Assalamualaikum w.b.t,
Kita berjumpa lagi. Pheww ! Ok, saya nak sambung balik part yang tergantung dalam entry semalam. Perkongsian tentang akidah, ibadah dan akhlak serta perkongsian dari ustaz2 yang awesome :) InsyaAllah yang masih segar dalam ingatan akan saya kongsikan, that's why la kena share cepat2 takut luput nanti lagi susah bha :D
google image
Ini adalah yang pertama sekali yang saya ingat dan akan ingat sampai bila-bila. Di dalam kem ini, terlalu banyak menyentuh tentang aqidah. 1st KD (Kuliah Dasar): Aqidah. Kuliah subuh: Aqidah. sehingga ke akhirnya masih menyentuh tentang aqidah. Kerana apa? aqidah adalah asas kepada segala-galanya.
AQIDAH didefinisikan sebagai satu simpulan, ikatan yang kuat dan kukuh kepada Tuhannya. Dengan kata lainnya, kepercayaan kepada Allah yang tidak berbelah bahagi. Di sini saya telah diberi satu situasi oleh kak Mahira. Seandainya suatu saat kita semua tidak ditentukan dengan apa-apa agama sekalipun bahkan tidak mengenali satu apa pun agama dengan mendalam. Kita dikumpul dan dibentangkan dengan pelbagai agama di hadapan kita serta kita diberi pilihan. Bahawa agama yang manakah akan kita pilih? Tanya pada diri anda. Sejauhmana anda kenal Islam dan anda dengan yakinnya akan memilih ISLAM sbg agama anda? Bagaimana? Letak situasi tersebut dan bayangkan? Agama apa yg anda akan pilih? Jika anda yakin anda pilih Islam, maka anda sudah kenal Islam sepenuhnya InsyaALLAH dan aqidah anda sudah kuat dan takkan goyah. :') Sejujurnya saya terkedu bila diberi situasi sebegini dan saya tak malu untuk mengakui bahawa saya masih jahil=BODOH dengan agama ALLAH ini. saya masih jahil tapi saya mencari. dan Allah tolong saya. :') saya bersyukur kerana dilahirkan dalam Islam dan anda juga seharusnya begitu. Harus.
AQIDAH juga diibaratkan sebagai akar pokok. yang akan mencengkam agar pokok tersebut tidak jatuh. Kemudian diperkukuhkan dengan batangnya, perlahan-lahan mencambahkan ranting-ranting pokok dan membuahkan hasilnya (buah yang ranum). Dari kepercayaan yang utuh pada Allah, seterusnya ditambah dengan amalan-amalan wajib serta sunat akan membuahkan akhlak yang baik :) Hebatkan? Sampai begitu sekali Allah menciptakan sesuatu untuk menjadi renungan buat kita. Renung-renungkan.
Oh ya ! ada satu slot itu, setelah trang tung tang ustaz Bunyamin membebel kat depan, hehe pastu dia suruh senaraikan perbuatan2 yang membatalkan aqidah. Kalau anda sudah faham tentang aqidah, ok sila senaraikan skrg.
Ok sudahkah? ;) Sudahla bha kan? Saya pun sudah. jom sama2 tunjuk.
copyright @ group 1, :D
you guess la, betul ke senarai yang kami buat ini? Erm erm. Sebenarnya yang bernombor 2,3 dan 5 sahaja yang tepat. 1 dan 4 itu dikira FASIQ iaitu akur terhadap hukum WAJIB menutup aurat, menunaikan solat tapi tidak dilaksanakan. Tapi AWAS ! Ia boleh terbatal aqidah bila anda terdetik atau terfikir untuk tidak mempercayai hukum dan balasan terhadap sesuatu yang WAJIB dilaksanakan. Contohnya, girl tidak menutup aurat, dengan angkuhnya berkata, "Siapa bilang kita kena tutup aurat? Itu kan kebebasan kita." Ayat ini pun sudah membatalkan aqidah girl tadi dan dia kena mengucapkan syahadah kembali untuk mengembalikan dia pada Islam. Ya laa, Allah dalam firmannya:
"....dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara-saudara perempuan mereka, atau para perempuan (sesama Islam) mereka, atau hamba sahaya yang mereka miliki, atau para pelayan laki-laki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan), atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan...."
(An-Nisa: ayat 31)
Kadang-kadang kan kita takkan sedar bila kita akan terbatal aqidah. sebagai contoh, ingat tak lagu 'keranamu Malaysia'? cuba nyanyi sikit.
Keranamu kami mendakap tuah
Keranamu kami bangsa berjaya
Keranamu kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran negara
Keranamu negara MALAYSIA
Bukan nak kata bila nyanyi lagu ni secara automatik aqidah kita akan terbatal tapi takut sahaja bila kita betul2 bermaksud kerana negara Malaysia semua itu terjadi. Apepun berbalik pada pencipta kita yakni ALLAH. Allah jua lah yang membenarkan semua itu berlaku. selain itu, apabila kita terlalu memuja seseorang contohnya artis sampai segalanya tentang dia kita mahu mengambil tahu. itu pun dibimbangi akidah kita akan terbatal. Kerana apa? Kerana kita telah meletakkan sesuatu lebih dari Allah. dan sebenarnya banyak lagi contoh yang dapat diketengahkan. Jadi berwaspadalah ! Jadikan ianya peringatan buat kita bersama. Langkah terbaik mengucapkan dua kalimah syahadah sebelum tidur untuk memperbaharui aqidah kita. Manalah tahu dalam tidak sedar hari ini kita telah melakukan sesuatu atau mengucapkan sesuatu yang boleh membatalkan aqidah kita :)
Lagu tema Himpun (Selamatkan Aqidah) dengan lirik. ^^
InsyaAllah will be continue..


No comments:
Post a Comment