Assalamualaikum semua. ^_^
Tetiba datang idea nak tulis pasal entry ni. yelah mood rajin menjelma kan? hehe update entry sambil mendengar record Dr Fadzilah Kamsah. Tika ini, beliau kata ada 15 faktor yang boleh dijadikan panduan untuk mengenal peribadi kita. nak tau apa? Let's we explore :
- Nama dan maknanya
Panggil lah nama penuh. Kerana nama itu satu doa. Analoginya, dewasa kena makan panadol 2 biji sekali makan. Kalau makan separuh, xde kesan kan? macam itu juga, kalau nama aku anis janganlah panggil nis. lebih kuranglah kan....haha nanti aku tak boleh nak jadi kawan setia :)
2. Perawakan Fizikal
Mengikut kajian, dari sudut bentuk badan, badan kurus ni.... badan sederhana ni..... berat badan mudah naik, mudah turun... banyak makan.. tak pikir panjang.. sensitif.. stamina sederhana... kuat semangat.. suara lantang.. kurang sabar.. badan gemuk ni......... kalau nak explain sehari pun tak cukup kan... haha
Kat sini banyak yang depa describe....1001 punya rahsia diri. Korg nak baca smua sehari pun xsempat tau.
Kat sini banyak yang depa describe....1001 punya rahsia diri. Korg nak baca smua sehari pun xsempat tau.
3. Tarikh Lahir
Hah, yang ini lagi banyak kajiannya! Pernah dengar tak tentang Dr. Azizan Osman? Fames sebab Review tentang 'Potensi Berdasarkan Tarikh Lahir'..... memang bagus sangat kalau dapat tahu potensi diri kita kan? So memang mostly cara paling senang sekali nak tau peribadi ialah melalui tarikh lahir.
4. Tulisan
Kita boleh mengenal peribadi kita melalui tulisan. dipanggil kaedah Grafology. meh2 kita selidik tulisan kita... jenis tulisan seperti menekan, bentuk tulisan, kecondongan tulisan, jarak tulisan, cara tulisan ekor JGYZ, dan palang T. Kita boleh mengubah cara tulisan kita untuk mengubah peribadi kita. :) boleh lah usha2 kat sini
5. Warna kegemaran
Sudah lumrah manusia akan menyukai warna-warna tertentu. Rasulullah S.A.W sendiri menggemari warna hijau, hitam, putih dan merah jambu.. macam aku, kecik-kecik dulu suka kaler biru, dah besar sikit suka hijau, sekarang nih macam minat pink dan oren pulak. hehe tapi sekarang kaler kuning penuh kontroversi ohh.... taknak komen yang itu! jom kita ambik tau.....Kenali watak melalui warna. Yang ini pun sebijik jer.
6. Urutan Dalam Keluarga
Aku anak sulung.. hehe cakap serupa bikin, cemerlang, badan besar, lebih bijak, kuat, sensitif, dominan, suka memimpin, pandai memujuk, pandai merangsang orang lain. Mengikut kajian, 21 daripada 23 angkasawan yang menjejaki bulan adalah anak sulung. Semua pelakon James Bond ni pun anak sulung. manja, mengada-ngada sikit, mudah perasan... Kerjaya sesuai bidang politik, CEO, doktor, lawyer, arkitek... wow! mane lah satu aku ye.. huhu nak tau lebih lanjut, tengok sini.....
7. Latar Belakang Keluarga
Depend pada parents kita. Bila mak lebih tegas, anak2 lebih berdisplin. Pastu persekitaran tempat tinggal kita. Samaada di kampung atau di tengah2 bandar. Kita sendiri boleh nampak perbezaannya. Sapa pandai cubalah teka :P
8. Ilmu dan Amal Ibadat
Cuba fikir, takkan sama kan perangai orang yang jaga solat dgn yang xjaga? Jadi nak membentuk peribadi yang baik ni sebenarnya tak lah susah mana. Andainya hangpa semua jaga solat, amalkan amal maaruf nahi mungkar, insyaAllah peribadi kita secara tidak langsung mudah terjaga. banyakkanlah berdoa pada Allah.
9. Peribadi Pasangan
Opps! buat masa ni aku takde lagi pasangan. :D ni lebih pada perangai suami isteri yang lengkap melengkapi. kiranya mesti ada perbezaan diantara mereka, barulah serasi bersama.. hehe ;DD
10. Peribadi Kawan Rapat
Nabi S.A.W pernah menyebut, Allah menilai kita berdasarkan siapa kawan kita. Kekadang ada gak aku pernah dengar, nak tau macammana seseorang tu, kita boleh menilai dengan siapa atau jenis kawan apa dia berkawan. Tapi janganlah terlampau cepat melatah. Kau nampak dia kawan dengan bohsia, kau pun panggil dia bohsia. Padahal dia cuba untuk mbawa kawan dia ke arah jalan yang lurus. Selidik terlebih dahulu is better la :)
11. Nilai dan Pegangan Hidup
Seumpama kepercayaan yang kita pegang. Jika kita percaya orang yang berusaha akan mendapat ganjaran, insyaAllah kita akan berusaha. Tapi seandainya kita berfikir bahawa usaha je keja, hasil pun haprak takguna jugak. Maka dengan itu, kita akan ambil sambil lewa jerr.. Ini contoh jela..
Seumpama kepercayaan yang kita pegang. Jika kita percaya orang yang berusaha akan mendapat ganjaran, insyaAllah kita akan berusaha. Tapi seandainya kita berfikir bahawa usaha je keja, hasil pun haprak takguna jugak. Maka dengan itu, kita akan ambil sambil lewa jerr.. Ini contoh jela..
12. Peta Hidup @ Matlamat Hidup
Senang cite kita tengok cita-cita kita. Orang nak jadi businessman, dia akan selalu fikir mcmmana nak jana duit. Orang nak jadi pendidik, dia pula akan fikir mcmmana nak didik anak bangsa dan orang yang nak jadi doktor, dia mesti akan fikir mcmmana nak menyalamatkan beribu-ribu nyawa... ce fikir-fikirkan.....
13. Perlakuan & Tindakan
Cara bertindak seperti bawa kenderaan lambat @ cepat, cara berpakaian, cara makan dan sebagainya. Sumber contoh : http://1001rahsiadiri.blogspot.com/search/label/Rahsia%20cara%20si%20dia%20makan
14. Tutur Kata dan Cara Berkomunikasi
Kata Imam Ghazali : Lidah itu cerminan hati. Bila hati bersih, segala percakapan mesti elok dan sentiasa positif. Tapi lain pula dengan mereka yang suka cakap lucah atau mencarut tak tentu pasal. Nauzubillah~
15. Gelombang
Getaran yang terpancar dari tubuh badan. Pernah dengar x? Gelombang warna yang dipancarkan dari warna yang kita pakai seharian. Fakta ni saja aku nak selit2 kan sebab dia ada kaitan dengan gelombang. :) Benda ni kekadang jer aku ikut tapi bes lah bila dah ade guide nak pakai kaler ape utk hari tertentu... bukan kemaen lagi die.. haha
Isnin : Putih
Selasa : Pink/Ungu
Rabu : Biru
Khamis : Jingga/Coklat
Jumaat : Hijau
Sabtu : Merah
Ahad : Hitam
Nak tau lebih lanjut, bacalah artikel ni.
Isnin : Putih
Selasa : Pink/Ungu
Rabu : Biru
Khamis : Jingga/Coklat
Jumaat : Hijau
Sabtu : Merah
Ahad : Hitam
Nak tau lebih lanjut, bacalah artikel ni.
P/s : Semua ni hanya kajian je. Terpulang nak percaya atau tak. Bak kata Dr. Fadzilah Kamsah, semua ni hanya dijadikan panduan untuk membentuk peribadi kita. sebab kita berhak atas diri kita sendiri. Selebihnya, hanya berserah pada Allah S.W.T kerana Dia yang menciptakan kita, maka Dia lebih tau siapa kita berbanding diri kita sendiri :) Jadi, anda mcmmana?? dah bersedia.......? :PP
Aku menulis sambil mendengar. Kalau hangpa dengar,mesti rasa sebijik sebulat je aku copy.. hehe :)) Nak lebih detail, p lah cari kat google search. Kompem jumpa....
Aku menulis sambil mendengar. Kalau hangpa dengar,
No comments:
Post a Comment