Friday, July 20, 2012

Part 2: Syurga HEBAT. Neraka MUSIBAH.


Assalamualaikum w.b.t, 

yah alhamdulillah3x. rasanya mau sahaja ku kongsikan kegembiraanku ini kpada semua. Segala puji bagi Allah telah memberi aku result yang lebih baik pada sem ini walaupun aku rasa sem ini adalah yang paling teruk sekali. Mungkin ini adalah permulaan bagiku untuk berusaha lebih bersungguh lagi bagi mencapai dekan. OHYEAH insyaAllah ^___^

Meh meh aku kongsi kegembiraanku.

Rezeki Ramadhan kali kan ?

Happy blessed Ramadhan Days !

Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita semua.
Kerana Allah sudah sampaikan 'ganjaran' buat kita sekali lagi.
Peluang.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda: Sesiapa yang mendirikan sembahyang (TARAWIH) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu.

 Mari sambung janji saya :)

Kehebatan di Syurga.Musibah di Neraka. Allahurabbi.

Ustaz aritu kata, jika aqidah kita berada di landasan yang benar. maka kita akan yakin dengan rukun iman. beriman dengan 6 rukun iman. Antaranya beriman pada Hari Akhirat. Akhirat adalah dunia yang abadi. Di sana kita tidak diberi pilihan bahkan kita yang dipilihkan. sama ada SYURGA atau NERAKA. tiada yang diletakkan di tengah-tengah, antara syurga dan neraka. semuanya bergantung bagaimana amalan kita di dunia sementara. 

"Kamu ingat senang kah maw dapat syurga itu? Syurga itu adalah tempat kerehatan. Tempat di mana tempat orang-orang yang berhempas pulas bersusah payah di dunia. jadi kamu fikir, sudahkah kamu bersusah payah menegakkan agama Allah di muka bumi ini?" GULP ! 

Sudahkah? sudahkah?

Berlegar bha di fikiranku.

"Atau kamu sudah pasrah? Biarlah ku duduk dulu sebentar di neraka. Barulah kemudian aku masuk ke syurga. kan best bha gitu dua2 di rasakan. Begitu?" GULP!

"Tahukah kamu bahawa panas di dunia itu hanya lah panas sedikit sahaja berbanding panas api neraka. Panas di dunia adalah panas yang paling sejuk di neraka. Maw kah kamu aku ceritakan bagaimana dunia ini mendapat haba panas?"

Alkisahnya Adam ketika itu diturunkan ke dunia. Namun dunia ketika itu sangat gelap. Kemudian Allah perintahkan malaikat Jibrail untuk mengambil api dari neraka untuk dibawa bagi menerangi dunia yang gelap. Apabila Jibrail berjumpa dengan malaikat Malik, penjaga pintu neraka meminta izin untuk mengambil sedikit api dari neraka, 

bahkan Malik berkata, 
"Sebanyak mana yang kamu perlukan? sedikit sahaja pun sudah tentu dapat menerangi dunia itu yang gelap itu."

Jibrail," cukuplah kalau aku mendapatkan abunya?" 

Malik,"silakan kamu."

Kemudian Jibrail mengambil abunya dan membawanya ke dunia. Ketahuilah anda sekalian, abunya sahaja sudah dapat mencairkan gunung yang ketika itu Jibrail meletakkan abu tersebut di puncak gunung.

Kemudian Jibrail kembali bertemu Malik,"Bagaimana ini Malik? bagaimana harus ku ambil lagi?"

Malik berkata,"ambil lah sisa2nya sahaja." (kecilnya seperti microb yang perlu dilihat mggunakan microscope tu)

Maka bayangkan sahajalah betapa panasnya api neraka berganda-ganda kalinya dari panas api di dunia. Wallahualam. #Versi cerita ini mungkin terubah sedikit akibat dari memori yg disimpan, namun masih menyampaikan maksud yang sama#

"Dan maw kah kamu tahu bahawa syurga itu adalah sangat HEBAT ! apa sahaja yang kamu fikir malah terdetik di hati kamu terus sahaja Allah tunaikan, SubhanAllah. hebatkan ! Suasana di syurga adalah melangkaui jangkaan kamu. Kamu nda punya dapat bayangkan langsung dengan logik akal bagaimana kah keadaan kamu di sana nanti. Bagi yang lelaki, seorang sahaja sudah Allah berikan untuk dikelilingi 20 orang daripada bidadari syurga.  SubhanAllah. Maw kah kamu tahu bagaimana rupa bidadari syurga itu?

Ketahui lah kamu ada di dalam riwayat hadis mengatakan bahawa, sejengkal ibu jari bidadari sahaja diturunkan @ dinampakkan ke dunia, nescaya pengsan lah pemuda-pemuda yang berada di dunia ini. Yang lainnya pula, seandainya seorang pemuda dimasukkan ke syurga dan melihat bidadari syurga kemudian dihantar kembali ke dunia, percayalah pemuda itu akan muntah-muntah melihat kejelekan perempuan2 di dunia ini dan begitulah sebaliknya."

“Pada Hari Kiamat dibawa seorang penduduk dunia paling nikmat kehidupannya yang menjadi orang ahli neraka. Dia dicelup ke dalam neraka satu celupan sahaja, kemudian dia ditanya: “Wahai anak Adam, pernah engkau melihat kesenangan? Pernah engkau mendapat kenikmatan? Jawabnya: “Tidak! Demi Allah, wahai Tuhanku!”.Lalu dibawa seorang penduduk dunia yang paling derita kehidupannya yang menjadi ahli syurga. Dia dicelup ke dalam syurga dengan satu celupan sahaja, kemudian dia ditanya: “Wahai anak Adam, pernahkah engkau melihat penderitaan? Pernahkah engkau mengalami kesusahan? Jawabnya: “Tidak! Demi Allah, wahai Tuhanku!. Aku tidak pernah melihat penderitaan. Aku tidak pernah mengalami kesusahan”. (Riwayat Muslim).
Ya, syurga melupakan kita kepada segala derita dunia, sementara neraka melupakan kita kepada segala kenikmatan dunia.

Moga kita menjadi penghuni syurga, ameen.
Ambil peluang sebanyak-banyak yang kamu mampu di bulan penuh barakah ini


dan...

Beginilah perkongsian saya yang tidak seberapa. Semoga bermanfaat :)

Selamat menunaikan ibadah puasa esok hari dan seterusnya :)


No comments: