Tuesday, January 1, 2013

Permulaan.

Assalamualaikum.

Ingin sekali aku tekankan bahawa kini kita hanya meninggalkan Tahun Masihi 2012, sedangkan sudah beberapa ketika kita meninggalkan Tahun Hijrah 1433. Selamat tinggal 2012 dan Selamat Datang 2013! Tahun baru pasti pengalaman yang turut dirasai juga baru bukan? Dan antara sedar ataupun tidak, usia kita juga semakin meningkat, kan? Tak sangka kini umur aku juga meningkat ke 22 tahun Tahun Masihi dan ke 23 Tahun Hijrah. Dah tua dah. Seiring dengan semakin tuanya usia dunia serta isinya, dan tuanya usia bumi serta cakerawala. Kenapa aku bilang tua? Sebab ketika Rasulullah ditanya tentang usia bumi ini oleh sahabat-sahabat baginda, ketika itu Rasulullah menjawab bahawa dunia ini sudah tua. umpama wanita tua yang sudah bongkok. ibarat seperti itulah.

Dalam beberapa hari ini, cuaca tidak menentu. Dan aku rasakan, dah lama cuaca begini. kejap panas, kejap hujan, dalam panas pun hujan, dan juga panas terik. Sering bertukar-tukar dan tidak seperti bermusim seperti musim tengkujuh. Dalam hati kecilku berkata, 'Oh, dunia semakin pening dan semakin tua. dengan perubahan cuaca tidak menentu lagi akibat pencemaran cthnya, dunia itu tidak kuat. Allah nak menunjukkan sesuatu. Sesuatu itu yang tak akan kekal lama. iaitu dunia'. Heh. Mood aku serius malam ini. Seserius menelaah subjek Bioseparation Engineering yang bakal aku tempuhi esok pagi. yahh! doakan in sha ALLAH dipermudahkan :)

Petang tadi aku dan teman-temanku berbincang tentang soalan past year. Kemudian beberapa teman yang lain menarik diri untuk berehat, tinggal lah aku dengan seorang sahabat aku ini. Eiishh tak boleh lah kalau duduk berdua dengan dia ini! Mesti ada aura nak berbicara dari hati ke hati bersama dia. ceh! cerita punya cerita amik kau sejam lebih padahal ada lagi ini 4-5 chapter tak cover lagi! Sabar jela kan? Tapi nak ceritanya. kitaorang borak tu mmg berkait sangat dengan kehidupan sekarang, prinsip, kehidupan akan datang, harapan, matlamat dan bla bla bla. Kata tahun baru kan? Mestilah cerita semangat sikit nak buat apa sempena tahun baru ini. ehehe. But, what I got it, we having certain similarities for how we're looking onto THIS WORLD. Mungkin sebab kami berdua anak sulung. Punyai adik-adik. Dia punyai only one adik. Kami sama-sama dibesarkan dalam suasana berdikari. She's have her own obstacles and also me. She's have experiences that she gone through before and also me have my own. Then, we're just PROMISE...

KAMI TAKKAN PANDANG KE BELAKANG DAN MENUJU KE HADAPAN






YAH! WE'RE ON OUR WAYS

JUST HAVE FAITH FOR EVERYTHING

BECAUSE ONLY HIM
ALLAH

KNOW THE MOST SECRET THAT HE HIDE FROM US

Suspen je kan?

Kalau tak, mana nak suprise?

So 2013, 1434H, Saya sudah bersedia untuk menerima apa jua cabaran, dugaan, pengalaman sedih, gembira yang akan saya hadapi sepanjang 2013 ini. Semoga ianya dapat meberi kebaikan pada diri saya, kedua ibubapa saya, keluarga saya, sahabat-sahabat saya, dan juga orang disekeliling saya. Semoga tahun ini lebih baik dari semalam. Semoga kami istiqamah dengan jalan yang kami pilih. Sungguh, walaupun usaha ini tidaklah sebanyak mana, seteguh mana, serancak mana, namun cukup membuatkan aku rasa tugas ini sangat berat. Masakan tidak, kerna gunung ganang, langit dan bumi pun tidak sanggup.

"Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanat kepada langit, bumi dan gunung-ganang; tetapi semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir tidak akan melaksanakannya (berat), lalu dipikullah amanat itu oleh manusia. Sungguh, manusia itu sangat zalim dan bodoh. (Surah Al-Ahzab: 33, 72) 

Semoga kita semua senantiasa diberkatiNya :')

EXAM MODE NOW

1 comment:

Unknown said...

Terima kaseh auntie anis. kekeke. Everytime i feel less motivate, i'll make sure to read this again and again. Just to remind me back, what have we promise together. <3

p/s: have i ever tell you that i love you, lillahi? :p