman sebyk mungkin selagi ada kesempatan.. Mula dari sebelum aku cuti sem lagi, aku dah dok pikiaq......'erm, nak join ke tak? join ke tak?'...' tapi aku nak balik rumah, lami gile xbalik.... nak dekat setahun :"( ' pastu aku amik keputusan tak nak join memandangkan aku rasa cuti ini lebih bermakna kalau aku habiskan waktu dengan family yang dah lama tak ku ketemu... cuma entah kenapa satu hari ni, aku ubah fikiran. Maybe Allah dah gerakkan naluri aku untuk join agaknya, dengan drastiknya aku isi borang permohonan saat mereka masih membuka kaunter untuk kesekian kalinya..
Alhamdulillah, saat ini tak sia-sia aku masuk. Syukur pada Allah kerana memberi aku sebuah pengalaman yang tak mungkin aku dapat kalau aku tak join.. Aku diberi tanggungjawab untuk memegang jawatan Ketua Eksekutif Exponiaga bagi Expoconvo'11 yang bakal diadakan pada 21-24 Sept nanti... hampir dengan besday aku!!!! hehe nak menyelit gak tu ;) Walaupun aku takde sebarang pengalaman, terima kasih kerana memberi kepercayaan ini.. Sungguh! aku akan cuba buat sebaik mungkin :)) tapi kekadang hati aku pasti terdetik, rindunyaaaaa rumah! :'(( seakan mudah untuk aku mengalirkan air mata.. sehingga pada malam itu, saat itu, entah kenapa aku tak dapat nak menahan air mata.. emosi tak stabil dan jasad yang penat agaknya.. ni lah perempuan, aku tak deny perempuan mudah terusik dengan emosi.. hehe aku terus keluar dari bilik meeting, diorang agak terpinga2 jugak lah.. heheh apa2 kan aku ni, macam budak2 betul! tapi serius lah, susah tau orang nak nampak aku nanges depan2.. tapi nak buat mcm mana, air mata xboleh nak tahan... ;') tatkala tue, aku bersembunyi dan nangis keseorangan. memohon kekuatan dari Allah S.W.T. memohon kemaafan dariNya andai aku lalai dengan kerja2 semua ni... tapi thanks a lot pada kawan aku ni, Afifah sebab dia back up aku. mencari di mana aku bersembunyi... hehe serius! aku malu sebab macam budak kecik je aku ni kan? di luar nampak tabah, tapi bila di usik aku mudah untuk melatah.. hati aku mudah terusik. tapi takpelah, aku maafkan jela mereka berdua yang telah menggores hati aku ni, mungkin mereka xsedar dan tak berniat! Think Positive is better right?? heheh :) thanks also to chua :))
dan aku akan meneruskan keja ini sampai waktunya aku nak BALIK! 23hb Julai ni aku nak fly balik Sabah! yeay! xsabar rasanya.... puasa sebulan bersama umi, abah dan adik2.. dah lama xrasa perasaan ni.... ^-^ asan jgn nanges sorang2 kat sini oke! haha~
![]() |
| nampak x? terharu beb! hehe |
P/s : aku ponteng tak pegi Bengkel Protokol hari ini. sori mam! Isnin meeting, Selasa meeting, kena jumpa Head Of Programme pasal buku2 yang budak kimia ni nak pakai buka sem nanti, adoi!, rabu ada appointment dengan peniaga, khamis meeting update dgn orng bawah, jumaat& sabtu ade BASF programme dengan Petronas... full meh schedule.. haha OK! from now, just try control yr emotion k anis! :)))

No comments:
Post a Comment