Assalamualaikum.
gerhana bulan penuh diramalkan malam ni. ada sesiapa yang berpeluang untuk tengok tak? kat sini seharian hujan. langit pon gelap. nampaknya saya memang tak berpeluang. untuk melihat salah satu kebesaran Allah yang ITU.
kita digalakkan untuk melakukan solat sunat gerhana bulan sebanyak dua rakaat. empat kali rukuk, empat kali sujud, satu salam. ALHAMDULILLAH, hari ini aku diajak oleh sahabat untuk menunaikan solat isyak berjemaah sekaligus solat sunat gerhana bulan dan mendengar khutbah sempena gerhana bulan seusai solat di Astaka UMP. :)
Kita manusia yang berakal, dikurniakan Allah akan akal, yang membezakan baik dan buruk, akan melihat fenomena ini sebagai satu tanda kekuasaan Allah S.W.T yang tak boleh dinafikan. Apa yang aku faham tentang fenomena ini, dimana bumi akan menghalang sinaran chaya matahari untuk memberi secara terus cahaya ke bulan. (betulkan aku kiranya tersilap). punya mlas nak cari info kat google kan. hehe. takyah susah2, Harian Metro Online ada. :D
Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam.
Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.
Waktu setiap fasa gerhana boleh dirujuk seperti di bawah (kiraan Skymap Pro 8):
Moon enters penumbra: 2011 Dec 10 19:31:37
Moon enters umbra: 2011 Dec 10 20:45:11
Start of totality: 2011 Dec 10 22:05:29
Maximum eclipse: 2011 Dec 10 22:31:36
End of totality: 2011 Dec 10 22:57:45
Moon leaves umbra: 2011 Dec 11 00:18:04
Moon leaves penumbra: 2011 Dec 11 01:31:30
Moon enters umbra: 2011 Dec 10 20:45:11
Start of totality: 2011 Dec 10 22:05:29
Maximum eclipse: 2011 Dec 10 22:31:36
End of totality: 2011 Dec 10 22:57:45
Moon leaves umbra: 2011 Dec 11 00:18:04
Moon leaves penumbra: 2011 Dec 11 01:31:30
Jumlah masa Bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 min 16 saat.
Waktu di atas merupakan waktu tempatan (Malaysia). Ia adalah sama sahaja jika anda berada di Semenanjung, Sarawak atau Sabah. Cuma yang berbeza ialah ketinggian Bulan di langit. Semakin anda berada ke arah timur Malaysia, semakin tinggi kedudukan Bulan pada satu-satu fasa gerhana itu.
Waktu di atas merupakan waktu tempatan (Malaysia). Ia adalah sama sahaja jika anda berada di Semenanjung, Sarawak atau Sabah. Cuma yang berbeza ialah ketinggian Bulan di langit. Semakin anda berada ke arah timur Malaysia, semakin tinggi kedudukan Bulan pada satu-satu fasa gerhana itu.
Dalil bagi menunjukkan kekuasaan Allah dimana Dia mengawal peredaran matahari, bulan, dan planet-planet.
[37]
Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita;
[38]
Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui;
[39]
Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya - (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.
[40]
(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.
SubhanALLAH. betapa besar kekuasaan Allah. :')

1 comment:
Alahaiii dah terlepas. RRuginyer!!
Post a Comment