Assalamualaikum.
Hello my readers, (eh ade ke?) oh ok tak kisah lah. apa khabar anda semua? saya alhamdulillah kat sini sihat-sihat jak. ^^ alhamdulillah sudah beberapa minggu duduk di kampus ini, masih lagi mampu untuk mengimbangi emosi, fizikal, mental & rohani. yalah minggu-minggu awal ni masih tak banyak lagi assignment o projek o whatsoever lah kan. cuma lebih banyak join program jeee hehe (dulu kata nak pencen tak nak join program dah?). well, sebenarnya tahu tak? bila kita join program, kita akan jumpa dengan ramaiiii orang. bergaul dengan bermacam-macam ragam manusia. belajar untuk handle people, menyesuaikan diri & keadaan yang pelbagai. melihat kebaikan orang, mana yang baik kita follow, yang buruk kita jauhi. kalau advance lagi, cuba dekati & perbaiki. yang paling penting, bina ukhuwah dengan semua orang. ^^ & sekarang aku diuji dengan seseorang. seseorang yang amat dekat dengan aku. & kemungkaran yang dia lakukan itu tak boleh aku nak terima, sebab ia adalah benda WAJIB dipatuhi. bukan Harus ataupun Sunat. & aku rasa aku patut tegur jika betul aku sayang dia. berilah aku kekuatan Ya Allah. mungkin ini ujian yang Kau datangkan untuk melihat sejauhmana peranan aku sebagai daie. :') Okeh tak nak cerita panjang tentang itu. Jadi sekarang ini aku nak cerita serba sedikit tentang program HIMMAH'12 yang diadakan pada 14-16 sept 2012 di Kompleks Rakan Muda, Klang. HIMMAH ini adalah singkatan bagi Himpunan Mahasiswa anjuran PEMBINA. ^^
Perjalanan ke program HIMMAH ini mengambil masa dalam 4++ jam bertolak dari Gambang ke Klang. dan sepanjang perjalanan itu jga lah, experience pertama aku sbagai driver untuk perjalanan yang agak jauh hihik. walaupun sebelum ini pernah jadi driver di Sabah yang memakan masa sehingga 6++ jam, dengan jalan berbatunya, banyak lorinya dan macam2 lagi lah tapi aku kata pada diri aku, yahh ! I can do it. why not kan? Alhamdulillah selamat jga sampai hehe aku sentiasa ingat kata2 kawan aku ini, "Kau bawa kereta elok2 sikit, ingat dalam kereta ini ada berapa nyawa?". Yes, I admit it & dengan sebab itulah aku bawa dengan cermat & jimat, Haha. Apa?? 'Biar lambat asalkan selamat', kan3? hehe. Tapi tak pa sebab perjalanan kami ini, sekali konvoi dengan akhwat2 & ikhwah2 UIA Kuantan. nasib baik ada diorang tau. hehe
Sesampainya dalam pukul 2 pagi camtu. Penat toksah cakap lah. kaki lenguh, badan pun rasa macam nak diluruskan jak. Then terus pergi daftar, masuk bilik, berus gigi, basuh muka terus tidur untuk dapatkan rehat secukupnya bagi program esok hari. Dalam hati, "ya Allah permudahkanlah segala bagiku. berilah aku manfaat walaupun sedikit dari program ini". Ameennn :)
Programnya lebih kepada ceramah & talk sahaja, lebih menjurus kepada isu mahasiswa. Memang best ! Dapat kenal dengan ramai mahasiswa2 yang terlibat dari seluruh universiti di Malaysia tak kira IPTA & IPTS. tak sangka dapat peluang bina ukhuwah dengan mereka ^^ cuma yang tak bestnya, sound system dia. setiap butir-butir percakapan tak dapat dengar dengan jelas sebab mikrofon yang agak bergema. Namun, kami masih cuba mendengar & memahamkan apa yang cuba disampaikan.
sahabah2 ^^
suka gmbr ni. barisan teguh !
ump & ukm :)
me & zati
1 mahasiswa !
sejujurnya sepanjang program ini, sejuk mata memandang terhadap akhwat2 yang begitu menjaga auratnya. ukhuwah yang terbina rasa begitu manis. saling mengenali dan berukhuwah disandarkan hanya kepada Allah ;') gerun & semangat melihat ikhwah2 yang begitu bersemangat untuk memperjuangkan Islam, menegakkan medan dakwah dan mengucapkan takbir. SubhanAllah. Bersyukur sangat kerana aku salah seorang yang terpilih antara mereka. yaAllah alhamdulillah jika direnung masa dahulu, mungkin takkan menduga yang akan berlaku sekarang. Allah jua lah sebaik-baik perancang. :) mungkin itu saja perkongsian yang nak dikongsikan hehe. Ia bukan perkongsian lah kot, tapi lebih kepada luahan & pendapat perasaan tentang program ini. Oh ya, sebelum penutup itu ada juga Sheikh Raed Salah, orang yang pertama yang menjumpai laluan rahsia bawah tanah Masjidil Aqsa yang dibina oleh orang yahudi datang. Tapi disebabkan sound system, tak dapat nak kutip sangat pengalaman sepanjang beliau menjumpai laluan rahsia tersebut. sedih kan? xpa lah, mungkin ada kot buku yang ditulis beliau tentang pengalaman tersebut. Nanti nak cari lah. InsyaAllah minggu depan, me & my sahabah nak pergi ke Ekspo buku terbesar Pahang di Kuantan Parade. jom pergi ! nak? ^^
P/s: sedih dengan serangan bertubi-tubi dari pihak kafir sekarang. penghinaan Nabi Muhammad, hedonisme, liberalisme, sekularisme dll. BANTAH 'Innocence of Muslims' film!!!





No comments:
Post a Comment