Assalamualaikum :)
Alhamdulillah penat tapi berbaloi. ^^ Mukhayyam ini dianjurkan oleh Sahabat Masjid UMP (SAHAM). Dapat join pun rasa bersyukur sangat sebab difahamkan dia lebih utamakan budak-budak 1st year, mereka yang masih baru di dunia universiti ini. Tapi alhamdulillah dapat juga akhirnya walaupun pada mulanya nama tidak disenaraihitamkan (eceh!)
Seriously, badan terasa sakit-sakit skrg ini terutama di bahagian peha dan lengan. Hai maklumlah badan ini dah terasa tua sangat sebab dah lama sgtttt (t itu ditekankan) tak buat aktiviti lasak macam ni huhu.
Sayangnya, aktiviti hari pertama (10/11/12) saya tak dapat nak join disebabkan kelewatan hadir ke tempat mukhayyam tersebut. ehem, kelewatan ini disebabkan beberapa faktor. Yang pertama, saya bertolak di sebelah petang (yang lain di sebelah pagi) disebabkan saya hendak teman seorang sahabat saya yang terpaksa pergi di sebelah petang kerna MUET di sebelah pagi. Then, tunggu punya tunggu ustaz di tepi masjid, ustaz tak juga kunjung2 tiba. Lalu kami (ada 5 org masa tu nak menumpang ustaz) pun cuba menghubungi ustaz. Kemudian ustaz pun kata dia ada hal di bandar kejap. fikir punya fikir, kami pun decide untuk naik and drive kereta sendiri ke tempat kejadian. Oh lupa pula. MUKHAYYAM ni dekat Lata Jarum, Raub, Pahang :) Hurmm kereta tu kepunyaan nini (salah seorg sahabat sy tadi). apa lagi, saya la tukang drivenya sebab nini takleh nak drive waktu2 petang dan malam atas sebab2 tertentu. makanya saya yang mmg hobinya suka drive ni pun meneruskan perjalanan. Kami hanya mampu berdoa di sepanjang perjalanan kerna tiada seorang pun dari kami yang tahu jalan ke arah tempat tersebut melainkan berpandukan dengan GPS sahaja serta berhenti banyak kali untuk bertanya pada org. Bak kata pepatah, "MALU BERTANYA SESAT JALAN" hewhew. ALhamdulillah, smpai juga akhirnya walaupun terpaksa melalui jalan yang jauh dan gelap (uhh scary!).
Keesokkan harinya (11/11/12), kami semua pergi ke 'Jungle Trekking' di sekitar tempat tersebut. ouh boleh tahann lah dalam 3 jam kami dalam hutan itu. Barang berharga semua tinggal dekat bilik so xdapatlah nak tangkap gambar cantik2 dalam hutan itu. sayangnya. :( sebab apa, ada satu halangan ini, kami terpaksa merentasi arus deras air terjun untuk pergi ke sebelah sana. baju memang basah kuyup then kalau bawa barang berharga takut basah. tp memang paling takleh lupa kejadian waktu merentasi sungai itu. Time saya nak rentas itu, air dia memang sangat deras dan saya takut kalau-kalau saya terhanyut dan taknak terhanyut saya akan berpaut pada (ada seorang abang dan pakcik kat situ) yang berjaga utk memastikan keselamatan kami semua. Ada di antara akhwat yang terpegang dan terpeluk abang tu huhu. jadi saya pun kuatkan semangat then rentas je. Kaedah yang pakcik (merangkap pengurus di bhg hutan tersebut di bwh jabatan perhutanan) itu, dia akan pegang kayu dan kita diarah untuk memegang di hujung kayu yang sebelah lagi kuat2 then dia akan gerakkan kayu tersebut 180 darjah untuk smpaikan kita ke sebelah sana. (dapat bayangkan tak agak2?) So saya pun buatlah seperti yang disuruh. pegang hujung kayu kuat2 tapi batu2 dia sangat licin+air deras menyebabkan saya tak dapat seimbangkan diri sgt. Kemudian abg tu macam nak pegang dan tolong saya, tp saya tepis. yaAllah, itu memang action pantas saya. pastu, ada akhwat yang capai saya dan tolong tarik saya naik. Pakcik tu pun cakap, "Orang nak tolong dapat pahala". Yah saya tahu. Maafkan saya pakcik & abg (kot, ntah2 pangkat adik hoho). Saya dapat rasakan yg saya masih mampu utk ke smpai tanpa pertolongan abg tu, jadi mungkin sebab tu kot saya tepis. Taktau lah ada yang perasan atau tak tapi saya harap2 tak lah. Malu! huhu.
Petang itu, sepatutnya ada explorace tapi terpaksa dibatalkan sebab hujan. Kemudian diteruskan dengan pengisian. Pengisian ini diberi oleh ustaz yang berkaitan hanya dengan sebuah durian.
Ustaz, "kalau saya kata ini bukan durian awak percaya atau tidak?" sambil menunjuk2 kearah durian yang diletakkan di tengah2.
Kami semua, "Tak!!"
Ustaz, "kalau tak, kenapa?? mana tahu saya dah tempah awal2 supaya dibuatkan durian plastik sebiji dengan durian2 yang awak semua pernah nampak."
Bila dah saling berbalah2 tu, (saya mcm dah faham dah apa yg dia nak sebenarnya tp segan sebab depan muslimin huhu) datang seorang ikhwah ke depan dan terus buka durian tersebut.
Ustaz, "awak sure buah dia ni buah durian?"
Kemudian datang pula seorang lagi dan cuba makan durian tersebut. Dia, "betul2, durian dan memang tak tipu" hehe
Kesimpulannya, semua orang mampu berkata-kata tapi hanya sedikit sahaja yang akan mengambil action. and this is what ustaz himself expected from us. hoho
Pastu main baling-baling durian macam main bola jaring. baling dan sambut. cuba bayangkan bagaimana membaling dan menyambut buah yang berduri tajam tu? (meninggalkan persoalan :P)
Diteruskan dengan mempelajari serba sedikit serta praktikal tentang pengurusan jenazah hehe. best dapat tahu ilmu baru :) Tetiba rasa rugi sebab kat sekolah menengah dulu tak pernah nak ambil tahu tentang semua tu padahal peluang nak tahu tu sangat banyak dan luas. Jahilnya waktu dahulu :'( Malam itu, diteruskan dengan malam kebudayaan. setiap group membuat persembahan mengikut genre2 persembahan yang telah ditentukan. ada lakonan, pentomen, sajak, pantun, dan nasyid. ^^
Keesokkannya (12/11/12), tinggal buat persiapan untuk kembali ke UMP dan mengemas barang2 shj selain majlis perasmian penutup. Sebelum itu, kami bersiar sebentar di sekitar kawasan tersebut. Ntah bila lagi kan nak sampai sini :)
gmbar candid. betul! kelakar tengok dan suka :)
sya yang tengah termenung menghadap ciptaan Ilahi
subhanAllah. cantik kan?
nini dan kak kamilia @ intan
Selepas itu, majlis perasmian penutup pun berlangsung. Sebelum bersalam-salaman dan memohon maaf, kami membuat bulatan dan menyanyikan lagu tema kali ini. Lagu tema by Maher Zain. One big family ^^
buat bulatan
(dari kiri) rehan, ani, nik, kak tiqah, aida
MAHER ZAIN-One big family
sebelum ini, dengar je tapi tak tahu lirik. tapi bila dinyanyikan bersama lirik menjadi sangat bermakna hehe. Kesimpulannya, apa yang saya dapat dari mukhayyam ini,
1) sewaktu jungle trekking, apa yg saya bygkan dan rasa ketika itu adlah saya membygkan peperangan. bagaimana seseorang merempuh hutan demi menyelamatkan dirinya atau menghendap musuh. Begitulah yang saya rasakan. Dan saya rasa memang xcukup langsung ilmu saya tentang bagaimana hendak menghadapi musuh dan peperangan :'(
2) sewaktu main baling2 durian, saya dengar ramai yang mengeluh terutamanya muslimat dan tak terkecuali saya pada mulanya. Saya, "biar betul nak main baling2 durian ni??" tapi tetiba saya terfikir, 'aku baru disuruh main baling2 durian pun dah tak sanggup? macammana pula mereka yang di Palestin, Syria dsb yang sanggup pergi berperang dan mengambil risiko atas kehilangan nyawa demi mendapat SYAHID. dan aku? eleh baru ujian kecik ni dah mengeluh? alahai manjanya anak Malaysia yg xpernah susah ni kan?'. Betul lah kata seorg akhwat tu ketika ditanya tentang sebarang pendapat atau kesimpulan yang hendak diutarakan, dia, "tukar MINDSET bahawa durian itu seperti bola dan kita xkan takut serta kesakitan itu kurang dirasai"
3) UKHUWAH. di sini baru mengenali adik2 dari Pekan dan juga Gambang. juga mengenali mereka yang belum pernah dikenali. Kami juga saling bekerjasama dan tolong-menolong sepanjang 'Jungle Trekking', Malam Kebudayaan serta berbual sambil mengenali biodata asas masing2. ^^
4) AKIDAH. Sewaktu malam kebudayaan tersebut, ada persembahan special dari super senior dan juga ustaz. Persembahan mereka memang menyeramkan sebab boleh pula melibatkan hantu pocong malam2 haha. tapi conclusionnya, sentiasalah mengingati Allah. kita sering diajar dari kecil tentang hantu. nak takutkan anak-anak kecil je mesti nak kait dengan hantu, kan? cuba ibubapa terapkan kepada anak2 supaya takut akan Allah yang sentiasa mengawasi kita, dan juga malaikat2 (at least rakib dan atid) yang sentiasa berada disisi kita untuk mencatit setiap amalan yang kita lakukan. Bila anak-anak or adik-adik buat salah je, bgtahu mereka, "eh, tak takut ke Allah sedang melihat tu?" :) Hurm, easiest formula, yes dari kecil adalah paling senang utk dididik.
5) memerhatikan kejadian alam. Betapa uniknya setiap kejadian yang Allah telah ciptakan. Meneroka hutan, pelbagai jenis serangga dan tumbuh-tumbuhan yang kita akan jumpa. Dan yang paling saya tak leh lupa, pacat mengengsot (betul ke?) di atas tapak tangan lalu saya geli dan jentik dia :D pastu jumpa banyak jenis cendawan, ada warna merah & putih. subhanAllah kalau bawa kamera masa tu dah lama tangkap gambar :p
dan banyak lagi...tapi setakat ini jela saya dapat concludekan. Mungkin kalau dapat pergi dan alami sendiri lagi best kot. Mungkin sampai sini sahaja. Esok nak bertolak pulang ke kampung pula, maklumlah sekarang tengah cuti midsem hehe Semoga dipermudahkan.






No comments:
Post a Comment