Assalamualaikum. :)
Grrrr! Getaran dari handsetku menandakan mesej masuk. Ku buka peti inbox. "Nis, jadi tak nak study kat masjid ini?". "Jom lah. nak pergi pukul berapa ini?", balasku. Mahira," kita pergi lunch dulu lepas itu kita pergi ea". "Ok :)". Sepanjang lunch, macam-macam yang disembangkan walaupun tak sampai sehari tak berjumpa. Sehinggalah ke pintu masjid, "macam mana nak masuk ini?". Aku, "kita masuk ikut jalan ini lah, buka kasut dan angkat". Bagi mengelakkan lantai kotor, lagipun masjid kami baru siap. Cantik. Subhanaallah, rumah ALLAH di tempat kami telah di'renovate' dengan sangat sangat cantik. :)
Study. Study untuk subjek Heat Transfer. Penat jua perah otak, fikir strategi dan list objektif untuk dicapai hari ini. Alhamdulillah, secara perlahan-lahan kami gapai objektif itu untuk memahami. Tiba-tiba, makcik cleaner dengan memegang bulu ayam duduk di hadapan kami. mengajak untuk bersembang. Pada mulanya terdetik di hati aku, 'alahai, makcik jangan lah ajak sembang, kami nak study ini'. Tapi dengan rasa hormat, kami cuba melayan makcik itu dengan baik.
Dari isu kipas yang dipasang di atas tangga, isu bahagian atas masjid yang tak sepenuhnya siap lagi, sehinggalah....
Makcik: makcik ni nak, pagi sampai petang (4.30 ptg) kena kerja kat UMP ni, nanti balik rumah rehat rehat kejap, mandi pastu dalam pukul 6 kena pergi warung makanan pula sambung kerja. Ala, nak cari duit lebih sedikit.
Aku: Makcik tak penat ke? (Soalan agak kurang cerdik, -_-)
Makcik: Walaupun penat kenalah kerja bantu suami makcik. Dapat sikit-sikit pun jadilah. Dalam RM20 sehari dapat kalau kerja dekat warung itu. Kalau nak hanya bergantung pada kerja cleaner ini, gaji dibayar bulan-bulan. Gaji suami makcik pun bayar gaji bulan-bulan. Jadi bila kerja warung ini, dapat jugalah makcik duit hari-hari. :'(
Mahira: Anak makcik berapa orang? Kecik-kecik lagi ka?
Makcik: Anak makcik ada dua orang ja. Seorang 17 tahun, perempuan, seorang lagi lelaki, 12 tahun. Walaupun dah besar, tapi banyak juga pakai duit. Yang besar itu takpe lah, dah pandai cari duit sendiri. Yang laki itu, selalu minta duit. Pernah sebab nak beli handset. Sampai satu hari itu, dia desak nak juga duit RM100, duit yang kerajaan bagi. Dibuatnya duit itu untuk main calling dengan kawan dia. Asyik bergayut ja.
Makcik: Kadang-kadang bila makcik tak bagi duit, anak makcik akan cakap camni.. "Ibu ingat, saya je satu-satunya anak lelaki ibu" atau " saya je satu-satunya anak perempuan ibu"... (Sebab adik beradik mereka memang sepasang je). Bangga dapat anak sepasang tapi berupa ugutan itu yang melemahkan.....
Aku: Makcik, kalaulah anak makcik yang lelaki itu cakap macam itu, makcik cakaplah balik, "ha! dah tau satu-satunya anak lelaki, ingat! awaklah harapan keluarga". (Ceh, pandai pulak aku mengajar)....
Makcik: Haaha. Kadang-kadang makcik cakap macam itu, anak makcik akan terus terdiam.
Dan banyak lagi kami sembang. Cukup membuatkan aku rasa amat bersyukur dilahirkan sebagai aku. YA ALLAH, aku sangat bersyukur! :') #Sesetengah ayat diolah untuk pemahaman dan singkatan#
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pukul 6. Kami sebilik bercadang hendak pergi ke pasar luar dari UMP. Kak Fie dah sewakan kereta. Yay! tak payah jalan kaki. Boleh ja nak jalan kaki tapi agak jauh. apa orang kata, anak manja sangat. Huhu.
Masuk ja pasar, mata ku sudah dapat menangkap beberapa peminta sedekah dari kalangan orang tua. Hati terdetik, 'ramainya peminta sedekah? mana pergi anak mereka ini?' Seorang makcik yang berkerusi roda, seorang makcik yang bertongkat duduk di atas jalan tar dan seorang pakcik yang buta sambil berzikir, duduk di atas kerusi. Hati ini rasa sayu sangat. Siapalah yang bertanggungjawab bawa mereka ke sini? Meminta-minta belas kasihan orang ramai. Takde rasa perikemanusiaan ka! Aku tak percaya langsung kalau nak kata makcik yang berkerusi roda, pakcik yang buta itu nak datang sendiri....Lagi pula, jarak antara mereka tidaklah berapa jauh. :"(
![]() |
| Carian Google |
Aku: Kak Fie, kite nak bagi duit tapi macam takut ja. Ada agensi mana-mana ka hntar mereka ini untuk meminta sedekah?
Kak Fie: itulah. kadang-kadang mak kak fie pun tak sanggup nak bagi duit. belikan je makanan bagi kat diorang.
Kak Farah: tapi kita taktau diorang nak makan apa?
Aku: Haha. bagi jelah makanan yang lembut-lembut. sesuai sikit orang tua nak hadam. haha
Kak Farah, Sal, Kak Fie: Hahahahahahah :DD
Seorang 4-5 jenis, kumpul2 jadi banyak giler camni :p
Tau Fu Fa Coklat. Pernah rasa tak?
Laksa Kak Fie. Sangat tak sedap. Hehe. Kuah sgt cair, isi ikan tak rasa sgt.
tapi syukur lah ada mknn... :)
Kesimpulan, jika anda korek-korek apa yang berlaku dalam kehidupan seharian, insyaALLAH di situ anda akan jumpa suatu nilai yang begitu bernilai. Nilai KESYUKURAN. Moga aku dan kamu menjadi salah seorang hambaNya yang sentiasa bersyukur dengan segala apa yang kita punyai kini. :')
Moral: aku punyai seorang sahabat. :) kehidupan yang lebih baik. punyai ibubapa yang pandai mendidik dan menerapkan nilai ISLAM dalam diri ini. punyai nilai kasihan. punyai ALLAH yang sentiasa melihat diriku. :')
P/s: Mulai hari ini, aku akan cuba buat segmen 'Thank ALLAH' yang akan cuba ku paparkan kisah-kisah yang ku lalui untuk dijadikan pedoman dan juga menjadikan kita sebagai hamba yang BERSYUKUR. ^^ Moga ianya diredhai ALLAH.
Terima kasih kerana meluangkan masa anda membaca entry ini. ^_______________^




2 comments:
Alhamdulillah...dalam dirimu telah ada ciri yang umi hajatkan.teruskan untuk mencungkil bakat dan luahkan apa yang ada di dalam hati.
insyaallah. doakan yg terbaik buat anis :)
Post a Comment