Tuesday, February 15, 2011

Maulidur Rasul~

assalamualaikum w.b.t

sempena maulidur rasul ni, aku nak buku baru.yeaay! :P
(org buku baru time awal muharam, aku lmbt ckt plak ye! 
xpela,
asalkan kesedaraan itu sentiasa ada dlm diri. btol x? :))

Perubahan? yah, perubahan itu penting.apa yang bakal berubah di blog ini, mungkin dari gaya penulisan. mungkin lebih berbentuk kpd ilmiah. kerana aku tersedar akan SESUATU. Ya Allah, sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang terhadap hamba-hamba-Nya. aku mula sedar sedikit demi sedikit. ilmu yang tidak diamalkan seperti pohon yang tidak berbuah. tapi berilah aku masa utk melakukan perubahan itu, kerana takut perubahan yang drastik itu tidak consistent. doakan la ye :). sungguh! betapa kurangnya ilmu di dada ini, kurangnya memahami ilmu agama. terasa begitu kerdil. skrg ini dlm proses membentuk diri kembali. hrp kelemahan diri itu terhakis sedikit demi sedikit. moga Allah sntsa membantuku. amin..

ok.....



bila berbicara tentang maulidur rasul, mesti mengingatkan kita tentang kelahiran Rasulullah s.a.w. cuba renungkan bagaimana kita menyambut maulidur rasul? selalunya org akan membuat perarakan. solat hajat. bacaan yasin. teringat zaman kecil2 dulu, rasa seronok sgt follow org berarak. dah lame sgt xpegi berarak. paling last pun rasa sekolah menengah dulu, under persatuan. hehe :) tp xpe ok! bg sape sape yg senasib dengan aku, banyak lagi cara utk kita menyambut maulidur rasul ini :


  1. membaca kisah-kisah Rasulullah. InsyaAllah, kalau sblm ini kita xpernah nak baca, bawalah diri kita utk menghayati kisah-kisah baginda.
  2. mengamalkan sunnah Rasulullah. 
  3. buat solat hajat, baca yasin, berzikir
xrugi pun buat semua ni, lagi dapat pahala! ikhlaskan niat anda! moga kita semua mendapat rahmat dr Nya.
ok! cukuplah setakat ni. mlm ni test time ok. kena manfaatkan waktu ptg ini utk stdy sblm datangnya waktu malam. test meb. hrp hrp la dpt jwb. lpas test, enjoy!!! haha enjoy aje kamu ye! hehe mlm ni ustaz Pahrol Juoi nk dtg dengan 'Bicara Cinta' nya.. nak pergi! but before that, your test is important ye anis! ok ok selamat menyambut maulidur rasul smua! :) muhasabah lah diri kita kembali.

tengteng :)

p/s: rajinkan lah diri anda dengan membaca buku buku ilmiah kerana ilmu itu la yg akan membantu kita di akhirat. keseronokan dunia tidak akan membawa  apa-apa kebaikan. berseronok itu boleh tp biarlah berpada-pada. ingatan pada kamu ye anis! hehe :)

No comments: