Saturday, October 29, 2011

HATI itu mudah berbolak balik.

Assalamualaikum sbg pembuka bicara. membawa mksud Sejahteralah ke atas kamu semua. :)


HATI. Bila berbicara tentang hati, terlalu banyak pendefinisiannya. hati itu mudah terluka. mudah terguris. mudah untuk menyukai. mudah terpengaruh. mudah dalam segala-galanya. apa yang membezakan antara hati kita semua adalah bagaimana kita menjaga HATI kita. HATI yang penuh keimanan. HATI yang penuh ketakwaan. HATI yang bersih dari noda. bersih dari segala titik hitam. Sungguh! aku tiada semua itu. dan aku berusaha ke arah itu. HATI aku kini rasa kekosongan. kekosongan yang perlu diisi. lagi pula, HATI itu mudah berbolak balik. tidak tetap pendirian. melainkan kita sudah meletakkan suatu sandaran. suatu ketetapan yang tidak boleh diubah hatta godaan itu cukup kuat menggangu. Namun, aku masih tiada ketetapan itu. Kekuatan itu belum ku temui. 

Analoginya sungguh mudah,


Seandainya suatu saat, kita berjumpa dengan kekasih hati. Pada permulaannya, segalanya tentang sang kekasih. sang kekasih itu, sang kekasih ini. Tapi suatu ketika, bila kita bosan... kekasih itu tidak lagi menjadi pujaan. Saat itu, kekasih lain yang kita cari. naahhh! itu dinamakan hati ini mudah berbolak balik. Kita tak pernah yakin atau meyakini bahawa si dia adalah jodoh terbaik utk kita. Kita tak pernah cuba untuk memahami malah meyakinkan hati kita bahawa tiada yang lain selain dia. tak pernah.


Begitu juga dengan Allah. Kita percaya kewujudan Allah. Allah itu tuhan kita Yang Maha Esa. lantas kita beriman padaNya. Tetapi hati itu perlu selalu dibelai, dipujuk. agar meyakini cinta Allah yang tiada bandingnya buat kita. Kita takkan mampu untuk membalas cinta Allah melebihi apa yang Allah beri pada kita. Sebagaimana kita disarankan untuk mencintai Allah dan RasulNya lebih dari yang lain. Maka, letaklah ALLAH di dalam hati. InsyaALLAH bila hati kita berbolak balik, bila hati itu mengajak untuk membuat suatu keburukan/maksiat, kita akan segera mengingati Allah. :)


HATI ini jika tidak dijaga, rosaklah ia. Penuh dengan titik hitam. Secara zahirnya memang ianya tak dapat dilihat malah dipegang tapi ketahuilah, kita dapat merasainya. Teringat akan sabda Rasulullah S.A.W, "Dalam badan manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh tubuh badannya, jika daging itu rosak, maka rosaklah juga seluruh badannya. Dan ketahuilah seketul daging itu adalah HATI."

Kesimpulannya, hati ini umpama kaca. Jika tidak dijaga dengan rapi, ia akan mudah pecah. Dan ketahuilah juga, hati yang keras sekeras batu pun, jikalau dititis air setiap hari, lama-kelamaan akan lekuklah batu itu. HATI. HATI. Jauhlah dari segala prasangka dan syak wasangka. Jauhlah dari segala rasa was-was. Sesungguhnya was-was itu adalah sifat syaitan.





P/s: Pesanan jua buat diri ini yang sentiasa alpa dan lupa akan hakikat HATI. Moga kita dijauhkan dari segala kebusukan HATI. InsyaALLAH. :)

5 comments:

Nor Azhariah Taman said...

Jika kita terlihat atau memandang sesuatu di dunia ini, maka pandanglah dengan hati, supaya dapat pengajaran...umi doakan agar segala usaha mu sentiasa diberkati atau diredhai...InsyaAllah

Anis Sakinah said...

terima ksih umi! :))

Bintu Ismail said...
This comment has been removed by the author.
Bintu Ismail said...

anis, sayebiotechnologist4390.blogspot.com ;)

SaEidah SyamIelah said...

anis... best entry...:)