Sunday, December 22, 2013

Ceritera yang lama ketinggalan. & [UPDATED]



Ya. Ceritera yang lama ketinggalan & sudah lama terperap ada di bawah ini. Moga Allah redha.

___________________________________________________________________________

Assalamualaikum

Fuhhh lamanya xmenulis kat blog ni ehehhe. Mana taknya, bulan Ramadhan dah berlalu, Raya pun dah habis since hari ini hari last dalam bulan Syawal. Dah berbulan rupanya. Tak sedar masa berlalu tup tup dah nak kena naik sem balik untuk the FINAL YEAR! Yeaah. Tahun ini raya tak berapa nak senang hati sangat sebab naik je dari cuti raya hari itu, dah ada lecturer datang nak evaluate sepanjang praktikal di kilang. So terpaksalah menyiapkan report, slide for presentation, and several things for make it going smoothly. Then alhamdulillah, my lecturer, Miss Aishah is soo kind, assistant engineers yang datang dok dengar ceq buat presentation pun bagi higher marks. Ya Allah, rasa bersyukur gilaa. Tapi sepanjang praktikal ini, banyak yang dapat dipelajari, untuk memuhasabah diri sekaligus reflect kembali pada diri; adakah aku sekuat ini bersendirian atau dapat survive dengan yakinnya menjalankan amanah Allah?

EHEM. Let's hear my story.

Imbas kembali sewaktu pertama kali aku datang di Sakilan Bt 22, Sandakan, aku drive kereta sendiri. Abah drive kereta lagi satu. Kami bawa dua buah kereta masa itu sebab makcik dan pakcik datang first time dari Selangor so bawa mereka jejalan tengok suasana di sini. Aku rasa masa itu sangat la jauh perjalanannya dari rumah padahal dalam Sandakan juga. Sesampai je di sana, aku rasa sangattt laa macam asing. berdebor2. sebab tak pernah lagi masuk dan tinggal di kawasan estate. Mereka yang tinggal di sana kebanyakannya orang 'passport' iaitu pendatang daripada luar seperti indonesia, dan filipina. 


SIDE OF PRACTICAL TRAINING

Hari pertama training, rasa kekok takkan pernah hilang. Tak tahu nak rujuk siapa, duduk dengan siapa, nak bercerita dengan siapa, dan segalanya tampak asing. But I set in my mind, "I must adapt with this situation." Bukan mudah untuk kita adapt dengan situasi yang mana, seorang perempuan yang menjadi student practical bagi satu tempat yang belum pernah ada sebelum ini. cara pemakaianku pun dilihat agak pelik. pernah satu ketika, manager menegurku agar jangan memakai kain walhal ketika itu aku memakai baju tshirt labuh dan seluar. kemudian, chief lab menegurku agar menjaga tudung yang dipakai supaya tidak tersangkut di mana-mana mesin walhal ketika itu aku sudah pun memakai jaket agar tudung labuh itu tidak menganggu mana-mana pejalanan mesin. aku ambil semua itu sebagai gurauan, mungkin sahaja mereka betul2 bermaksud untuk mengingatkan aku. 

Di sana, banyak benda yang aku dapat belajar. Dari segi proses, analisis makmal, dan despatch. Tapi kekangan selama 2 bulan setengah shj tidak dpat untukku memahami keseluruhan proses. & aku telah diberi 2 projek iaitu "Discover chemical reaction during boiler water treatment & boiler water analysis", also, "study the optimal dosage of chemical used in water treatment". Nama projek ni aku yang create sendiri since dia bagi secara rambang je, HAHA. Masa presentation haritu, hampir shj Sir Harry & Mr. Khairi nak aku kaji pasal losses tapi well, aku betul2 angkat tangan yang aku tak mampu. Aku harus menyelesaikan satu persatu tugasan yang diberikan. 

Flow process of water treatment


SIDE OF SOCIAL LIFE

Selama ini, boleh dikatakan aku berada di dalam biah yang dapat menjaga diriku agar tidak terjebak dengan perkara-perkara tidak sepatutnya. Dan mungkin pernah terdetik di dalam hatiku untuk Allah meletakkan aku di tempat yang kurang biah solehah agar aku boleh menguji diriku sama ada mampu untuk bertahan dan mengajak yang lain ke arahNya atau aku hanya mampu untuk mempertahankan diriku shajaa dan menutup mata dengan segala kemungkaran yang berlaku di depan mata.

Sejujurnya, mereka di sana sangat mesra. tidak lokek untuk memberi senyuman, malah menegurku tanpa segan silu. Bukan itu sahaja, memandangkan aku duduk di kuarters yang disediakan bersama pekerja-pekerja di sana, aku seringkali berjalan kaki melalui kawasan ladang kelapa sawit (shortcut) untuk pergi ke kawasan kilang (tempat praktikal). Dan ada diantara mereka (lelaki) yang menaiki motor, akan mempelawa aku untuk menaiki bersama mereka. Namun aku menolak dengan elok kerna masih lagi ada cara lain (berjalan kaki) untuk pergi ke tempat kerja. Lama kelamaan, mungkin mereka faham dengan prinsipku lantas tidak mempelawa lagi, hehhe. (Fuhhh, lega! :))

Apa yang dapat kulihat di sana, biahnya kurang terjaga. Maaf jika kukatakan, soal solat dan soal aurat diambil remeh. Mungkin ada diantara mereka yang mempunyai kesedaran tetapi susah untuk membuang tabiat yang sudah menjadi kebiasaan dari kecil. Aku doa dan akan terus berdoa moga Allah yang Maha Memegang hati-hati hambaNya akan memberi hidayah buat akak-akak dan rakan sekerja ku yang sangat-sangat baik, baik-baik sangat. Hati mereka baik mungkin lacking dari segi 'itu' sahaja. Bila kufikirkan kembali, itulah peranan ibubapa. yang harus mendidik anaknya dari kecil & harus dibentuk agar besarnya dia nanti mampu memberi manfaat pada yang lain :)


_________________________________________________________________________________


Sampai situ sahaja. since dah lama tinggal xtahu dah nak tambah apa hehehe.

So [UPDATED], nowni dah masuk minggu study week. Esok nak balik rumah since parent as usual dah balik kampung untuk school holiday. Sebenarnya mereka dah lama balik tapi aku yang terlampau sibuk sibuk sibuk sangat sampai xdapat nak balik. Rabu depan mereka nak balik sabah dah. sobsobss. 

Entahla. rasa sangat semester paling teruk antara semester2 yg lepas. Self management TERUK. Time management TERUK. Pelajaran seems TERUK. and semua rasa TERUK. but aku terus bangun dan bangun dengan gigihnya agar aku boleh habiskan semester ini dengan jayanya, inshaaAllah. Banyak benda macam-macamlah berlaku sepanjang semester ini. Cuma aku panjatkan syukur benar-benar syukur pada Allah kerna dalam begitu keadaan aku yang sibuk, Allah sentiasa permudahkan urusanku. Bukan itu sahaja, beberapa impianku juga terlaksana. Alhamdulillah :') 

1- Travelling for a purpose

bersama politeknik Malang, Surabaya


Yeah! kami dah tawan Gunung Bromo!

6 of us :)

2- riding a horse. Taubat dah fobia nak naik! Hahaha. Maybe need some time to restart :P



3- Having own car. Hihiks. Her name inshaaAllah ketty (dapat fikir buat masa ini)

And yes, gambar di bawah ini akan menjelaskan betapa our #FamilyCHEST12/13 sudah benar-benar melabuhkan tirai untuk memberi khidmat kami sepanjang setahun setengah. 

ok. calon dengan mantan CHEST ^^

mantan 12/13

kek perpisahan. All the best !

us :)

Let pictures explain everything. Ehem. Doakan untuk satu2 nya my paper final 3hb ini. And Projek group (Plant Design) going welll. (Boleh la aku design kilang after grad nnti. Haha)

Ok gurau je \o/

P/s: Allah, moga kau jaga hati-hati kami. agar cepat tersedar andai terus lalai daripadaMu. Kerna kami juga adalah pendosa :'(


2 comments:

syafqa akmal said...

good luck anis..

Anis Sakinah said...

thanks dear fiqa.. rindu kat ko :'(