Friday, November 7, 2014

Majlis Graduasi 2014 - Hari Bersejarah


Assalamualaikum

Tanggal 11 Oktober 2014 yang lepas merupakan tarikh keramat separuh perjalananku dalam menuntut ilmu di atas muka bumi ini. Perjalanan menuntut ilmu itu takkan pernah berhenti sehingga akhir hayat kita. Dan alhamdulillah Allah mengizinkan aku untuk menamatkan Bachelor Degree di dalam Chemical Engineering (Biotechnology). Mungkin bagi sesiapa yang belum jelas apa itu role as Chemical Engineer, boleh buka link ini. Maka perjuanganku selepas ini sudah tentu lebih mencabar kerna aku sendiri tak pasti samaada aku berjaya atau tidak meng'apply'kan apa yang aku belajar selama ini atau sijil itu hanya menjadi syarat untukku diterima bekerja sedang ia bukan related dengan apa yang aku belajar. Masih menjadi rahsia Illahi beb.


Alhamdulillah juga, rasa bersyukur kerna diberi kesempatan untuk merai kejayaan ini bersama kedua ibubapaku serta adik keduaku dan juga nenek yang telah banyak berjasa padaku. Percayalah, kejayaan ini adalah dengan sokongan mereka. Tanpa mereka, mana mungkin aku dapat berdiri di tempatku sekarang. Terima kasih ummi, abah, dan nenek :')



Grandma, me and parent.


Itulah adik aku yang semakin mem'besar'  >.<

Kalau perasan, kami semua pakai baju sama kaler. Ummi la ni yang beria-ia nak tema kaler yang sama iaitu turquoise. Nak sedondon dengan jubah grad katanya, hehe. Sampai ada kawan tu tanya, "Haiii nis, ko jadi model ump ke harini?". Aku pun senyum jela. Dalam hati, "Kalau jadi model pun apa salahnya". Hahaha. Ok lawak jak.

Sebenarnya, hari itu aku agak beremosi sikit. Semuanya adalah muka aku yang baru lepas menangis kerana pelbagai emosi yang bercampur menjadi satu lantas air mata berlinangan tanpa dipinta. Seriously, macam-macam perasaan hadir ketika itu. Kadang-kadang rasa macam nak putar balik masa dan cuba perbetulkan mana-mana kesilapan yang boleh mengguris hati orang. Namun apakan daya ianya realiti. Dan aku kena terima hakikat bahawa aku ni beremosi orangnya. Maafkan aku. 


The most precious moment


Dengan mama wina, my PSM supervisor :)
Satu-satunya pemakai berjubah merah pada hari itu.


Kelakar pulak bila mama wina ni cerita yang dia jadikan jubah dan topi itu sebagai inspirasi untuk dia menghabiskan pengajiannya dalam master dan juga pHD. Merasa juga aku pakai topi c mama wina tu hehe. Tapi nak katanya, hari yang begitu sibuk sampai nak jumpa kawan-kawan pun susah. Inilah agaknya satu-satunya gambar yang ada.




Sebab itulah, we are decided untuk adakan pre-graduation photoshoot dan secara tak sengaja ada pula post-graduation photoshoot. Pre-graduation photoshoot ni adalah sehari sebelum hari graduasi. Hari kami mengambil jubah dan melunaskan segala bayaran termasuk bayaran yang tertunggak. Manakala post-graduation photoshoot pula sehari selepas hari graduasi iaitu hari kami memulangkan jubah.

PRE-GRAD PHOTOSHOOT


My BFTJ, but w/out teha (ada urusan lain)


With my PD supervisor, Dr. Hanimah. 
Kebetulan pula terserempak alang-alang 'pinjam' sekejap untuk photoshoot haha


Humbly me :)


Aduinaa, bersiap sedia untuk adegan seterusnya
Bersama akhwat Kuantan yang tersayang <3 br="" nbsp="">


Adegan baling topi. Suka betul ye graduan-graduan buat gaya mcmni


Haha. Ini namanya syok sendiri.


POST-GRAD PHOTOSHOOT



With classmate members
Yang ni je sempat kumpul. Yang lain sudah balik barangkali


Happily ours :)


Lastly,
HAPPY GRADUATION DAY FRIENDS!
CONRATULATIONS!!!

ALL THE BEST for your upcoming future.
Allah yuftah alaikum 
(Moga Allah membuka jalan untuk kamu semua)

 So..This is my story ^___^