Assalamualaikum.
Today, sekali lagi aku telah mengguris perasaan seorang tua yang mendidik dan menjaga aku dari aku berumur 13 tahun. aku tak tahu kenapa aku selalu careless dan terburu-buru dalam membuat satu tindakan. aku terima ini sebagai satu kelemahan aku, tapi seandainya kelemahan itu terpaksa mengguriskan hati dan menyusahkan orang yang aku sayangi.. ianya amat menyakitkan seluruh jiwa ragaku juga.
Maafkan aku seandainya aku terlalu kerap mengguriskan hatimu, sehinggakan kau tiada lagi daya untuk menasihati aku, tiada lagi daya untuk memarahiku dan apa yang mampu kau lakukan, hanya berlagak biasa dan meneruskan kehidupan seperti biasa. sedangkan aku tahu kau telah tolak perasaan itu jauh ke dalam sudut hatimu kerana alasannya kau juga menyayangiku. :')
Percayalah! aku tidak pernah berniat untuk melakukan semua ini kepadamu. Malah aku merasai biarlah aku berada jauh darimu. agar aku tidak lagi berperanan sebagai orang yang selalu menyusahkan dirimu. biarlah kesalahan terletak di atasku tapi bukan untuk mengguriskan hati kecilmu itu.
aku mohon yaALLAH, berilah aku peluang untuk membalas jasa mereka yang telah berjasa padaku. aku menyayangi mereka keranaMu yaALLAH. Kau telah mengurniakan mereka padaku. Aku bersyukur :) Sesungguhnya hanya Kau yang mengetahui segala-galanya. Aku percaya setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.
Malah, umi telah menyelesaikan masalah ini walaupun dia berada di kesempitan. Terima kasih yaALLAH kerana mengurniakan seorang umi sepertinya padaku. aku amat mengaguminya. Umilah satu-satunya contoh terdekat yang bakalku contohi keperibadiannya. Ketabahannya, kesabarannya, kepasrahannya, dan kebolehannya dalam melalui segala ujian dariMu. Moga umi tergolong sebagai bidadari syurga di akhirat nanti. :")
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yg dusta. (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)
Ingatlah bahawa dugaan tak pernah berhenti untuk menguji sejauhmana keimanan kita. kepasrahan kita terhadap sesuatu. Allah Maha Mengetahui tiap sesuatu dugaan yang datang menjengah ke dalam hidup seseorang. Aku percaya setiap orang, Allah pasti mengujinya dengan ujian yang pelbagai dan berbeza mengikut kemampuannya.
Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.(al-Baqarah 286)
Maafkan aku nenek, terima kasih umi :')
No comments:
Post a Comment