Monday, January 23, 2012

Puding Triffle --- most favourite DESSERT!

Assalamualaikum.

Today, i want to share something special with you all!! a recipe called 'Puding Triffle', which is my most favourite dessert. :D yah, it's too easy i think, when you have all its ingredients in your kitchen. emm, alaa.. senang-senang ja. godek ja dapur tue, sure ado :p

Bahan-bahan:

a can of cocktail. (If takde, korang boleh guna buah-buahan, potong kecik @ dadu. then buat la air gula)
kek gulung (If takde jugak, korang pakai la apa jenis kek pun yg ada, still marvelous! dont worry ^^)
4 spoon tepung kastard ( boleh guna tepung jagung juge)
any types of jelly 
a can of susu cair (or setengah susu pekat yang dicairkan)

How?

LAPISAN PERTAMA (bawah)
Ok, firstly you've arrange that cake in the container. Secondly, renjis2 air gula @ air buah- buahan cocktail ( untuk bagi basah-basah sikit so jadi moist la). Then, letak buah-buah tadi, susun atas kek. Next, jom ke bahagian dapur.....

LAPISAN KEDUA (tengah)
Masukkan satu cawan air dalam periuk. Panaskan. Then, masukkan susu cair, kacau sehingga sebati dan menggelegak. akhir sekali, masukkan tepung kastard yang telah dilarutkan. kacau-kacau sehingga likat dan tidak berketul. pastu boleh la angkat dan tuang untuk buat lapisan kedua.

LAPISAN KETIGA (atas)
buat ja jelly macam biasa. jerang air dalam periuk ikut sukatan yang kita hendak. selalu saya akan buat dalam 1/4 air. tapi kalau nak jelly lembut sedikit dan tidak begitu kenyal, boleh la letak air banyak sedikit. Kemudian, boleh la masukkan serbuk jelly dan letak pewarna yang disukai if jelly itu tiada colour. (saja nak memeriahkan pandangan, haha)

Ok, siap! tadaaa...











Just for now!
Alhamdulillah, baru ja lepas makan satu container. kenyang!
:)

Friday, January 13, 2012

A month w/out plan?

Assalamualaikum :)

" Pain is unavoidable, but suffering is optional"


Sejak akhir-akhir ini, hujan tak berhenti walau seminit. Menyebabkan banjir di beberapa tempat termasuklah Sg. Lembing, iaitu lokasi untuk program kami hari ini sehinggalah ahad nanti. Tapi nak buat macam mana ^^, kita merancang, Allah jua yang menentukan. Program ini terpaksa ditunda ke sem depan (24-26/2). Gambar dekat atas itu korang tengoklah! Habis tenggelam jambatan yang menghubungkan jalan besar dengan jambatan perkampungan orang asli itu. Kesian mereka! Kita doakan semoga banjir cepat surut di kawasan-kawasan yang terlibat. (Jangan taktau, Kuantan pun banjir sekarang).
And

Today, this morning, last paper berjaya juga ku habisin. Hehe. Rasa macam tak sabar nak cium bau rumah. Nak lepak-lepak sebentar tanpa buku yang tercinta. Tapi kadang-kadang kita akan rasa bosan juak, bila mana dah selalu dikelilingi dengan buku, ditemani buku setiap masa, dan tak pernah pisah dengan buku. Bak ibarat nya, buku adalah segalanya-galanya bila di IPT. Tapi anda sedar atau tidak, bila kita gantikan 'buku' dengan sebuah 'ILMU', ternyata ilmu itu lebih berharga dari harga sebuah buku. Jadi hargailah masa kita berlegar-legar dengan ilmu. :) Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China". Di mana-mana pun, tak kisah la di dalam pusat ilmu atau di luar pusat ilmu, kita sebenarnya sentiasa mempelajari sesuatu yang baru. Hari ini, aku mempelajari tentang bagaimana nak deal atau nak bertanya menggunakan bahasa baku dengan pihak atasan. see! i take it as a learning too. :D Tapi ilmu yang tidak diamalkan sama juga kan? ibarat pokok yang tidak berbuah. 


Dalam surah As-Saff ayat 2-3 ada menyebut,

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tiak melakukannya! (2) Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya (3)"


So, muhasabah-muhasabah la sentiasa. Amalkan mana yang dapat, dan sebarkan mana yang diamalkan :) Kerana menyebarkan sesuatu yang tidak diamalkan adalah perkara yang tidak disukai oleh Allah.


Hemm, let's me think wisely before talk anything... Oh ya, apa plan cuti sebulan ini? Sebulan je pun kan.... makan tido makan tido tak terasa masa berjalan. Tapi akan terasa kebosanan melanda diri. Setuju tak dengan saya? muahaha :D Setakat ini takde sebarang plan lagi, cuma akan ada.. Just wait and see! InsyaALLAH akan ku cuba penuhi cuti ini dengan aktiviti yang 'agak' bermanfaat. :P Next week saya akan busy menguruskan pembatalan PTPTN dan sekaligus pembiayaan pinjaman Bank Rakyat. Doakan saya semoga semua dipermudahkan :)

P/s: Semua dah balik. saya meme suke ditinggalkan sengsorg kat bilik. T__T

Tuesday, January 10, 2012

soal hati dan perasaan



Kadangkala kita salah dalam mentafsir soal hati dan perasaan. Soal hati dan perasaan adalah suatu benda yang subjektif malah untuk memahaminya....memerlukan penelitian. Lihat sahaja orang seperti aku yang perlu meneliti serta memahami justeru aku tak ingin melihat orang lain turut terluka. Malah membuat satu pengorbanan yang sia-sia bila ianya melibatkan soal hati dan perasaan. Jauh di sudut hati ini, kini aku pasrah dalam mencari cintaNya. Tiada apa lagi yang tinggal untuk sekeping hati ini yang mudah untuk merasa dan mudah sekali untuk jatuh dikecewakan. Apa yang aku mohon, moga ALLAH terus membimbing sekeping hati ini agar terus mencintaiNya tanpa berbelah bahagi. dan terus mencari keredhaan di atas jalanNya yang diredhai. Aku hanya mampu tersenyum dalam menyembunyikan suatu duka yang tidak diketahui. :) Kerana itulah diriku yang sentiasa menyimpan seribu satu macam rasa di dalam sekeping hati kurniaan Ilahi.


Monday, January 9, 2012

Sihat apabila bersarapan pagi

Assalamualaikum dan selamat pagi! ^^,

Alhamdulillah, bersyukur sebab masih diberi peluang untuk menghirup oksigen kurniaan Allah S.W.T di pagi yang segar bugar ini. Burung-burung berkicauan menandakan burung pun pagi-pagi lagi dah pegi cari makanan. Hehe. Rabu yang dua minggu yang lepas, saya ada menghadirkan diri ke bengkel pertolongan cemas untuk persediaan Program Cakna Komuniti after final exam nanti. :) Teringat bila pengajar itu mention tentang orang yang menghidap penyakit asthma. Kalau seseorang yang dipatuk ular contohnya, tanya dulu samaada dia ada asthma atau tak. Sebab kalau orang yang menghidap penyakit asthma ini, kita kena cepat kejarkan ke hospital untuk dapatkan rawatan selanjutnya sebab takut bisa ular akan 'block' kan saluran pernafasan dia. Penyakit asthma ini ialah mereka yang menghadapi kekurangan oksigen dalam keadaan-keadaan tertentu. Bukan kekurangan oksigen je yang bahaya tau, ada juga golongan yang terlebih oksigen pun dapat membahayakan diri sendiri juga. Untuk merawat mereka yang terlebih oksigen ini, beri dia satu beg plastik untuk dia keluarkan oksigen yang terlebih itu. Jadi, apa yang saya nak simpulkan.. bersyukurlah dengan apa adanya. Oksigen itu adalah satu contoh nikmat ALLAH kepada kita, tanpa oksigen mungkin saja kita sudah tiada di atas muka bumi Allah ini.

OK, back to the point, hehe. Saya rasa mesti semua sudah tahu dan sebenarnya memang tahu pun yang SARAPAN PAGI itu sangat penting. Malangnya, ramai yang meninggalkan sarapan dengan alasan tiada selera makan pada waktu pagi atau tidak sempat kerana bangun lambat. Sebenarnya, sarapan pagi tidak perlu terlalu berat, cukup sekadar segelas susu, sekeping roti atau sedikit bijirin. Kat bawah ini antara sarapan saya,
   




OAT + COKLAT

Tapi hari ini hanya biskut kering dengan teh hijau ja. Jadilah untuk isi perut kan. 

Kenapa bila bangun tidur secara automatik kita akan berasa lapar? Apabila kita bangun daripada tidur, paras gula dalam darah adalah rendah kerana kita 'berpuasa' semalaman. Jadi, dengan pengambilan sarapan pagi yang penuh khasiat dan seimbang, ia akan membantu menyumbangkan tenaga yang cukup untuk memulakan hari anda. Sarapan pagi ibarat mengisi 'bahan bakar' bagi keperluan melakukan aktiviti sepanjang hari yang baru. Hadis yang menceritakan keutamaan bersahur secara tidak langsung menjelaskan kepentingan hal ini, " Bersahurlah kerana terdapat keberkatan dalam makanan sepanjang masa sahur". Dipetik dari buku MENGAPA RASULULLAH TIDAK PERNAH SAKIT. Puasa pun ada waktu sahurnya apatah lagi hari-hari biasa ada waktu sarapannya. :)

Banyak kelebihannya kalau kita berSARAPAN:

  1. Dapat mengurangkan berat badan ^____^
Hasil kajian yang dilakukan Amerika Syarikat mendapati wanita yang bersarapan pagi mengambil jumlah 100 kalori lebih rendah berbanding mereka yang tidak mengambil sarapan pagi. LDL iaitu kolestrol merbahaya yang lebih rendah pada saat mereka mengambil sarapan pagi. Risiko menderita Diabetes pun juga boleh menurun.


Kajian yang dijalankan Food Facts Asia dengan kerjasama empat universiti di Asia ke atas remaja berusia 10 hingga 12 tahun yang mengamalkan sarapan rata-rata jauh lebih langsing dan kurang berhadapan dengan masalah berat badan berlebihan.

    2.  Dapat menajamkan otak dan mencergaskan minda.

Ada saintis yang menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak. Kajian menunjukkan sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental. Secara ringkasnya, sarapan dikatakan memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak – lebih cergas, peka dan fokus.Ini secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk melaksanakan tugasnya, sama ada di sekolah atau di tempat kerja; walaupun hanya mengambil sarapan sekeping roti dan secawan kopi.

Kesan lebih ketara dalam kalangan kanak-kanak dan remaja yang mengambil sarapan yang kaya dengan karbohidrat kompleks ialah mereka boleh menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan menyelesaikan masalah dengan baik. Justeru, tidak hairan jika pengusaha roti dan bijirin berlumba-lumba menghasilkan produk yang diperkaya dengan pelbagai khasiat dan vitamin.

Kesimpulannya, bangun awal tak menolak rezeki, bersarapan bahkan dapat faedahnya. Hebat bukan?? Mari kita bersama aja aja fighting untuk bangun awal di pagi hari. Bila lagi nak praktikkan?? :)



[sumber]


Saturday, January 7, 2012

Trip ke Sg. Lembing~


Assalamualaikum.

Demi kelancaran program hujung minggu depan... kami pun pergi lah jumpa dengan Encik Yazid dan Tok Batin untuk membincangkan tentang beberapa perkara.....aku sebagai PIC kenalah pergi, at least aku taulah sedikit sebanyak... :)


Zul (Timb peng.) dan Lokman (Logistik) 

Hatika ( Peng Prog.) dan Tira ( Setiausaha)


Nampak sedap kan? Encik Yazid belanja kami :)

Agak lama jugak perbincangan itu. amik masa 3 jam. Lepas itu, kami pergi jalan-jalan sekitar situ. Naik jambatan gantung. Wahhhh, lama dah tak naik ^^,



Then, diorang ajak pergi sungai pulak. Aku, ermmm... ok, jom jela

Jernih kan? pasir dan batu buat sungai ni nampak keruh.

Haha. Payah benar mereka ini membuka durian. guna pisau lipat ja.

Picnic kejap makan durian.

seronok depa dapat main air. Hehe

Ntah macam mana pulak diorang ni tetiba ada idea nak pergi muzium pulak. Muzium Sg. lembing. Lepas solat zohor, kami pun gerak. Gambar- gambar ini menggambarkan betapa kami bangga menjadi rakyat MALAYSIA. :D




 So, malas sangat lah nak tunjuk gambar posing2 nih. Better we share apa yang ada dalam muzium itu.



telefon antik.

Scary! tempat perlombongan yang sudah ditutup.

cantik kan? aku rasa gmbar ni sudut paling cantik aku tgkap. 
Tempat: Dalam bilik tidur sultan

Katil sultan.

kereta antik.

pisau cukur.

set kutleri.

kereta tadi, hehe

Dan banyak lagi sebenarnya..... So, kalau berminat dengan sejarah, better pergi tengok sendiri. :)

Ok, itu ja nak sharing. hari ini kami seolah-olah sudah habis paper kerana nampak sgt kami sdg enjoy. Haha. (Ignore ayat tunggang terbalik :p). Apepun, thanks korang! Enjoy sikit la hari ini. sebenarnya time mula-mula korg ajak itu, asyik terfikir ja, adui! banyak lagi ni tak study. Tapi takpa la, kalau korang tak ajak, sampai bila-bila pun takkan pernah ke sana. Jalan-jalan di negeri orang. :) Jom struggle balik! Study....