Assalamualaikum..
pelik la.sejak akhir-akhir ini, seringkali aku terlupa. adakah aku bakal menjadi nyanyuk dlm usia yg muda? mohon lah dijauhkan. eh tapi serius la. xmain2 taw. hari tu, wallet tertinggal kat ina shop pd wktu ptg, tp sdar bila dah menghampiri waktu pagi. kiranya dalam pukul 2 pagi la. pastu tadi jam tangan pula yg tertinggal kat masjid. terpaksalah patah balik nak pegi ambil. adoi! ada sorg kawan tue kata,
"eh, anis ni ada something wrong la dgn tgn dia. msti antara tgn kanan atau kiri yang pelupa ni"
ada ke camtu??
kwn lagi sorg pula,
" ada tak kena tu antara otak kanan atau kiri"
ha??? betul ke??
cuba kita siasat jap. @_@
-------------------------------------loading-----------------------------------------
ok! setelah dikaji, dari banyak-banyak faktor-faktor yg ada,
Problem statement :
- Selalu bersedih dan runsing
- suka memakan makanan ringan
- suka memakan benda2 masam
- makan organ dalaman sepert hati, jantung, limpa,perut dan seumpamanya
- makan makanan yang tercemar sengan semut
- artikel ni ada sebut...
- kadar gula dlm darah tinggi
- kurang rehat
- berdengkur
- metabolisme menurun
- mengalami tekanan
- menggunakan ubat alergi atau pil tidur (aish! paling tak suka ubat melainkan sakit je)
- terlalu byk menggunakan ubat ?_?
emmm prob da ade. cane nak atasi ni??
Apparatus :
Diantara jenis makanan yang boleh meningkatkan fungsi ingatan adalah: -
- Buah anggur hitam
- Madu lebah
- Halia
- Buah badam
- Susu
- Air zam zam
- Kismis
- Jus karot & madu
- Epal
- Kurma
- Ikan tuna
- Tempe
- Air soya
- Madu lebah
- Halia
- Buah badam
- Susu
- Air zam zam
- Kismis
- Jus karot & madu
- Epal
- Kurma
- Ikan tuna
- Tempe
- Air soya
Methodology :
Ini petua ulama untuk mengubati pelupa atau mengelakkan jadi pelupa: (Harian Metro 1 November 2006)
1. Kismis hitam 21 biji setiap pagi. Kunyah sebutir-sebutir dan bukan sekali rap. baca selawat dulu.
2. Madu sesudu dalam air panas segelas. Minum bila suam, setiap pagi.
3. Tidur awal bangun awal
5. Kurangkan makan dan kurangkan makan benda masam
6. Banyak makan ikan, sayur, tempeh, ubi, kekacang dan kurangkan makan daging
7. Tarik nafas dalam2 ikut hidung dan tahan 4 saat dan lepaskan perlahan-lahan ikut mulut. Buat 10 kali setiap pagi.
8. Buat stretching bila bangun dari tidur
9. Masa buang air besar, tutup kepala dan jangan buka mulut
10. Elakkan lihat kemaluan dan najis
11. Baca Quran dan cuba menghafal setiap hari
12. Bakar kemenyan nasrani, wangian ros, sandal atau gaharu setiap minggu ( orang moden kata aromatherapy )
13. Pakai minyak wangi setiap hari bila keluar rumah ( wanita ketika dalam rumah).
14. Mandi pagi, petang dan selepas buang air besar
15. Belajar bersabar dengan bersolat atau berdoa bila ada masalah.
16. Sayang ahli keluarga, ibubapa dan kanak-kanak.
17. Tidak bercampur bukan muhrim kecuali bila ada keperluan
Selain dari kuat ingatan, badan menjadi sihat, akal tenang dan umurpun panjang.
6. Banyak makan ikan, sayur, tempeh, ubi, kekacang dan kurangkan makan daging
7. Tarik nafas dalam2 ikut hidung dan tahan 4 saat dan lepaskan perlahan-lahan ikut mulut. Buat 10 kali setiap pagi.
8. Buat stretching bila bangun dari tidur
9. Masa buang air besar, tutup kepala dan jangan buka mulut
10. Elakkan lihat kemaluan dan najis
11. Baca Quran dan cuba menghafal setiap hari
12. Bakar kemenyan nasrani, wangian ros, sandal atau gaharu setiap minggu ( orang moden kata aromatherapy )
13. Pakai minyak wangi setiap hari bila keluar rumah ( wanita ketika dalam rumah).
14. Mandi pagi, petang dan selepas buang air besar
15. Belajar bersabar dengan bersolat atau berdoa bila ada masalah.
16. Sayang ahli keluarga, ibubapa dan kanak-kanak.
17. Tidak bercampur bukan muhrim kecuali bila ada keperluan
Selain dari kuat ingatan, badan menjadi sihat, akal tenang dan umurpun panjang.
ada lagi ni... bersenam boleh meningkatkan kecerdasan minda :)
Kesan positif
Kajian sejak lebih 50 tahun lalu juga membuktikan senaman memberi kesan positif terhadap sistem saraf kerana ia mampu:
> Mengurangkan kesakitan.
> Menguatkan ingatan.
> Merawat kemurungan.
> Menurun dan mengawal tekanan darah.
> Meningkatkan daya ketahanan badan.
> Merangsang aliran darah.
> Mengekalkan keanjalan dan kekuatan otot.
Rujukan : Harian Metro 1 Nov 2006
Conclusion :
oh.. patotlah... dah lama rupanya aku tak bersenam. paling last rasa sebulan lepas kot. hehe. apa nak jadi ni? nak kata makan kismis, insyaallah tiap pagi makan. amalkan membaca al-quran insyaallah tiap hari. tidur selalu lambat. bangun pun lambat tapi berusaha utk tidak terlalu lambat. adalah makan benda masam sikit2. sayur hidangan wajib ok! tarik nafas tu semestinya cuma bukan dlm teknik yang betul la..*tau pun* pakai minyak wangi tapi tak terlalu menusuk hidung. dan................. banyak lagi kena perbaiki...
Recommendation :
semoga dapat mengambil langkah2 yang perlu bagi menguatkan kembali ingatan kamu ye! :)))
mengasah daya ingatan dan hafalan. dan insyaallah cubalah utk menghafaz ayat2 al quran. cuba aktifkan pemikiran kamu dengan mempelajari sesuatu yang baru. bila tension, mainlah permainan yang boleh meransang minda. banyakkan membaca dan ambil tahu info2 terkini. amalan berpuasa sunat juga dapat menajamkan minda. latihkan diri berzikir: Ya Rahman (Maha Pemurah) 100x selepas solat fardhu dan Ya Hakim (Maha Bijaksana) 300x setiap hari. yang paling penting ingat Allah SWT selalu. daya ingatan akan bertambah kukuh jika sesaat pun kita tak lupa akan Nya.
Reference :
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Barangsiapa yang semakin bertambah ilmunya tetapi tidak bertambah hidayahnya, maka dia semakin jauh dari Allah" (Petikan Kitab Imam Ghazali). Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Yang paling berat menerima seksaan di hari kiamat ialah orang alim yang ilmunya tiada bermanfaat" (Petikan Kitab Imam Ghazali).
---------------------------------------unloading-------------------------------------
Alhamdulillah selesai sudah report aku siapkan hari ini.. akhirnya aku berjaya menyelesaikan kemelut2 atau lebih tepat lagi kekusutan yang melanda akibat tanggapan kawan2 aku tadi. hehe begini rupanya, insyaallah akanku praktikkan dlm kehidupan :)))
semoga berjaya!!
tengteng :)




2 comments:
good info
tq :)
Post a Comment