Assalamualaikum.
Tentang isu Adam Adli yang sangat berani mengambil tindakan menurunkan bendera Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib dan menggantikan dengan banting Kebebasan Akademik. Bagi saya, itu adalah satu tindakan yang sungguh berani dari seorang mahasiswa. Mahasiswa yang memperjuangkan hak bagi mahasiswa-mahasiswa yang lain. Memang sebelum ni, saya memang tak kisah langsung tentang isu-isu yang dibangkitkan mahasiswa kita terhadap kerajaan, tapi saya masih tahu, mahasiswa mempunyai hak. Hak yang disekat oleh kerajaan.
u know? i am very impressive with his action. Dan sebagai orang yang tak berapa nak ambil tahu tentang isu-isu politik ini, saya sendiri dapat rasa satu kemenangan bagi mahasiswa bila Adam Adli katakan bendera itu dinaikkan untuk mahasiswa tahu perjuangan mereka.
malas nak tengok? baca ini je
Kenapa orang perlu sibuk nak ugut, bunuh, ancam keselamatan dia dan keluarga dia, sedangkan kesalahan yang dilakukan tak setimpal dengan semua itupun. ok lah, saya tak nak kata dengan HANYA menurunkan bendera Perdana Menteri kita, dia sudah dikecam hebat. HANYA itu mungkin boleh menyebabkan orang akan argue, bahawa beginikah nilai-nilai murni yang diterapkan pada mahasiswa untuk menghormati pemimpin kita? Beginikah mahasiswa masa kini yang hendak dibenarkan untuk bebas berpolitik. Kalau beginilah caranya, bila dibebaskan mungkin sahaja mahasiswa ini akan naik kepala sekaligus memijak dan menghentam kerajaan pulak.
See? Got what i try to say? Kerajaan TAKUT mahasiswa naik kepala dan menghentam mereka? MASAKAN POKOK BERGOYANG KALAU TIADA ANGIN. Bermakna, mahasiswa beginilah yang cakna. Mahasiswa beginilah yang sentiasa mengambil tahu perkembangan positif dan negatif yang berlaku di arena politik dan kepimpinan. Mahasiswa beginilah yang bakal menggantikan Perdana Menteri kita akan datang, sebagai generasi masa hadapan.
Tidak mungkin kerajaan mahu melahirkan generasi yang lemau, lembik, dan terlalu mengikut arus kemodenan. Menjadi hamba dunia, dilekakan dengan hiburan, budaya hedonisme yang semakin menular, jenayah berleluasa, kes buang anak dan sebagainya. Ini adalah contoh serta berupa kesan bilamana mahasiswa itu sendiri tidak didedahkan dengan kepentingan menjadi salah satu generasi negara yang bakal memimpin negara. Ataupun setidaknya generasi yang dapat mengharumkan nama negara. Saya kesal dan saya bimbang satu hari nanti kita semua tiada kekuatan khusus sekaligus ditindas negara luar. Apakah ketika itu, baru suatu bentuk penyesalan akan muncul? Bahkan NASI SUDAH MENJADI BUBUR.
I am sorry if what i say akan menimbulkan pelbagai persepsi but ini adalah pandangan peribadi dan jujur dari saya bagi mengupas isu ini. Mungkin politik bukanlah main dalam diri saya tapi saya masih mahasiswa peduli. Mahasiswa yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa mungkin lebih arif.
Setiap orang ada pandangan tersendiri. Jangan pendam, tapi luahkan.
Maka, kembalilah dengan aturan ALLAH s.w.t. Bila kita ikut segala peraturan yang telah diterangkan satu persatu di dalam Al-Quran, maka dunia ini akan silent dengan aman. Masyarakat hidup dalam keadaan tenang dan harmoni. Rakyat akan saling lengkap melengkapi. Syaitan akan mula berputus asa, mungkin :D. Tapi sebab syaitan tak pernah putus asa lah, jadi seperti keadaan sekarang. doa saya moga kita sentiasa berada di bawah naunganNya. Teruskanlah perjuangan seandainya ia membawa impak yang baik satu hari nanti.
Sekian. terima kasih.
No comments:
Post a Comment