Saturday, January 5, 2013

Short Story: Peristiwa Exam buat aku lebih sayang Dia


Berdebar-debar. Kaki tangan dah sejuk semacam. Aku menjeling sahabat yang berjalan di sebelah.

"Eh, korang nak tanya sikit la. Bila masa kita kena guna formula High Accuracy tu?"

Salah seorang sahabat menjawab, "Mengikut apa yang Shida faham la, kalau velocity guna First Derivative, kalau acceleration guna Second Derivative. Pastu mula-mula guna Forward, Centered, then baru guna Backward."

"Oh", aku menjawab tanpa memahami. "TawakkaltualAllah jela, in sha Allah tak akan masuk punya bab ini." kuat pulak aku punya instinct kali ini. Sahabat-sahabat aku mengangguk sahaja dan berkata, "in sha Allah, semoga termakbul. amin." 

Semakin menghampiri ke dewan peperiksaan......

"Eh Dhia! Tempat duduk kau nombor berapa?"

"Ala, kejap aku nak belek dulu kertas slip peperiksaan aku niHmm nombor 32 la."

Sambil tekun melihat papan kenyataan, "Weh, kau duduk dua dari depan kot. Melepas nak jeling-jeling kertas peperiksaan kau. Haha"

"Kau buat lawak jela, Fah oi! Jom sharing kat aku apa yang kau tahu. Hehe"

Tiba-tiba aku rasa semua dah bersiap-siap keluarkan apa yang patut dari dalam beg. Terdengar sayup-sayup instructor bagi arahan, "Ok, semua dah boleh masuk ke dewan peperiksaan."

Aku pun kemas-kemas...WEH! Terbuntang gila mata aku. "Siapa yang tertukar buku ini?" Terus meluru kat kawan-kawan sekelas aku tadi. 

"Korang-korang, siapa ada tertukar buku tak?" Pastu semua sepakat menggeleng. Ya Allah, hanya Allah yang tahu perasaan aku ketika ini. Hormon adrenalin aku memang meningkat lantaran rasa cemas yang menguasai diri. Mana tidaknya, ada point-point penting aku jot down kat dalam buku itu.

Aku berjalan ke hadapan dan terus berjumpa dengan instructor

"Err, madam. Boleh tak announce kan siapa yang ada tertukar buku?"

"Baiklah." Aku pun berdiri sebelah instructor tersebut dengan berhadapan dengan pelajar-pelajar lain yang ambil paper Numerical Methods & Optimization ni jugak. Malu.

"Pengumuman. Ada sesiapa yang tertukar buku dengan pelajar ini? Buku ini tidak mempunyai nama."

Senyap. Semua tengah fokus dengan kertas yang bakal dijawab.

Aku pun pergi duduk dengan rasa kecewa. Dalam hati aku berkata, "Dhia, bukan buku itu yang buat kau lulus. Yakin. Letakkan segala kepercayaanmu pada Allah." 

Aku tarik nafas. Senyum. In sha Allah akan dipermudahkan. 

10 minit kemudian, instructor datang kepadaku.

"Ni buku awak ya? Ada orang tertukar tadi. Dia nak tukar balik". Aku mengangguk.

"Aha, boleh boleh tukar balik". Sambil pass kembali buku tersebut kepada instructor. Alhamdulillah. Syukur ya Allah. 

-------------------------------------------------------------------------------------------------

2 jam 15 minit telah berlalu.....

Aku menjeling jam di hadapan. Ya Allah, ada lagi 15 minit untuk aku siapkan satu soalan yang mempunyai sehingga 30 markah. Banyak tu! Peluh-peluh memercik di dahi walaupun ketika itu persekitaran amat sejuk.

'Takpa, bertenang dhia. Kau boleh!' Dengan kebolehan menulis dan mengira menggunakan kalkulator 570ES dengan cepat, that's it! Akhirnya dapat juga aku siapkan. Alhamdulillah.

Ya Allah! Kau permudahkan akhirnya :')

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Bukankah Dia sedang menegurmu. Bahawa ILMU ini bukan hanya untuk dibawa ke dewan peperiksaan, tetapi untuk diaplikasikan di dalam kehidupan. Agar suatu saat nanti kau boleh bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Have faith in Him for everything. Usaha. Tawakal. Redha. Pasrah. Doa. 

No comments: