Assalamualaikum :)
" Pain is unavoidable, but suffering is optional"
Sejak akhir-akhir ini, hujan tak berhenti walau seminit. Menyebabkan banjir di beberapa tempat termasuklah Sg. Lembing, iaitu lokasi untuk program kami hari ini sehinggalah ahad nanti. Tapi nak buat macam mana ^^, kita merancang, Allah jua yang menentukan. Program ini terpaksa ditunda ke sem depan (24-26/2). Gambar dekat atas itu korang tengoklah! Habis tenggelam jambatan yang menghubungkan jalan besar dengan jambatan perkampungan orang asli itu. Kesian mereka! Kita doakan semoga banjir cepat surut di kawasan-kawasan yang terlibat. (Jangan taktau, Kuantan pun banjir sekarang).
And
Today, this morning, last paper berjaya juga ku habisin. Hehe. Rasa macam tak sabar nak cium bau rumah. Nak lepak-lepak sebentar tanpa buku yang tercinta. Tapi kadang-kadang kita akan rasa bosan juak, bila mana dah selalu dikelilingi dengan buku, ditemani buku setiap masa, dan tak pernah pisah dengan buku. Bak ibarat nya, buku adalah segalanya-galanya bila di IPT. Tapi anda sedar atau tidak, bila kita gantikan 'buku' dengan sebuah 'ILMU', ternyata ilmu itu lebih berharga dari harga sebuah buku. Jadi hargailah masa kita berlegar-legar dengan ilmu. :) Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China". Di mana-mana pun, tak kisah la di dalam pusat ilmu atau di luar pusat ilmu, kita sebenarnya sentiasa mempelajari sesuatu yang baru. Hari ini, aku mempelajari tentang bagaimana nak deal atau nak bertanya menggunakan bahasa baku dengan pihak atasan. see! i take it as a learning too. :D Tapi ilmu yang tidak diamalkan sama juga kan? ibarat pokok yang tidak berbuah.
Dalam surah As-Saff ayat 2-3 ada menyebut,
"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tiak melakukannya! (2) Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya (3)"
So, muhasabah-muhasabah la sentiasa. Amalkan mana yang dapat, dan sebarkan mana yang diamalkan :) Kerana menyebarkan sesuatu yang tidak diamalkan adalah perkara yang tidak disukai oleh Allah.
Hemm, let's me think wisely before talk anything... Oh ya, apa plan cuti sebulan ini? Sebulan je pun kan.... makan tido makan tido tak terasa masa berjalan. Tapi akan terasa kebosanan melanda diri. Setuju tak dengan saya? muahaha :D Setakat ini takde sebarang plan lagi, cuma akan ada.. Just wait and see! InsyaALLAH akan ku cuba penuhi cuti ini dengan aktiviti yang 'agak' bermanfaat. :P Next week saya akan busy menguruskan pembatalan PTPTN dan sekaligus pembiayaan pinjaman Bank Rakyat. Doakan saya semoga semua dipermudahkan :)
P/s: Semua dah balik. saya meme suke ditinggalkan sengsorg kat bilik. T__T

3 comments:
Salam anis, Mai sekarang jd temporary translator buku teks SMP Biology. Ada kekosongan lg. Translate BI ke BM. 1 page anggaran RM 5- RM 10. Minat? atau nak cari penaglaman. Kalau minat, nnt Mai bg tahu.
mak saya kat kemaman pon cakap hari2 hujan lebat kat kg. sib baik banjir setakat paras betis je. huhu. risau sangat!
@iizla: hehe. nasib baik, tapi rasa banjir dah makin surut skg kan?
Post a Comment