bila melihat sahabatku berjaya, aku gembira
melihat mereka gembira, hatiku menjadi senang
melihat mereka senang, aku tertawa.
bagiku,
mereka adalah sahabat sejati
sahabat dunia akhirat
sahabat ketawa dan sedih
tetapi....
jauh di sudut hatiku
andai mereka tahu
aku berharap mereka kekal dengan ku
menjadi seorang sahabat
selamanya....
andai mereka tahu
aku amat memerlukan mereka
memberiku bimbingan
memberiku tunjuk ajar
mengajarku erti sebuah kehidupan
kadangkala aku tersasar
aku alpa
aku lalai
serta lupa
dan kemudiannya aku tersedar
bersyukurlah..
bersyukurlah dilahirkan sebagai aku..
yang punya kelebihan tersendiri
juga punya kelemahan yang tersembunyi
kerana Allah itu Maha Adil
setiap ciptaanNya punya tujuan
sesuai dengan kelemahan serta kelebihan yang dimiliki
aku kuat
punya semangat
punya tekad
usaha yang gigih
marilah sahabat
kita bersama mencapai matlamat kita
andai kita bayangkan
matlamat itu bakal digapai
alangkah bahagianya..
"hidup punya matlamat"
bersama sahabat di sisi
nukilan ikhlas dari dalam hati,





1 comment:
sahabat memang sukar di cari...yang banyak nye kengkawan...tu yg banyak tak leh nak pakai tu... susah tak bersama bila senang senyum sesama.... dlm hidup aku... aku cuma punya 4 org sahabat...sentiasa menyokong dan mendorong kala susah dan senang... hargai lah sahabat kiranye ada...
Post a Comment