Monday, January 9, 2012

Sihat apabila bersarapan pagi

Assalamualaikum dan selamat pagi! ^^,

Alhamdulillah, bersyukur sebab masih diberi peluang untuk menghirup oksigen kurniaan Allah S.W.T di pagi yang segar bugar ini. Burung-burung berkicauan menandakan burung pun pagi-pagi lagi dah pegi cari makanan. Hehe. Rabu yang dua minggu yang lepas, saya ada menghadirkan diri ke bengkel pertolongan cemas untuk persediaan Program Cakna Komuniti after final exam nanti. :) Teringat bila pengajar itu mention tentang orang yang menghidap penyakit asthma. Kalau seseorang yang dipatuk ular contohnya, tanya dulu samaada dia ada asthma atau tak. Sebab kalau orang yang menghidap penyakit asthma ini, kita kena cepat kejarkan ke hospital untuk dapatkan rawatan selanjutnya sebab takut bisa ular akan 'block' kan saluran pernafasan dia. Penyakit asthma ini ialah mereka yang menghadapi kekurangan oksigen dalam keadaan-keadaan tertentu. Bukan kekurangan oksigen je yang bahaya tau, ada juga golongan yang terlebih oksigen pun dapat membahayakan diri sendiri juga. Untuk merawat mereka yang terlebih oksigen ini, beri dia satu beg plastik untuk dia keluarkan oksigen yang terlebih itu. Jadi, apa yang saya nak simpulkan.. bersyukurlah dengan apa adanya. Oksigen itu adalah satu contoh nikmat ALLAH kepada kita, tanpa oksigen mungkin saja kita sudah tiada di atas muka bumi Allah ini.

OK, back to the point, hehe. Saya rasa mesti semua sudah tahu dan sebenarnya memang tahu pun yang SARAPAN PAGI itu sangat penting. Malangnya, ramai yang meninggalkan sarapan dengan alasan tiada selera makan pada waktu pagi atau tidak sempat kerana bangun lambat. Sebenarnya, sarapan pagi tidak perlu terlalu berat, cukup sekadar segelas susu, sekeping roti atau sedikit bijirin. Kat bawah ini antara sarapan saya,
   




OAT + COKLAT

Tapi hari ini hanya biskut kering dengan teh hijau ja. Jadilah untuk isi perut kan. 

Kenapa bila bangun tidur secara automatik kita akan berasa lapar? Apabila kita bangun daripada tidur, paras gula dalam darah adalah rendah kerana kita 'berpuasa' semalaman. Jadi, dengan pengambilan sarapan pagi yang penuh khasiat dan seimbang, ia akan membantu menyumbangkan tenaga yang cukup untuk memulakan hari anda. Sarapan pagi ibarat mengisi 'bahan bakar' bagi keperluan melakukan aktiviti sepanjang hari yang baru. Hadis yang menceritakan keutamaan bersahur secara tidak langsung menjelaskan kepentingan hal ini, " Bersahurlah kerana terdapat keberkatan dalam makanan sepanjang masa sahur". Dipetik dari buku MENGAPA RASULULLAH TIDAK PERNAH SAKIT. Puasa pun ada waktu sahurnya apatah lagi hari-hari biasa ada waktu sarapannya. :)

Banyak kelebihannya kalau kita berSARAPAN:

  1. Dapat mengurangkan berat badan ^____^
Hasil kajian yang dilakukan Amerika Syarikat mendapati wanita yang bersarapan pagi mengambil jumlah 100 kalori lebih rendah berbanding mereka yang tidak mengambil sarapan pagi. LDL iaitu kolestrol merbahaya yang lebih rendah pada saat mereka mengambil sarapan pagi. Risiko menderita Diabetes pun juga boleh menurun.


Kajian yang dijalankan Food Facts Asia dengan kerjasama empat universiti di Asia ke atas remaja berusia 10 hingga 12 tahun yang mengamalkan sarapan rata-rata jauh lebih langsing dan kurang berhadapan dengan masalah berat badan berlebihan.

    2.  Dapat menajamkan otak dan mencergaskan minda.

Ada saintis yang menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak. Kajian menunjukkan sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental. Secara ringkasnya, sarapan dikatakan memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak – lebih cergas, peka dan fokus.Ini secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk melaksanakan tugasnya, sama ada di sekolah atau di tempat kerja; walaupun hanya mengambil sarapan sekeping roti dan secawan kopi.

Kesan lebih ketara dalam kalangan kanak-kanak dan remaja yang mengambil sarapan yang kaya dengan karbohidrat kompleks ialah mereka boleh menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan menyelesaikan masalah dengan baik. Justeru, tidak hairan jika pengusaha roti dan bijirin berlumba-lumba menghasilkan produk yang diperkaya dengan pelbagai khasiat dan vitamin.

Kesimpulannya, bangun awal tak menolak rezeki, bersarapan bahkan dapat faedahnya. Hebat bukan?? Mari kita bersama aja aja fighting untuk bangun awal di pagi hari. Bila lagi nak praktikkan?? :)



[sumber]


2 comments:

izla said...

pasni taknak skip bfast dah...penting tuh!!

Anis Sakinah said...

sgt penting! jgn tinggalkan tau.
--->pesanan buat diri sendiri juga :)