Saturday, April 14, 2012

1st prog: Motivasi

Assalamualaikum korang!

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, aku memulakan entry ini. Hehe. actually apa yang aku nak bagi tau ni adalah sambungan dari entry ini. nama projek kami sudahpun ditukar dengan nama yang lebih simple tapi bermakna :) 'Generasi Ibu Tunggal Unggul (G-2)'. Since kami dah dipilih oleh ALLAH untuk melakukan kerja amal ini, we all must continue it until the end. right? Walaupun kadang-kadang aku rasa sangat lemah, tak kuat nak buat semua kerja ini, tapi bila aku fikir dalam-dalam..apa lagi sumbangan yang dpt aku bagi bila menghabiskan hidup di dunia yang sementara ini? yahhh! i need to be strong enough to make my team also feel strong with me! aku perlu kuat! kuat kerana aku tahu ALLAH ada disisi aku selamanya :')

Ok readers, let we go for my story k. ikhlaskan hati dulu kalau nak baca, hehehe. sebenarnya program ni dah basi, dah lama dijalankan. sekarang baru ada peluang nak share, disebabkan kekangan masa yanggg tak menentu.:P anyway, biarlah satu hari nanti aku akan baca balik dengan rasa terharu ^^. 

PROGRAM MOTIVASI BERSAMA IBU TUNGGAL D'NASTI

Program motivasi ini berlangsung pada 16 Mac 2012, hari jumaat hari segala penghulu hari. alhamdulillah. program ini dapat dijalankan dengan lancar walaupun pada mulanya ada beberapa masalah yang timbul akibat ketidakprihatinan dan kecuaian kami sendiri.  

dalam program ini, aku merangkap ajk bawah logistik pun bersusah payah bersiap pagi-pagi pukul 7 pagi demi menjemput tetamu yang dikasihi a.k.a ibu tunggal. hehehe. tapi yang sedihnya, target ibu tunggal seramai 150 orang tak dapat, hanya 40 orang sahaja yang dapat hadir. itupun bukan semua golongan ibu tunggal, tapi kebanyakan fakir miskin. tapi xpala, moga sama2 la mereka mendapat manfaat dari motivasi ini. :) 

crowd dari ibu tunggal tak dapat, so mengharapkan dari student ja la. alih2 student yang datang pun 34 daripada 50 orang. xpala, think positive.. ini semua dugaan dari ALLAH. so program still running macam biasa.  





Program dimulakan bila sudah mendapat keberkatannya. :) Then, Dr. Omar merangkap Pengarah Pusat Keusahawanan dijemput memberi sepatah dua kata sekaligus merasmikan program ini. Terima kasih Dr. for your support :')





Started with the first slot, "Bermulanya disini....Dirimu amat berharga" by Puan Faridah merangkap kaunselor di UMP. tekun ibu-ibu tunggal mendengar dan mencatit nota. 





Kemudian bagi slot 2, kami ada perubahan sedikit kerana Dr. Omar tak dapat nak bagi talk. so untuk mengisi masa lapang, kami pun bawa ibu-ibu tunggal ni jalan-jalan sekitar UMP. (tempat yang terdekat. takut ibu-ibu itu penat pula).




Bila mereka (lelaki) pergi untuk solat jumaat, kami (perempuan) masih berada di sini (astaka UMP) untuk menemani ibu-ibu tunggal. hehe. waktu ini kami isi dengan Friday Wisdom. Penceramahnya ialah Dr. Fatmawati bt Latada merangkap pensyarah dari Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan UMP. 


and the last part of our program is, "sesi bicara hati". slot terakhir ini adalah tugas daripada pihak kami dan juga fasilitator yang terpilih untuk menemu duga ibu-ibu tunggal tersebut. bukan temuduga la, ia lebih kepada beramah mesra serta mengetahui bagaimana cara kehidupan ibu tunggal tersebut. :) 

Akhirnya, berakhir program ini dengan jayanya. YaALLAH, Kau lancarkan segalanya untuk kami ^^ Walaupun ianya kecil tapi cukup bermakna buat kami yang masih belajar menimba pengalaman. umpama budak kecil yang masih belajar untuk merangkak. dan akan terus belajar sehingga ia mampu berjalan dengan stabil. :) begitulah ibaratnya kami. Mohon ALLAH terus merestui dan mempermudahkan jalan buat kami. now waiting for the second prog ^^. teruskan doa untuk kami. amin..

O Allah, permudahkannya buat kami :')


2 comments:

pakurawan said...

Er saya rasa ada salah ejaan di atas. Generasi ibu tunggal unggul kn ?

Selamat berjuang

Anis Sakinah said...

oh ya. thanks utk teguran itu.

saya akan perbetulkan. :)

terima kasih.