Sunday, December 22, 2013

Ceritera yang lama ketinggalan. & [UPDATED]



Ya. Ceritera yang lama ketinggalan & sudah lama terperap ada di bawah ini. Moga Allah redha.

___________________________________________________________________________

Assalamualaikum

Fuhhh lamanya xmenulis kat blog ni ehehhe. Mana taknya, bulan Ramadhan dah berlalu, Raya pun dah habis since hari ini hari last dalam bulan Syawal. Dah berbulan rupanya. Tak sedar masa berlalu tup tup dah nak kena naik sem balik untuk the FINAL YEAR! Yeaah. Tahun ini raya tak berapa nak senang hati sangat sebab naik je dari cuti raya hari itu, dah ada lecturer datang nak evaluate sepanjang praktikal di kilang. So terpaksalah menyiapkan report, slide for presentation, and several things for make it going smoothly. Then alhamdulillah, my lecturer, Miss Aishah is soo kind, assistant engineers yang datang dok dengar ceq buat presentation pun bagi higher marks. Ya Allah, rasa bersyukur gilaa. Tapi sepanjang praktikal ini, banyak yang dapat dipelajari, untuk memuhasabah diri sekaligus reflect kembali pada diri; adakah aku sekuat ini bersendirian atau dapat survive dengan yakinnya menjalankan amanah Allah?

EHEM. Let's hear my story.

Imbas kembali sewaktu pertama kali aku datang di Sakilan Bt 22, Sandakan, aku drive kereta sendiri. Abah drive kereta lagi satu. Kami bawa dua buah kereta masa itu sebab makcik dan pakcik datang first time dari Selangor so bawa mereka jejalan tengok suasana di sini. Aku rasa masa itu sangat la jauh perjalanannya dari rumah padahal dalam Sandakan juga. Sesampai je di sana, aku rasa sangattt laa macam asing. berdebor2. sebab tak pernah lagi masuk dan tinggal di kawasan estate. Mereka yang tinggal di sana kebanyakannya orang 'passport' iaitu pendatang daripada luar seperti indonesia, dan filipina. 


SIDE OF PRACTICAL TRAINING

Hari pertama training, rasa kekok takkan pernah hilang. Tak tahu nak rujuk siapa, duduk dengan siapa, nak bercerita dengan siapa, dan segalanya tampak asing. But I set in my mind, "I must adapt with this situation." Bukan mudah untuk kita adapt dengan situasi yang mana, seorang perempuan yang menjadi student practical bagi satu tempat yang belum pernah ada sebelum ini. cara pemakaianku pun dilihat agak pelik. pernah satu ketika, manager menegurku agar jangan memakai kain walhal ketika itu aku memakai baju tshirt labuh dan seluar. kemudian, chief lab menegurku agar menjaga tudung yang dipakai supaya tidak tersangkut di mana-mana mesin walhal ketika itu aku sudah pun memakai jaket agar tudung labuh itu tidak menganggu mana-mana pejalanan mesin. aku ambil semua itu sebagai gurauan, mungkin sahaja mereka betul2 bermaksud untuk mengingatkan aku. 

Di sana, banyak benda yang aku dapat belajar. Dari segi proses, analisis makmal, dan despatch. Tapi kekangan selama 2 bulan setengah shj tidak dpat untukku memahami keseluruhan proses. & aku telah diberi 2 projek iaitu "Discover chemical reaction during boiler water treatment & boiler water analysis", also, "study the optimal dosage of chemical used in water treatment". Nama projek ni aku yang create sendiri since dia bagi secara rambang je, HAHA. Masa presentation haritu, hampir shj Sir Harry & Mr. Khairi nak aku kaji pasal losses tapi well, aku betul2 angkat tangan yang aku tak mampu. Aku harus menyelesaikan satu persatu tugasan yang diberikan. 

Flow process of water treatment


SIDE OF SOCIAL LIFE

Selama ini, boleh dikatakan aku berada di dalam biah yang dapat menjaga diriku agar tidak terjebak dengan perkara-perkara tidak sepatutnya. Dan mungkin pernah terdetik di dalam hatiku untuk Allah meletakkan aku di tempat yang kurang biah solehah agar aku boleh menguji diriku sama ada mampu untuk bertahan dan mengajak yang lain ke arahNya atau aku hanya mampu untuk mempertahankan diriku shajaa dan menutup mata dengan segala kemungkaran yang berlaku di depan mata.

Sejujurnya, mereka di sana sangat mesra. tidak lokek untuk memberi senyuman, malah menegurku tanpa segan silu. Bukan itu sahaja, memandangkan aku duduk di kuarters yang disediakan bersama pekerja-pekerja di sana, aku seringkali berjalan kaki melalui kawasan ladang kelapa sawit (shortcut) untuk pergi ke kawasan kilang (tempat praktikal). Dan ada diantara mereka (lelaki) yang menaiki motor, akan mempelawa aku untuk menaiki bersama mereka. Namun aku menolak dengan elok kerna masih lagi ada cara lain (berjalan kaki) untuk pergi ke tempat kerja. Lama kelamaan, mungkin mereka faham dengan prinsipku lantas tidak mempelawa lagi, hehhe. (Fuhhh, lega! :))

Apa yang dapat kulihat di sana, biahnya kurang terjaga. Maaf jika kukatakan, soal solat dan soal aurat diambil remeh. Mungkin ada diantara mereka yang mempunyai kesedaran tetapi susah untuk membuang tabiat yang sudah menjadi kebiasaan dari kecil. Aku doa dan akan terus berdoa moga Allah yang Maha Memegang hati-hati hambaNya akan memberi hidayah buat akak-akak dan rakan sekerja ku yang sangat-sangat baik, baik-baik sangat. Hati mereka baik mungkin lacking dari segi 'itu' sahaja. Bila kufikirkan kembali, itulah peranan ibubapa. yang harus mendidik anaknya dari kecil & harus dibentuk agar besarnya dia nanti mampu memberi manfaat pada yang lain :)


_________________________________________________________________________________


Sampai situ sahaja. since dah lama tinggal xtahu dah nak tambah apa hehehe.

So [UPDATED], nowni dah masuk minggu study week. Esok nak balik rumah since parent as usual dah balik kampung untuk school holiday. Sebenarnya mereka dah lama balik tapi aku yang terlampau sibuk sibuk sibuk sangat sampai xdapat nak balik. Rabu depan mereka nak balik sabah dah. sobsobss. 

Entahla. rasa sangat semester paling teruk antara semester2 yg lepas. Self management TERUK. Time management TERUK. Pelajaran seems TERUK. and semua rasa TERUK. but aku terus bangun dan bangun dengan gigihnya agar aku boleh habiskan semester ini dengan jayanya, inshaaAllah. Banyak benda macam-macamlah berlaku sepanjang semester ini. Cuma aku panjatkan syukur benar-benar syukur pada Allah kerna dalam begitu keadaan aku yang sibuk, Allah sentiasa permudahkan urusanku. Bukan itu sahaja, beberapa impianku juga terlaksana. Alhamdulillah :') 

1- Travelling for a purpose

bersama politeknik Malang, Surabaya


Yeah! kami dah tawan Gunung Bromo!

6 of us :)

2- riding a horse. Taubat dah fobia nak naik! Hahaha. Maybe need some time to restart :P



3- Having own car. Hihiks. Her name inshaaAllah ketty (dapat fikir buat masa ini)

And yes, gambar di bawah ini akan menjelaskan betapa our #FamilyCHEST12/13 sudah benar-benar melabuhkan tirai untuk memberi khidmat kami sepanjang setahun setengah. 

ok. calon dengan mantan CHEST ^^

mantan 12/13

kek perpisahan. All the best !

us :)

Let pictures explain everything. Ehem. Doakan untuk satu2 nya my paper final 3hb ini. And Projek group (Plant Design) going welll. (Boleh la aku design kilang after grad nnti. Haha)

Ok gurau je \o/

P/s: Allah, moga kau jaga hati-hati kami. agar cepat tersedar andai terus lalai daripadaMu. Kerna kami juga adalah pendosa :'(


Sunday, June 23, 2013

Random: Shy & adapt


You know what, sometimes you feel shy to do something and at the end, you don't do that? Are you ever having this kind of feeling? 

Honestly, I got this kind of feeling. Always. Always.

Shy. MALU. Auchh.

But when you had to overcome this feeling, you try to overcome. You try to. You try to do the best for the sake of achieving your dream. Alhamdulillah, with His permission you able to do that. Able to overcome that feeling. 

It's like you trying to adapt with the course of chemical engineering that you had never dreamt to be. But you still trying until you get it. You believe this word by Allah said, 

"....and it may be that you dislike a thing while it is good for you, and it may be that you love a thing while it is evil for you, and Allah knows, while you do not know." [Al-Baqarah: 216]

Speak the truth, I never dream to take this course. But alhamdulillah I try to, I enjoy being a part of it, and all thankful to the Almighty because now I already finish for the 3rd year and super duper senior to be :)

Allah also said that,

"....surely Allah does not change their own condition of a people until they change their own condition...." [Ar-Rad: 11]

I checked my email for past few minutes and got a good news. Mama Wina told no need to repeat my experiment for undergraduate research project. Alhamdulillah, *boleh tarik nafas legaaa gilaa*. But still, need to take the rest as write the fully thesis for next semester. One year left for finishing the studies and 3 months left for practical,In shaa Allah ;)

Berdebar nak pergi praktikal minggu depan. Tak sabar nak cerita pengalaman :D


Friday, June 14, 2013

Jom tanam azam untuk bertemu Ramadhan?

Assalamualaikum.

Pagi tadi baru je start 1st paper iaitu "Pharmaceutical Technology", dan alhamdulillah walaupun tak berapa nak memuaskan tetapi at least usaha itu ada untuk menghafal-hafal dan jawap je semampunya. Yep, sesudah berusaha, kita bertawakal, ye dak? HEHE. Actually malam ini mood sangat random. sebab itu ambil keputusan untuk update blog walaupun sekejap cuma. Rehat sebentar sebelum bermulanya study untuk paper kedua esok, :) 

Mari malam ini, saya bawa anda kita berbicara secara santai. Maybe randomly I think. Entah. Mood random lah katakan. Yeke? HOHO. Lately, ku merenung. setiap masa setiap saat kita, kita habiskan dengan apa? sejak mula kita sedar kita siapa di atas muka bumi ini. Agak-agak berapa peratus kita mengingati Dia yang kita kasihi? Selain dalam solat, adakah di luar solat juga begitu? Di masa lapang kita? Contohnya berzikir. SUBHANALLAH. ALHAMDULILLAH. ALLAHUAKBAR. LAILAHAILALLAH. Sungguh kawan, sekuat mana pun diri ini mengingatkan syaitan itu lagi kuat menggoda. Di kala kita mencuba, di kala kita mengucapkan secara lisan atau di dalam hati, tak sampai beberapa minit kita akan alpa. Langsung hilang apa yang kita ucapkan sebentar tadi lantas fikiran kita telah menerawang ke perkara lain. Pernah tak merasa keadaan seperti ini? ALLAH. Malu aku untuk mengaku menjadi seorang hamba yang mencintaiNya :'( 

Beberapa hari yang lepas, amat kena aku membaca beberapa artikel yang menyentuh tentang zikir amalan kehidupan seharian di Majalah Anis. Yes, I am surely know and you too, artikel seperti ini sudah banyak disentuh dan kita pun sudah lali membacanya berulang kali. Namun, di mana segala praktikal yang kita baca? Part yang paling aku terkesan, tak berapa ingat penulis artikelnya, hehe namun aku ingat ayatnya. "Jika ingin mencari ketenangan dan jauh daripada resah gelisah, berzikirlah. Islam ini mudah dan tak menyusahkan. Di mana sahaja, ke mana sahaja, apa sahaja yang kita sedang/akan lakukan, kita masih boleh berzikir. Sangat fleksibel. Lagi dimudahkan, zikir bukan hanya anda melafazkan ayat-ayat memujiNya, malah dengan mentadabbur apa yang disekeliling anda yang membawa anda mengingati Allah pun sudah dipanggil zikir." Nampak senang kan? Tapi kenapa ramai daripada kita masih jarang untuk melakukannya? Hurm, betul. Senang dengan kemahuan tetapi susah dengan pelbagai alasan. Alasan-alasan seperti,

"Eh, kejap lagilah zikir. Nak siapkan ini sikit jeee."
"Eh, kejap lagilah zikir. Nak dengar lagu best ini dulu."
"Nantilah......"

Aku pernah teringat satu ayat ini. 

"Bila kita melakukan sesuatu disulami dengan zikir, sebenarnya kita sudah melatih diri menjadi HEBAT. Sebab apa. Sebab kita boleh buat dua kerja bermanfaat dalam satu masa. Ganjaran lagi berlipat ganda." ^__^

Tapi.....

Sampai sekarang kenapa masih tidak mampu? Walaupun wanita is a multitasker?

Rasanya.....sebab?

Bukan tak mampu. Tapi kita tak pernah push diri kita untuk buat macam tu kan?

Kan, kan? Kan, kan?

*Angguk-angguk*

Samalah macam kau nak study untuk exam. Kalau xda exam, agak-agak ada tak diri sendiri nak push study sampai lewat malam. Macam itulah ibaratnya. Resultnya, kita push diri untuk dapat pointer tinggi akhirnya berjaya. Ganjaran berbaloi. Sama juga macam zikir, push diri untuk dapat pahala dan keredhaanNya akhirnya amalan diterima. Ganjaran berbaloi, In shaa Allah. 

Berkali-kali aku melihat ayat ini. Dalam surah Ar-Rad ayat 28. Allah berfirman, "(Iaitu) org-org yang beriman & tenang tenteram hati mereka dgn zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia." Allah sendiri dah meyakinkan kita formula ketenangan itu. Ya ALLAH betapa Allah dah sediakan segala formula yang kita perlukan. Agaknya begitulah saudara-saudara kita yang ditindas di Palestin, Afghanistan, dan Syria di sana. Tiada kekeruhan di wajah mereka, sentiasa bersemangat melawan musuh-musuh Islam durjana. Juga sentiasa tampak tenang. Walaupun sebenarnya mereka bila-bila masa sahaja boleh dihapuskan oleh pihak Israel Laknatullah. Formula inilah. Formula dihati mereka. Kekuatan itu. Kekuatan itu segalanya milik Al-Qawiyy. SubhanAllah.

Teringat satu kisah ini. Di zaman pemerintahan khalifah Saidina Umar bin Al-Khattab. Di mana kerajaan Rom dapat menawan beberapa tentera Islam. Dan salah seorang sahabat nabi antara yang menjadi tawanannya, telah dipanggil untuk menghadap pemerintah kerajaan Rom, Kaisar. Sahabat nabi yang terpilih itu adalah salah seorang yang kuat agamanya, dan semangat juangnya terhadap Islam tak mudah goyah. Namanya ialah Abdullah ibn Hudzafah As-SahmyApabila ditawarkan kekayaan, harta dan wanita untuk menukarkan agamanya kepada agama Nasrani, dia tidak mahu. Raja Rom tidak berputus asa. Beliau menawarkan pula kepada Abdullah jawatan tinggi. Kerana Abdullah seorang yang hebat dan kuat di medan perang, dia telah ditawarkan untuk menjadi seorang pembesar dan diberi kekuasaan padanya. 

Namun Abdullah menjawab, " jika engkau memberiku seluruh kerajaanmu, dan juga seluruh kerajaan arab untukku menukarkan agamaku dengan agamamu, nescaya aku tidak sekali-kali melakukannya." 

Kata Kaisar, "jika begitu, aku akan bunuh engkau."

Abdullah, " silakan, lakukan sesuka hatimu."

Diikat di tiang salib, dipanah pertama kali di betis, kemudian di lengan. Namun masih juga degil untuk menukar agamanya. Lantas Kaisar sedar bahawa cara ini tidak akan berkesan kepada orang seperti Abdullah. Kemudian Kaisar memerintahkan untuk dibawakan sebuah kuali, diletakkan minyak dan dipanaskan di atas tungku berapi. DIberi amaran untuk mencampakkan dua tawanan muslim ke dalam kuali, namun Abdullah tetap bertegas. Sehingga saat Abdullah yang harus dicampakkan, Abdullah menangis. Fikir Kaisar misinya sudah berjaya lantas meminta Abdullah dihadapkan di hadapannya. 

Namun apa kata Abdullah, " Aku menangis kerna sebelum ini aku berdoa untuk mati syahid di medan perang tapi kini aku bakal mati di dalam kuali." 

SubhanAllah. Iman itu. Betul, sekuat itu pengharapan dan penyerahan jiwanya pada Allah.

Jadi. Tiada tujuan lain yang ku harapkan. Aku tulis untuk sentiasa memperingatkan diri aku sendiri dan sama-sama kita memperingatkan diri masing-masing. 26 Days to go for Ramadhan! How about our preparation? Oopas, I think kita kena ada azam untuk Syaa'ban dulu kot. Biar time Ramadhan nanti dah biasa dengan azam tersebut. HEHE. Kan? Soo apakah? Jom buat checklist....(Buat yang anda rasa mampu);

- Berzikir (setiap kali selepas solat, sebelum tidur, SubhanAllah 33x, Alhamdulillah 33x, Allahuakbar33x), setiap kali minum, (tegukan pertama sebut Bismillahirrahmanirrahin, tegukan kedua, Asyhaduallahilahailallah, tegukan ketiga, waasyhaduannamuhammadarasulullah, tegukan keempat, alhamdulillah), perbanyakkan menyebut nama-nama Allah, baca mathurat setiap pagi & petang dan akhir sekali....(sila lihat gambar di bawah),


- Puasa sunat Isnin & Khamis
- Membaca Al-Quran setiap selepas waktu solat, Surah Al-Kahf setiap hari Jumaat, Surah Al-Mulk sebelum tidur
- Membuat hafalan surah (In the process, Surah As-Sajadah)
- Solat di awal waktu
- Perbanyakkan solat sunat (Solat sunat Rawatib, Isyraq, Dhuha)
- Qiyamullail (Ikut sunnah 11 rakaat)

DONE! In shaa Allah. In shaa Allah.

Moga diberi kekuatan untuk istiqamah. Moga kita menjadi hari ini lebih baik dari semalam. dan esok lebih baik dari hari ini. Bila iman turun naik, itu perkara biasa. Kerna kita bukan malaikat. Kita bukan Nabi. Ma'sum. Kita manusia biasa. Itulah buktinya. Tapi apabila kita sedar, sejauhmana kita bertindak. Itulah gambaran Muslim bagaimana kita. 
Moga segalanyaa LillahiTaala. Sentiasa tajdid niat.

Akhir kata....YEAH, I have others TWO paper to cover up. weewewit. Bagaimana saya menyayangi fakta, harap fakta itu membalas kasih sayang yang saya berikan. aww ;)  


Monday, May 27, 2013

It has something to be learned.

Assalamualaikum.

Semenjak beberapa bulan ini, hidup bertambah semakin HECTIC. buat hadek-hadek, ni akak nak cakap sikit nih. jange la hang pa semua pi dok mohon jadi engineer, lagi-lagi chemical. memang sangat tough. sangat ok! kalau nak juga, sila prepare dari segi fizikal, mental, jasmani, rohani dan intelektual. Bukan apa hadek-hadek, akak tak nak laa awak semua jadi macam panda, mata lebam, kurus tak cukup makan, gemuk terlampau banyak makan, kadang-kadang cakap sengsorang, kadang-kadang suka sangat gelak bukan main, kadang-kadang tak tidur langsung, kadang-kadang muram, kadang-kadang solat xjaga semua dan lain-lain. Belum lagi awak kena aktif program-program di universiti, jawat jawatan yg pelbagai, jumpa orang sana sini, seriously akak cakap ini bukan main-main. Baik awak nikmati betul-betul zaman sekolah menengah sekarang (nasihat dari akak universiti, ceh!). Kalau nasihat dari akak yang dah bekerja, "Baik awak nikmati benar-benar zaman universiti awak sekarang. Sebab dah bekerja nanti boleh jadi hidup awak lebih hectic, tak terurus dan sebagainya." Wow. memang hakak dah kerja. memang saya sangat nikmatinya sekarang. Huhuhaha. (Tak tahu nak gelak atau nak sedih).

Tapi saya percaya, dan sentiasa percaya. Semua usaha kita taburkan sekarang, in shaa Allah akan ada hasil di kemudian hari. Yang penting bersungguh! Niat kerna betul. Selalu perbetulkan niat bahawa satu hari nanti segala ilmu yang aku pelajari kini, akan aku bawa untuk memberi manfaat pada orang lain. Teringat pesan ummi, "Contohi Rasulullah, bila melakukan sesuatu pekerjaan biarlah dengan bersungguh-sungguh." Yeap!
Mama wina saya juga ada bagitahu, "Everyhting that you have to go through today, actually will turn you into somebody one day." Yeap! Dua-dua saya setuju. Terima kasih atas peringatan itu ummi dan mama wina. 

Siapa mama wina ini? Actually she's my supervisor for doing PSM (undergraduate research project). Sukahati je kan aku nak panggil mama wina. HAHA. Tapi aku memang dah anggap dia sekarang as orang yang agak rapat jugalah. Sebab mama wina banyak bagi nasihat, tunjuk ajar dan pengajaran walaupun kami tak sampai satu sem lagi buat research sesama. Sangat respect dengan mama saya sorang ini :)

Atas kerjasama saya dan mama wina, maka wujudlah makhluk hidup yang saya panggil is 'baby'. Orang semua dok dapat baby tahun ini kan, saya pun nak juga ada baby. HEHE. *jangan muntah*. Ehem. Nak tengok tak kecomelan baby ini? Ini diaa..




Comel tak?

Kehkeh. Comel sangattt kan? Ini lah baby yang saya kena visit setiap hari, check pH setiap hari (macam doktor check suhu badan pesakit), saya kena cakap dengan dia setiap hari (ini lah simptom adek-adek kena cakap sengsorang), walaupun hakikatnya dia sentiasa busuk walaupun takda buat proses perkumuhan. Terpaksa tahan bau setiap hari, kesian dengan orang yang kongsi satu lab buat experiment. Maaf la ye awak-awak semua. Baby saya tak salah pun. Memang dia dilahirkan sudah dalam keadaan busuk. Harap faham. Jangan nak kutuk-kutuk dia, saya sangat marah ok!

Nama saintifik baby saya ini adalah Palm Oil Mill Effluent (POME). Apa yang saya kena buat dengan baby saya ini? Hurm, actually saya kena treat dia supaya satu hari bila saya lepaskan dia, dia takkan menjadi harmful bagi manusia lain. sebab apa? pH dia sangat acidic sewaktu dilahirkan dulu. So saya kena kaji faktor apa yang boleh increase pH dia so bila dilepaskan nanti dalam pH alkaline yang takkan dah jadi harmful pada org lain. Haa, faham? Kalu tak faham meh boleh datang sini sekali experience sekali buat dan tahan bau busuk tue.

Kenapa kena selalu cakap dengan baby? Mestilah kena cakap. Sebab dia kan makluk hidup juga. Dalam tue banyak gilaa microb yang boleh bantu awak jayakan eksperimen ini. So awak kena lah bebaik dengan dia k, *cakap dengan diri sendiri*. Bak kata mama wina, "selalu lah motivate baby tu, belai-belai sikit kee. pastu suruh buat yang terbaik". Macam apa dah kan? HAHA. Tapi jangan tak tahu, berkesan beb. Sebab setakat ini dah 3 kali kena repeat then sekarang alhamdulillah proses acclimatization dah berjaya walaupun mengambil masa yang lebih lama daripada expected :)

Hidup ini kalau awak tengok dari sudut positif kan, banyak sangat benda kita boleh belajar dari sekecil-kecil benda yang kita lakukan. Antaranya SABAR. Nak berjaya kena sabar. Dalam proses pembelajaran, kesabaran itu amat penting. Untuk bekerja dengan manusia kena bersabar sebab tak semua manusia seperti yang kita impikan. Malah bekerja dengan mikrob pun kena bersabar. Nampak tak kat situ? Walaupun kekadang kesabaran kita tak dapat diduga boleh bertahan sampai ke tahap mana, tapi awak ingat satu benda jaa. 

Kita banyak buat salah & dosa. Tapi Allah masih SABAR. Masih bagi peluang. Rasulullah selalu di caci dan di keji sewaktu dalam kerja-kerja dakwah. Tapi Baginda mampu berSABAR. Jadi siapalah kita ini? Kenapa pula dengan sekecil ujian ini tak mampu nak hadapi dengan SABAR, betul tak?

Yang lain, kita MAIN DENGAN MASA. Masa tak pernah menunggu kita, betul tak? Walaupun kadangkala rasa nak give up sangat sebab terlampau banyak benda nak kena buat, kena fikir, bukan fikir untuk diri sendiri tapi kena fikir juga untuk orang lain. Tapi inilah hidup. ada kitaran. dan kitaran ini sentiasa bermain dengan MASA. Kalau kita tak dapat mengawal masa, masa yang akan mengawal kita. Saya selalu jealous tengok mereka yang boleh keluar enjoy sana sini, pergi bergelak ketawa, having fun, seolah-olah tiada masalah. Tapi saya selalu ingatkan diri sendiri. Orang sebegitu mereka takda challenge dalam kehidupan. Satu hari nanti, mereka akan bosan dan sentiasa mencari sesuatu untuk dilakukan bagi memenuhi kepuasan nafsu enjoy mereka. Tapi anis awak kena ingat, hidup kita ada misi. Misi kita sangat berat. Bukan hanya belajar, tapi juga berdakwah. Berdakwah tak memerlukan awak untuk pergi ke sana ke mari bercakap perihal agama, namun menunjukkan akhlak yang baik, menolong orang lain, memperbaiki kualiti hubungan sesama manusia pun sudah dikira berdakwah. Biar kita susah sekarang. susah di dunia, tapi senang di akhirat. :')

SO, awak awak sekalian. JOM belajar Lillahi Ta'ala. Jangan mengeluh. Jangan sekalipun biar diri rasa tertekan. Kerana memang itulah kemampuan kita yang Allah dah tentukan. dan percayalah, segalanyaa ada hikmah. Saya berdoa, semoga orang-orang yang saya kenal, adik-adik saya semua berjaya dunia dan akhirat. Ameenn ^_______^


credit to tumblr

And finally, Gudlak EXAM untuk beberapa minggu je lagi. 
BITTAUFIQ WANNAJAH.

P/s: Lepas ini kalau dengar saya mengeluh, tampar je. tapi tampar bahu je tau. muka taknak! *geleng-geleng*

Sunday, February 24, 2013

Review 'SMART HEART' book

Assalamualaikum w.b.t

credit lukisan (belah kanan) to TEHA :)

alhamdulillah masih diberi peluang lagi untuk menulis sesuatu dan semoga 'sesuatu' itu akan membawa suatu makna di dalam kehidupan. hari ini, sudah masuk hari ke-enam bagi permulaan semester ke-enam saya, dan selama enam hari ini juga, banyak benda yang berlaku. saya mempelajari 'sesuatu'. Allah beri saya peluang untuk mempraktikkan 'SMART HEART' di dalam kehidupan dan in sha Allah saya akan membincangkan kesemuanya di dalam entry ini. semoga bermanfaat :)

Saya sangat suka beli buku. Beli dan buat koleksi. Kadang-kadang setiap buku yang saya beli itu, hanya dibaca separuh atau part-part yang saya rasa ada kena mengena dengan diri dan keadaan saya masa itu. Di saat diri rasa 'down' atau perlukan sesuatu ilmu bagi mempertingkatkan diri, saya akan menyelak kembali koleksi-koleksi buku yang berkenaan dan secara tidak langsung, memberi suatu motivasi buat diri saya. In sha Allah, ini adalah salah satu langkah yang boleh dilakukan agar aura positif dalam diri kita akan terserlah sehingga mampu memberi aura kepada orang disekeliling. Namun pada awal cuti semester yang lalu, saya dapat rasakan HATI ketika itu sedang parah. SAKIT lantaran terlampau memikirkan kelemahan dan kekurangan diri serta takut akan kemungkinan penyakit HATI yang hadir. Pada ketika itu, saya sentiasa memperingatkan pada diri, kembali pada ALLAH, perbaiki hubungan dengan Allah, dengan manusia dan bersyukur dengan setiap kurniaanNya. Mencari jawapan bagi 'sesuatu'. Alhamdulillah Allah tidak pernah mengecewakan permintaan hambaNya, dengan memberi satu detikan di hati untuk memiliki buku ini, 'SMART HEART' oleh Rusdin S. Rauf.


Hebatnya buku ini apabila penulis membincangkan langkah-langkah bagi melembutkan hati dari segala ASPEK. Tapi sebelum itu, mari kita lihat dulu klasifikasi Hati oleh Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah di dalam bukunya yang berjudul Thibb al-Qulub. Menurut beliau, ada tiga keadaan hati manusia iaitu;

Hati yang Sihat@Lembut
  • Bebas daripada seluruh keinginan melanggar larangan Allah
  • Bebas daripada perbuatan menghukum dgn hukuman yang tidak berasal drpd Nabi Muhamad
  • Cinta kepada Allah
  • Tidak menduakan perasaan takut, harapan, tawakkal kepada Allah
  • Bebas daripada syirik, menjaga perasaan kehambaannya kpd Allah
  • optimis menjalani kehidupan, selalu merasa keindahan, tidak pernah mengeluh dan bersyukur pada Allah
Hati yang Mati@Keras
  • Tidak mengenal Tuhannya, tidak meyembah Tuhannya seperti yang diperintahkan
  • Selalu menurut hawa nafsu dan kesenangannnya
  • Hawa nafsunya lebih dicintai daripada Tuhannya
P/s: Hati yang mati akan semakin mengeras jika tidak dilembutkan bahkan lebih keras daripada batu.

Hati yang Sakit
  • ada dua sisi; yang pertama, memiliki perasaan cinta dan percaya kepada Allah, menyandarkan segala urusan hanya kepadaNya dan mengharapkan pertolonganNya. Yang kedua, ada juga perasaan cinta mendalam kepada hawa nafsunya.
  • sering terumbang-ambing
  • Kesimpulan Ibnu Qayyim, "...antara kedua-duanya, hati akan memenuhi ajakan yang pintunya lebih dekat kepada Allah, iaitu bergantung kepada tahap kesedaran manusia itu."

Jadi, bagaimana? Sudah tahu dimanakah letaknya Hati anda? Alangkah baiknya jika kita tergolong diantara Hati yang Sihat@Lembut, tapi jika sebaliknya bagaimana? Seharusnya kita sedar dan ambil LANGKAH seterusnya bagi melembutkan kembali Hati yang semakin mengeras atau semakin jauh daripadaNya.


Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa perlu kita MELEMBUTKAN HATI
  1. Memahami kekuasaan Allah
  2. Mudah bersyukur
  3. Menjemput hidayah
  4. Menuju kebahagiaan
  5. Magnet kebahagiaan untuk orang lain
"Hati dapat diibaratkan sebagai rumah itu sendiri. Ia dikelilingi tembok dan dilindungi dgn gerbang atau pintu yang terkunci. Hanya ahli keluarga atau tetamu undangan yang boleh memasukinya. Hati yang lebih dalam adalah kamar terkunci yang menyimpan harta pusaka yang berharga milik keluarga. Hanya segelintir orang yg memiliki kuncinya." -Muhammad Wahyuni Nafis
P/s: 'kunci' itu yang memberi kebahagiaan dalam hidup anda :)

OK, proses melembutkan Hati melalui beberapa ASPEK Multiple Intelligence, antaranya:
  • Kecerdasan Emosi
  • Kecerdasan Spiritual
  • Kecerdasan Sosial
  • Kecerdasan Linguistik
  • Kecerdasan Visual
  • Kecerdasan Muzikal
  • Kecerdasan Fizikal
  • Kecerdasan Logik-Matematik


Saya cuba meringkaskannya dalam bentuk 'mind map' agar senang dilihat dan difahami. Tapi ada tiga jenis kecerdasan yang tercicir iaitu Kecerdasan Visual, Muzikal dan Logik-Matematik. Usah khuatir, saya akan cuba menerangkan sedikit tentang kecerdasan-kecerdasan yang tercicir itu.

Kecerdasan Visual
-melihat ayat-ayat Allah (Al-Quran) dengan mata hati.

Kecerdasan ini dapat ditingkatkan dengan melihat serta membayangkan janji-janji Allah terhadap orang-orang yang beriman, seperti dalam firmanNya;
"(Iaitu) pada hari semasa kamu melihat orang mukmin lelaki dan perempuan, sedang cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, (dikatakan kepada mereka), 'Pada hari ini ada berita gembira untukmu, (iaitu) syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, yang kamu kekal di dalamnya. Itulah keuntungan yang besar." [Al-Hadid, ayat12]
-menjaga mata & hati
Rujuk Surah Al-A'raf ayat 179. Indera penglihatan haruslah dimanfaatkan dengan melihat bukti-bukti kekuasaan Allah, memperbanyakkan bacaan ayat Al-Quran, melihat sesuatu buat menambah ilmu dan iman, menonton kisah-kisah penuh keimanan, membaca buku-buku pembangkit iman, motivasi dan perkembangan diri.

Kecerdasan Muzikal
-pilihlah muzik pelembut hati

Di dalam buku '40 Seni Hidup Bahagia' oleh Prof. Nasruddin Umar, M.A, beberapa jenis muzik yg dapat dipertimbangkan adalah;
  1. Muzik @ bunyi-bunyi yang diperkenankan ketika peperangan. Ini adalah untuk memberikan semangat juang, semangat bekerja dll.
  2. Nyanyian sendu. Nyanyian syahdu yang dibenarkan adalah nyanyian yg menggugah pendengarnya sehingga tergerak untuk bertaubat atas dosa-dosa yang lalu
  3. Nyanyian gembira. Cth: semasa penghijrahan Rasulullah ke Madinah, baginda disambut dengan nyanyian-nyanyian dan muzik yang menyanjung kedatangannya.
-Lakukan Ingatan fonografik: dapat meningkatkan kemampuan daya ingatan

Caranya:
Duduk di kerusi yang selesa sambil memejamkan mata.
Bernafas perlahan selama satu @ dua minit
Bersihkan fikiran daripada fikiran kacau
Timbulkan gambaran-gambaran ini dalam fikiran & telinga anda.
  • Bunyi hujan jatuh di atas atap
  • Bunyi cengkerik
  • Bunyi loceng angin
  • Bunyi air terjun
  • Kicauan burung kesukaan anda
-Membaca Al-Quran dengan suara & alunan yang indah. namun haruslah dibaca dengan memperhatikan hukum-hukum bacaan, panjang atau pendeknya, pengucapan huruf yang betul dan dengan tajwid yang betul. Dalam firmanNya,
"Bacalah al-Quran dengan perlahan-lahan (dengan tartil)" [Al-Muzammil, ayat4]
-Hayati laungan azan & menjawabnya.
-Atur kelantangan suara

Kecerdasan Logik-Matematik
lebih kepada mencari sebab, akibat dan jalan penyelesaiannya.

-Diagram Ishikawa: Letakkan masalah di bahagian kepala dan letakkan faktor-faktor di bahagian tulang-tulangnya.


P/s: proses memperbaiki diri dan melembutkan hati menjadi lebih mudah apabila mengetahui penyebab hati menjadi keras.

-Analisis SWOT: mengenal pasti masalah dan mencari jalan penyelesaian.


Contoh:
Kekuatan: Sabar, tawakkal, bersyukur, dan tawaduk
Kelemahan: Riak, Sombong
Peluang: Menyedari hati yang mati, bertaubat sungguh-sungguh, berzikir, amalan sunat
Ancaman

Kata Ibnu Qayyim, ada 5 perkara yang merosakkan hati.
  • Pergaulan yang tidak manfaat
  • Angan-angan yang berpanjangan
  • Bergantung pada selain Allah
  • Perut yang kenyang
  • Banyak tidur

Penyelesaian bagi menyembuhkan Hati:
-Penilaian diri sendiri
-Meninggalkan perbuatan sia-sia
-Hidupkan inovasi jiwa: sesekali cuba ubah kegiatan hidup. Cth, jika selama ini solat di rumah, cubalah solat di masjid
-Menjaga keharmonian persekitaran

Alhamdulillah selesailah sudah perkongsian saya. Saya sudahi dengan penyelesaian bagi merangkumi segalanya melalui lagu 'Obat Hati' by Opick ;)


"Sesungguhnya di dalam tubuh ini ada segumpal daging. Apabila ia baik, baik jugalah seluruh tubuh. Dan apabila ia rosak, seluruh tubuh juga rosak. Ketahuilah, segumpal daging itu adalah hati."


Friday, January 18, 2013

How To Make Kek Batik in Small Rice Cooker?

Assalamualaikum

FYI, as student, we're spend most our time in college compared to our home, right? Hmm bila kita dah duduk kolej berbulan-bulan lamanya, pernah tak sesekali rasa yang skill memasak tu akan hilang? Lagi2 bagi siapa yang tak berapa nak terer masak macam saya ini. Lagi2 kolej kediaman yang tak ada sedia langsung dapur atau kemudahan untuk memasak. Pastu, syhhh ada juga student yang liat tak nak ikut peraturan ini. Peraturan apa? Orang dah kata, tak boleh bawa rice cooker, toaster, periuk, kuali or anything peralatan memasak tapi ada jugaaaa student yang degil nak bawa. Sebab depa rasa harga makanan terlampau mahal so berdikari nak masak sendiri. Ada pula yang nak asah skill memasak. Ada pula yang terlampau rajin nak memasak untuk roomatenya yang tercinta. Jadi, apa pandangan anda? Is it reasonable? Siapa agaknya yang bersalah dalam hal ini? OK let me think? Student OR Pihak Pentadbiran? #Listen #Think #Let me Speak ;D

Ceq biar hangpa pikiaq naaa pastu jawab sendiri dalam hati. Mahasiswa berhak menentukan hala tujunya tapi ingat bahawasanya bantah bantah jugak, tapi please consider others. It's about comparing between pro's and con's from an issue. (Kenapa macam ada bau-bau isu #Listen #Listen #Listen). 

Back to the topic, actually on 27/12/2012, me and my sahabat having a greattt plan for one of our sahabat and my sahabat's roomate. To make their birthday party and kenduri doa selamat gittew, we make it a little bit different. Dah bosan rasanya just order kek kat kedai bawah pastu beli jajan2. So kali ini kitaorang masak sendiri! Yeah! Buat ala-ala simple-simple jak. (TO BE SECRET: Pinjam rice cooker classmate :P)

bahan-bahan

tadaaa! koktail, spaghetti, kek batik :)

Since I'm being in charge on Kek Batik, so I want to share laah. Even mesti ramai dah tahu macammana nak buatkan? Tapi I make it sounds unique which means in 'Small Rice Cooker'. Haaa pernah tak buat? Haha. (Ini namanya memang saja nak hupdate blog)

First of all,

HEAT UP RICE COOKER FOR 5 MINUTES
(maybe, because it's only small pot!)

Secondly,



Thirdly,

POUR HALF OF CONDENSED MILK  

maaf terbalik

Forth,

PUT HALF VICO (BOYCOTT NESTLE MILO!)

terbalik lagi

P/s: Can add an egg in this part and stir it continuously to make there are no accumulate white egg. Ok?

Lastly,

PUT ALL OF MARIE BISCUITS 


Tadaaa,

terpaksa teleng kepala nak tengok :D

Sebenarnya hari itu terbuat dua versi tau. Yang bekas kuning tuh tanpa telur so dia rapuh sikit. To make it more softer, saya add telur sebiji, so itu yang ada kat dalam bekas biru (Please refer image above k ;)) 

Selamat mencuba!


Wednesday, January 16, 2013

Program & aku

Assalamualaikum.

Dah dua hari aku 'MERDEKA' dari final exam. Dan dah satu hari setengah aku bersendiri. Yelah, semua dah balik. Sahabat-sahabat semua dah balik. Rakan-rakan sekelas kebanyakkannya balik semalam, petang tadi dan in sha Allah malam ni. AKU? Aku balik minggu depan. lalala. Sanggup stay demi program hujung minggu ini dan minggu depan. Alahai cik anis, kenapa lahhh rajin sangat nak pergi program time cuti2 cenggini? Orang semua dah release tension kat rumah. Kau? hehe, (sengih2). Aku memang sukaa! =.=

Blog aku, mmg banyak cerita pasal program. kekadang itu ada yg xsempat pun nak selit sebab ada yg dah terlampau basi so malas nak ungkit2, ada yang xperlu diceritakan dan ada yang bergantung pada mood ketika itu. kalau rajin habis semua nak update, kalu tak memang tak dann dan takkan update lah kan? hewhew. 

Ok, let we talk about the definition of 'Programme' from my perspective and what I gain from there? Sebenarnya tujuan utama aku melibatkan diri dalam sesebuah program adalah untuk membentuk peribadi diri, sekaligus cuba melihat sesuatu dari sudut perspektif yang berbeza serta mencungkil bakat-bakat terpendam bagi persediaan masa hadapan. Mungkin ada sesetengah program yang pernah aku libatkan diri, tidak langsung memberi sebarang benefit ataupun perubahan ke arah kebaikan malahan menjerumuskan aku ke arah sesuatu yang kurang baik. Contoh? Pergaulan. But nevermind, i take it as a challenges. Muhasabah diri kembali. Kekadang sesuatu yang kita lakukan dan kita sesali, kemudian kita perbaiki lebih berkesan daripada sesuatu yang kita hanya kenali melalui teori. 

Sometimes, orang lebih rela utk ambil terus program yang berimpak tinggi, so kesannya lebih terimpak pada diri. And sometimes, orang like me pula suka ambil program yang ala ala santai so kesannya pada diri tak sebesar impaknya dibandingkan dengan program high impact tadi. Bergantung pada diri masing-masing. Setiap org ada cara mereka tersendiri, dan setiap orang melalui cara yang berbeza untuk mencapai kematangan diri. Seiring dengan dunia yang Allah cipta untuk kita terokai dan cuba melihat intipati yang berada didalamnya. subhanAllah. And one more, satu perkara yang saya pegang, kesibukan bermanfaat akan menghindarkan kita daripada sesuatu yang melalaikan. Tapi jangan lupa untuk memberi diri rehat secukupnya. Kita pelajar ditugaskan untuk belajar demi ummah. Yang lain hanya sampingan yang dapat memberi bekalan suatu hari nanti in sha Allah :)

So a few programs before final exam aritu, saya rasa nak selit gak dalam ini. Haha. Tak kira! Tiga minggu berturut-turut, hujung minggu saya disajikan dengan kem-kem in sha Allah bermanfaat. ngehngeh. 

1-2 Dis 2012 

"MyCamp Sister: Empowering Identity", oleh Pembina UIA

Peserta: Muslimah sahaja. Terdiri daripada pelajar UMP & pelajar KKM, dan ada dua org pelajar Maktab Perguruan cawangan Terengganu (dah tak ingat mana)


Fokus: Menekankan tentang 10 Muwassafat Tarbiyah.

1) Ibadah yang sahih
2) Akidah yang sejahtera
3) Sihat tubuh badan
4) Berdikari
5) Melawan hawa nafsu
6) Tersusun dalam urusan
7) Bermanfaat pada orang lain
8) Akhlak yang mantap
9) Menepati masa
10) Ilmu pengetahuan yang luas

Aktiviti: Semua aktiviti mesti ada yang melibatkan beberapa muwassafat tarbiyah ini. Sebab dekat setiap last activity, dia mesti tnya, "Ok, siapa yang dpt bgthu elemen muwassafat tarbiyah apa yg ada dalam aktiviti ini?" Aktiviti yang paling xboleh lupa tu adalah aktiviti kena jungle trekking and dapat MANDI LUMPUR. Memang habis satu badan berlumpur, dari atas smpai ke bawah. sampai tertelan-telan air lumpur lagi, yerk! Haha. manisnya di pertengahan kami diperingatkan tentang Palestin. sejarah HAMAS. sejarah PALESTIN. aku tersentak dengan ayat akak ni, "Korg kata korg alert tentang Palestin, tapi sejauhmana korg ikuti sejarah dia. sejarah perjuangan, penentangan,  dan penindasan PALESTIN. marilah kita bermuhasabah." ya Allah, aku rasa ilmu itu tak smpai 10% pun ada dekat kepala otak ni. Astaghfirullah. Dan akak tu teruskan, "Bayangkan sekrg ini situasi kita berada di Palestin. Jangan mengeluh tetapi teruskan." Wah, memberi semangat gitteww untuk terus bermandi lumpur. Bagi aku, bila lagi nak merasa pengalaman macam ni kan? Kalau nak suruh pergi untuk sesuka je, mestilah taknak! Selagi kita ada peluang, ambil sebaik mungkin ;) 

sorg ber'tai chi', sorg lagi bersilat

UMP srikandi in sha Allah ;D

with adik KKM

Actually, minggu tu agak busy jugak la sebab MPP UMP telah melancarkan satu kempen untuk 'Palestin'. Buat demo, ceramah, kutipan derma dan sebagainya. So as CHEST adalah salah sebuah organisasi fakulti, kami ambil bahagian di dalam pementasan teater. Selepas latihan untuk beberapa malam sebelumnya, malam 2hb adalah malam kemuncak iaitu malam penutup di mana kami akan membuat satu persembahan teater. Alhamdulillah everything going smoothly and excellent. Allah permudahkan ;')

hasil kain rentang kami buat smpai pkul 2am =.=

malam pementasan teater

7-9 Dis 2012

"Kem Pemantapan CHEST sesi 2012/13"

Peserta: Mantan CHEST 11/12 dan MT & exco terbaru sesi 2011/12
Fokus: Membincangkan tentang program yang akan dijalankan sepanjang tahun 2013 serta membaikpulih kelemahan-kelemahan program yang lepas.
Aktiviti: Pembentangan oleh pensyarah, mantan dan sesi sekarang ;)

us :)

#Gambar lain kena download dari sharing. Namun apakan daya, tuan punya sharing tu dah balik so xdapat la nak download. 

14-15 Dis 2012

Program ini xda nama khusus sebab dia ala-ala santai je. Kiranya kami panggil mad'u2 yang tak sempat nak habiskan pembentangan dan go through je pembentangan sekaligus. 
Peserta: Adik-adik
Fokus: Memahamkan tujuan dan fikrah berada di dalam jemaah ini.

Saya selaku AJK pengangkutan dan membantu AJK makanan. Mengangkut adik-adik guna kereta sewa dari UMP ke homestay sekitar Kuantan juga. pastu tukar dengan kereta Kak Mar hehe. Mula-mula tu mereka ingat nak order je makanan tapi memandangkan dapat homestay dan ada dapur semua bagai so kami decided, OK better masak sendiri lah kan hewhew. Petang tu terus busy beli bahan-bahan dekat 'Tunas Manja' untuk sarapan dan makan tengahari :) Menjadi penolong kepada AJK makanan ni mmbuatkan saya tak dapat nak take part sangat dalam aktiviti mereka. But nvm, saya harap Allah mengira ini sebagai salah satu usaha saya menanam sesuatu bagi tuaian di akhirat sana in sha Allah ;')

Cak cakk cakk!

ha! menu tomyam dan telur goreng. 1st time masak kt sini u'olls :D

kak Mar & afaf comey :)

mereka :)

End of the story