assalamualaikum..
Di sini pada malam ini, aku nak bercerita tentang manifesto calon2 MPM yang bertanding di UMP ni. tak sangka aku bole mendengar pelbagai isu yang mereka bangkit kan dan tak kurang juga yang membawa penyokong masing-masing. tapi apa yang aku nak tekankan kat sini, kalau setakat bawak isu atas angin, orang takkan melihat isu itu sebagai isu yang betul-betul kita nak bangkitkan. tak tau betul ke tidak dia nak buat, ke sekadar janji-janji kosong yang ditaburkan ketika bertanding dan akhirnya tidak dilaksanakan. maka kesimpulannya, pengundi2 wajib mengundi pemimpin yang betul. sebab pemimpin inilah yang akan menyuarakan hak kita kepada pihak atasan. tapi seriously, respek betul pada calon sorg ni, beliau tidak menekankan nama beliau untuk diundi sebaliknya membentangkan isu-isu yang dialami oleh mahasiswa mahasiswi ump berdasarkan respondan dari pelajar2. siap bukukan setebal buku organic chemistry aku yang tebal tu. hebat tul? mmg hebat. sedangkan beliau tak ada penyokong yang beliau bawa melainkan bertanding secara 'gentle'. tetapi agaknya beliau tidak sedar dalam diam-diam beliau sudah dapat memenangi hati para mahasiswa mahasiswi yang datang menonton manifesto itu. lepas je abis manifesto beliau, sume berduyun-duyun balik. nmpk sgt semua tertunggu-tunggu beliau nak berucap kan. tapi kesian dekat calon2 slps tu, xramai yang tgk manifesto dorg termasuk aku. sebab dah pukul 12 lebih menghampiri pukul satu kot. badan pun dah lenguh2. cukuplah untuk hari ini selama tiga hari calon2 MPM ni berkempen..
'SAZWAN SAHAR'
bukan di atas angin.
pemimpin begini yang kita mahukan...
pilihlah pemimpin yang anda rasa bole memimpin dan memikul tanggungjawab yang berat ni
bukan semata-mata mencari populariti
kita mahasiswa cakna yang prihatin terhadap isu di universiti----bak kata k.yaya :)
dan ramai lagi calon2 MPM yang layak naik takhta
antaranya MOHD ZULWAFI BAHAUDIN, FAZLI HALIM, HAMIZATUN FAZI
dan ramai lagiiii....
drpada 22calon bertanding hanya untuk 8 kerusi..
bayangkan....
dan selebihnya 30org lagi bertanding untuk bawah fakulti
gudlak pada semua..!!!!!!
semoga anda semua berjaya!!!!!~
i am the one of yr supporter!!
ok sekian dari saya, terima kasih :)
p/s : pandai ye anda berpolitik skrg? sjak bile??~


4 comments:
tak de parti ke kat sane?? x kan lah x de parti...
parti2 xde.. tapi skrg ni kecoh dh wujudnya Pro A dan Pro M.. xsangka aku smpai mcm tu skali hbatnya berkempen.aish~
tapi tmpt ko aku rase lg hbat kan mim? sbb u ko bsar....hee~
hehe.. u aku x hebat mane.. kalo UM lagi hebat.. kat sini macam ade 2 parti besar.. ASPIRASI EVOLUSI MAHASISWA ngan PRO-M.. tapi sebenanye mane bleh ade parti camtu kat u.
btl2.. parti2 xdbnarkan sama skali.. well,hebat btul nama Pro A tmpt ko ye.. hehe~
Post a Comment