Assalamualaikum :)
Kadang-kadang kita takkan terfikir bagaimana Allah akan datangkan sesuatu buat kita perbaiki diri. Jangan pernah 'miss' untuk sentiasa berdoa pada Allah agar kita tidak pernah sunyi dari menerima petunjuk dan hidayahNya. Ya laa, kita kan manusia biasa yang mempunyai kelemahan masing-masing. Iman itu ada turun naiknya. Di kala ianya naik, Alhamdulillah segalanya kita jaga dan kita sedar ianya salah tetapi di kala ianya turun, bagaimana pula? Kita akan terus hanyut dengan keseronokan di atas kelalaian kita. Benda yang salah pun, kita akan terfikir satu 'excuse' yang tetap membenarkan yang salah. Di situlah perlunya kita perbetulkan kembali di mana sepatutnya iman kita :) Sedar ataupun tidak, kita perlukan sesuatu untuk menggerakkan kita agar kita sedar di saat kita semakin lalai. Tidak kira lah dengan apa cara sekalipun, itulah yang terbaik untuk Allah datangkan pada kita. Aku doa agar aku dapat teruskan niat untuk begini utk jadi begitu tapi Allah datangkan yang lebih baik dari itu. SubhanAllah. Mukaddimah PLEASE ! {begini dan begitu is a secret between me and Him ;')}
Heehe. Actually nak share story sikit. Sorry if I steal time from yours but still you can spare your times here :) Story tentang KRIS'12 (Kem Remaja Islam 2012) yang telah diadakan di SMK Elopura 2, Sandakan pada 13-15 Julai 2012 bersamaan 23-25 Syaaban 1433. Detik tiga hari ber'kem adalah detik paling berharga yang tidak mungkin dapat dilupakan. Why? Sebab aku dapat rasakan dalam setiap tindakan aku ditegur terus menusuk ke dalam kalbu. Walaupun ianya dituju kepada adik-adik tapi kakak-kakak terasa juga tau ! :D Kem ini adalah lain daripada lain yang pernah aku alami sendiri. Kem ini merupakan kem ibadah yang pertama kalinya aku menjadi FASILITATOR. Bayangkan apabila kita dipertanggungjawabkan untuk menjadi seorang fasi, di situ ilmu agama yang kita miliki akan teruji. Setakat banyak mana ilmu agama yang dapat di sharing bersama adik-adik? Di situ jua la ku tahu di mana kemampuanku. Tak sama ya adik-adik kakak-kakak sekalian apabila kita trang tung tang di medan sosial dengan apabila kita praktikkan sama ada melalui perbuatan atau percakapan.
Dalam firman Allah S.W.T:
"Wahai orang-orang yang beriman ! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak kerjakan? {2} (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan {3} [As-Saff: ayat2-3]
Ayat ini diulang berkali-kali agar mejadi peringatan buat orang-orang yang beriman, menyatakan sesuatu yang tidak dikerjakannya. Nauzubillah min zalik. minta dijauhkan kerana telah dinyatakan bahawa ianya mengundang kebencian Allah. Sungguh ! Kemudian aku berjumpa dengan adik-adik fasi yang sungguh awesome ! :) Ain, Hadeeja, Ayu, Zu, Su, Wani 1, Wani 2, Tini, Kak Tia, Nur, Kina dan Jue. Mereka-mereka ini banyak memberi aku ilmu yang tidak aku ketahui. Erm terima kasih kalian. Gonna miss all of you. Saya doa moga kita akan dipertemukan di dalam satu pertemuan, ameen :)
Dari program ini, aku kenal dengan kelab ANAS (anak-anak Sandakan) yang baru ditubuhkan akhir tahun lepas. adik-adik awesome tadi bawah kelab ni laah. Mereka telah dilatih untuk menjadi fasi dan pernah melalui sendiri pengalaman kem seperti ini. tapi untuk orang seperti aku ini, ermm aku adalah fasi celup, hehe. Actually, umi suruh join program ini memandangkan dianjurkan oleh Persatuan Agama Islam di sekolah umi dengan kerjasama PSS (Persatuan Siswazah Sabah) dan kelab ANAS. so aku memang suka memandangkan dapat isi masa lapang, tambah pengalaman, dan tambah kenalan. Haha. Mana la tahu satu hari nanti pengalaman-pengalaman ini dapat lebih mematangkan diriku dan dapat digunakan untuk program-program lain pula. insyaAllah kan.
Ok itu sahaja lah buat entry kali ini. Simple jee and no picture. sebab tak sempat dan habis bateri. Ini mungkin berkisar aku dan program tapi insyaAllah aku nak kupas sedikit isi-isi mantap dari penceramah-penceramah hebat sepanjang program tersebut. Ianya tentang akidah, ibadah dan akhlak serta kehebatan syurga. Stay tune !
Selamat malam. Semoga Allah merahmati anda sekalian ;)
No comments:
Post a Comment